Thursday, February 25, 2010

Ucapan YB Lim Kit Siang satu tamparan buat UBN

DSN bergambar bersama Pimpinan Pakatan Rakyat
Upacara Yee Sang
DSN menyampaikan ucapan sempena Tahun Baru Cina untuk penduduk di Kg Simee
Lim Kit Siang diraikan dalam sambutan Ulang Tahun yang ke 69
Lim Kit Siang menyatakan bahawa beliau berdoa agar DSN menjadi MB Perak semula
22.2.2010 Kg Simee,Ipoh : Malam ini bertempat di Pusat Khidmat Adun Caning Yb Wong Ka Wong telah diadakan sambutan Tahun Baru Cina bersama penduduk setempat.Ia dihadiri oleh Dato Seri Mohammad Nizar,Yb Lim Kit Siang Yb Dato Ngeh,Yb Sivakumar da juga Yb Nga Ko Meng beserta dengan beberapa lagi adun-adun Pakatan Rakyat yang lain.Majlis dimulakan dengan ucapan tuan rumah dan seterusnya beberapa ucapan aluan yang lain.

Ucapan YB Lim Kit Siang satu tamparan buat UBN

Dalam majlis ini juga Yb Lim Kit Siang telah diraikan dalam sambutan ulang tahun kelahiran beliau yang ke 69.Lim Kit Siang dalam ucapannya telah menyatakan suatu perkara yang akhirnya menjawab segala persoalan dan juga menjadikan satu ketakutan baru buat UBN apabila beliau menyatakan bahawa beliau berdoa sempena dengan ulang tahun ini agar Dato seri Nizar kembali menjadi MB Perak dan Yb Sivakumar sebagai Speaker juga Yb Dato Ngeh sebagai Exco Kerajaan Perak.Kenyataan itu sekaligus menutup mulut-mulut mereka yang menyatakan bahawa sekiranya berlaku pilihanraya di Negeri Perak maka sudah pastilah DAP akan meletakan calon melayu dan sekiranya PR menang maka MB Perak akan bertukar individu.Namun malam ini dengan jelas Pemimpin Ulung DAP itu menyatakan bahawa apa jua berlaku Dato Seri Nizar akan tetap diberi mandat untuk menerajui Negeri Perak.

Royalty Minyak: Jawapan YB Dato' Haji Husam Musa


ASAS TUNTUTAN BAYARAN TUNAI BAGI PENGELUARAN PETROLEUM DI LUAR PANTAI KELANTAN

Akta Pembangunan Petroleum, 1974 ( "PDA"), yang mulai berkuatkuasa pada 1 Oktober 1974, membawa kepada tertubuhnya Petronas dan diserah hak petroleum yang didapati dan diperolehi di daratan atau luar pantai Malaysia kepada Petronas.

Di bawah Akta Pembangunan Petroleum, 1974 (PDA), setiap daripada 13 Negeri di Malaysia telah menandatangani Perjanjian yang sama dan Geran Penyerah Hakkan pada tarikh yang berbeza dalam tahun 1975/1976 dengan Petronas bagi menyerah hak pemilikan masing-masing terhadap petroleum kepada Petronas dengan pertimbangan Petronas membayar kepada setiap Negeri di mana petroleum dihasilkan samada di daratan dan lautan dengan bayaran tunai dalam bentuk jumlah tahunan setara dengan 5% daripada nilai petroleum yang dihasilkan di mana-mana negeri yang berkenaan.

