Sunday, January 10, 2010

Sunday, January 10, 2010 DS Nizar keluar hospital

Hari ini, Ahad jam 12.30 tengahari tadi, DS Haji Nizar telah selamat keluar dan pulang ke rumahnya dari Hospital Besar Tuanku Permaisuri Bainun, Ipoh dengan diiringi oleh isteri beliau setelah ditahan selama 4 hari di wad kerana kemalangan tempohari. Foto ehsan dari blog alhusseyn51.



















Malam kelmarin, DS Nizar dijadualkan berceramah di markaz Pas Pasir Panjang bersama-sama dengan Ybhg Tn Hj Mohamad Sabu dan YB Sivanesan (Adun Sungkai). Namun akibat kemalangan yang menimpanya tiga hari lepas beliau tidak dapat hadir ke program tersebut.

Namun bagi tidak menghampakan para hadirin, pihak penganjur berusaha juga sedaya upaya untuk menghadirkan DS Nizar ke pentas ceramah semalam. Rata-rata para hadirin kelihatan teruja apabila mendengar suara pemimpin yang mereka sayangi terbit keluar melalui corong pembesar suara yang dipasang dipenjuru tempat ceramah.

Dalam pada itu,walau pun sedang terbaring di katil wad,dalam ucapan ringkas DS Nizar sempat menceritakan detik-detik cemas yang dilalui apabila kereta yang dipandunya terbabas kerana beliau sebenarnya cuba untuk mengelakkan kemalangan yang lebih besar berlaku.Ceritanya lagi dia telah diberi penghormatan untuk mengimamkan solat jumaat sehari selepas kejadian di masjid berdekatan hospital Ipoh











Ceramah kelmarin telah dihadiri hampir dua ribu hadirin dari sekitar Dun Pasir Panjang. Sumber ceramah dipetik dari blog MenitiNur12

Saturday, January 9, 2010

Pemuda PAS Perak kutuk bom gereja di Taiping



Dewan pemuda pas negeri perak mengutuk sekeras-kerasnya tindakan melempar bom api di Gereja All Saints & Gereja Saint Louis dekat Taiping, Perak tadi.Siasatan segera hendaklah dilakukan untuk mencari individu yang bertanggungjawab melakukan perbuatan provokatif ini.
Dewan pemuda pas negeri perak menyeru semua rakyat perak untuk bertenang menghadapi situasi ini.

Suk dppn.
Update via nokia e71.
Di Hantar Pemuda pada 5:23 PM

Sunday, January 10, 2010 Gereja dapat RM500,000, surau dapat berapa?



Lagi gambar di sini
Memang teruk jugak Gereja yang dibom kelmarin dulu. Tah sapa la yang punya angkara, sampai la ni takdak sapa mengaku bertanggungjawab, dan pihak polis pun belum buat tangkapan. Taktau la ada tangkapan ka dak.


Yang nyatanya hampir semua pihak mengutuk serangan tu, termasuk la pimpinan politik kerajaan dan pembangkang.

Tak kira yang sokong keputusan mahkamah berkenaan penggunaan nama "Allah" ataupun yang menentang keputusan tu, dua-dua pihak menyelar tindakan ganas membakar gereja tu. Sekurang-kurangnya itu yang depa ulas kepada media, dalam hati depa, depa punya pasai.


Yang jelasnya gereja tu tak la rugi tara mana pasai semalam bernama melaporkan
Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan peruntukan RM500,000 kepada Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati di sini yang rosak kerana dibaling bom api bagi membolehkan pihak pentadbiran gereja membangunkan rumah ibadat itu di tempat lain.

Perdana Menteri berkata ia adalah sebagai tanda simpati kerajaan terhadap apa yang telah berlaku dan peruntukan itu akan disalurkan kepada pihak Assembly of God agar mereka dapat membangunkan gereja di kawasan baru. - Bernama
Dengan peruntukan RM500,000 tu orang kristian kat sit bukan saja akan dapat gereja baru tapi dah tentu dapat gereja yang lebih selesa di tapak lain.


Berbanding kejadian di surau Taman Menara Maju di Kampug Jawa semalam, agak-agak surau tu berapa Najib nak bagi? Aku rasa bukan takat Najib tak bagi apa-apa, melawat pun tak teringin kut.

SHAH ALAM, 9 Jan (Bernama) -- Cermin pintu sebuah surau di Taman Menara Maju, Kampung Jawa, Klang dekat sini didapati pecah kira-kira pukul 6 pagi setelah dibaling dengan batu.

Selain cermin pintu itu yang pecah, terdapat tompokan air yang dibuang ke dalam surau berusia 13 tahun itu.

Ketua Polis Daerah Klang ACP Mohamad Mat Yusop ketika dihubungi di sini mengesahkan kejadian itu tetapi menyangkal insiden itu ada kaitan dengan isu pembakaran gereja di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya, pada Jumaat.

Mohamad juga berkata tompokan air itu bukan air kencing seperti yang didakwa dan berkata siasatan lanjut untuk mengenal pastinya sedang dijalankan.

"Saksi kejadian iaitu seorang penduduk tempatan yang hendak ke surau untuk menunaikan solat Subuh memberitahu polis yang dia nampak seorang suspek lelaki lari ke satu lorong kira-kira 200 meter dari surau itu dalam keadaan tidak memakai baju.

"Siasatan awal mendapati terdapat beberapa tin minuman keras di lorong tersebut dan kita percaya kejadian berlaku disebabkan lelaki itu mabuk," katanya.

Mohamad berkata siasatan awal polis juga mengesyaki kejadian itu tidak dilakukan oleh orang luar berdasarkan batu-bata yang digunakan untuk memecahkan pintu cermin itu sama dengan batu yang terdapat di kawasan surau berkenaan. - Bernama

 

Media Pengiklanan Baru 

1 comments:

madbi said...
jangan la berburuk sangka. bukan najib xnak melawat surau tu....kalau nak najib datang, ajk surau kena la sediakan majlis khas sambutan seramai mungkin. rm 1j dalam tangan! kan najib hero pejuang islam, malula kalau bagi kurang dari yang dibagi pada kapir! pukimak 1 malaisial ni senyun jer serah duit rakyat kat kapir tu... ingat duit arwah bapak dia apa... jom kita realisasikan gagasan 1malaysia, melayu tolong bakar gereja, china tolong bakar masjid, cina tolong,keling tolong bakar tokong.... sama kena ,sama rasa, sama dapat. lepas tu china, keling, malayu sama sama "bakar" najib....kahkahkahkah!!!!

Sunday, January 10, 2010 Demo Protes Isu "Allah": Sah Ahli UMNO Terlibat..!

Perdana Menteri Najib Razak telah silap apabila beliau mengatakan bahawa UMNO tidak terlibat dalam protes berkenaan dengan penggunaan perkataan "Allah" kerana memang orang UMNO terlibat dalam protes-protes ini.

