Friday, March 4, 2011

Prk Merlimau : Ahli Umno kecewa dakwa ditipu pegawai Tekun

Seramai 40 ahli Umno sekitar Sungai Rambai, di sini, amat kecewa kerana menjadi mangsa politik kotor pegawai Tekun yang juga dari kalangan pemimpin parti itu sendiri.
Setelah permohonan mereka sebanyak RM1.2 juta bagi menjayakan ternakan lembu daging berkelompak diluluskan, pinjaman yang diberikan hanya sekadar RM416,875 sahaja.
Pengerusi syarikat yang menguruskan projek terbabit, Bromo Holding (M) Sdn. Bhd (Bromo Holding), Fahruz Ridza Jaafar, 34, memberitahu, kejadian tersebut sudah berlaku sejak 2007 yang lalu dan kini menjadi bertambah rumit sehingga menjadi amat tertekan.
Menurut beliau, pada asalnya projek tersebut dicadang untuk dilaksanakan di atas tanah seluas lebih 3 ekar di Mukin Semujuk yang juga terletak di Daerah Jasin.
Katanya, tanah tersebut adalah tanah pajakan yang sebelum itu ditanami pisang oleh beliau dengan dibantu ahli-ahli Persatuan Seni Silat Bromo (PSSLB).
"Projek ternakan lembu daging feedlot itu sebenarnya dicadangkan oleh bekas Ahli Parlimen Jasin,Dato Mohd. Said yang menjadi Ahli Parlimen Jasin ketika itu.
"Oleh kerana cadangan itu baik,kami pun bersetuju untuk menjayakannya lalu berusaha untuk mendapatkan pinjaman Tekun," katanya ketika ditemui.
Beliau yang juga Pengerusi PSSLB berkata, malangnya setelah projek itu hendak dimulakan dan pinjaman Tekun diluluskan dengan hanya sebanyak RM416,875 timbul pula bangkangan dari penduduk kawasan itu dengan alasan projek tersebut mengganggu ketenteraman awam.
"Inilah alasan yang digunakan oleh pegawai Tekun terbabit untuk tidak meluluskan sepenuhnya pinjaman kami sebanyak RM1.2 juta," katanya.
Untuk membolehkan projek itu dilaksanakan, katanya, projek tersebut dicadang diusakan pula di kawasan gantian oleh Adun Sungai Rambai, Datuk Hassan Rahman di atas tanas seluas 8 ekar di Lancang, Merlimau.
"Disebabkan keluasan projek gantian itu bertambah dan di kawasan itu belum berpagar serta belum mempunyai segala keperluannya, kosnya menjadi bertambah.
"Ini menjadikan masalah kami bertambah rumit. Dah lah di kawasan asal tak dapat dijalankan,di tempat baru pula tak cukup wang," katanya.
Dalam masa yang sama, mereka pula turut ditekan oleh pegawai Tekun terbabit agar membuat bayaran balik kepada Tekun sebanyak RM14,000 seorang.
Jika tidak, nama-nama mereka disenarai hitamkan.
"Dari mana kami nk dapatkan wang untuk membayar balik pinjaman itu? Dahlah nak buat projek ternakan lembu tak boleh, projek tanaman pisang pula dah tak kami usahakan lagi," katanya.
Untuk menyelesaikan masalah itu, pihaknya telah menghantar surat kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar dan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Razak untuk campur tangan.
Namun, katanya, sehingga kini Menteri Pertanian dan Asas Tani serta Perdana Menteri belum memberikan sebarang reaksi positif.
Sehubungan itu, beliau berharap agar kedua-dua pemimpin Umno tidak membiarkan mereka terkapai-kapai sendirian untuk menyelesaikan masalah yg dihadapi mereka sekarang.
"Apa yang berlaku ke atas kami ini adalah penipuan pegawai-pegawai Tekun terbabit. Jika Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani serta Perdana Menteri tak campur tangan, kami dah tau nak mengadu kepada siapa lagi," ujar beliau.

Prk Kerdau : UMNO@BN Tertekan Dan Terdesak Untuk Raih Undi

Barisan Nasional dilihat semakin tertekan dan terdesak untuk meraih undi penduduk menjelang pilihan raya kecil yang bakal berlangsung di Kerdau 6 Mac ini.
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin yang dihubungi TV Selangor berkata, BN seakan terpaksa menggunakan cara ‘kotor' memandangkan kedudukan mereka semakin tergugat di beberapa kawasan.
Shamsul juga menegaskan, kejadian sama turut berlaku ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas beliau selesai memberi ceramah di Merlimau.
"Tindakan di Kerdau sama seperti di Merlimau. Di Merlimau, serangan terhadap kereta Datuk Seri Anwar Ibrahim itu dilakukan selepas daripada program ceramah di salah satu kawasan mengundi. Saya rasa modus operandi itu sama kerana BN tidak ada isu yang ingin mereka bangkitkan.
Mereka Cuma menimbulkan keganasan dan provokasi beberapa hari sebelum mengundi. Ini satu tindakan jahat. Kita telah minta bantuan polis untuk tingkatkan lagi keselamatan kerana bimbang pilihan raya nanti suasana akan tegang dan berlaku kejadian tidak diingini," tegas Shamsul.
Justeru, Shamsul berharap agar tindakan tegas pihak berkuasa diambil segera bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku semasa proses mengundi pada Ahad ini.
"Di Melaka kita telah membuat laporan polis dan saya percaya Ketua Polis Melaka telahpun membuat kenyataan dan membendung perkara ini dan kita harap di Pahang pihak polis mengambil sikap yang sama," katanya.
Sebelum ini Portal MalaysiaKini melaporkan dakwaan Pakatan Rakyat yang mengatakan kenderaan dinaiki Datuk Seri Anwar Ibrahim diserang sekumpulan pihak terterntu menggunakan batu sewaktu beliau dalam perjalanan untuk memberi ceramah di Felda Jengka 22, Kerdau malam kelmarin.

Prk Merlimau: PAS dakwa BN lantik pelajar IPT jadi ‘pengundi’

PAS membuat dakwaan terbaru bahawa arisan Nasional (BN) menawarkan “habuan” kepada penuntut Institut Pengajian Tinggi (IPT) untuk mengundi mewakili pengundi tertentu — bertindak sebagai “pengundi hantu” di kerusi Merlimau esok.
Pengarah Pilihan Raya PAS pusat Datuk Halim Abdul Rahman berkata, pihaknya mendapat maklumat BN telah memberi “habuan” yang besar kepada 750 pelajar untuk menjadi “pengundi hantu”.
“Kita dapat maklumat ada pelajar telah dibayar oleh BN untuk mengundi pada pilihan raya kecil esok.
“Pelajar ini dari sini (Merlimau), saya terima maklumat pelajar ini telah ditawarkan habuan untuk jadi pengundi, kira-kira 750 pelajar akan mengundi mewakili pengundi Merlimau,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Selain pelajar, jelas Halim, ada juga pihak tertentu yang turut ditawarkan dengan “habuan” yang tinggi.
“Maklumat kita dah terima yang mana ia juga ditawarkan kepada orang lain juga.
“Kesemua mereka ini akan mengundi menggunakan kad pengenalan orang lain iaitu kad pengenalan pengundi Merlimau, katanya.
Beliau berkata “pengundi hantu” itu melibatkan kesemua semua daerah mengundi di Merlimau.
Kata Halim, pihaknya masih belum mengetahui jumlah “habuan” yang ditawarkan.
DUN Merlimau mempunyai tujuh daerah mengundi termasuk Ayer Merbau, Chinchin, Jasin Lalang, Merlimau Utara, Merlimau Pasir, Permatang Serai dan Pengkalan Samak.
Pilihan raya kecil DUN Merlimau menyaksikan pertarungan satu lawan satu antara calon BN Roslan Ahmad dan Yuhaizat Abdullah dari PAS.
Sebelum ini PAS mendakwa BN telah menjalankan kempen ala samseng dengan mengugut pengundi di DUN Merlimau, namun dinafikan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.
Ditanya mengenai program anjuran pertubuhan misteri 1 Malaysia, Halim menyifatkan satu bentuk rasuah terhadap pengundi di Merlimau.
“Ini adalah gejala rasuah terhadap pengundi, ini yang diamalkan BN sama ada melalui pertubuhan... tapi saya yakin itu adalah siri rasuah dan ia sepatutnya tidak berlaku.
“Malam ini mereka akan bagi duit kepada pengundi sebagai rasuah,” katanya.
Jelas Ahli Parlimen Pengkalan Chepa itu, pihaknya berharap supaya BN mengamalkan kempen yang bersih bukan menawarkan “habuan” kepada pengundi.
Kewujudan pertubuhan misteri yang menggunakan nama 1 Malaysia ketika kempen pilihan raya kecil DUN Merlimau menimbulkan pelbagai persoalan besar mengenai motif sebenar badan itu.
Difahamkan pertubuhan itu beroperasi atas nama 1 Malaysia dan hanya muncul dalam kempen pilihan raya kecil untuk mengagihkan barangan keperluan termasuk mengedarkan kemeja-T tertera logo 1 Malaysia kepada pengunjung khususnya pengundi kawasan Merlimau yang hadir.
Pertubuhan ini dikatakan mengadakan makan tengah hari dan makan malam secara percuma kepada pengundi. Difahamkan program itu dihadiri pengundi bukan Melayu yang jumlahnya begitu ramai.

