Thursday, October 20, 2011
AHLI AKADEMIK DITEKAN? ~ SHAMSUL ISKANDAR
pelbagai pihak menyatakan bantahan terhadap penggantungan perkhidmatan pakar perlembagaan Profesor Dr Abdul Aziz Bari oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ekoran kenyataannya berkenaan titah Sultan Selangor baharu-baharu ini.
Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) melalui Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, penggantungan itu jelas mencalarkan imej UIAM selaku ‘Taman Ilmu dan Budi’, apabila seorang pensyarah yang berhujah melalui fakta dan kepakarannya, ditekan dengan tindakan seumpama itu.
“AMK tidak berniat untuk campur tangan di dalam pentadbiran UIAM. Sebaliknya, yang dipertikaikan ialah kenapa wujud kekangan ke atas kebebasan akademik, atau secara asasnya kebebasan berfikir di kalangan pensyarah yang bertanggungjawab mendidik mahasiswa?,” soal beliau dalam satu kenyataan media.
Sementara itu,Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia (Gerak) menjelaskan, mana-mana negara yang mahukan universiti mereka disanjungi dan dihormati sebagai universiti bertaraf dunia pasti menyokong, menghormati dan melindungi kebebasan akademik.
“Gerak merasa terkilan atas celaan berbentuk peribadi yang telah dikenakan terhadap beliau,” kata setiausaha agungnya, Rosli H Mahat.
Jelasnya, Abdul Aziz adalah seorang yang berwibawa dan berkelayakan untuk membuat kenyataan ilmiah dan rasional dalam bidang kepakaran beliau.
“Kebebasan akademik ini telah disaran oleh UNESCO melalui satu dokumen bertajuk Recommedation Concerning the Status of Higher Education Teaching Personnel,” ujarnya lagi.
Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan Tony Pua berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan polis juga dengan segera perlu menarik balik tindakan mereka mahu menakut-nakutnya pensyarah itu hanya kerana memberikan pandangan mengenai undang-undang.
“Pada masa yang sama, UIA seharusnya menarik balik surat tunjuk sebab yang mengakibatkan persepsi bahawa pihak berkuasa universiti di Malaysia kurang kebebasan dan hanya bertindak sebagai alat kepada parti pemerintah untuk menekan pandangan-pandangan yang berbeza,” kata beliau.
Exco Selangor, Elizabeth Wong berkata tindakan UIAM menggantung pakar perlembagaan terkemuka itu amat mendukacitakan. ”UIAM, sebagai sebuah institusi pengajian tinggi yang bertaraf antarabangsa, sepatutnya mempertahankan hak ahli akademik menyuarakan pendapat dan idea,” katanya.
Tambah Elizabeth lagi, universiti tersebut bukan sahaja gagal mempertahankan Dr Aziz apabila beliau diserang oleh ahli politik dan media UMNO, tetapi sebaliknya menggantung beliau.
“Dengan mengambil tindakan ini, UIAM terbukti mementingkan agenda politik UMNO. ”Transformasi” yang sering dilaung-laungkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak jelas merupakan janji-janji kosong,” ujarnya.
Dalam pada itu ,kumpulan mahasiswa akan menggerakkan golongan itu secara besar-besaran daripada seluruh kampus di Lembah Klang untuk berdemonstrasi terhadap UIAM yang menggantung tugas Prof Dr Abdul Aziz Bari sebagai pensyarah.
Pengerusi NGO Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Syukri Abd Razab berkata, dijangkakan hampir 1,500 mahasiswa dan anak muda akan hadir bagi “mempertahankan kebebasan akademik”.
“Solidariti Mahasiswa Malaysia mengecam sekeras-kerasnya tindakan Universiti Islam Antarabangsa menggantung tugas Prof Dr Abdul Aziz Bari.
“Tindakan UIA adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab kerana membelakangkan prinsip ‘kebebasan akademik’,” kata Syukri.
Lawyers For Liberty pula menyatakan tindakan UIAM tersebut bertentangan dengan Artikel 10 Perlembagaan yang memberi kebebasan untuk bersuara dan menuntut kebebasan akademik dipertahankan.
“Kami menuntut bahawa penggantungan ini wajar ditarik balik serta-merta manakala menyeru SKMM tidak langkau sempadan bidang kuasa. Kami juga menggesa pihak polis menghentikan serta-merta mengganggu Prof Aziz Bari dengan penyiasatan di bawah zalim Akta Hasutan,” katanya.