Saya merujuk kepada sebuah laporan media oleh Malaysiakini yang melaporkan seperti berikut :
  • "Memulakan perhimpunan itu sejurus selepas solat Jumaat, Ketua Wira PERKASA Selangor, Arman Azha Abu Hanifah membacakan 'Deklarasi Masjid Negara' menuntut :
  • Penganut Katholik menggunakan perkataan tuhan bagi menggantikan kalimah Allah dalam penerbitannya.
  • Perkara berkaitan Islam mesti dibawa ke Mahkamah Syariah, bukan mahkamah sivil.
  • Majlis Raja-raja Melayu perlu memainkan peranan lebih proaktif untuk mempertahankan agama dan umat Islam.
Bacaan deklarasi itu disambut teriakan takbir bertalu-talu daripada mereka yang menyertai perhimpunan tersebut. Pada masa yang sama satu bendera merah bertulis 'Melayu' dalam warna hitam, dikibarkan bersama bendera berjalur tiga - merah, kuning dan hijau - mewakili PEKIDA."

Arman Azha Abu Hanifah, 35 tahun merupakan Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Petaling Jaya Utara. Beliau juga merupakan pentadbir kumpulan (group) Facebook Pemuda UMNO PJU yang diberi tajuk "@MB Pemuda UMNO PJU"
Beliau mempunyai akaun facebook dan blogsnya sendiri di http://www.facebook.com/armandpju dan http://armandpju.blogspot.com/, dan bekerja sebagai seorang pengurus cawangan Naza Motor yang juga merupakan seorang pencinta kereta mewah.

Sama ada beliau seorang yang betul-betul memperjuangkan hak orang Islam dan Melayu, saya serah kepada kebijaksanaan semua untuk menilai daripada tulisan dan gambar-gambar foto beliau.

Ini hanya salah seorang daripada ketua-ketua yang terlibat dalam protes-protes ini dan saya percaya bahawa sebahagian besar daripada mereka merupakan pemimpin-pemimpin UMNO di pelbagai peringkat dan sayap parti itu, sama ada di Pemuda, Wanita, Puteri UMNO di peringkat cawangan, bahagian ataupun negeri.

Justeru itu, adalah silap bahawa UMNO tidak harus dipersalahkan dalam isu ini. Sebenarnya, jika UMNO tidak terlibat dalam isu ini, hakikatnya ialah ahli-ahlinya dan pemimpin-pemimpinnya selama ini telah diketahui terlibat dalam menganjurkan protes-protes yang mengugat ketenteraman dan keharmonian agama di Malaysia.

Jika UMNO tidak harus dipersalahkan, maka UMNO dan Presidennya harus mengambil tindakan tegas terhadap ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin mereka seperti Arman Azha bin Hj Abu Hanafiah yang terlibat secara langsung dalam protes ini.

Soalannya ialah, adakah Najib sedia berbuat demikian atau tidak?


Sumber - Kelab Greenboc

Abdul Hadi Melawat Gereja Saya Melawat Kawan Sakit

PETANG tadi Presiden Pas, Abdul Hadi Awang telah mengunjungi gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati, Hulu Klang yang dilontar bom malam tadi. Beliau mengutuk kejadian itu sekeras-kerasnya. Katanya umat Islam dilarang melakukan kekerasan waima di dalam keadaan perang sekali pun.

Nada Presiden Pas itu juga sama dengan nada Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga turut sama mengutuk kejadian itu. Malahan menurut MB Kelantan itu perbuatan itu berdosa.

"Kita kena reti gereja ini milik kawan kita, kalau kita khianat kita akan berdosa di akhirat kelak," kata Nik Aziz.

Dalam pada itu Najib Razak pula telah memberi peruntukan RM500,000 untuk mendapatkan tempat baru bagi menggantikan gereja berkenaan.

Malang sedikit semasa Abdul Hadi melawat gereja berkenaan saya pula ke hospital Selayang untuk menziarahi dua orang rakan yang sedang dirawat di hospital berkenaan. Mereka ialah wakil rakyat Pas kawasan Melor, Wan Ismail Wan Jusoh dan bekas aktivis Umno Kelantan Sabree Shafei.

Kedua mereka dirawat di hospital berkenaan sejak dua minggu lalu. Wan Ismail mengalami sakit hati (Hepatitis B) manakala Sabree sakit kaki kiri apabila diserang kuman menyebabkan sebahagian daging di kaki kirinya terpaksa dibuang. Kedua mereka sakit semasa mengerjakan haji sebulan lalu.

Semasa saya menziarahi Wan Ismail beberapa orang wakil rakyat Pas dari Kelantan yang menghadiri majlis penerangan di Shah Alam juga ikut sama singgah di hospital berkenaan. Antara mereka Adun, Pulai Chondong, Zulkefli Mamat, Adun Limbongan, Drs Zainudin Awang Hamat dan Adun Semerak, Wan Hassan Wan Ibrahim.

Ahli Exco Dewan Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz bersama Pegawai Dakwah MPKB, Azahar Sattar dan pengurus PMBK, Zamakshari Mohamad juga turut menziarahi Wan Ismail di sebelah tengah hari.

Dalam kesempatan itu Zulkefli Mamat juga turut sama menjenguk Sabree di wad 10A.

Keadaan mereka berdua ini beransur baik. Wan Ismail dijangka dapat keluar dari hospital 15 Januari depan.

Wan Ismail yang ditemani isterinya mengucapkan berbanyak terima kasih keapda rakan dan sahabat yang tidak pernah jemu menziarahinya sepanjang berada di hospital Selayang dan semasa di HUSM Kota Bharu.

Begitu juga dengan Sabree dan isterinya Mahani mengucapkan terima kasih banyak atas kunjungan kawan yang memberi semangat, berdoa dan membantu apa yang patut. [wm.kl. 10:40 pm 09/01/10]

Paderi puji ketegasan PAS


Ketua Paderi bagi Gereja Metro Tarbenacle, Hock Teck Leong merakamkan penghargaan kepada PAS kerana mengutuk pengeboman tiga gereja tempatan, pagi semalam.

Demikian maklum balas Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan at-Tantawi, yang turut menyertai Ziarah Mesra PAS ke Gereja Metro Tarbenacle di Taman Melawati, Setapak, Kuala Lumpur petang tadi.

“Dia cukup terharu dan mengucapkan terima kasih atas kunjungan dan simpati yang ditunjukkan oleh para pemimpin PAS,” jelas Nasruddin.

Menurutnya, pihak gereja turut memuji ketegasan PAS mengutuk pengeboman tiga gereja terbabit oleh pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab.

Dalam sesi dialog, Nasruddin turut menjelaskan bahawa Rasulullah s.a.w. melarang umatnya meruntuhkan rumah ibadat bukan Islam.