Prk Merlimau : Zahid dakwa Anwar bohongi Turki..ha..ha..kat Turki tak de internet dan media...!!!

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membohongi kepimpinan tertinggi Turki berhubung kes liwat yang membabitkan pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan tiga tahun lalu.
Kata Ahmad Zahid, Anwar yang merupakan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) memberitahu kepimpinan kerajaan Turki bahawa kes liwat melibatkan Mohd Saiful adalah kes lama iaitu tahun 1998 yang dibuka semula kertas siasatan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
“Baru-baru ini saya ada ke Turki dan berjumpa Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan, dulu ada tokoh pembangkang Anwar Ibrahim kata Turki adalah negara yang memberikan sokongan moral kepada beliau dan pernah terbang ke Turki untuk dapatkan bantuan politik atau sokongan politik, duduk di rumah Kedutaan Turki.
“Saya lakukan siasatan, rupa-rupanya Anwar Ibrahim ini rapat dengan Menteri Luar Turki Ahmet Davutoglu, menteri luar ini bekas pensyarah di UIA (Universiti Islam Antarabangsa) ketika Anwar Ibrahim jadi presiden UIA,” katanya ketika menyampaikan ceramah di Pentas Rakyat sempena kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau di Merlimau Pasir di sini malam tadi.
Kira-kira 150 orang menghadiri ceramah itu yang turut disertai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.
Ahmad Zahid yang juga naib presiden Umno berkata, dalam pertemuan itu beliau diberitahu Ahmet bahawa Anwar meminta supaya diberikan perlindungan daripada ditangkap.
“Menteri Luar ini beritahu Perdana Menteri Turki untuk beri perlindungan kepada Anwar Ibrahim, tapi Allah s.w.t maha adil . . . pada majlis makan malam saya kebetulan duduk di sebelah Menteri Luar ini.
“Saya tanya beliau, adakah Anwar Ibrahim ini kawan beliau? Beliau kata betul, saya tanya selalu Anwar Ibrahim hubungi beliau? Dulu selalu, sekarang dah tak ada. Bila kali terakhir Anwar Ibrahim hubungi beliau? Beliau jawab setahun setengah lalu.
“Tapi Anwar Ibrahim beritahu kita tiap-tiap bulan beliau ada jumpa, malah Anwar Ibrahim jelaskan kepada masyarakat Turki bahawa kes di mahkamah sekarang adalah kes sama yang dihidupkan . . . dibuka fail oleh Datuk Seri Najib Razak,” katanya.
Tambah Naib Presiden Umno itu, pihaknya termasuk menjelaskan perkara sebenar kepada kerajaan Turki mengenai situasi yang berlaku.
“Bila perwakilan Malaysia terangkan, ini kes baru... bukan kes lama dan Datuk Seri Najib Razak tak ada niat untuk menganiayai Anwar Ibrahim.
“Ini kes yang beliau buat sendiri, yang melapor adalah Saiful bukan Saiful yang diarahkan . . . dia jadi imam Anwar Ibrahim jadi makmum,” katanya.
Kes liwat yang melibatkan Anwar itu masih berjalan di mahkamah.
Anwar didakwa meliwat Mohd Saiful di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Revolusi Rakyat : Pengangguran, bekalan makanan dan inflasi punca rusuhan

Kekurangan bahan makanan, kenaikan harga (inflasi) dan pengangguran adalah antara penyebab utama kebangkitan jelata Dunia Arab dan Afrika Utara selain ketidakpuasan mengenai hak asasi dan kebebasan.
Isu serupa juga menyebabkan tunjuk perasaan besar-besaran berlaku di India, negara demokrasi terbesar di dunia. Walaupun ekonomi India berkembang pesat, kehidupan rakyat semakin tertekan akibat kenaikan harga bahan makanan.
Inflasi makanan naik kepada 11.49 peratus pada minggu berakhir 12 Feb lalu. Kadar inflasi tahunan berasaskan harga borong adalah 8.23 peratus dan pengangguran berada di sekitar 10.7 peratus.
Di negeri China, sebuah negara diktator Komunis, kerajaan mengakui wujudnya masalah bekalan dan harga bahan makanan. Ia mengambil langkah menambah stok makanan dan mengawal kenaikan harga. Kadar inflasi naik kepada 4.9 peratus pada bulan Januari dan pengangguran 4.1 peratus.
Pertumbuhan ekonomi yang pantas di China (10.3 peratus) dan India (9.1 peratus) menyebabkan permintaan dalam negara meningkat pada saat cuaca buruk mengurangkan pengeluaran makanan.
Malaysia tidak terkecuali
Memandangkan kesan negatif kekurangan bahan makanan, kenaikan harga dan pengangguran kepada keselamatan dan kesejahteraan sesebuah negara, saya mengambil peluang membangkitkannya dalam pertemuan pendek dengan Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak, di pejabatnya di Putrajaya pada 1 Mac.
Saya dan tiga kakitangan Berita Publishing menemui beliau kerana majalah Malaysian Business sedang menyiarkan beberapa siri laporan mengenai Program Transformasi Kerajaan (GTP).
Saya menekankan kepada Perdana Menteri dalam pertemuan keemasan itu mengenai peri pentingnya kita memandang berat dan melakukan yang terbaik bagi menjana guna tenaga tempatan, menjamin bekalan makanan yang mencukupi dan mengawal inflasi.
Mengenai guna tenaga, saya tidak menafikan ketepatan hujah Perdana Menteri bahawa rakyat Malaysia semakin memilih pekerjaan. Kecenderungan memilih kerja adalah biasa di mana-mana negara pun yang mengalami pertumbuhan ekonomi yang pesat dan kadar pengangguran yang rendah. Ekonomi kita berkembang pada kadar 7.2 peratus tahun lalu.
Walaupun inflasi kita rendah — sekitar dua peratus — tetapi Perdana Menteri sendiri mengakui bahawa beliau mendengar rungutan orang kampung mengenai kenaikan harga barang pengguna.
Kembali kepada isu guna tenaga dan pengangguran, kita tidaklah boleh mengambil jalan mudah dengan mengherdik dan menyisihkan pekerja tempatan apatah lagi dengan sewenang-wenangnya mengimport pekerja asing.
Manfaatkan tenaga kerja tempatan
Saya menyebut kepada Perdana Menteri peluang menjana semula penggunaan tenaga kerja tempatan melalui projek-projek raksasa seperti Sistem Pengangkutan Laju Massa (Mass Rapid Transit) dan projek-projek inisiatif swasta.
Memanglah susah hendak memaksa pekerja tempatan membuat kerja-kerja perburuhan seperti pembancuh semen, mengecat bangunan dan penyaring besi cerucuk. Kita pun tidak mahu pekerja kita membuat kerja-kerja perburuhan yang tidak memerlukan kepakaran dan tidak ada ciri tokok nilai.
Tetapi banyak lagi kerja sektor pembinaan yang memerlukan kepakaran seperti reka bentuk, kejuruteraan, ukur bahan, hiasan dalaman dan landskap di mana latihan di tempat kerja dan pentauliahan boleh dibuat. Program vendor dan persumbaran luar (outsourcing) juga boleh disyaratkan kepada kontraktor.
Saya faham reaksi Perdana Menteri apabila beliau berkata pekerja tempatan tidak berminat dengan kerja pembinaan manakala yang ada kemahiran lebih suka bekerja di luar negara.
Saya tidak mengatakan semua jawatan dan kekosongan wajib diisi oleh pekerja tempatan. Saya pun tahu memang ramai pekerja Malaysia memilih kerja dan tidak berminat dengan kerja berat.
Tetapi kita wajib cuba dan kita wajib faham mengapa pekerja tempatan menolak pekerjaan dan kemahiran tertentu. Yang pasti adalah gaji atau upah wajiblah setanding dengan kemahiran dan kos sara hidup.
Kita tidak boleh bandingkan pekerja asing dengan pekerja rakyat jelata kita sendiri dan daripadanya kita buat kesimpulan rambang yang pekerja kita malas dan memilih kerja.
Bagi pekerja asing — amah misalnya — upah RM500 sebulan sudah mencukupi kerana makan percuma dan tempat tinggal ditanggung majikan. Yang bernasib baik pakaian dan tambang kapal terbang pun diberi oleh majikan.
Kita pun tidak menggalakkan rakyat kita menjadi pembantu rumah dan kerja bergaji rendah. Dengan pelajaran minimum yang kita berikan kepada mereka, gaji RM500 atau RM800 sebulan tentulah tidak memadai apatah lagi jika mereka ada tanggungan dan tinggal di bandar.
Pekerja pembinaan dan perkhidmatan asing pun macan itu juga. Ada yang disediakan tempat tinggal percuma dan makan di tempat kerja. Tetapi rakyat kita kena sewa rumah, kena membeli makanan, kena bayar tambang dan kena bayar pelbagai jenis cukai dan yuran. Jadi gaji yang dibayar kepada pekerja asing tentulah tidak cukup dan tidak menarik bagi mereka.
Ini telah pun diakui oleh kerajaan apabila melalui Model Baru Ekonomi dan Program Transformasi Ekonomi ia menjadikan pendapatan tinggi sebagai matlamat pokok.
Utamakan pengeluaran makanan
Pengurangan berperingkat subsidi kepenggunaan akan menyebabkan harga barang pengguna naik. Ini akan menjadi lebih buruk jika produktiviti tidak bertambah.
Dalam konteks ini dan selaras dengan usaha menjamin bekalan makanan yang mencukupi dan harga yang berpatutan, saya menyarankan kepada Perdana Menteri agar keutamaan diberi kepada pengeluaran makanan.
Beliau bersetuju dan spontan menyebut mengenai Projek Pengairan Muda di Kedah dan Perlis yang katanya memerlukan belanja RM2 bilion untuk menaikkan taraf untuk menjadi sistem pengairan yang lengkap.
Alhamdulillah Perdana Menteri nampaknya tahu apa yang sedang berlaku dan tahu apa yang perlu dilakukan untuk mengatasi masalah yang dihadapi negara. Harap-harap Perdana Menteri mempunyai keazaman politik (political will) yang kental untuk melakukan yang terbaik demi negara dan rakyat jelata.
Dalam keghairahan melaksanakan projek-projek raksasa, pembangunan semula bandar dan pembangunan bandar baru, kerajaan hendaknya tidak mengabaikan pembangunan di luar bandar.
Kita takut kalau isu pengangguran, bekalan makanan dan inflasi tidak ditangani dengan cepat dan berhemat, kemungkinan berlaku kebangkitan seperti yang sedang melanda dunia Arab sekarang mungkin menjadi masalah kita satu hari nanti. Barang dijauhkan Allah.