Kami tidak bersetuju dengan jawapan yang diberikan dalam iklan dibuat atas nama Kerajaan Persekutuan baru-baru ini. Jawapan kami terhadap soalan yang sama adalah sebagaimana berikut:-
1. Menurut Akta Pembangunan Petroleum1974, apakah istilah yang digunakan untuk pembayaran yang dibuat untuk pengeluaran minyak dan gas?
PDA, kesemua 13 Perjanjian dan 13 Geran Penyerah Hak menggunakan istilah "bayaran tunai kepada kerajaan negeri berkenaan”. Perkataan yang popular digunakan oleh semua pihak ialah "royalti". Namun, tidak ada yang berubah mengenai bentuk pembayaran iaitu bayaran tunai kepada kerajaan negeri.
2. Mengikut Perjanjian diantara Petronas dan kerajaan negeri dalam tahun 1975/1976, apakah syarat untuk mendapatkan hak 5% bayaran tunai kepada kerajaan negeri?
Istilah-istilah yang digunakan dalam PDA, 13 Perjanjian dan 13 Geran Penyerah Hak adalah "di daratan (On-Shore) " dan " luar pantai (Off-Shore)" untuk maksud petroleum yang dihasilkan di daratan dan di lautan. Tiada dinyatakan sama sekali samada di dalam Akta Pembangunan Petroleum 1974 (PDA), 13 Perjanjian dengan Negeri-negeri mahupun 13 Geran Penyerah Hak tentang sekatan hak setiap Negeri untuk menerima bayaran tunai bagi pengeluaran petroleum di luar pantainya berdasarkan kepada jarak dari pantai.

Oleh kerana itu, baik PDA, 13 Perjanjian mahupun 13 Geran Penyerah Hak tiada menyekat pembayaran bayaran tunai bagi petroleum yang dihasilkan samaada 3 batu, 12 batu, 200 batu atau jarak lain daripada pantai kepada 13 negeri kerana jarak tersebut tidak dinyatakan sama sekali di dalam PDA, Perjanjian dengan Negeri-negeri dan Geran Penyerah Hak. Sebaliknya perkataan umum yang digunakan ialah ” Off-Shore”.

Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 1969 tidak terpakai kepada pemilikan petroleum, baik di daratan (On-Shore) atau luar pantai (Off-Shore). Ordinan ini juga tidak ada kaitan dengan kewajipan undang-undang oleh Petronas untuk membayar bayaran tunai kepada suatu Negeri samada petroleum dihasilkan di daratan (On-Shore) atau luar pantai (Off-Shore). Hanya Akta Pembangunan Petroleum 1974 (PDA) sahaja yang terpakai. Dengan demikian, Ordinan tersebut bukan perundangan yang relevan bagi perkara ini.

Lebih spesifik, semua perjanjian antara negeri dan Petronas menyebut rujukan tunggal kepada seksyen 4 Akta PDA ;Perjanjian
” DAN BAHAWASANYA KERAJAAN dan PETRONAS adalah ingin hendak membuat suatu perjanjian menurut seksyen 4 Akta tersebut di atas berkenaan dengan pembayaran wang tunai yang akan dibuat oleh PETRONAS kepada KERAJAAN sebagai balasan bagi pemunyaan dan hak-hak, kuasa-kuasa, kebebasan – kebebasan dan keistimewaan- keistimewaan yang diletakhakkan seperti tersebut di atas mengenai petroliam ”
Seksyen 4 Akta PDA
Pembayaran wang tunai oleh Perbadanan

4. sebagai balasan bagi pemunyaan dan hak-hak, kuasa-kuasa, kebebasan – kebebasan dan keistimewaan- keistimewaan yang diletakhakkan padanya menurut Akta ini, Perbadanan itu hendaklah membuat apa-apa pembayaran wang tunai sebagaimana yang dipersetujui antara pihak-pihak yang berkenaan kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan mana-mana Negeri yang berkenaan.
3. Adakah Kerajaan Negeri Kelantan atau kerajaan negeri lain di Semenanjung Malaysia mempunyai hak untuk menuntut bayaran tunai tersebut daripada Petronas?
Ya, asalkan petroleum dihasilkan di daratan (On-Shore) atau luar pantai (Off-Shore) Negeri yang berkenaan. Oleh yang demikian, pada bulan Mac 1978, Petronas memaklumkan Kerajaan Terengganu bahawa petroleum telah dihasilkan di medan minyak yang bernama Pulai yang terletak sekitar 150 kilometer dari pantai Terengganu. Pada Jun 1978, Petronas telah membuat bayaran tunai pertama kalinya kepada Terengganu bagi pengeluaran minyak luar pantai Terengganu (di Pulai).