Perhimpunan itu dijadual berlangsung di masjid kampus UIA di Gombak selepas solat Jumaat.
Malahan protes ini semakin hebat melalui laman media sosial apabila beberapa laman Facebook dibuka untuk menyatakan bantahan tersebut.
Laman facebook “10,000 mahasiswa menyokong penuh Profesor Dr Abdul Aziz Bari” dan “Kami Bantah Penggantungan Dr. Aziz Bari” mencatat lebih 2,000 selepas beberapa jam laman itu dibuka.
Gambar : Bukti Zul Kulim amat berpengaruh di Kulim
Sebelum korang tengok gambar ribuan hadir dalam ceramah Zul Kilm diakhir entry.. baca dulu mesej ini..Mesej dari abangg Mat, Kelang Lama ,Kulim Kedah.
Sebelum hang nak cabar prof Aziz Bari ..Aku cabar hang buat ‘rumah terbuka’ pada A’idil Adha nanti.
Apa macam malaun …. ,lagi pun tak lama dah kita akan sambut hari kemerdekaan seluruh umat islam sedunia.
Aku duk tunggu jugak sejak 2008 kot kot hang nak buat rumah terbukak sempena a’dil fitri yang barakah..Tak Dak Jugak!..Hang dah balun berbelas ribu sebulan ,apa cerita baruah UmporNo oiii? nak buat jamuan Teh ‘O’ dan dua tiga biji kuih raya tak boleh ka?
Bukan main sedap hang laa ni jadi DJ UMporNO konon hero islam nak menentang puak gereja macam brahim geli…piii laaaah mampoih…Kami dibawah punya susah payah nak bagi PKR menang di Parlimen Kulim/Bandar Baru..tup tup hang senang lenang jual agama masuk kedalam tong taik UMporNO..
Hang kena sedar laa sikit kami orang kampong tak akan HALALkan elaun hang duk makan tiap tiap bulan tu..Penipu melayu dan islam macam hang mana ada maruah..mentekedarah hasil keringat kerja buat orang kampong!
Lihatlah ribuan?? hadir mendengar pidato Zul Kulim..
Sumber gambar : Na'im Nikmat
CUKUP-CUKUPLAH ZUL KULIM TUNJUK BODOH
KEBODOHAN Zul Kulim terdedah di Parlimen hari ini bila beliau mendakwa PAS `menghalalkan' liwat suami ke atas isteri. Memang tabiat Zul Kulim, bila beliau berhujah beliau tidak akan membenarkan Ahli Parlimen dari Pembangkang mencelah kerana beliau tahu kebodohan beliau akan terserlah nanti. Justeru itu, beliau menganggap berhujah di Parlimen seperti bercakap di depan TV3 tanpa ada sesiapa mahu menyanggahnya.Sebelum ini, Zul Kulim telah membuat satu alasan untuk tidak menyahut cabaran Prof Dr Aziz Bari bagi mengadakan debat dengan beliau dalam isu menghina Sultan Selangor. Cara bodoh Zul Kulim adalah dengan meletakkan syarat sebelum berdebat, syaratnya Prof Dr Aziz Bari mesti mohon maaf dahulu kepada Sultan Selangor. Di situ sudah cukup menunjukkan betapa bengapnya MP Kulim Bandar Baru ini. Jika Prof Dr Aziz Bari memohon maaf kepada Sultan Selangor, perlu apa lagi debat? Bukankah debat itu atas isu betulkah Prof Dr Aziz Bari menghina Sultan Selangor? Itulah Zul Kulim yang sentiasa mencari alasan untuk menyorokkan kebaculannya. Sama juga seperti beliau bacul tidak berani menyahut cabaran YB Khalid Samad untuk berdebat dalam isu Kalimah Allah.
Kebengapan otak Zul Kulim tidak boleh disorokkan melalui `kopiah' di atas kepalanya. Hari ini terdedah lagi apabila beliau mahu bercakap isu agama iaitu berkaitan Hudud dan soal Baligh. Beliau merujuk kepada draf dan Enakmen Hudud dan Qisas Terenggganu 2002 yang diluluskan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu ketika PAS memerintah negeri itu dulu. Menurut beliau, perkara itu dirujuk pada Seksyen 14 enakmen tersebut yang menerangkan tentang liwat yang dimaksudkan dengan seseorang lelaki memasukkan zakarnya ke dalam dubur seseorang lelaki atau perempuan, kecuali isteri. Katanya, perkataan kecuali dengan isteri itu jelas membawa maksud seseorang suami boleh memasukkan zakarnya ke dalam dubur isterinya kerana ia tidak dimaksudkan meliwat.