Monday, February 28, 2011

BLOGGER JUTAAN RINGGIT - BUKAN SAYA YANG KATA!


Bukan saya yang kata!
Apa lagi sesetengah pemimpin Pakatan Rakyat yang dibantu oleh blogger menerusi blog dan penulisannya usahkan menerima apa-apa imbalan; tetapi dibalas dan dihadiah surat saman dan sebagainya. Kalau pun ada peraiaan ataupun kepedulian hanya sebahagian saja terutamanya blogger yang berhimpun dalam satu-satu kumpulan yang dibiayai wang jutaan ringgit.
Kalau tidak silap saya, saya tidak pernah mendengar berita atau laporan mengatakan Anwar Ibrahim ataupun Guan Eng bersama Abdul Hadi Awang melayani dan bertemu para blogger dan juga penulis bebas yang menyokong mereka. Kalau pun berlaku, dalam majlis-majlis yang kelihatan rasmi dan eksklusif sahaja yang melibatkan orang-orang tertentu.
by NOBISHA

Berkaitan :


Oleh : MSO
 
Memang Terasa Berlaku Kelesuan 
Di Pihak Pakatan Rakyat

SAHABAT saya Norizan Sharif telah post satu catatan kecil yang penting untuk direnungi oleh semua pihak khasnya parti Pakatan Rakyat. Catatan beliau di sini, menunjukkan sokongan atau pun kemarihan di laman soaisal Fb dan blog sokongan terhadap Pakatan Rakyat berkurangan. Norizan memberi runjukkan khas kepada kedua pilihan raya kecil yang berlangsung kini.

Beliau membuat perbandingan dengan pilihan raya kecil Bukit Gantang, Perak dan Kuala Terengganu, Terengganu. Katanya ternyata kemeriah dan sokongan menerusi laman sosial kini berpihak kepada UBN. Laman-laman sosial yang menyokong UBN lebih bersemangat dan sepakat dalam membuat kecaman dan serangan terhadap Pakatan Rakyat. Serangan mereka juga berangkaian seolah diolahkan begitu profesional sekali.

Tentu orang Pakatan Rakyat terutamanya para penagih blog Pas akan marah bila kenyataan ini didedahkan. Mereka tidak senang dengan fakta yang berlaku. Dalam pada itu mereka akan tuduh bahawa bloger UBN diupah dan sebagainya. Tidak dinafikan kalau itu berlaku? Tetapi pokoknya di sini itulah realiti bahawa bloger Pakatan Rakyat sudah malas untuk menulis dan dan kreatif membuat laporan. Ada juga yang sudah hilang kerajinan dan keletihan manakala bloger Pakatan jadi lebih bersemangat. Tentunya kalau upah dan imbuhan yang dihulurkan, besar lagi bersemangatlah jadinya.

Saya setuju dengan apa yang berlaku kini seperti mana diselidiki Norizan itu. Saya rasa ada beberapa sebab kenapa kesungguhan dan kerajinan bloger pakatan itu sudah hilang. Kalau perasaan saya sudah menulis dalam cacatan baru-baru ini dibawah tajuk, ah lupa... selaklah sendiri (saya juga ditimpa sindrom malas, tetapi aia tidak ada kena mengena dengan persoalan dikatakan itu). Dalam catatan itu saya sudah mendedahkan kenapa itu berlaku dan di mana kesilapannya.

Saya kira Pakatan Rakyat gagal melayani para bloger yang menyokong mereka. Mereka tidak memberi satu layanan dan peraian yang bermakna kepada para bloger. Pakatan selamanya mengira bloger akan bekerja dengan penuh keikhlasan. Mengharap kepada keikhlasan rasanya tidak begitu tepat lagi apa lagi kalau bloger nampak yang pemimpin PR diri ada yang tidak ikhlas, dan hanya suka memerah susu dan perah kepala untuk dapat santan saja.

Apa lagi sesetengah pemimpin Pakatan Rakyat yang dibantu oleh bloger menerusi blog dan penulisannya usahkan menerima apa-apa imbalan tetapi dibalas dan dihadiah surat saman dan sebagainya. Kalau pun ada peraiaan ataupun kepedulian hanya sebahagian saja terutamanya bloger yang berhimpun dalam satu-satu kumpulan yang dibiayai wang jutaan ringgit.

Kalau tidak silap saya, saya tidak pernah mendengar berita atau laporan mengatakan Anwar Ibrahim ataupun Guan Eng bersama Abdul Hadi Awang melayani dan bertemu para bloger dan juga penulis bebas yang menyokong mereka. Kalau pun berlaku dalam majlis-majlis yang kelihatan rasmi dan eksklusif sahaja yang melibatkan orang-orang tertentu saja.

Ada juga himpunan yang diraikan oleh Nik Aziz tetapi sayangnya kesempatan itu tidak digunakan untuk memikir bagaimana menggerakkan bloger menjadi agen dan propagandis Pakatan yang baik. Pertemuan setakat makan, bersalam dan bergambar dengan pemimpin itu saja, lepas balik masing-masing hanya pos dalam wall Fb saja tetapi tidak ada yang mengulas dan memperpanjangkan ke dalam blog.