Selama 22 tahun berturut-turut, iaitu dari tahun 1978 hingga Mac 2000, Petronas membuat bayaran tunai kepada Terengganu dua kali setahun di bawah PDA, Perjanjian dan Geran Penyerah Hak , meskipun minyak dihasilkan ratusan batu di luar pantai Terengganu.

Hanya ketika PAS membentuk Kerajaan Negeri Terengganu selepas Pilihan Raya Umum pada November 1999, Petronas berhenti membuat bayaran tunai kepada Terengganu, walaupun Petronas masih lagi mengeluarkan minyak di luar pantai Terengganu tanpa membayar bayaran seperti sepatutnya dan diamalkan sebelumnya.
4. Apakah kedudukan di Sabah dan Sarawak mengenai isu pembayaran royalti?
Sehingga PDA mulai berkuatkuasa pada bulan Oktober 1974, asas perundangan bayaran royalti kepada Sabah dan Sarawak adalah undang-undang yang buat oleh pihak kolonial Inggeris. Setelah wujudnya PDA dan pembentukan Petronas, Sabah dan Sarawak diperlakukan dalam cara yang seragam sebagaimana 11 negeri yang lain di Semenanjung . Jadi, satu-satunya asas perundangan bayaran tunai kepada Sabah dan Sarawak sejak Oktober 1974, adalah PDA, 2 Perjanjian mereka dan 2 Geran Penyerah hak mereka. Kedua-dua negeri tersebut berada dalam kedudukan yang sama dengan Kelantan, Terengganu dan 9 negeri lain di Malaysia . Semua dilayan sama di bawah PDA untuk mengelakkan diskriminasi di antara 13 Negeri dalam Malaysia.
5. Apa yang dimaksudkan dengan bayaran "Wang Ehsan"?
Ini adalah label politik yang dicipta oleh kerajaan Mahathir pada tahun 2000 ketika mengarahkan Petronas untuk berhenti membuat bayaran tunai kepada PAS Terengganu selepas membentuk Kerajaan Negeri. Istilah "wang Ihsan" tidak mempunyai asas perundangan. Hal ini tidak ditemui di dalam PDA, 13 Perjanjian dan 13 Geran Penyerah Hak atau mana-mana Akta lain.
6. Mengapa Wang Ihsan yang ditawarkan oleh Kerajaan Persekutuan untuk Kelantan hanya dalam jumlah RM20 juta?
Kami tidak dapat menjawab soalan ini kerana ini adalah jumlah yang sewenang-wenangnya dibuat oleh Kerajaan Persekutuan dan tanpa asas perundangan. Tuntutan kami bagi bayaran tunggakan adalah melebihi RM 2 bilion dan bayaran tahunan tidak kurang dari RM 600 juta.
7. Apa kedudukan kenyataan yang dibuat oleh bekas Pengerusi Petronas, YB Tengku Razaleigh Hamzah bahawa royalti yang harus dibayar untuk Kelantan berdasarkan pengeluaran petroleum diperolehi daripada di luar perairan negeri serta mempersoalkan pemberian Wang Ihsan?
Kami menyokong pernyataan awam baru-baru ini termasuk kenyataan terkini beliau bertarikh 22 Feb 2010. Pujian harus diberikan kepada Tengku Razaleigh atas penjelasan berasaskan kebenaran tersebut. Selaku Pengerusi Pertama Petronas, dan telah berjaya memujuk 13 buah negeri memeterai 13 Perjanjian atas nama Petronas dengan Kerajaan-kerajaan Negeri. Dia sangat fasih dan berautoriti dalam hal ini. Dia juga memperolehi kepercayaan dan keyakinan daripada Allahyarham Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia's Ke 2, dan arkitek polisi petroleum negara kita. Mengapa pandangan beliau diketepikan oleh orang-orang yang datang kemudian tanpa menghormati semangat asal akta dan perjanjian.
8. Adakah Ketua Pembangkang mengetahui mengenai kedudukan hak-hak kerajaan negeri dalam masalah ini?
Semua orang yang rasional dan matang faham kehendak sebenar undang-undang, termasuk YB Ketua Pembangkang Malaysia. Kerajaan Malaysia yang lebih mengutamakan kepentingan politik sempit sahaja yang berani mengelirukan rakyat terbanyak dengan putar belit seperti ini.