“Kita berdialog, saya sempat jelaskan bahawa Rasulullah s.a.w. melarang umatnya membunuh budak kecil, wanita dan orang tua, tumbuh-tumbuhan hatta rumah ibadat ketika berperang.

“Kalau waktu berperang, Islam mengajar sebegitu, inikan pula waktu aman, orang yang terbabit tidak belajar keadilan dalam Islam,”ujarnya.

"Kalaupun timbul isu perbezaan pendapat dengan orang bukan Islam, kita tidak sepatutnya bertindak seperti ini dan langkah yang paling bijak ialah berdialog, berbincang dan berhujjah.

"Apabila saya tengok sendiri hari ini, saya bukan sahaja tidak setuju tapi mengutuk tindakan (membakar gereja) ini" tegas beliau.

Selain itu beliau turut mendesak kerajaan supaya mengambil tindakan yang cepat bagi menyelesaikan isu ini kerana ditakuti ia akan menjadi lebih parah lagi.

Sebelum itu, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bersama-sama beberapa pemimpin PAS Pusat sendiri turun melawat gereja tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, pengeboman tiga gereja di sekitar Lembah Klang dipercayai umum ekoran Gereja Roman Katholik memohon menggunakan nama Allah dalam akhbar mingguan mereka, The Herald.

Permohonan yang masih di mahkamah itu mengundang kritikan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) Islam dan pemimpin Umno sendiri sedangkan PAS berpendirian, al-Quran membenarkan penggunaan nama Allah di kalangan penganut agama-agama samawi.

Penilaian Secara Undang-Undang ; Kes ma

Kali ini ana ingin mengambil kesempatan ini untuk menberikan pandangan peribadi ana tentang keputusan Yang Arif Datuk Lau Bee Lan dalam kes penggunaan kalimah Allah di dalam akhbar Herald yang diterbitkan oleh kristian Katholik. Bagaimanapun ulasan ana di sini hanya dari pesperktif undang-undang semata-mata.




Secara ringkasnya fakta kes tersebut adalah pada 18 Mac 2009 pemohon iaitu Paderi Roman Katholik di Kuala Lumpur iaitu Murphy Pakiam telah memfailkan permohonan semakan kehakiman ( judicial review ) ke atas Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia kerana memutuskan melarang akhbar the Herald dari menggunakan kalimah Allah di dalam penerbitan edisi bahasa Malaysia akhbar itu.

Sebelum ini Kerajaan telah mengisytiharkan bahawa kalimah Allah hanya boleh digunakan oleh orang Islam sahaja dan pihak Kerajaan telah mengancam akan menutup akhbar itu jika ia tidak mengendahkan larangan tersebut .

Dalam samannya ke atas Menteri Dalam Negeri ( MDN ) Paderi Pakiam yang mewakili pihak Herald telah memohon Mahkamah bagi mendapatkan perintah antara lain perintah perisytiharan bahawa keputusan MDN melarang penggunaan kalimah Allah di dalam akhbar the Herald adalah keputusan yang tidak sah dan terbatal.

Beliau juga memohon Mahkamah mengisytiharkan bahawa akhbar Herald berhak menggunakan kalimah Allah di dalam penerbitannya dan kalimah Allah tidak hanya ekslusif kepada Agama Islam sahaja. Selain itu Paderi Pakiam juga meminta Mahkamah membatalkan keputusan MDN yang melarang penggunaan kalimah Allah di dalam akhbar the Herald tersebut.

Sepertimana yang dilaporkan di dalam akhbar Hakim Datuk Lau Bee Lan telah pada 30 Disember 2009 yang lalu telah memutuskan membenarkan saman Paderi Pakiam dan memutuskan bahawa keputusan MDN yang melarang penggunaan kalimah Allah di dalam akhbar the Herald adalah keputusan yang tidak sah , terbatal dan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Sebelum ana memulakan ulasan ana terhadap keputusan Datuk Lau Bee Lan tersebut ana perlu menyatakan di sini bahawa kita sepatutnya dididik untuk hanya mengulas sesuatu keputusan seorang Hakim itu hanya setelah membaca keputusan penuh seorang hakim itu supaya ulasan itu benar-benar hanya menyentuh keputusan sebenar Hakim tersebut dan bukannya dari tokok tambah dari mana-mana sumber selain keputusan itu sendiri.

Di sini ana ingin menyatakan bahawa seperti para pembaca ana hanya mengetahui intipati keputusan Hakim tersebut dari laporan akhbar sahaja. Dengan anggapan laporan itu adalah benar sepertimana yang dinyatakan oleh Hakim tersebut maka ana berpendapat keputusan itu adalah betul dari satu segi tetapi tersilap dari segi yang lain.


Bagi ana Hakim Lau Bee Lan boleh dipuji kerana keberanian beliau membuat keputusan yang membatalkan keputusan seorang Menteri . Mengapa ana kata beliau adalah seorang yang berani ? Hujah ana bersandarkan kepada alasan bahawa jika kita melihat Akta Penerbitan & Mesin Cetak yang digubal oleh Kerajaan BN, Akta tersebut memberikan satu kuasa dan budibicara yang mutlak kepada MDN untuk memutuskan membatalkan atau mengenakan sebarang syarat terhadap mana-mana akhbar yang ingin diterbitkan di negara ini.

Jika dilihat kepada Akta tersebut ia menyatakan keputusan MDN tidak boleh dicabar di Mahkamah. Di dalam undang-undang peruntukkan yang memberikan kekebalan kepada MDN itu dipanggil ouster clause.

Kes yang diputuskan oleh Hakim Lau Bee Lan melibatkan isu Perlembagaan atau secara spesifiknya isu kebebasan beragama. Kes sebegini memang secara relatifnya adalah kes yang boleh dikategorikan sebagai kes “panas” dan pasti merimaskan mana-mana Hakim yang ditugaskan mendengar dan memutuskan kes tersebut.

Secara mudahnya bagi pihak Herald mereka merasakan bahawa sebagai pengganut Kristian di negara ini mereka berhak mengamalkan dan menyebarkan agama mereka ( to practice and propagate their religion ) seperti yang dijamin oleh Perkara 11 ( 1 ) Perlembagaan Persekutuan. . Oleh itu bagi pihak Herald termasuk hak mengamalkan dan menyebarkan agama itu adalah hak mereka untuk menerbitkan apa sahaja penerbitan yang boleh menjadi alat untuk menyebarkan agama itu. Oleh itu mana-mana tindakan yang boleh mengancam dan menggugat hak tersebut adalah dikira bertentangan dengan prinsip kebebasan beragama yang dijamin oleh Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.