Kelemahan bloger atau laman sosial Pakatan itu rakyat itu seperti mana kata Norizan itu ialah kerana ia tidak diurus ataupun dipandu secara sistemetik dan setengah menulis ukut perasaan dan jari saja.

Inilah kelemahan Pakatan Rakyat menyebabkan apa yang disuarakan Norizan Sharif itu berlaku. Tititk di sinis sebab saya juga agak malas untuk menyatakan sesutau yang tidak mahu didengari!

Prk Merlimau : Ali Rustam Tiru Gaya Najib Di Sibu


Kerajaan Barisan Nasional di Melaka dianggap sebagai hipokrit apabila meletakkan syarat kepada rakyat supaya mengundi Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya kecil Merlimau, jika mahu bantuan disalurkan kepada mereka.

Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Melaka, Shamsul Iskandar Md Akin berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam yang berkata kerajaan akan memberi keutamaan kepada penyokong BN dalam memberikan apa jua bentuk bantuan.
"Melihatkan bahawa beliau (Ali Rustam) tidak memahami makna kerajaan dan dalam masa yang sama ini kenyataan yang bersifat hipokrit atau hipokrasi kerana di dalam masa yang sama masih lagi menggunakan slogan rakyat didahulukan tetapi meletakkan pula syarat dalam PRK Merlimau ini, sekiranya BN menang barulah mereka akan membantu rakyat,"katanya.

Menurut beliau, strategi yang digunapakai oleh Ali itu pernah dipraktikkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sewaktu meraih undi pada pilihanraya kecil Sibu tahun lalu.

Namun ujarnya, kenyataan itu akan digunakan sebagai pendekatan kepada PAS untuk menawan kerusi Dewan Undangan Negeri Merlimau. 

"Kenyataan yang penuh kebebalan ini menunjukkan bahawa mereka sudah terdesak dan menggunakan pendekatan seperti di Sibu di mana Perdana Menteri telah menyatakan "I'm help you, you help me" dan Ali Rustam pula menggunakan pendekatan seperti itu, saya kira akan memberi kelebihan kepada Parti PAS yang mewakili Pakatan Rakyat dalam PRK Merlimau," tambah beliau.

Katanya lagi, diskriminasi yang ditunjukkan kerajaan Umno-BN ini jelas menujukkan slogan yang dibawa tidak selari dengan apa yang sepatutnya diperoleh oleh rakyat, di mana kebajikan rakyat hanya diberi perhatian menjelang pilihanraya atau pun apabila BN menang di kawasan terbabit. 

"Kalau dahulu mereka popularkan slogan Rakyat Didahulukan tetapi dengan kenyataan Ali Rustam ini menunjukkan bahawa sebenarnya slogan itu hanyalah retorik politik yang bertujuan untuk memancing undi tapi tidak diamalkan malah dinyatakan dengan jelas secara terperinci bahawa rakyat hanya akan didahulukan sekiranya BN memenangi pilihanraya,"ujar beliau.

Malam semalam, Ali dalam ceramahnya berkata, beliau tidak mungkin dapat bekerja keras jika penduduk mengundi calon PAS, Yuhaizad Abdullah pada pilihan raya kecil Merlimau, 6 Mac ini.

Tambah Ali lagi, kerajaan negeri pimpinannya akan terus memberi keutamaan bantuan jika rakyat terus memberi sokongan kepada BN.
                         
Beliau berkata demikian di hadapan kira-kira 100 orang di Kampung Lipat Kajang, Merlimau.

'Tawaran Baru' Muhyiddin, Cedok Idea Buku Jingga-Abdullah Sani


Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid melihat Kerajaan Barisan Nasional (BN) kini sudah ketandusan idea sehingga terpaksa mencuri dasar Buku Jingga Pakatan Rakyat untuk dijadikan sebagai "gula-gula" kepada rakyat dalam menghadapi Pilihanraya Umum ke-13.
"Mengapa harus ambil item yang telah dibuat dalam buku jingga untuk dijadikan sebagai panduan? Ini menunjukkan bahawa sekarang ini tahap mereka sebagai pencuri dan tidak tahu membuat kerja, meniru orang dan mengambil dasar orang untuk dijadikan dasar mereka," kata Abdullah.

Menurut beliau, tindakan Umno-Bn itu sekaligus membuktikan bahawa dasar yang direncanakan Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga itu dapat dilaksanakan jika menawan Putrajaya kelak.

"Ini saya lihat sebagai mencuri dan meniru buku jingga dan kita yakin buku jingga ini merupakan satu transformasi dan dasar yang jelas kepada rakyat untuk mengangkat wacana martabat rakyat," jelasnya kepada Tv Selangor.

Perkara ini sekaligus menyangkal dakwaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mendakwa negara akan bangkrap jika Pakatan Rakyat menaikkan gaji mahupun insentif kepada pendidik di negara ini.

"Kerajaan Barisan Nasional telah berada dalam kegelapan, ketakutan yang jelas menunjukkan bahawa mereka sekarang berada di hujung tanduk kehancuran mereka sendiri,"katanya.  

Hari ini Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan lagi ganjaran “tawaran baru” bernilai RM18.4 juta kepada pengetua dan guru, yang telah mempamerkan prestasi cemerlang melepasi sasaran Bidang Hasilan Utama Nasional (NKRA).

Timbalan presiden Umno itu berkempen bagi calon BN pada pilihan raya kecil Merlimau dan menggunakan kesempatan untuk mengumumkan ganjaran atas kapasitinya sebagai menteri pelajaran.

Kandungan tawaran itu menyebut, seramai 586 pengetua dari seluruh negara bakal menerima ganjaran sebanyak RM7,500 seorang diikuti sebanyak lima peratus daripada jumlah keseluruhan guru di sekolah terbabit akan menerima RM1,800 manakala baki guru lain mendapat RM900.    

Skim baru ini sebahagian daripada dana RM2.492 bilion yang disalurkan kepada sekolah dan jabatan-jabatan pelajaran di seluruh negara, dilihat sebagai satu lagi usaha kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Prk Kerdau : BN janji lagi buat kali ketujuh..!!!


TEMERLOH: Penduduk Kerdau mendengar sekali lagi janji kerajaan untuk menyiapkan Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) Paya Taram yang terbengkalai sejak 20 tahun lalu.
Adakah pilihan raya kecil (PRK) DUN Kerdau yang sedang berlangsung ketika ini akan menjadi penamat kepada permasalahan yang dideritai penduduk selama puluhan tahun itu.
Bagi penduduk, mereka sudah mendengar janji kerajaan mahu menyiapkan rumah tersebut sejak pilihan raya umum (PRU) 1990, 1995, 1999, PRK Sanggang tahun 2000, PRU 2004 dan yang terakhir pada PRU 2008 yang lalu.
Kelmarin, sekali lagi Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Said mengumumkan kepada media, kerajaan telah meluluskan RM2.2 juta bagi membaiki semula perumahan perumahan milik Perbadanan Setiausaha Kerajaan Pahang itu.
Menurut Ismail, pembaikpulihan itu akan ditanggung kos oleh Syarikat Perumahan Negara (SPN).
PAKR Paya Taram mengandungi 198 unit rumah teres setingkat dengan ukuran 6 meter x 9.3 meter dan mula dibina pada 1988 tetapi projek berkenaan terbengkalai beberapa tahun kemudian sebelum sempat siap.
Lebih mengecewakan lagi, projek kerajaan negeri itu telah diserahkan kepada bank dan pembeli terpaksa memohon pinjaman sehinggalah harga tawaran asal RM25,000 sebuah rumah telah meningkat kepada RM35,000  bagi lot biasa manakala harga bagi lebihan lot dikira sebanyak RM2.50 bagi setiap sekaki persegi.
Seorang penduduk, Sharuddin Mohd Salleh, 50, mengalu-alukan janji Ahli Parlimen tersebut dan berharap masalah tersebut tidak berlarutan lebih lama lagi kerana kebanyakan pembeli rumah itu merupakan penduduk kampung sekitar yang masih belum memiliki rumah.
''Sesetengah daripada kami sanggup menjual lembu dan tanah untuk membeli rumah ini kerana belum memiliki rumah sendiri. Ada pula yang sudah dipotong gaji untuk bayar pinjaman rumah.
“Apabila terbengkalai dan belum diketahui entah bila siapnya, tentulah membuatkan kami tak senang duduk,” katanya.
Tambah Sharuddin, kediaman yang selesa adalah salah satu kewajipan asas bagi sesebuah keluarga yang sempurna kerana dari situ akan lahirlah sebuah masyarakat yang teratur seterusnya menyumbang ke arah keharmonian negara.
Katanya lagi, sebuah kerajaan yang baik dan prihatin pula, lazimnya akan mengambil tanggungjawab memastikan rakyatnya tidak terabai dalam urusan memiliki tempat tinggal.
Seorang pembeli lagi, Siti Fatimah Abdul Rahman, 49,  ketika ditemui memberitahu impiannya bagi memiliki rumah sendiri hampir ‘berkubur’ apabila projek berkenaan terus terbengkalai.
“Sejak anak saya kecil dan kini dia dah berusia 24 tahun, rumah yang kami impikan masih  juga belum disiapkan”, luahnya dengan nada kecewa.
”Saya sangat kecewa dalam hal ini, sebab telah merancang bersama keluarga untuk tinggal di situ tetapi sampai sekarang rumah itu tidak siap-siap,'' .
 “Ini adalah rumah pertama yang saya mohon untuk bersama keluarga dan akibat terbengkalai, saya sekeluarga masih terpaksa menumpang di rumah kakak,'' ujarnya.
Menurutnya, dia telah mengisi borang pada tahun 1989 dan hanya ditemuduga kelayakan pada tahun 2000. Setelah dua dekad menunggu, awal tahun ini pihak kerajaan telah menyuruhnya pergi ke bank untuk membuat pinjaman pembelian rumah berkenaan.
“Saya memang harap sangat rumah ini dapat siap cepat dan kerajaan tidak lepas tangan. Apatah lagi ada pihak yang menjanjikan pemilikan rumah ini tiap-tiap kali pilihan raya”, katanya lagi.