Jelas sememangnya Zul Kulim tidak tahu apa-apa tentang hukum Hudud tersebut. Beliau jahil di dalam menafsirkan undang-undang tersebut. Saya yang tidak berkopiah tinggi macam beliau pun faham serba sedikit tentang tafsiran undang-undang tersebut. Apa yang dimaksudkan di dalam undang-undang itu, jika berlaku perbuatan suami memasukkan zakar ke dalam dubur isterinya, ia tetap perbuatan liwat dan berdosa besar tetapi tidak menyamai hukuman liwat yang dilakukan selain dari suami dan isteri. Sama juga contoh, seseorang yang mencuri itu akan dipotong sebelah tangannya kecuali yang mencuri itu teramat lapar. Adakah ini bermakna orang yang lapar dihalalkan mencuri? Jawapannya tidak, mereka tetap berdosa kerana mencuri tetapi hukuman ke atasnya tidak sama dengan hukuman ke atas pencuri yang tiada alasan untuk mencuri.
Paling membangangkan, Zul Kulim tidak faham maksud `Mumayyiz' (berakal). Bagaimana mahu berhujah soal hukum Hudud jika bab Muamayyiz pun Zul Kulim tidak khatam? Hujah Zul Kulim cukup sekadar dijawap oleh Salahuddin Ayub dan MP dari PKR sahaja, tidak perlu Presiden PAS, Tuan Guru Haji Hadi menjawabnya. Lain kali, bila Zul Kulim berhujah bab agama, kita harap PAS sediakan budak PASTI untuk menjawab dan mengajar MP Bebas dari Kulim Bandar Baru yang bakal hilang deposit di dalam PRU akan datang itu.
Lain-lain boleh baca di sini. Memang tepat PAS tendang, PKR pula sepak Zul Kulim keluar dari Jemaah daripada kita semua mendapat malu dari perangai dan kebodohan MP yang `tidak mumayyiz' lagi itu./wfauzdin.blogspot.com
Wednesday, October 19, 2011
Mydin Jatuhkan Imej Kerajaan BN, Tergamak Jual Barangan 'Percuma' Parti Itu Di Pasaraya Mereka !

Apa sudah jadi dengan Mydin Mohamed Holdings Bhd (foto) agaknya?. Persoalan ini dibuat susulan tindakan rangkaian pasaraya terbabit mencari untung dengan menjual barangan percuma atas nama Barisan Nasional (BN). Umum mengetahui barangan seperti t-shirt, topi, payung, bendera, kipas dan yang lainnya itu adalah cenderahati percuma yang diberikan kepada penyokong BN untuk berkempen setiap kali musim pilihanraya. Maknanya barangan terbabit adalah "percuma" dan diberikan kepada orang ramai supaya dipakai dan digunakan untuk menyokong parti terbabit menjelang pilihanraya. Anehnya, kini barangan itu dijual "lelong murah" tanpa segan silu dan rasa bersalah oleh pihak Mydin. Tambah mengejutkan barangan itu dijual juga dengan harga borong. Tindakan ini jelas sekali satu penipuan yang nyata oleh pihak Mydin sebenarnya. Barangan percuma yang diperolehi daripada BN dijual pula kepada orang ramai. Soalnya, siapakah yang membekalkan barangan terbabit?. Tindakan terbabit seolah-olah menunjukkan yang BN kini sudah tidak diperlukan lagi oleh rakyat hinggakan barangan jenama parti itu pun terpaksa dijual secara borong di rangkaian pasaraya Mydin. Apakah BN juga sudah ketandusan dana untuk berhadapan dengan pilihanraya umum ke-13, lantaran itu terpaksa melelong produk mereka untuk menampung kewangan yang berkaitan. Apa yang jelas Mydin telah memalukan BN sekarang. Selepas mereka diberi projek Kedai Rakyat 1Malaysia oleh kerajaan, maka akhirnya inilah balasan yang diterima. Satu penghinaan dan penganiayaan kepada BN. Apakah mereka harus berdiam diri dan membiarkan Mydin mencari untung dengan produk percuma itu agaknya?. Maka itu jom boikot Mydin !.