Bagi pihak Herald meskipun Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan menjadikan Islam sebagai agama teras di dalam negara ini, Perkara 3 itu sendiri tidak menghalang pengganut agama lain untuk mengamalkan agama mereka dengan aman dan harmoni yang boleh ditafsirkan tanpa sebarang gangguan yang tidak munasabah dari mana-mana pihak Oleh yang demikian pihak Herald merasakan larangan menggunakan kalimah Allah di dalam akhbar itu adalah bercanggah dengan Perkara 11 dan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan.

Ana berpendapat keputusan Lau Bee Lan adalah betul di sisi undang-undang dan Perlembagaan apabila beliau memutuskan bahawa kalimah Allah tidak terhad atau hanya ekslusif bagi orang Islam sahaja. Ana berpendapat keputusan itu adalah tidak bercanggah dengan mana-mana ajaran Islam kerana Allah bukan sahaja Tuhan kepada manusia ( Islam dan bukan Islam ) malahan Tuhan kepada seluruh alam . Allah adalah tuhan kepada mahkluk yang halal dimakan dan Allah juga Tuhan kepada mahkluk yang haram dimakan.

Di dalam pengajian Tauhid orang Islam diajar dengan Tauhid Rububiyyah di mana Tauhid ini membawa maksud mana-mana manusia meyakini Allah itu sebagai Rabb iaitu Tuhan yang mencipta dan mentadbir alam ini. Tauhid Rububiyyah, tidak seperti Tauhid Uluhiyah, diyakini bukan sahaja oleh orang Islam tetapi juga orang bukan Islam.

Ana juga berpendapat keputusan Lau Bee Lan yang menyatakan bahawa keputusan MDN yang melarang menggunakan kalimah Allah di dalam akhbar di Herald adalah bercanggah denga hak untuk menyebarkan agama tersebut sepertimana yang dijamin oleh Perkara 11 ( 1 ) adalah juga keputusan yang betul.

Ini kerana meskipun hak untuk menyebarkan agama adalah terhad kepada orang bukan Islam iaitu mereka tidak boleh menyebarkan ajaran Kristian kepada mana-mana orang Islam tetapi di dalam kes ini tiada bukti bahawa Herald telah disebarkan kepada mana-mana orang Islam. Perkara 11 ( 4 ) hanya melarang penyebaran ajaran bukan Islam kepada orang –orang Islam sahaja. Ini bermakna jika akhbar the Herald hanya tersebar kepada orang-orang Kristian sahaja ianya tidak bercanggah dengan Perkara 11 ( 4 ) Perlembagaan Persekutuan.

Bagaimanapun ana berpendapat keputusan MDN melarang menggunakan kalimah Allah di dalam akhbar Herald masih boleh dipertahankan jika ianya , meskipun tidak salah di sisi Islam atau di bawah Perkara 11 ( 1 ) dan 11 ( 4 ), masih boleh dikatakan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan kerana berpotensi untuk menjejaskan kenteraman awam ( public disorder ) dan keharmonian agama..

Ana berpendapat sepatutnya Hakim Lau Bee Lan sepatutnya memutuskan bahawa tindakan akhbar the Herald menggunakan kalimah Allah di akhbar itu tidak boleh lari dari sekatan dan halangan Perlembagaan yang dinyatakan di bawah Perkara 11 ( 5 ) Perlembagaan Persekutuan. Perkara 11 ( 5 ) melarang mana-mana amalan agama hatta kepada amalan agama orang Islam sendiri jika amalan tersebut boleh menjejaslan ketenteraman awam ( public disorder ).

Apabila sesuatu amalan beragama berpotensi menjejaskan ketenteraman awam isu sama ada amalan itu selari dengan agama atau tidak tidak lagi timbul. Ana tidak pasti sama ada isu perlanggaran kepada Perkara 11 ( 5 ) dihujahkan oleh pihak peguam Kerajaan atau tidak , namun ana tetap yakin jika Kerajaan ingin menjustifikasikan larangan penggunaan kalimah Allah, satu-satunya hujah yang boleh digunakan adalah Perkara 11 ( 5 ) tersebut.

Mungkin Kerajaan juga boleh berhujah hatta jaminan kebebasan agama lain selain Islam boleh diamalkan di negara ini yang dilindungi di bawah Perkara 3 ( 1 ) Perlembagaan Persekutuan juga tertakluk amalan tersebut dipraktiskan dengan harmoni dan aman tanpa sebarang indikasi ia boleh menjejaskan keharmonian tersebut.

Hakim Lau Bee Lan menyatakan tiada sebarang bukti dikemukakan oleh pihak Kerajaan bahawa penggunaan kalimah Allah adalah menjejaskan keselamatan negara. Memanglah Mahkamah terikat dengan bukti dan keterangan. Nampaknya Hakim Lau Bee Lan cuba mengelak untuk memutuskan atau menafsirkan Perkara 11 ( 5 ) itu dengan berselindung di sebalik alasan keterangan dan bukti.

Dengan hormat ana berpendapat dalam menafsirkan mana-mana peruntukkan Perlembagaan Mahkamah tidak harus dikawal oleh bukti dan keterangan semata-mata. Penafsiran Perlembagaan tidak sama seperti menafsirkan seperti mana-mana Akta atau Enakmen.

Dalam hal ini Hakim Lau Bee Lan seharusnya menafsirkan apa yang dimaksudkan dengan istilah menjejaskan ketenteraman awam di dalam Perkara 11 ( 5 ) Perlembagaan Persekutuan. Bagi menafsirkan frasa tersebut Hakim Lau Bee Lan tidak boleh lari dari memahami ketinggian nilai kalimah Allah dari perspektif orang Islam yang mana ianya hanya bermaksud Tuhan yang esa.

Oleh itu penggunaan kalimah itu di dalam maknaya yang lain sudah pasti berpotensi tinggi mengundang kemarahan orang Islam sekaligius berpotensi mewujudkan satu ancaman kepada ketenteraman awam.

Orang Kristian tidak seharusnya resah jika kalimah Allah itu tidak dibenarkan digunakan atas alasan kepentingan awam. Mungkin pada masa hadapan penggunaan kalimah ini, yang dibenarkan oleh ajaran Islam, tidak menjejaskan ketenteraman awam sekaligus boleh dibenarkan.

Sebelum ini orang Islam juga pernah dikecewakan dengan larangan amalan beragama kepada wanita Islam iaitu amalan pemakaian purdah oleh kakitangan awam ( kes Halimatusadiah ) di atas alasan menjaga kepentingan awam.



Sepatutnya Negeri-negeri menguatkuasakan Enakmen ini...

p/s; Yang peliknya pada masa itu kita tidak dengar pula mana-mana pemimpin sebuah Parti Politik yang berkokok seperti ayam jantan seperti sekarang ini..... jangan marah pada yang terasa..... hehehe....