Prk Kerdau : Menyampah tengok sampah di Temerloh..




Dewan Abdul Razak, Temerloh menjadi saksi kepada Majlis Penamaan Calon bagi PRK Dun Kerdau. Peritiwa pada 26 Feb 2011 ini berlangsung penuh meriah. Jalan terpaksa ditutup demi memberi laluan kepada ribuan pejalan kaki mengiringi calon ke Dewan.
Sejurus lepas masing-masing calon tiba di Dewan, para pengiring mencari ruang menunggu pengumuman SPR. Penyokong BN berada di padang, penyokng PAS di bahagian jalan masuk dan sebelah gerai di kawasan parkir. Di sini penulis dapati longgokan sampah… hati kecil merungut geram, sebab haruman sampah membuat hidung kembang kempis menahan bau yang tidak diingini itu.


Mengapa ada sampah? Menyampah betul tengok sampah! Ramai juga muslimat PAS merungut, namun ramai juga yang buat bodoh sahaja.... cobaaaaaan, katanya. 
Mungkinkah Adnan Yaakob, MB Pahang sengaja mengarahkan sampah terbiar? Tambah sampai banyak sebab PAS dan penyokongnya hanya layak berhimpun di tepi sampah.
Mungkin Pegawai Daerah terlepas pandang. Beliau yang sibuk dengan SPR terlupa membuat arahan agar sampah sarap sekurang-kurangnya tiada di sekitar dewan.
Mungkin kontraktor tidak dapat bayaran mencukupi, lalu sebagai imbalan, membiarkan sampah terperap lama lau menghasilkan aroma yang menghapus selera menjamah sup utara.
Mujur penyokong PAS tidak naik angin kepada abang baju biru yang menjaga pagar berduri. Jadi tidaklah mereka ambil sampah dan melontarkannya.
Penulis pada mulanya tidak puas hati melihat sampah di bahagian hadapan jalan masuk ke masjid. Dengan melihat kesan pada puntung rokok dan plastik pembungkus makanan yang tercampak, sudah boleh diagak, sampah ini sudah beberapa hari terlantar di situ.
Justeru dalam perjalanan pulang penulis memantau tahap kebersihan lanskap dan kiri kanan jalan di Bandar Temerloh. Dalam diam-diam penulis mengeluh. Sungguh tidak wajar Pegawai Daerah tidak cakna dengan keceriaan Bandar Temerloh. Tidakkah beliau sedar pada Sabtu 26 Februari itu, ribuan manusia berkumpul di situ?
Jika tidak mengalu-alukan penyokong pembangkang tidak mengapa. Ini membiarkan tayar kereta para Menteri melalui jalan yang kebersihannya kurang diperhati. Mana boleh jadi. PRK adalah fenomena yang tidak kerap berlaku. Wajarlah ambil peluang menaikkan gred kebersihan jadi nombor satu.
Bukannya susah, boleh kerah budak sekolah. Pinjam sebentar pelatih PLKN juga tidak jadi masalah. Boleh buat program gotong royong dengan warga bandar agar Temerloh tampil segar. Libatkan orang ramai, jangan serah pada kontraktor pemungut sampah pepejal semata-mata. Kreatiflah sedikit.
Penulis harap MB Pahang janganlah sibuk hendak rampas kerusi Kuantan daripada pembangkang sahaja. Memang agak mustahil menjadikan Temerloh sifar sampah terbiar, namun mestilah ada usaha ke arah menjadikannya bersih dan ceria. Memang tidak patut biarkan tahap kebersihan hanya sekadar biasa-biasa sahaja.
Sepanjang minggu berkempen ini, Adnan jangan pula buat perangai lebih busuk macam sampai seperti kempen PRK Sanggang dahulu. Apa kata ajak calon dan penyokong BN buat aktiviti kebersihan. Tentu ramai geng UMNO datang tolong.
Lain kali apabila ke Temerloh untuk santap ikan patin, penulis harap tidak ada lagi sampah dan bau busuk bermain ditiup angin.

Prk Kerdau : 100 kotak 'bantuan' BN tiba....


BN hari ini secara senyap mengedarkan berkotak-kotak barang makanan kepada penduduk satu-satunya kampung Cina di Kerdau atas nama bantuan.

Kotak yang diangkut dengan trak petang ini diedarkan oleh beberapa orang yang memakai baju merah yang pergi ke beberapa rumah bagi mengenalpasti identiti penduduk.

Semua penduduk yang agak tua yang enggan dikenali berkata mereka didatangai beberapa orang yang mahu memberikan "bantuan makanan" secara percuma dengan syarat pelekat BN ditampal di pintu rumah mereka.

"Kami diminta mengundi BN dan kami diberahu bahawa sesiapa yang menyokong pembangkan tidak akan mendapat bantuan," dakwanya.

Malaysiakini difahamkan kira-kira 100 kotak diedarkan petang tadi.

Kotak itu, dengan pelekar gambar wajah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan menterinya Datuk Seri Shahrizat Jalil mengandungi nasi, Milo, biskut, susu tepung dan sardin dalam tin.

Ia juga dilekatkan dengan tulisan "Akhirkan Zaman Miskin".

Seorang lelaki yang memakai kemeja-t BN, dipercayai membantu mengedarkan kotak itu, berkata hanyalah "satu bentuk bantuan".

Tetapi apabila ditanya lanjut, beliau hanya menjawab "tak ada apa-apa".

Sementara itu Timbalan Pengerusi PAS Pahang Hamzah Jaafar yang ditemui di tempat itu mendakwa perkara itu merupakan satu bentuk rasuah.

Manakala ADUN Tras daripada DAP Chong Siew Onn pula berkata perkara itu bertentangan dengan undang-undang pilihan raya dan akan melaporkannya kepada pihak Suruhanjaya Pilihan Raya.

Prk Kerdau : Calon PAS Kerdau muda, wibawa dan berintegriti


KERDAU: Mursyidul Am PAS,Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat telah mengisytiharkan Ketua Penerangan PAS Pahang, Hasanuddin Salim sebagai calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kerdau.

Ia diumumkan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz di hadapan kira-kira 5,000 penyokong Pakatan Rakyat di Markas Induk PAS Kerdau, dekat sini pada 24 Februari lalu.