YB Dato Hj Husam Musa
Pengerusi Jawatankuasa Petroleum Negeri Kelantan
23 Februari 2010
9 Rabiul Awwal 1431


*dibawah ini disertakan lampiran dokumen pembayaran "Royalti" kepada Kerajaan Negeri Terengganu yang mengesahkan kewujudan pembayaran "royalti" dan ini menafikan kenyataan Ahli Parlimen Jeli sebelum ini yang membuktikan kewujudan pembayaran "Royalti". (sila klik lampiran untuk imej besar dan jelas)

Tanpa Bantuan UBN,PR akan tetap berkhidmat untuk Rakyat!






Antara Adun-Adun Pakatan Rakyat yang hadir
Dato Seri Nizar menerangkan keadaan kepada pihak wartawan
Dokumen bukti yang tercatat di dalam minit mesyuarat
Yb Idham Lim turut menyatakan pendirian yang sama
Yb Sivakumar turut mempamerkan bukti-bukti bagi menolak dakwaan Dato Seri Zambry
23.02.2010 IPOH : Pagi ini bertempat di Pajabat Pakatan Rakyat Perak telah diadakan satu sidang media bagi menjawab tomahan dan fitnah yang dilemparkan oleh Kerajaan UBN yang menyatakan bahawa ketika Kerajaan Pakatan Rakyat memerintah dahulu mereka telah meminggirkan Adun-Adun UBN dalam mesyuarat-mesyuarat jawatankuasa Daerah.Namun Dato Seri Nizar dan Adun-Adun yang lain telah menyangkal tuduhan tersebut.Ini terbukti selepas mereka mengemukakan bukti bahawa ada dikalangan adun dan MP UBN turut dijemput dalam setiap mesyuarat yang diadakan namun mereka gagal hadir dan tidak menghantar wakil bagi tujuan tersebut.

Dato Seri Nizar ketika ditanya mengenai hasrat kerjasama antara PR dan UBN dalam menjaga kebajikan rakyat akan tetapi dilihat seolah-olah dirumitkan oleh Kerajaan UBN menjawab bahawa Adun-Adun PR akan terus berusaha bagi memberikan khidmat dan bantuan kepada Rakyat mengikut kemampuan mereka.Beliau menambah ia tidak akan menjadi halangan buat PR terus berkhidmat kepada Rakyat.

--
Dicatat Oleh sya ke sya~reformis di 2/23/2010 06:47:00 PM

Zambry fail saman RM100 juta terhadap Wan Azizah



Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Abdul Kadir hari ini memfailkan saman fitnah RM100 juta terhadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan tiga yang lain berhubung artikel yang disiarkan oleh akhbar bulanan parti itu, Suara Keadilan.

Peguam yang mewakili Zambry, Firoz Hussein Jamaluddin, memfailkan saman itu di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur menerusi tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak.

Zambry (kiri) menamakan Dr Wan Azizah selaku pemegang jawatan dalam PKR, timbalan presiden Dr Syed Husin Ali yang juga ketua editor Suara Keadilan, penerbit akhbar berkenaan, Pelita Koridor Sdn Bhd, dan pencetak Suara Keadilan, Percetakan NPK Sdn Bhd sebagai defendan.

Dalam pernyataan tuntutannya, beliau berkata edisi akhbar itu bertarikh 29 Dis 2009 hingga 5 Jan 2010, bertajuk "Zambry Disyaki Pengganas - Gagal masuk ke Amerika Syarikat" mengandungi perkataan berunsur fitnah yang palsu, tidak berasas dan disiarkan dengan berniat jahat.

Beliau menegaskan bahawa beliau tidak dihalang daripada memasuki Amerika Syarikat, malah sebenarnya dibenarkan masuk ke negara itu serta diberikan pengiktirafan yang sesuai dengan kedudukan beliau sebagai Menteri Besar Perak.