Bukti, ini dia sebahagian daripada barangan BN yang dilelong oleh Mydin

Lagi bukti, Mydin mengaut untung jual barangan pilihanraya Percuma BN

Bukti, ini dia sebahagian daripada barangan BN yang dilelong oleh Mydin

Lagi bukti, Mydin mengaut untung jual barangan pilihanraya Percuma BN
[Tindakan Mydin ini jelas sekali menjatuhkan imej dan maruah BN sebenarnya. Soalnya sekarang, apakah selama ini Mydin yang menjadi pembekal barangan pilihanraya BN?. Jika itu keadaannya, maka tidak hairanlah kerajaan memberikan projek Kedai Rakyat 1Malaysia kepada pihak terababit. Rupanya, ada "give n take" dalam urusan yang berkenaan. Peniaga Melayu terus dianaktirikan, sebaliknya Mydin yang sudah kaya raya itu dikayakan lagi. Masalahnya, kenapa Mydin sanggup menjual barangan "Percuma" di pasaraya terbabit. Bukankah semua produk BN itu adalah diberikan secara percuma kepada rakyat dan petugas pilihanraya mereka?. Apakah BN tahu yang mereka akan kalah dalam Pilihanraya Umum Ke-13 nanti, maka aal-awal lagi sudah melelong barangan cenderahati jenama BN itu?. Nampaknya, petanda awal kejatuhan BN sudah kian terasa dengan senario yang berlaku ini agaknya. Maka itu fikirkanlah].
8 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:
- Anonymous said...
- PRU 13 UMNO Israel / BN kita hapuskan,lepas tu kita tengok apa jd plak kat Mydin ni.sifir mudah lepas BN kalah tokey Mydin cakap najib yg suruh buka Kedai 1 Msia...haha Umno gampang punya game mmg boleh baca hahaha
- Wednesday, October 19, 2011 7:43:00 PM
- Anonymous said...
- Habis nak buat macam mane...Kalau jual atau bagi free barangan atau harta peliwat @ penzina tegar negara tu agak2 ada orang nak tak? Hakkk tuihhhh! orang sure muntah punya beb!
- Wednesday, October 19, 2011 9:39:00 PM
- Anonymous said...
- Stok 2008 amno kan melambak, segala baju lencana, bendera, orang amno dah tak mau pakai, yang banyak pakai Bangla potong rumput Alam Flora, tu pun pasal free. Kalau rajin cuba selongkar bekas BN untuk di lelong tu, aku ingat kertas poster ada dilelong sekali. Macam parti dah nak bengkrapsi hujung tahun ini. Bajet 2012 depisit ber bilion, amno dah tak cukup duit lelong baju le pilihan yang ada....SIANNN !!! Pilihanraya tak berapa lama lagi, pencacai kat atas dan bloger nak pakai dana, nak cekau kat mana ? mau tak mau suruh saja Mamak Maidin tolong jual barang reput tu nak tampung belanja pencacai. Pencacai amno banyak nya bukan mau kerja... duk harap bonus pilihanraya saja la dari calun2 hantu raya.
- Wednesday, October 19, 2011 10:26:00 PM
- Anonymous said...
- Apa ke bangang nye anon 9:39 kat atas ni,nak berhujah pun jgn la mcm Zul Kulim bodoh tu...apa ke gampang bebenor ko ni,apa ke pantatnye ko ni....
- Wednesday, October 19, 2011 10:32:00 PM
- Anonymous said...
- Barang tu free masa pilihanraya,sekarang bukan musimnya.Mydin jual pada siapa yg mahu beli,kalau tak mahu tak apa.Sepatutnya BN yg bising,ini org yg tak ada kena mengena dgn BN pulak mengada-ngada.Kalau ye pun yg jatuh adalah imeg BN,bukan PR.So what?.Carilah issu yg lebih memberi kesan kepada kehidupan rakyat utk di bincangkan. Nak boikot p.raya Mydin.?Silakan.
- Wednesday, October 19, 2011 11:04:00 PM
- Anonymous said...
- Kedai Rakyat 1 Malaysia bukan ke sedang di buka kepada semua rakyat utk menjalankannya sekarang ni.Mydin tu hanya permulaan dan Mydin adalah pengasasnya kepada Kedai Rakyat ni.Aku pun dah hantar resume utk mendapat peluang ni.Hidup ni kean cepat,siapa cepat dia dapat.