--
Posted By Luna and Thatguy to Dunia Berwarna Luna Version 2 at 1/09/2010 08:18:00 AM

2009 Nizar lebih popular daripada Naji'b



KUALA LUMPUR : Google.com meletakkan Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaludin sebagai antara insan yang paling banyak mencetuskan berita atau diberitakan di Malaysia sepanjang tahun 2009.
Tokoh PAS itu turut mengatasi populariti Perdana Menteri, Najib Razak dan Menteri Pengangkutan, Ong Tea Keat yang masing-masing berada di tangga ke 8 dan ke 9.
“Ini merupakan penghargaan kepada rakyat khususnya di Perak yang selama ini kekal bersama dengan harapan ke arah perubahan dalam negara yang lebih baik,” katanya ketika dihubungi erapakatan.com sebentar tadi.
Menurut Ahli Parlimen Bukit Gantang itu, rakyatlah yang mencetuskan berita selama ini kerana mereka yang dahagakan keamanan dan keadilan yang semakin cuba dikuburkan oleh Umno dan Barisan Nasional.
Terdahulu, Nizar yang diamanahkan sebagai MB Perak selepas Pakatan Rakyat berjaya menawan negeri itu digugat oleh Umno dan BN yang melakukan rampasan kuasa setahun lalu sehingga mencetuskan pelbagai masalah dalam negara khususnya di Perak.
Rampasan kuasa itu turut meletakan ekonomi negeri Perak terganggu selain menyaksikan perlembagaan negara di atur sesuka hati oleh kerajaan Umno dan BN.
Nizar menambah, beliau tidak faham mengapa sehingga kini Mahkamah sukar menetapkan tarikh untuk menetapkan perbicaraan bagi menentukan siapakah Menteri Besar Perak yang sah.
Google turut meletakan Nizar sebagai lelaki paling popular dalam carian mereka sepanjang tahun 2009.
Turut tersenarai dalam 10 tangga teratas itu ialah Fasha Sandha, Zakiah Anas, Sufiah Yusof, Kartika, Elizabeth Wong, Manohara Odelia Pinot dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’

™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa..... ...®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng. blogspot. com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!! , SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!! !


--
Posted By zul mamak png to ™ kaasii peecaahhh laaa...® at 1/09/2010 08:50:00 AM
__._,_.___

Ku Li Setuju Hadiri Program Ceramah Royalti Rakyat 28hb.





 
8 Januari 2010 (Jumaat). Satu delegasi Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (GEGAR) telah mengadakan satu pertemuan dengan YBM Tengku Razaleigh Hamzah, Ahli Parlimen Gua Musang dan merupakan pengasas Petronas di Kelab Golf Diraja Selangor.

Delegasi itu diketuai oleh Setiausaha GEGAR dan disertai oleh 3 orang AJK Pusat GEGAR yang lain. Pertemuan selama 3 jam itu bagi membicangkan tentang Akta Kemajuan Petronas 1974, Perjanjian Kerajaan Negeri Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak dengan Petronas, Persempadanan laut, JDA, CAA dll.

Pada pertemuan tersebut YBM Tengku bersetuju untuk hadir ke program (confirm) Ceramah Royalti Petroleum yang akan diadakan pada 28 Januari 2010 (Khamis) bertempat di Dewan Besar, Kelantan Trade Centre (KTC), Kota Bharu bermula jam 7 malam dimulakan dengan program solat Maghrib, Solat Hajat dan Solat Isya berjemaah dan ceramah umum yang akan disampaikan sendiri oleh YBM Tengku.

Semua rakyat Kelantan adalah dijemput hadir beramai-ramai, tanpa mengira fahaman politik, agama dan kaum.

Terima kasih kepada YBM kerana sudi menerima kunjungan daripada wakil GEGAR ke rumah beliau dan sudi meluangkan masa bagi membincangkan hal0-hal berkaitan Royalti Petroleum.

Sumber - Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (GEGAR)


Gambar kerosakan Dalaman Metro Church







Gambar disekitar kejadian letupan dan kebakaran di Metro Church di Lembah Kelang yang diserang 2 hari yang lalu.Ia merupakan kejadian yang disebabkan oleh isu yang sedang hangat diperkatakan. Kami ingin menasihati pihak-pihak tertentu untuk tidak membuat perkara-perkara yang boleh menimbulkan sesuatu yang tidak diingini.

--
Dicatat Oleh sya ke sya~reformis di 1/09/2010 10:03:00 PM
__._,_.___

Thursday, January 7, 2010

Gambar tekini Dato Seri Nizar di Wad


7.1.2010 IPOH :Pagi ini kira-kira dalam jam 9.20 minit pagi telah berlaku satu kemalangan di hadapan Hotel cuasarina Ipoh yang melibatkan kenderaan Dato Seri Ir Hj Nizar Jamaluddin dengan sebuah lagi kenderaan jenis BMW.Kejadian berlaku sekitar jam 9.20 minit pagi yang mana ketika itu Dato Seri dalam perjalanan untuk temujanji bersama doktor gigi di sebuah Klinik di Pekan Ipoh.Kami difahamkan bahawa Dato Seri menyedari akan kehadiran kenderaan tersebut dan telah memberikan hon namun kenderaan tersebut telahpun keluar dan terus memasuki lorong kanan jalan menyebabkan Dato Seri hilang kawalan dan merempuh pembahagi jalan dan menyebabkan kenderaan yang dinaiki terbalik.Untuk pengetahuan kenderaan tersebut dipandu oleh beliau sendiri.




Pihak kami juga dimaklumkan bahawa sejurus selepas itu Dato Seri bertindak keluar dari kenderaan beliau dan meminta pertolongan dan sebuah kenderaan Proton Savvy yang dipandu oleh seorang lelaki telah membawa dan menghantar beliau ke Hospital Tuanku Bainun Ipoh.Dato Seri tiba di Hospital kira-kira jam 9.30 pagi dan ditempatkan di wad kecemasan sebelum dibawa ke wad bagi rawatan susulan kira-kira jam 11.00 pagi.



Dato Seri yang hanya mengalami kecederaan ringan di siku ( satu jahitan) dan juga sedikit kesan calar dimuka telah dikunjungi oleh Dr. Mah Hang Soon yang mewakili UBN kira-kira pada jam 2.15 minit petang.Sehingga kini beliau masih ditempatkan di wad untuk pemerhatian Doktor dan akan dibenarkan pulang sekiranya keadaan mengizinkan.



Kepada semua rakyat yang prihatin Kami mewakili Keluarga Dato seri Ir Hj Nizar Jamaluddin berbesar hati dengan kunjugan yang tidak putus sejak pagi tadi.Dato Seri dan Keluarga merakamkan ucapan Terima kasih juga kepada semua Rakyat yang mendoakan keselamatan dan kesejahteraan Dato Seri Nizar.Kami berharap agar Rakyat memahami keadaan beliau dan tidak mengadakan kunjungan untuk masa terdekat bagi memberikan ruang buat Dato Seri berehat.