Katanya lawatan beliau ke Amerika Syarikat mendapat liputan meluas media dan defendan telah menyiarkan kata-kata berunsur fitnah itu dengan sengaja.

Zambry berkata perkataan berunsur fitnah itu telah melukakan perasaannya dengan begitu mendalam, mencemarkan dengan teruk reputasi awam, peribadi dan politiknya serta membawa kepada skandal awam, kebencian dan penghinaan.

Katanya perkataan berunsur fitnah itu juga dirancang bagi mempersendakan kedudukan beliau sebagai Menteri Besar Perak dan disiarkan dalam halaman utama di belakang akhbar itu untuk lebih menarik perhatian pembaca serta mengakibatkan kerosakan maksimum dan aib kepada dirinya.

Perkataan berunsur fitnah itu difahami bertujuan membawa maksud bahawa beliau seorang yang disyaki sebagai pengganas, terbabit dalam kegiatan keganasan dan disenaraikan dalam pangkalan data pengganas serta tidak layak menjadi Menteri Besar Perak dan menjawat jawatan awam, katanya.

Beliau menuntut gantirugi RM100 juta, termasuk gantirugi teruk dan gantirugi teladan, faedah lapan peratus setahun dan juga injunksi bagi menghalang defendan daripada menyiarkan perkataan berunsur fitnah itu atau sebarang perkataan berunsur fitnah yang serupa terhadapnya.- Bernama

Sunday, February 21, 2010

Ir Hj Nizar & Sdra Hanipa Maidin Gempur Kg Gajah


Suasana sekitar Program Ceramah 5-0 oleh YB Ir Hj Nizar Jamaludin, Sdra Hanipa Maidin, Sdra Misbahul Munir & Ustaz Mustafa Shaari. Kemeriahan mereka yang hadir mendengar mandat & ucapan.


Apakah ertinya 0-5 dberikan kepada MB Rakyat namun sokongan nya di kawasan Pasir Salak pun bergedudup orang ramai datang. "Mereka menang 5-0 mereka terus senyap sesepinya, namun Ceramah Pakatan Rakyat tetap ramai dan bertambah semangat semacam akan hadir 5-0 lagi untuk mush tewas edisi seterusnya kelak.


Pelbagai perkara dibahaskan dan nyata sokongan dan kebangkitan rakyat semakin mantaooop.
Dari isu perundangan berhujah berserta ayat suci Al-Quran, isu kebobrokan ummah Umeno, Perlembagaan Malaysia yang terburai oleh busuk nya kepiminan kini yang melibatkan Pentadbiran d Putrajaya hingga ke Perak terus ke Uruguay tanpa menyelam.
Antara yang diingatkan oleh Sdra Hanipa Maidin "Orang Pasir Salak tak seharusnya beri undi pada kepimpinan (..........) Parlimen Pasir Salak yang ada kini." sorakan hebat jelas menyambut seruan tersebut.

muda mudi tersohor di kg gajah pun turut serta, stady bro..

Ustaz Ali Abbas memperdengarkan bacaan ayat suci al-Quran bagi memulakan program

Unik: Ceramah Maulidur Rasul di Surau turut dihadiri bukan Islam

 
IPOH 21 Feb 2010 Sukar untuk diterima akal dalam Ceramah Maulidur Rasul yang tajuknya berkisar tentang kemuliaan junjungan besar Rasulullah S.A.W dan keagongan sejarah Islam dihadiri bersama dengan beberapa orang bukan Islam termasuk Ahli Parlimen Gopeng, YB Lee Boon Chai, ADUN Simpang Pulai, YB Chan Ming Kai dan ADUN Teja, YB Chang Lih Kang.

Ceramah tersebut disampaikan oleh Menteri Besar Rakyat Negeri Perak, YB Dato' Seri Ir Nizar Jamaludin di Surau Abdul Rahman Auf, Taman Rapat Koperasi, Ipoh malam tadi.