- Wednesday, October 19, 2011 11:08:00 PM
- Anonymous said...
- Alhamdulillah le kalau BN kalah dalam PRU ke 13 nanti. Sebab BN terutamanya UMNO tak peka bila rakyat menolak pemimpim BN dalam PRU ke 12 dulu. Pemimpin UMNO masih tak sedar diri. Nampaknya mereka makin melatah. Talian hajat pun dah tinggal nyawa-nyawa ikan. Rakyat tolak BN dulu sebab marah kat Pak Lah kerana tak peka penderitaan rakyat. Kini sampai masa untuk Najb pulak. Lingkup BN
- Wednesday, October 19, 2011 11:13:00 PM
- Anonymous said...
- Sudah kehabisan Dana. Jadi jual apa yang boleh dijual. Laku atau tidak laku cerita lain. Sekarang nie jual harta UMNO, mungkin suatu ketika nanti jual Negara pulak. Tak gitu
- Thursday, October 20, 2011 1:05:00 AM
Post a Comment
Kerja Dajal Papa Gomo terbongkar.. Khairy Jamaluddin.. Sekarang sape yg Hipokrit???

KLIK PADA GAMBAR UNT LEBIH JELAS
KANTOI lagi... Tu laaaaa... Dulu masa kecik suruh blaja baik baik ko pergi isap rokok dalam JAMBAN. Kan x sudah BEBAL sampai sekarang. makin tua makin BEBAL. Telinga ko tu bukan CIPANZI BADAK lagi, tapi dah PEKAK CIPANZI dah, malah otak tu dah mengalahkan PRODUSER FILEM PORNO sampai orang cakap "PEGANG BUAH CATUR (CHESS)" tapi ko pi spin pulak ke "PEGANG BUAH DADA (CHEST)"...
Aku dengar hari tu kecoh konon laporan polis dah dibuat amoi ni, siap SPRM pun masuk campur sebab kononnya amoi ni dibayar rm200k tutup mulut. Ye ke? ntah ntah rm200k untuk Papa Gomo dan konco konco sebab nak jatuhkan Kerajaan PR di Pulau Pinang...
Sila Rujuk SINI
BODOH tak sudah!!! Berapa keputusan ko dapat BI ko masa SPM dulu hah? Bila ko nak UNBLOCK aku hah? dah lebih 3 bulan ko block aku, rindu nak buat ko menangis terlentang sambil berguling guling kekejangan lagi... kah kah kaaaaaaaaaaaahh!!!

Baca cerita seterusnya di SINI
KJ.. Sekarang sape yg Hipokrit???
[TMI] Khairy Jamaluddin menegaskan kenyataannya mengenai dakwaan ke atas anak lelaki Lim Guan Eng tidak salah dan pada masa yang sama beliau melabelkan pihak yang mengkritiknya sebagai hipokrit.
Tengah hari tadi, Lim berkata keluarganya kesal dengan “pembohongan biadab” dibawa terhadap anak lelakinya oleh “pihak-pihak kejam yang pro-Umno” sambil merujuk kepada Khairy dan beberapa pemimpin parti itu yang turut menyebarkan dakwaan dengan komen sinis menerusi blog dan media sosial sejak beberapa hari lalu.
“Saya dan keluarga saya kesal dengan pembohongan dan perbuatan mereka-reka cerita terhadap anak lelaki saya yang kecil adalah sesuatu yang kejam dan keji. Umno seharusnya bertindak terhadap mereka yang cuba untuk menghancurkan kehidupan anak saya dengan pembohongan dan perbuatan mereka-reka cerita dalam usaha mahu memusnahkan saya daripada politik,” kata beliau dalam kenyataan.
Menjawab kritikan ke atas beliau menerusi Twitter petang ini, Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno berkata, ahli-ahli politik Barisan Nasional (BN) dan keluarga mereka telah berhadapan dengan situasi lebih buruk daripada pihak pembangkang.
Khairy, yang juga Ketua Pemuda BN, mengecam ahli DAP bernama Satees Muniandy dari Pulau Pinang kerana begitu “hipokrit” apabila beliau menimbulkan perkara itu menerusi Twitter.