Maklumat dan keadaan terkini beliau akan kami bawakan dari masa ke masa.buat Rakyat di luar sana teruskan berdoa dan semoga apa yang terjadi membawa seribu Hikmah.







--

Dicatat Oleh sya ke sya~reformis di 1/07/2010 05:32:00 PM

__._,_.___

Dato Seri Gadai Nyawa halang Kemalangan Lebih Teruk..!


Dari saya langgar kereta tersebut,baik saya langgar pembahagi jalan"-Dato Seri Nizar.




Itu adalah ungkapan yang keluar dari mulut pemimpin rakyat ini.Beliau menyatakan bahawa sekiranya beliau terus melanggar kereta tersebut besar kemungkinan kecederaan kedua-dua pemandu akan lebih teruk dan menjadi lebih rumit.Jadi bagi mengelakan ia jadi lebih teruk Dato Seri sanggup gadai nyawa dan langgar pembahagi jalan.Dato Seri Nizar yang sememangnya tidak mempunyai ruang untuk mengelak kenderaan tersebut yang pada ketika itu membuat keputusan mempertaruhan nyawanya demi keselamatan semua.Sekiranya kenderaan Dato Seri tidak dilencongkan ke pembahagi jalan maka ia akan terus mengenai kenderaan tersebut yang pada ketika itu berkedudukan merentangi jalan dan pastilah ia akan mengakibatkan kecederaan dan kemalangan yang lebih teruk.



Dan Alhamdulillah akibat dari niat beliau itu maka tidak hairanlah mengapa Allah swt melindungi dan memberikan kekuatan kepada beliau sehingga mampu keluar sendiri dari kenderaan beliau dan mendapatkan bantuan untuk ke Hospital.



Apa yang kami rasakan satu sikap yang bukan semua mampu lakukan ialah Yakin dan Tenang.Dalam situasi begitu Dato Seri masih mampu membuat keputusan yang diluarjangka yang mana ia melibatkan nyawa beliau sendiri dan kerana bimbangkan keselamatan dan kecederaan yang bakal dialami orang lain sekiranya ia terjadi beliau mengambil risiko untuk mempertaruhkan nyawa nya..Inilah sifat seorang Pemimpin Rakyat..!



Kami mendoakan agar Dato seri kembali sembuh dan dapat berjuang kembali bersama-sama dengan Rakyat!



--

Dicatat Oleh sya ke sya~reformis di 1/07/2010 08:35:00 PM

DSNizar dalam keadaan stabil

Dato Seri Nizar kini ditempatkan di Hospital Tuanku Bainun.Keadaan beliau kini stabil dan hanya mengalami luka-luka ringan.keadaan dari semasa ke semasa akan diupdate kemudian.




--

Dicatat Oleh sya ke sya~reformis di 1/07/2010 12:07:00 PM

Jika UMNO benar-benar sayangkan ALLAH gubal seg...

KUALA LUMPUR, 7 Jan: Jika para pemimpin Umno benar-benar sayangkan Allah, mereka hendaklah menggubal undang-undang mencegah murtad untuk diluluskan oleh Parlimen, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Haji Mohamad Sabu.


"Dalam Dewan Rakyat kini terdapat 132 Ahli Parlimen yang beragama Islam. Saya yakin, kesemua mereka akan memberikan sokongan padu jika kerajaan yang diterajui Umno membentangkan rang undang-undang mengenai kesalahan murtad.
"Saya juga berharap mereka yang mahu berdemonstrasi membantah penggunaan kalimah Allah bagi agama lain turut mengemukakan tuntutan kepada kerajaan pimpinan (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) supaya menggubal undang-undang mencegah murtad," kata beliau ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengenai demonstrasi tersebut.

Ketika diminta mengulas mengenai rancangan beberapa pertubuhan untuk mengadakan demonstrasi membantah penggunaan kalimah Allah bagi agama lain, Hishammuddin berkata, kerajaan tidak menghalang rakyat untuk menyuarakan pendapat mereka berhubung penggunaan kalimah "Allah" oleh majalah Herald-The Catholic Weekly.

"Oleh kerana kerajaan tidak menghalang demonstrasi tersebut dan tidak ada operasi seperti Operasi Lallang 1987 di mana saya dan rakan-rakan lain tidak fasal-fasal menjadi mangsa, tentulah kerajaan juga tidak menghalang mereka yang berdemonstrasi itu menuntut penggubalan undang-undang mencegah murtad," kata Mohamad.

PAS, kata beliau, bukan sahaja dizalimi ketika demonstrasi dan majlis-majlis ceramah, malah tidak dibenarkan membentang usul mengenai murtad atau rang undang-undang ahli persendirian untuk mencegah murtad di Parlimen.

Menurut beliau, pada 25 Mac 1988, Presiden PAS kini, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang selaku Ahli Parlimen Marang telah mengemukakan usul untuk membincangkan gejala murtad, tetapi ditolak.

Selepas itu, kata Mohamad lagi, pada 2 November 1999, Tuan Guru juga tidak dibenarkan membentang rang undang-undang ahli persendirian untuk mencegah murtad.

"Oleh kerana PAS buat semua tak boleh, saya yakin orang-orang Umno yang hendak berdemonstrasi ituboleh menuntut kerajaan menggubal undang-undang mencegah murtad.

"Mereka sepatutnya berbuat demikian jika benar mereka sayangkan Allah," kata beliau.

Mohamad juga menyokong saranan Mursyidul Am, Datuk Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya diadakan dialog dengan pemimpin-pemimpin badan-badan Kristian bagi mencari jalan menyelesaikan pelbagai masalah.

"Saya harap dialog tersebut boleh disegerakan dan sebagai langkah awal, PAS boleh menginisiatifkan dialog tersebut.

"Saya yakin banyak perkara boleh dibincangkan dengan sikap yang lebih matang termasuk Perkara 11 (4) Perlembagaan Malaysia yang melarang penyebaran ajaran bukan Islam kepada orang-orang Islam," katanya.

Beliau juga yakin perbincangan tersebut boleh menjadi agenda berterusan di pihak PAS, bukan sahaja dengan badan-badan Kristian malah dengan badan-badan agama lain juga :-Abdul Aziz Mustafa

Monday, January 4, 2010

Ramai bijak pandai Melayu akaui kristian juga agama benar

Oleh Abdullah Ngah

Ada ramai para intelektual Melayu yang mengaku masih Islam beranggapan agama kristian juga benar. Para pemimpin UMNO pernah berkata agama sama sahaja. Bermakna agama kristian juga agama yang benar. Salah seorang bekas perdana menteri Malaysia pernah berkata semua agama menuju ke syurga.