Turut hadir dalam perisytiharan itu, Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa; Timbalan Presiden KeADILan, Azmin Ali; Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan, Dr Tan Seng Giaw; Naib Presiden PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man; Naib Presiden Ke-ADILan, Fuziah Salleh; AJK PAS Pusat, Mohamad Sabu; Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), Hu Phang Chow serta Pengerusi KeADILan Pahang, Dato Fauzi Rahman.

Pencalonan Hasanuddin yang juga bekas calon PAS di Dun tersebut pada PRU 2008 tepat dengan kehendak massa, kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz kerana calon PAS itu seorang calon muda yang sangat wibawa.

Beliau memiliki Diploma Ukur dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, dan dilahirkan dilahirkan di Kampung Loyang, Sanggang dalam Daerah Temerloh, serta mempunyai seorang isteri dan tujuh orang anak.
Berpengalaman dalam kerja-kerja pembinaan berskala besar seperti pembinaan infrastruktur Hospital Temerloh di samping pernah berkhidmat di Sudan dalam industri minyak dan gas. Hasanuddin juga mempunyai pengalaman luas dalam industri dan ukur selama 15 tahun serta aktif dalam aktiviti kemasyarakatan.

Mengulas pemilihan Hasanuddin, Pengarah Jentera Pilihan Raya Dun Kerdau, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan, calon PAS itu mempunyai hubungan rapat dengan penduduk di Kerdau.

“Beliau sangat dikenali di Dun Kerdau. Saya yakin pengundi akan memberi kepercayaan memilihnya sebagai wakil rakyat,” katanya semasa mengadakan sidang media sejurus selepas perisytiharan calon dibuat.

Ustaz Tuan Ibrahim berkata, PAS sentiasa menampilkan calon yang berwibawa dan bersih, namun parti itu tetap waspada dengan fitnah terhadap calon yang bakal dimainkan Umno-BN.

Beliau berharap proses pilihan raya akan berjalan dengan baik tanpa sebarang unsur provokasi daripada mana-mana pihak.

Sementara itu, bercakap mewakili KeADILan, Azmin Ali menyifatkan calon PAS memiliki integriti dan kewibawaan yang mampu menterjemahkan hasrat penduduk Kerdau khasnya dan Pahang amnya.

KeADILan menyokong penuh pencalonan Hasanuddin, dan berjanji akan membantu menjayakan kempen bagi memenangkan calon PAS itu, katanya.

Dr Tan Seng Giaw ketika ditemui mengucapkan tahniah kepada Hasanuddin yang dipilih PAS dan pimpinan Pakatan Rakyat untuk mewakili gabungan pembangkang di sini. Apa yang pasti katanya, pencalonan Hasanuddin bertepatan dengan hasrat seluruh pengundi Kerdau yang mahukan calon seorang yang muda, berwibawa dan mampu mengutarakan suara pengundi Kerdau.

“DAP akan menurunkan seluruh jentera untuk bantu calon PAS di sini. Kita akan tumpukan kepada pengundi bukan Islam di sini yang peratusannya tidaklah besar, tetapi mampu menyumbang kepada kemenangan,” katanya.

Pilihan Raya Kecil Dun Kerdau diadakan berikutan kematian penyandangnya, Dato’ Zaharudin Abu Kassim.

Proses penamaan calon PRK Kerdau akan diadakan pada 26 Februari, sementara pembuangan undi pada 6 Mac.

Dalam PRU 2008, Hasanuddin mewakili PAS di sini, tetapi tewas kepada calon BN dengan majoriti 1,615 undi.

Beliau mendapat 2,520 undi, manakala Zaharuddin memperolehi 4,135 undi. Walaupun tewas, Hasanuddin berjaya merapatkan jurang majoriti yang sebelum ini.

Prk Kerdau : Umno takut kalah di Kerdau?


Berbanding PRK Merlimau, Umno sebenarnya lebih risau dengan PRK Kerdau, d Merlimau depa tak risau sangat. Walaupun, katanya Umno yakin boleh menang di kedua-dua PRK tapi depa agak gerun di Kerdau. Depa risau kerusi Kerdau terlepas ketangan PAS.

Kalau tengok atas kertas, langsung tak munasabah Umno nak risau di Kerdau. Pasainya, macam yang Muhyiddin pernah kata sebelum ni, lebih 50% pengundi di Kerdau adalah ahli Umno.

Bharian melaporkan:
TEMERLOH: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta jentera pilihan raya kecil Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Kerdau tidak terlalu yakin dan memandang remeh kekuatan parti lawan.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO, berkata seluruh jentera perlu bekerja keras sekalipun DUN berkenaan dilihat sebagai kubu kuat BN dengan lebih 50 peratus pengundi di kawasan itu terdiri daripada kalangan anggota UMNO.

"Kita tidak mahu terlalu yakin dan takbur, walaupun keadaan semuanya baik.

"Kita juga perlu ingat bahawa pengundi adalah raja dan mereka yang tentukan sama ada menyokong atau tidak dan waktu inilah kita mesti menunjukkan kemesraan, keprihatinan, kesediaan untuk menolong mereka dalam menghadapi masalah," katanya. - Bharian
Nak risau apanya kalau dah ada dalam tangan lebih 50% undi. Dalam pilihanraya Malaysia, dapat undi 50.000000000000001% dari yang keluar mengundi pun dah dikira menang. Atau lebih tepat lagi, lebih 1 undi pun dikira menang.

Lagi satu faktor, di Kerdau ada 3 Felda besar, Felda Jengka 22, Jengka 23 dan Jengka 25. Kalau ikut trakrekod di Tenang dan Galas, undi di Felda ni memang milik Umno. Lagi pun kuasa di Felda memang milik Umno. Umno boleh buat hampir apa saja di dalam kawasan Felda termasuk melarang petugas PAS masuk.

Faktor satu lagi, peratus pengundi melayu di Kerdau cukup tinggi, 88.77% dan pengundi cina cuma setakat 5.05% iaitu cuma 454 pengundi saja. Kalau ikut perangkaan PAS sendiri pun, PAS katanya mengunjurkan sokongan dari orang melayu cuma 45% (unjuran di semenanjung) dan pengundi cina 60%. Tu pun Umno masih nak risau. Kaslau ikut kira atas kertas, tentu Umno memang punya. Nak risau apa lagi?

Tapi realitinya, Umno memang risau di Kerdau. Depa tak berapa yakin depa boleh menang mudah. pemimpin Umno katanya lebih ramai diarahkan turun di Kerdau berbanding di Merlimau.

Blogger pencacai Umno pun lebih ramai berkampung di Kerdau waalupun depa lebih suka nak berkampuna di Merlimau. Iya la, apa yang ada di Kerdau. Kalau di Merlimau memang macam-macam ada. Kalau takat nak bersenam arobik tiap-tiap malam pun boleh.

Kalau tengok berita di TV pun. Lebih banyak dipaparkan aktiviti di Kerdau berbanding di Merlimau. Muka calon Umno yang pakai kupah tu lagi kerap muncul. Walaupun jawab tergagap-gagap tapi memanjang ada muka dia ditemuramah wartawan TV.

Apa sebenarnya punca Umno lebih risau di Kerdau?

Sumber image: TMI

Ini baru betoi. Cayalah....




[Selanjutnya di sini]

Dengar tu.... Itu duit rakyat. Duit.... mak bapak kita. Kerajaan hanya melaksanakan amanah yang diberikan. Inilah baru yang dikatakan Kerajaan Rakyat untuk Rakyat.

Jadi..... panjatkan kesyukuran kepada Allah SWT dan berterima kasihlah kepada kedua ibu bapa, dengan membawa pulang segulung ijazah serta menjadi insan yang bertakwa kepada Allah SWT dan berguna kepada agama dan negara.

Selamat pulang ke Mesir untuk menyambung pengajian. Semoga Allah SWT melindungi dan merahmati kalian semua.

Musim Prk : ASKAR PUN SANGGUP JADIK BALACI UMNO JAHILLIAH!



Alahai abang askar kite.... Bile ada PRK jer depa nih kene kerah ngan pak2 menteri untuk tolong depa... awat tak tolong masa takde PRK? dan Sejak biler abang2 Askar nih dok bawah BN/UMNO?
(baca selanjutnya....)

Mesti abang2 Askar sume tak puas hatikan dengan cara pemerintahan BN nih... ialah skop kerja jaga keselamatan negara tak kira masa, tapi BN buat abang2 Askar nih macam balaci dan pencacai2 yang boleh di suruh bila ada PRK....