“Saudara, apa yang pemimpin-pemimpin BN dan keluarga mereka dapat daripada pembangkang adalah lebih teruk. Jangan hipokrit,” kata Khairy lagi.
Satees menulis bahawa, “anda hanya perlu tunggu! Saya mahu melihat apa reaksi anda apabila Puma & Cougar anda membesar dan dilayan dengan pembohongan dan fitnah!”
“Puma & Cougar” merupakan nama timbangan digunakan oleh Khairy untuk merujuk dua anak lelakinya.
“Adakah anda menjustifikasi dan mempertahankan tindakan murahan pemblog-pemblog pro-Umno? Saya tidak terkejut kerana anda juga bergandingan dengan mereka!” kata Satees.
Dia kemudian menyoal Khairy sama ada ahli-ahli DAP ada bertindak sehingga begitu buruk dalam menyerang tingkah laku ahli keluarga menteri-menteri Umno atau saudara mara wakil rakyat itu sendiri, kecuali bapa mertuanya Tun Abdullah Ahmad Badawi yang juga bekas perdana menteri.
Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang dan Setiausaha Agung DAP dalam kenyataan tengah hari tadi mengecam Khairy kerana menulis komen sinis menerusi Twitter ketika membalas dakwaan ke atas anak lelaki pemimpin itu.
Semalam, Khairy menulis, “mungkin dia roboh Kampung Buah Pala sebab nak ganti dengan Kampung Buah Dada.”
Khairy membalas mesej Twitter pemblog pro-Umno PapaGomo.
Dakwaan itu muncul di blog-blog Umno dengan memfokus kononnya salah laku anak Lim di sekolah dan mendakwa remaja itu menggunakan nama dan kedudukan bapanya untuk melepaskan diri daripada hukuman.
Blog itu mendakwa Lim kemudian memindahkan anaknya ke sekolah lain dan membayar RM200,000 untuk menyembunyikan skandal itu.
Khairy terus mempertahankan dirinya daripada kritikan pengguna Twitter termasuk komen Ahli Parlimen DAP bagi kawasan Bukit Bendera Liew Chin Tong.
Seorang lagi pengguna yang bernama “whackalibabas” mengingatkan Ahli Parlimen Rembau itu bahawa “Tuhan sedang memerhatikan anda.”
Kepada mereka yang mempertahankannya, Khairy menulis, “usah kisah. Jelas, standard yang berbeza bagi pemimpin-pemimpin pembangkang.”
Penasihat DAP Lim Kit Siang, yang juga bapa kepada Guan Eng turut berbalas mesej Twitter dengan mengecam dakwaan ke atas cucunya.
“Bagaimana perasaan PM/TPM jika anak/cucu mereka menjadi mangsa serangan buruk berdasarkan pembohongan?
“Adakah Najib/M’ddin (Muhyiddin( akan mengecam serangan sedemikian ke atas kanak-kanak tidak bersalah oleh ‘cybertrooper’ Umno?
Adakah ini dimaksudkan pembaharuan politik Najib? “Saya akui saya sangat sedih/kesal sejak dua hari lalu kerana tidak dapat melindungi cucu-cucu saya daripada serangan tidak berhati perut ini. Najib/Mddin (Muhyiddin) merestui mereka?” tulis beliau - DCM
Oii KJ !!! Fitnah si DAJAL Papa Gomo dah terbongkar!!! kah kah kah
[TMI] Khairy Jamaluddin menegaskan kenyataannya mengenai dakwaan ke atas anak lelaki Lim Guan Eng tidak salah dan pada masa yang sama beliau melabelkan pihak yang mengkritiknya sebagai hipokrit.Lim berkata keluarganya kesal dengan “pembohongan biadab” dibawa terhadap anak lelakinya oleh “pihak-pihak kejam yang pro-Umno” sambil merujuk kepada Khairy dan beberapa pemimpin parti itu yang turut menyebarkan dakwaan dengan komen sinis menerusi blog dan media sosial sejak beberapa hari lalu.
“Saya dan keluarga saya kesal dengan pembohongan dan perbuatan mereka-reka cerita terhadap anak lelaki saya yang kecil adalah sesuatu yang kejam dan keji. Umno seharusnya bertindak terhadap mereka yang cuba untuk menghancurkan kehidupan anak saya dengan pembohongan dan perbuatan mereka-reka cerita dalam usaha mahu memusnahkan saya daripada politik,” kata beliau dalam kenyataan.