Tidak dinafikan agama itu berasal dari Agama Allah (Islam). Kita kena ingat ia sudah diselewengkan menjadi agama sesat lagi menyesatkan.Atas Sebab itu adalah tidak wajar mereka menggunakan nama Allah, kerana penggunaan nama Allah itu telah, sedang dan akan diselewengkan dengan sewenang wenangnya nanti.

Kristian selama lama nya telah melakukan penyelewengan untuk menyesatkan orang Islam diatas muka bumi Allah ini. Kita sangat sedih apabila ada orang masih percaya bahawa kristian tidak akan menyelewengkan kalimah Allah apabila dibenarkan penggunaan nya nanti.
Apakah "Allah" itu Tuhan pada orang kristian.Kalau Allah tuhan mereka mengapa akidahnya tidak sama dengan akidah orang Islam.
Perkataan tuhan tuhan selain "Allah" bermakna agama kristian tidak mengaku "Allah" itu Tuhan mereka.

Malangnya masih ada orang islam yang percaya bahawa penggunaan nama Allah yang dibenarkan itu tidak akan diselewengkan.

Kalau Allah itu tuhan agama mereka mengapa dia pinda agama asal mereka kepada beberapa versi termasuk versi perjanjian lama dan perjanjian baru.
Ini menunjukkan mereka tidak mengaku "Allah" itu tuhan mereka.Kalau mereka mengaku sudah pasti mereka masuk Islam, kerana islam adalah satu satu agama benar dan diterima Allah, manakala lain lain agama yang ada hari ini sesat belaka.

Demikian juga dengan agama Yahudi dan lain lain agama selain islam. Agama symawi adalah agama islam yang diturunkan kepada nabi nabi dan rasul rasul.
Apabila sampai pada tangan manusia mereka pinda untuk disesuai dengan hawa nafsu mereka, malah ada yang bunuh para nabi, kerana marah nabi bermakna marahkan Allah.
Apabila nabi menyeru sembahlah kepada Allah mereka marah dengan begitu amarah sekali.
Bagaimana boleh kita sebut kristian tuhannya Allah, sedangkan kristian mengguna pakai "triniti". "God" itu bukan "Allah" miskipun ada orang tafsir ia Allah. Ia adalah tuhan selain Allah.
God itu tuhan "anak" dan tuhan "bapa" dan "roh suci" yang dimanupulasikan oleh padri padri serta diakui sudah menyeleweng jauh dari akidah yang sebenar.
Kalimah "Allah" adalah suatu perkataan yang telah membuat Melayu di Indonesia berduyung duyung masuk kristian, kerana agama itu dianggap betul dan diterima oleh Allah.
Jika kalimah Allah diguna pakai di Malaysia sudah barang tentu memudahkan lagi kristian, mengkristiankan orang Melayu yang sudah ramai jadi kristian sekarang.
lebih lebih lagi orang Melayu kini sudah mulai tinggal agama Islam, walaupun mereja mengaku masih beragama Islam.Bagaimana mengaku masih anut agama islam sedang mereka tidak solat lima waktu sehari semalam tidak puasa dan tidak mengeluarkan zakat.
Agama islam payah bagi mereka. nak ninum arak tak boleh,nak judi tak boleh, nak berzina tak boleh, nak makan riba tak boleh, nak makan rasuah tak boleh.pendek semua itu menjadi penghalang gaya hidup mereka.
Oleh itu jalan mudah bagi mereka kristianlah pilihan mereka sepertimana yang berlaku di Indonesia, sebuah rumah kritian ada Budda ada Islam pun ada.
Duduk dalam agama islam kena solat, kena puasa, kena keluar zakat.Semuanya jadi payah dan menyusahkan.
Inilah yang banyak menghalang mereka, oleh itu agama kritian adalah agama yang mudah tak kegereja pun tak apa.
Apabila masuk kritian dapat wang, dapat isteri cantik dapat kereta. Ini sesuai dengan citarasa generasi zaman moden ini kerana segalanya tercapai, malah hari ini mereka akan dapat habuan yang tidak terhingga jika berjaya mengkristian orang Melayu.
fikir fikirlah.

JIM sokong rayuan, tapi tiada aduan polis

Oleh Salhan K Ahmad

Pertubuhan Jemaah Islah Malaysia (JIM) menyokong hasrat kerajaan untuk merayu keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan akhbar terbitan satu gereja Katholik menggunakan kalimah "Allah" dalam penerbitannya.

Presiden JIM, Zaid Kamaruddin berkata pertubuhan itu bagaimanapun tidak akan membuat laporan polis bagi menghalang Gereja Roman Katolik Kuala Lumpur, selaku penerbit, menggunakan kalimah tersebut dalam akhbar Herald-The Catholic Weekly.

Isu ini kembali menjadi perhatian sejak 16 Februari tahun lalu apabila ketua paderi gereja itu Tan Sri Murphy Pakiam, memfailkan permohonan untuk semakan kehakiman bagi menuntut satu deklarasi bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri melarang beliau menggunakan perkataan "Allah" dalam majalah itu adalah haram dan perkataan itu bukan eksklusif bagi agama Islam.

Zaid menjelaskan, rayuan daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) itu penting untuk memelihara proses undang-undang bagi menyelesaikan kemelut tersebut.

Tambahnya, tindakan gereja Roman Katholik Kuala Lumpur memfailkan permohonan untuk semakan kehakiman terhadap keputusan mahkamah terdahulu itu jelas bertentangan dengan undang-undang negara.

"Ini bertentangan dengan enakmen yang dikuatkuasakan di 10 buah negeri. Undang-undang ini menghalang penyebaran agama lain kepada orang Islam dan juga menghalang penggunaan kalimah Allah," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Beliau juga berharap isu yang berlarutan sejak ini tidak dipolitikkan mana-mana pihak sehingga menaikkan lagi sentimen orang Islam.

"Jadi tak perlulah ada lagi mana-mana pihak yang cuba memanaskan keadaan," katanya dan menjelaskan saranan itu ditujukan kepada semua pertubuhan sama ada mewakili masyarakat Islam mahupun Kristian.

Tambahnya, kalimah Allah itu merupakah satu elemen suci bagi orang Islam di negara ini dan tidak layak digunakan oleh bukan Islam.

"Bagi masyarakat Islam, komen ke atas nabi dan rasul sudah menjadi perkara sensitif, apatah lagi jika nama Allah diberikan taraf yang tidak selayaknya," katanya lagi. - Malaysiakini

Pertahan Kalimah Allah Beramal Dengan Rasuah

Oleh DATUK HAJI MAHFUZ OMAR

Saya terkejut bila melihat gelagat politik UMNO dalam isu kalimah Allah. Persoalan pertama kenapa Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang diketuai oleh Naib Presiden UMNO lambat mengemukakan rayuan dalam kes ini ke Mahkamah Rayuan. Pada hal dalam kes politik Perak hari ini setelah Mahkamah Tinggi membuat keputusan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar yang sah, UMNO dan BN terus membuat rayuan.