Anyway Kesian pada abang Askar, dalam dok badan Tuff2 tu masih takut lagi dengan BN... kalau nengok askar Mesir hebat dorang, Pemimpin Corrupt depa tak sokong depa sindri masuk dalam perhimpunan jatuhkan Mubarak!

Kesian.... Abang Askar takut pe ngan BN nih?
EP

Sunday, February 27, 2011

Najib perlu mohon maaf kepada Yusuf Qaradawi – Anwar

Saya petik:

[KD] KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak segera memohon maaf terhadap ulama terkemuka, Sheikh Yusuf al Qaradawi dan pertubuhan Islam, Ikhwanul Muslimin.
“Sekiranya terbukti benar Najib melemparkan fitnah terhadap Sheikh Yusuf al Qaradawi, saya menuntut Perdana Menteri agar segera memohon maaf dari ulama tersebut,” kata Anwar dalam blognya.
Ketua Umum KEADILAN itu turut menegur Najib kerana pandangan sebegini dianggap terpencil dan mewakili pandangan dasar luar ektrem kanan di Amerika Syarikat.
“Adakah ini sebahagian dari agenda syarikat penasihat demi membaiki imej Najib di Amerika Syarikat?” soal Anwar lagi.
Beliau menyifatkan kenyataan terbaru Najib itu membuka pekung kecurigaaan pemimpin tersebut terhadap ulama dan gerakan Islam seluruh dunia yang kian giat menyertai proses demokratisasi.
Kata Anwar, jika Najib mempunyai kebimbangan terhadap sosok seperti Sheikh Yusuf al Qaradawi, mengapa kerajaan menganugerahkan Pengerusi Kesatuan Ulama Sedunia itu sebagai Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 2009/1431.
Beliau berkata, petikan ucapan Najib dalam National Review sarat dengan prasangka buruk terhadap Yusuf Qaradawi dan Ikhwanul Muslimin lantaran menggesa Ikhwanul Muslimin disisih dari agenda perubahan di Mesir kerana terlibat dalam keganasan.
“Pendapat seperti ini dikritik pelbagai institusi dan intelektual. Dunia kini menggesa agar Amerika Syarikat dan Eropah untuk tuntas bekerjasama dengan Ikhwan,” katanya.
P/S: Saya tidak hairan jika ada menteri hatta PM menghina ulama . Apa tidaknya jika sunnah nabi pun mereka persenda inikan pula seorang ulama seperti Yusuf Qaradawi....Adakah mereka lupa bahawa ulama itu pewaris Nabi?

Malaysia amal dasar "Pemimpin didahulukan"

Najib Tun Razak dan kabinetnya cuba menyembunyikan ketakutan bahawa rusuhan Timur Tengah akan tersebar dirantau ini.

Najib berkata, "Kita tidak boleh samakan apa yang berlaku di Mesir dengan Malaysia kerana hal-hal yang sangat berbeza di kedua-dua negara."

Beliau menekankan bahawa perbezaan penting antara kedua-dua negara adalah bahawa BN mempraktikkan dasar "Rakyat didahulukan".

Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengatakan bahawa gejala di Timur Tengah tidak akan terjadi di Malaysia.

Ada juga menteri yang pernah bakar jambatan, berkata, "Di negara-negara yang menghadapi pemberontakan , mereka tidak mempunyai perlembagaan yang solid seperti kami, juga tidak mempunyai pilihan raya yang bebas memilih pemimpin mereka."

Semua mereka menyatakan bahawa Malaysia bersatu, demokratik dan bahawa kerajaan mendengar rakyatnya. Mereka adalah salah!

Mereka sebenarnya adalah dalam sindrom penafian kerana ada banyak persamaan antara negara-negara Arab yang rakyatnya bangun menuntut reformasi dengan keadaan di Malaysia.

Orang Mesir muak dengan Peraturan represif Hosni Mubarak. Alasan ketidakpuasan mereka terutama kewangan. Mereka marah dengan kehidupan di negara autokratik polis, keadaan hidup yang buruk, ekonomi lembab, pengangguran, korupsi dan salah laku oleh polis.

Pilihanraya mereka jauh dari adil, samalah seperti kita di Malaysia. Kita mengadu tentang kecurangan , membeli undi dan pengundi hantu, tetapi kerajaan terus mengabaikan keluhan kita.

Ada beberapa menteri Malaysia yang didakwa melakukan jenayah serius seperti serangan, pembunuhan dan perkosaan tanpa dihadapkan ke mahkamah dan lepas begitu sahaja tanpa hukuman.

Apabila mereka terlibat dalam rasuah dan ketika berjuta-juta wang tersebut diselewengkan ke luar negeri, tidak ada apa-apa tindakan yang dikenakan. Kalau mereka didakwa dan dihukum oleh mahkamah, dalam beberapa waktu yang singkat, mereka akan dibicara semula dan biasanya dibebaskan dengan alasan-alasan yang pelik.Lantaran itu gejala rasuah semakin subur di Malaysia.

Mereka yang korup dan pernah dihukum kerana politik wang dilantik menjadi pengerusi organisasi penting. Ketua menteri yang mengumpul kekayaan dengan mengorbankan masyarakatnya sendiri, bebas dan terus bermaharajalela.

Ini bukan dasar "Rakyat didahulukan", tetapi adalah sebaliknya, mereka melaksanakan dasar "pemimpin diutamakan".

Sasau Terlampau


Mahathir sudah semakin sasau. Sasaunya bukan main-main. Sasaunya begitu agresif sekali. Sasaunya macam babi gila.... menyondol-nyondol.

Mangsa yang menjadi sasaran sondolannya ialah dua musuh utama dia di Malaysia. Mereka ialah dua orang pemimpin Melayu iaitu Tok Guru Nik Aziz dan Anwar Ibrahim.

Dahsyat orang tua ni. Baca, apa dia kata...


Orang tua ni, tak dapat terima hakikat bahawa yang berpecah ialah Melayu-UMNO. Dalam bahagian pecahan carta pie bangsa Melayu, portion yang mewakili PAS semakin besar, sedangkan pecahan bahagian UMNO semakin mengecil. Ini kerana.... banyak dalam kalangan bangsa Melayu-UMNO telah yang berpecah dan masuk ke dalam PAS dan ada yang masuk PKR.

Jadi.... kesimpulan bodoh yang dibuat oleh orang tua ini ialah Melayu telah berpecah, dan puncanya ialah Tok Guru Nik Aziz dan Anwar Ibrahim. Oleh itu, kedua-dua mereka, pengkhianat bangsa Melayu. Alahai senangnya kamu buat kesimpulan....

Hello... siapa yang menyebabkan pecahan bahagian Melayu-UMNO dalam carta pie bangsa Melayu mengecil?? Pi cermin diri dan cermin akan kata.... kamu penyebabnya. Siapa suruh hang gatai pi pecat Anwar?? Apa sebab hang gatai mulut, pi fitnah dan hina sunnah Nabi Muhammad s.a.w dan hukum Hudud Allah?? Hang yang menyebabkan bangsa Melayu -UMNO berpecah. Hang sebenarnya.... pengkhianat bangsa Melayu.

Memang hang Melayu mudah lupa... Itu pun aku bagi kredit sikit dekat hang dengan iktiraf hang sebagai Melayu. Kalau orang lain la.... mampuih depa akan kata hang mamak padukang!! Nasib baik ler aku ni jenis tak suka nak ungkit keturunan orang...

Aku harap Melayu- di luar sana pun, jangan mudah lupa dan jangan mudah terpedaya dengan auta orang tua ni.

Lepas tu, dia mendabik dada, labun pada orang Kampung Gajah, kononnya Malaysia makmur kerana strategi politik bijak depa. Cer tengok di bawah ini...

Memang tidak dapat dinafikan, berkongsi kuasa itu baik kerana kita hidup dalam sebuah negara yang terdiri daripada berbilang bangsa. Perkongsian kuasa ini telah memberi kesan positif kepada ekonomi negara. Negara menjadi makmur. Banyak pelabur datang melabur di Malaysia. Itu... dulu.

Namun demikian, itu satu hakikat yang kita kena terima. Dan PAS, PKR serta DAP sudah pun menerima hakikat tersebut.