Gambar Asal yang diciluk oleh si "DAJAL" Papa Gomo
Menjawab kritikan ke atas beliau menerusi Twitter petang ini, Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno berkata, ahli-ahli politik Barisan Nasional (BN) dan keluarga mereka telah berhadapan dengan situasi lebih buruk daripada pihak pembangkang.
Khairy, yang juga Ketua Pemuda BN, mengecam ahli DAP bernama Satees Muniandy dari Pulau Pinang kerana begitu “hipokrit” apabila beliau menimbulkan perkara itu menerusi Twitter.
“Saudara, apa yang pemimpin-pemimpin BN dan keluarga mereka dapat daripada pembangkang adalah lebih teruk. Jangan hipokrit,” kata Khairy lagi.
Satees menulis bahawa, “anda hanya perlu tunggu! Saya mahu melihat apa reaksi anda apabila Puma & Cougar anda membesar dan dilayan dengan pembohongan dan fitnah!”
“Puma & Cougar” merupakan nama timbangan digunakan oleh Khairy untuk merujuk dua anak lelakinya.
“Adakah anda menjustifikasi dan mempertahankan tindakan murahan pemblog-pemblog pro-Umno? Saya tidak terkejut kerana anda juga bergandingan dengan mereka!” kata Satees.
Dia kemudian menyoal Khairy sama ada ahli-ahli DAP ada bertindak sehingga begitu buruk dalam menyerang tingkah laku ahli keluarga menteri-menteri Umno atau saudara mara wakil rakyat itu sendiri, kecuali bapa mertuanya Tun Abdullah Ahmad Badawi yang juga bekas perdana menteri.
Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang dan Setiausaha Agung DAP dalam kenyataan tengah hari tadi mengecam Khairy kerana menulis komen sinis menerusi Twitter ketika membalas dakwaan ke atas anak lelaki pemimpin itu.
Semalam, Khairy menulis, “mungkin dia roboh Kampung Buah Pala sebab nak ganti dengan Kampung Buah Dada.”
Khairy membalas mesej Twitter pemblog pro-Umno PapaGomo.
Dakwaan itu muncul di blog-blog Umno dengan memfokus kononnya salah laku anak Lim di sekolah dan mendakwa remaja itu menggunakan nama dan kedudukan bapanya untuk melepaskan diri daripada hukuman.
Blog itu mendakwa Lim kemudian memindahkan anaknya ke sekolah lain dan membayar RM200,000 untuk menyembunyikan skandal itu.
Khairy terus mempertahankan dirinya daripada kritikan pengguna Twitter termasuk komen Ahli Parlimen DAP bagi kawasan Bukit Bendera Liew Chin Tong.
Seorang lagi pengguna yang bernama “whackalibabas” mengingatkan Ahli Parlimen Rembau itu bahawa “Tuhan sedang memerhatikan anda.”
Kepada mereka yang mempertahankannya, Khairy menulis, “usah kisah. Jelas, standard yang berbeza bagi pemimpin-pemimpin pembangkang.”
Penasihat DAP Lim Kit Siang, yang juga bapa kepada Guan Eng turut berbalas mesej Twitter dengan mengecam dakwaan ke atas cucunya.
“Bagaimana perasaan PM/TPM jika anak/cucu mereka menjadi mangsa serangan buruk berdasarkan pembohongan?
“Adakah Najib/M’ddin (Muhyiddin( akan mengecam serangan sedemikian ke atas kanak-kanak tidak bersalah oleh ‘cybertrooper’ Umno?
Adakah ini dimaksudkan pembaharuan politik Najib? “Saya akui saya sangat sedih/kesal sejak dua hari lalu kerana tidak dapat melindungi cucu-cucu saya daripada serangan tidak berhati perut ini. Najib/Mddin (Muhyiddin) merestui mereka?” tulis beliau
PS.. Mana lu nak letak muka KJ!!! sape yang hipokrit??? sape yang buat fitnah??? memalukan PEMUDA UMNGOK je kah kah kah ..Nak tau sape sebenarnya "GADIS" dalam gambar diatas dan dari mana si Papa Dajal ciluk KLIK SINI .. Kesian KJ di PERBODOHKAN blogger UMNO kah kah kah ...


Si KJ buat apa tu? Klik SINI
Klik SINI
Subscribe to:
Posts (Atom)