Antara yang disampaikan Nizar apakah kewajaran serta nas dan dalil-dalil yang menegah penggunaan nama Allah oleh bukan Islam?. Sikap begitu mengundang umat Islam kepada perbuatan syirik kerana beriktikad adanya tuhan selain Allah dengan mengatakan Tuhan sebahagian insan lain itu bukan Allah. Bahkan ayat AlQuran yang pertama surah Al-fatihah menyatakan Alhamdulillahi Rabbul alamin (Segala pujian bagi Allah Tuhan semesta)

Kelihatan YB Lee Boon Chai, ADUN Simpang Pulai, YB Chan Ming Kai dan ADUN Teja, YB Chang Lih Kang bersama jemaah Surau selepas solat Fardhu Maghrib penuh teliti mendengar ceramah. YB Dato' Seri Ir Nizar menjamu selera bersama wakil rakyat bukan Islam selepas ceramah disampaikan di Surau Taman Rapat Koperasi, Ipoh

Gambar Yang Dapat Menceritakan Kejayaan Konvesyen Blogger Pas Perak..

Konvesyen Blogger Pas Perak yang berlansung semalam
Dewan Banjaria-Bio Career Parit Buntar,Perak telah dapat
menwujudkan satu kesatuan fikrah dan hala tuju untuk
menjadikan media alternatif ini sebagai media yang menjadi
rujukan dan maklumat kepada warga Perak khasnya dan rakyat
Malaysia amnya bagi mengembalikan Perak kepada Kerajaan
shah PR daripada Kerajaan Mahkamah BN.
Ucapan Aluan daripada Ketua Penerangan Pas Negeri
Perak,YB Drs. Khalil Idham Lim
Penerangan isu-isu semasa dan sesi dialog,bersama
YAB Dato' Muhammad Nizar Jamaluddin
Penerangan Mantapp..daripada Tn Haji Anuar Hashim
mengenai kaedah penulisan blog yang lebih berkesan.
Dr. Khairuddin Abd Malik telah membentangkan kertas
kerja yang bertajuk "Cabaran Media Baru Pakatan Rakyat"
Penutup majlis telah disempurnakan oleh Ustaz Abu Bakar
Husin,Pesuruhjaya Pas Negeri Perak
Nyanyian yang cukup syahduu..telah disampaikan oleh
penyanyi dalam Album Monolog lagu Doa Buat Tok Guru
Usahasama AlBanjari Online dan Q-Har Entertainment
bagi kutipan Dana Blogger Perak
Para blogger yang sentiasa memberikan komitmen
sehingga keakhir majlis..
Perbincangan diantara dua sahabatt..
Makan tengahari bestt..Lauk Ayam dan Udang..Tapi
Mana sup"Kijang"nya Wak..??
Makan jangan tak makan...AlHusseyn senyumm..
sebab nasi dan lauk dah clearrr..

Sahabat Gua...Wak AlBanjari,Blogger Otai..yang memainkan
peranan penting dalam kejayaan Konvesyen kali ini,
Tahniah buat lu Wak..tapi apasal tutup muka,macam
Aduka Teruna nampak..kah3
Adik ni pekerja di Dewan Banjaria Bio-Career.
Awie pun ade...??Inilah dua org sahabat wa..ahli UKP
(Unit Kawalan Pimpinan) yang banyak memainkan peranan
demi menjaga keselamatan pimpinan PR di Perak,wa caya luu..
Ape yang disembangkan lagi Kak Leha Oiii...
Mungkin ada sesuatu yang dibincangkan oleh blogger
Anak Mualaf bersama PJ Perak sebelum balik.

Bai: Tahniah dan wa angkat ibu jari...besttt...
semoga Konvesyen kali ini dapat menjadikan Blogger
Pas Perak mendepani maklumat yang terkini dengan
komitmen daripada setiap blogger.Konvesyen ini juga
telah membuat perlantikan Jawatankuasa Seketariat
Blogger Pas Perak 2010/2012...Takbirrr

Saturday, February 20, 2010

Menteri Besar Perak, Dato' Seri Mohamad Nizar belanja krew Harakah mee udang di Kuala Sepetang...