Sebab itu... ketiga-tiga parti tersebut, membuka keahlian mereka kepada sesiapa saja, tak kira bangsa dan agama, walau pun ada certain-certain bangsa yang memonopoli parti-parti tersebut. PAS pun sama. Semua bangsa yang beragama Islam boleh menjadi ahli PAS. PAS for all!!

Walau bagaimana pun.... untuk memurnikan lagi strategi bagi menjatuhkan UMNO/BN, yang dah jadi semakin rakus... tamak... giler kuasa dan yang dah mula bersifat kuku besi maka.... Pakatan Rakyat ditubuhkan.

Lebih-lebih lagi, apabila..... sedikit demi sedikit demokrasi dimatikan, ini tak boleh jadi. Kita tak boleh berdiam diri. UMNO/BN mesti dijatuhkan. Penubuhan Pakatan Rakyat mendatangkan kesan yang baik sekali. UMNO/BN berjaya dilemahkan. Pada PRU12, UMNO/BN dilanda tsunami paling dahsyat. Ruyup habis 5 negeri!!

Ini telah menyedarkanUMNO/BN, yang mereka cannot play-play with Pakatan Rakyat. Bahaya...... UMNO/BN bisa binasa. Sejak itu, Pakatan Rakyat dan para pemimpinnya menjadi sasaran serangan mereka. Kalau kita berjaya lemahkan mereka, kini mereka pula berhempas-pulas untuk melemahkan kita. Senjata mereka....?? Aaaahhh.... biasa ler, FITNAH!! Jangan biarkan....

Kemakmuran yang telah dicapai oleh negara, telah menjadikan para pemimpin UMNO/BN takbur dan tamak. Mereka menjadi lupa daratan dan hilang arah tujuan. Mereka terbabas daripada landasan perjuangan. Dengan kuasa yang ada pada mereka, pelbagai helah digunakan untuk merompak harta dan duit rakyat. Rakyat diketepi dan tidak dipedulikan. Sebaliknya, diri, anak-pinak, sedara-mara serta kroni menjadi priority mereka untuk dijadikan kaya-raya.

Kezaliman bermaharaja lela, rasuah berleluasa dan penyelewengan serta salah guna kuasa menjadi perkara biasa. Salah urus tadbir pentadbiran negara menjadi amat parah. Akibat gila untuk kekal dan terus berkuasa, sistem pentadbiran negara diperkosa dan jadi porak peranda. Tonggang-langgang jadinya. Fitnah dijadikan senjata untuk menjatuhkan lawan politik mereka.

Kesannya..... ekonomi terjejas. Pelaburan menurun kerana para pelabur tak ingin lagi datang ke sini. Mereka sudah hilang kepercayaam pada sistem pemerintahan negara kita yang pincang pada tahap kronik. Yang sudah ada di sini, angkat bungkus, cabut lari dan cari lain-lain destinasi untuk melabur.

Tetapi.... strategi berkongsi kuasa ala-Pakatan Rakyat telah menjadi 'eye opener' kepada semua, baik di dalam mau pun di luar negara. Kita mendapat sambutan dan sokongan. Negeri-negeri yang Pakatan Rakyat perintah, telah menunjukkan peningkatan dalam pendapatan kerana tahap pentadbiran dan pengurusan menjadi cekap. Pelaburan pun meningkat. Kesannya.... ekonomi di negeri-negeri tersebut menjadi lebih makmur daripada negeri-negeri yang diperintah oleh UMNO/BN.

Ini berlaku kerana, para pelabur lebih selesa berurusan dengan kerajaan-kerajaan di bawah Pakatan Rakyat. Kejayaan dan kecekapan Pakatan Rakyat mentadbir negeri dan mengurus kewangan negeri telah mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Ketua Audit Negara. Lagi ler para pelabur bukak mata....

Jadi.... kalau orang tua Mahathir kata, perkongsian kuasa antara kaum-kaum menjadi faktor urtama negara menjadi makmur, itu memang betul. Tepat sekali dan tidak dapat disangkal lagi. Dan.... itulah formula yang kini diguna pakai oleh Pakatan Rakyat. Strategi serupa... tetapi kita ada acuan sendiri.

Lantaran itu, perlu ditegaskan di sini, bahawa.... negara Malaysia akan menjadi LEBIH MAKMUR dan KEBAJIKAN RAKYAT akan LEBIH TERBELA, jika Malaysia diperintah oleh Pakatan Rakyat. UMNO/BN telah menghampiri tarikh EXPIRED mereka.

Just say.... adios kepada mereka!!

[sumber: sini dan sini]

Sunday, February 20, 2011

PRK kerdau, merlimau serentak elak asakan pakatan


 
Keputusan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengadakan pilihan raya kecil (PRK) Merlimau dan Kerdau secara serentak merupakan isyarat jelas pilihan raya negeri Sarawak akan diadakan dalam masa terdekat, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Oma
Beliau berkata, PAS dan Pakatan Rakyat harus berwaspada dengan isyarat itu kerana kemungkinan Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak akan dibubarkan sejurus selepas kedua-dua PRK ini.
"Ini satu isyarat yang harus diberi perhatian oleh PAS dan Pakatan Rakyat untuk persiapan menghadapi pilihan raya umum Sarawak.
"Kemungkinan SPR menyegerakan (pilihan raya kecil) Kerdau ini kerana mereka nak tumpu Sarawak. Kemungkinan selepas sahaja pilihan raya kecil di kedua-dua tempat ini, Dun Sarawak akan dibubarkan maka pilihan raya kecil itu disegerakan," kata beliau ketika ditemui di Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa-jaminan PAS di Shah Alam semalam.
Mahfuz yang juga ahli Parlimen Pokok Sena turut mendakwa Umno BN mahu PRK Merlimau dan Kerdau diadakan serentak kerana enggan berhadapan dengan asakan Pakatan Rakyat seperti siri PRK sebelum ini.
Umno BN dalam setiap PRK, katanya terpaksa menghabiskan wang yang banyak untuk menawan hati pengundi bagi bersaing dengan Pakatan yang menurunkan kekuatan jentera dari seluruh negara.
Contoh yang paling hampir ujarnya pada PRK di Tenang yang menyaksikan Umno BN terpaksa berusaha keras menarik hati pengundi meskipun kawasan itu merupakan kubu kuat Umno.
"Seperti di Tenang, walaupun Tenang itu kawasan kuat Umno tapi mereka tidak lagi mudah menang seperti pilihan raya kecil sebelum ini.
"Mereka terpaksa berhadapan dengan asakan Pakatan Rakyat, terpaksa berbelanja banyak untuk melaksanakan tawaran yang dijanjikan kepada rakyat kerana kita mengumpulkan seluruh tenaga kita di Tenang.
"Mereka mengharapkan dengan buat pilihan raya kecil serentak, tenaga kita tidak tertumpu kepada satu-satu tempat sahaja, terpaksa dipisah dua. Jadi pilihan raya itu tidak serancak yang berlaku sebelum ini," katanya.
Namun demikian, Mahfuz mahu jentera Pakatan Rakyat melihat keputusan itu secara positif dan menjadikannya sebagai latihan praktikal terakhir untuk menghadapi pilihan raya umum.
"Kepada petugas parti saya harap mereka melihat secara positif kerana memang pun dalam pilihan raya umum jentera di peringkat jentera kawasan dan negeri masing-masing yang berkerja. Kita boleh berkerja dan boleh menang di beberapa negeri.
"Kita harap kita hadapi pilihan raya kecil ini seperti kita hadapi pilihan raya umum. Tiada siapa yang membantu kita tapi jentera tempatan itu akan lebih agresif," katanya.
Selain itu katanya, Pakatan Rakyat boleh menggunakan waktu ini untuk mengenal pasti kelemahan sebelum ini dan memperbaikinya.
"Kita harap ini akan menjadi lapangan sasar menembak terakhir untuk membuat latihan praktikal hadapi pilihan raya umum untuk kita lihat di mana kelemahan kita sebelum ini yang perlu dibaiki.
"Jabatan pilihan raya pusat dan negeri perlu kenal pasti kenapa setiap negeri yang ditugaskan di setiap peti undi tak dapat nak meningkatakan lonjakan undi," katanya.
PAS, katanya akan membuat pengagihan jentera dengan sebaik mungkin untuk bertugas di kedua-dua kawasan.
"Kita akan buat pengagihan selepas ini supaya jentera dapat dimanfaatkan sebaiknya," katanya. -Hrkh