SETELAH penat mengejar kereta Toyata Camry AGS 10, yang tertulis dengan huruf besar pada platnya, "Menteri Besar Perak" akhirnya destinasi bersama ditemui. Bukan kepalang laju, kereta yang membawa Dato' Seri Nizar Jamaluddin meredah lalulintas yang bersimpang-siur.

Nizar bersama pengawai peribadinya yang sentiasa bersongkok hitam, Amran dan Penyelaras Sekreteriat Parlimen Bukit Gantang, Cikgu Sharuddin menghentikan kereta di bahu jalan. Sebuah lagi kereta, bodygard MB yang diketuai Ali tercari-cari parking.

Saya bersama Ketua Pengarang Kumpulan Harakah, Ahmad Lutfi Othman dan wartawan, Johari Jaafar menaiki kereta berasingan. Kami bertolak sejurus solat Asar di Markaz PAS UPU Larut Tin. Sebelum itu, mengikuti Majlis Dialog Isu-Isu Semasa di Dewan Orang Ramai Kg. Sentosa Larut Tin, tidak jauh dari bandar Taiping tetapi masih dalam kawasan Bukit Gantang.

Setelah minum petang dan solat Asar, kami ke rumah seorang aktivis Pakatan Rakyat di hadapan markaz. Nizar menziarahi isteri aktivis tersebut yang mengalami sakit saraf sejak beberapa tahun yang lalu. Setelah berbual dan memberikan kata-kata perangsang, kami menuju ke Kg Air Putih dekat Kamunting.

Sewaktu Majlis Dialog Isu-Isu Semasa tadi, Amran sudah membisikkan kepada saya, habis program ini "kita pekena" mee udang di Kuala Sepetang.

Kereta MB dipandu agak laju meninggalkan Larut Tin menuju ke Kamunting. "Kita nak serah komputer," kata Amran ringkas. Komputer tersebut adalah sumbangan allahyarham Roslan Shahrom yang tidak sempat ditunaikan oleh beliau sewaktu hayatnya. Ia sumbangan seorang wakil rakyat.

Nizar menyampaikan perkakasan komputer kepada dua anak yang juga diserang masalah saraf yang mengecut. Seorang berusia 18 tahun dan seorang lagi 23 tahun. Anak Ketua Kampung Air Putih dari Pakatan Rakyat dalam Dun Kuala Sepetang.

Sambil meluru laju, Nizar sempat melambai-lambaikan tangannya dari tingkap kereta ke Markaz BN di pinggir jalan besar dari kampung itu. Petugas di situ juga turut memberi respons positif.

Perang bendera di Bukit Gantang baru bermula. Selepas "pekena mee udang" Nizar dijadual memberi tazkirah Maulidur Rasul di surau Taman Kuning Sari, tidak jauh dari Markaz Besar PAS Air Kuning.

Di Matang, warung serba ringkas yang kami sangkakan "majlis kenduri kahwin" dipenuhi pelbagai peminat mee udang. Kereta bersusun-susun di kiri kanan bahu jalan.
Sambil Amran membuat pesanan, kehadiran Nizar mendapat perhatian pengunjung.

Keramahan, senyuman manis dan sapaan tangan MB Perak ini, disambut pengunjung bagai seleberiti. Ada yang bergambar, berbual dan tidak kurang juga yang berpeluk-pelukan.
Setengah jam juga menunggu, barulah mee udang tiba. Nizar memanjatkan doa makan dan kami menikmati apa yang dikatakan mee udang Kuala Sepetang. Nizar menceritakan sedikit "sejarah udang" mengapa ia tidak berdarah...

10 ekor udang setiap pinggan. Sedap juga. Barangkali perlu datang lagi sepanjang kempen pilihan raya Bukit Gantang ini. Setelah bayaran dijelaskan, kami terus menuju ke Surau Kuning Sari dan kemudiannya makan malam di rumah Yang Dipertua PAS Kawasan, Ustaz Nordin sebelum ke tempat ceramah di Kg Kudu.