Dan Mahkamah Rayuan terus bersidang dan membuat keputusan menggantung keputusan mahkamah tinggi dan Datuk Seri Zambry Abdul Kadir kembali jadi Menteri Besar Perak.

Ini menunjukan UMNO hendak mengambil kesempatan atas isu ini untuk meniupkan sentimen mengapi-apikan umat Islam untuk bersatu dan melihat UMNO sebagai juara membela dan mempertahankan Islam. Lagi lambat KDN membuat rayuan lagi banyak keuntungan politik pada perkiraan UMNO.

Kedua, kita melihat media cetak arus perdana yang berada dibawah kawalan KDN yang Menterinya Datuk Seri Hishammudin Hussien, Naib Presiden UMNO beserta media eletronik yang berada dibawah kawalan Kementerian Penerangan terus mengambil kesempatan bagi menghangatkan isu ini dalam menyempurnakan agenda UMNO. Pada hal bagi saya kalau UMNO nakkan kalimah Allah hanya untuk kegunaan umat islam saja, UMNO boleh mengaturkan dari awal kes ini dengan menetapkan Hakim bicara yang boleh menyempurnakan hasrat UMNO.

Bukan kah Ketua Hakim Negara adalah ahli UMNO yang boleh pastikan Hakim yang berjiwa UMNO untuk mengendalikan kes ini. Tapi semua itu tak berlaku kerana UMNO ada agenda adu domba politik keagamaan untuk kepentingan UMNO dan BN. Saya percaya bila isi ini sudah cukup panas dan dilihat umat Islam sudah merasai UMNO lah juara maka rayuan akan dibuat dan Mahkamah akan bersidang untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi. UMNO pun akan mendabik dada, UMNO lah yang mampu pertahankan Islam. Kepada pihak Gereja UMNO / BN akan berhujah ini keputusan Mahkamah kita tidak campur tangan. Cukup licik politik UMNO kerana rakyat tidak bincang lagi isu enjin jet hilang, gula naik, harga roti putih naik harga, bajet bocor RM28 bilion, hadiah rumah kepada bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi bernilai RM12 juta, kes PKFZ RM4 bilon, kes Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat mendapat habuan dari Syarikat Kuala Dimensi sebanyak RM10 juta dan banyak lagi kes korupsi / rasuah pemimpin UMNO / BN.
Kepada umat Islam, saya minta bersabar dan bertenang. Saya percaya kerisauan umat Islam ialah mereka bimbang kalimah Allah disalahguna oleh pihak lain bagi tujuan dakyah agama lain (kristian) kepada orang Islam. Saya percaya ini lah yang menghantui umat Islam. Bukan nak halang penganut agama lain mengguna kalimah Allah. Sudah ramai orang bukan Islam seperti Ahli Parlimen Taiping, Padang Serai, Adun Simpang Pulai dan ramai lagi termasuk lah pimpinan dan ahli dewan perhimpunan penyokong PAS mengunakan penghujahan dengan membaca ayat Quran dan hadith yang ada kalimah Allah. Pembacaan dan penggunaan ayat Quran yang mereka lakukan adalah dengan tujuan yang baik dan umat menyambut dan menerima dengan baik. Jadi apa yang penting jika Mahkamah terus mengekalkan keputusan penggunaan kalimah Allah boleh digunakan oleh penganut Kristian ialah menetapkan garis panduan yang kursus supaya tidak disalah guna untuk tujuan yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama.

Apa pun terserahlah kepada peroses perundangan yang perlu segera diputuskan oleh Mahkamah seterusnya. Yang penting seluruh institusi umat Islam perlu melipat ganda usaha dakwah dan tarbiah Islam ke atas umat islam agar punya pegangan Islam kuat dan aqidah Islam mantap dan Iman yang teguh untuk mengelak dari sebarang kekeliruan yang dibimbangi atas isu penggunaan kalimah Allah dan penyebaran dakyah agama lain ke atas umat Islam. Selama ini pun kekeliruan dan salah faham serta penyelewengan terhadap Islam dilakukan oleh umat Islam sendiri. Contoh pemikiran yang cuba memisahkan agama suku dan politik suku yang di ambil dari ajaran agama Kristian. PAS mengambil masa yang begitu lama untuk melaksana usaha memerangi pemikiran sesat ini dan akhirnya berjaya dihakiskan dalam pemikiran umat islam sedikit demi sedikit. Satu ketika dulu UMNO lah juara nak buang perkataan Islam dari parti politik dan NGO. Tapi akhirnya Majlis Raja-Raja membuat keputusan bahawa usaha UMNO nak buang nama Islam dari PAS itu salah dan membenarkan parti politik PAS menggunakan kalimah Islam pada parti PAS. Ini bahaya sebenar yang perlu di risau dan dibimbangi oleh umat Islam bahawa UMNO hanya memikirkan kepentingan politk sempit mereka. Saya harap umat Islam dan seluruh rakyat berbilang agama tidak akan memasuki perangkap UMNO / BN dg agenda politik jahat mereka.
Satu tipu muslihat UMNO nak tunjuk bahawa UMNO juara pertahan kalimah Allah. UMNO pertahan kalimah Allah, UMNO lah juga pengamal rasuah.
DATUK HAJI MAHFUZ OMAR
Naib Presiden PAS,

Kufur Jika Menyokong Guna Kalimah Allah - Dato Dr. haron Din

Oleh: Lutfi

"Berita terbaru yang menjelaskan tentang isu penggunaan nama Allah ini. Dengan adanya penjelasan oleh Tuan Guru Harun Din ini dapat menyelesaikan masalah dan pertentangan dengan isu penggunaan kalimah Allah.Bersatu didalam menentang kekufuran...

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

BANGI: Mana-mana umat Islam yang menyokong keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan penggunaan kalimah 'Allah' dalam akhbar mingguanHerald-The Catholic Weekly dalam penerbitannya boleh membawa kepada kekufuran.

Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din berkata, menyokong kepada sesuatu perkara yang salah di sisi Islam juga secara tidak langsung boleh menyebabkan berlakunya kekufuran dan syirik.

"Saya menyeru kepada sahabat-sahabat saya supaya mempertimbangkan semula pendirian mereka.

"Kalau kita sokong perkara yang kufur, kita pun secara tak langsung akan kufur sama," katanya dalam sidang media di kediamannya di sini hari ini.

Tokoh agama itu turut melahirkan kekesalannya terhadap beberapa penulis blog termasuk di kalangan beberapa pemimpin parti-parti politik yang menyatakan sokongan mereka kepada keputusan berkenaan.

"Saya harapkan orang-orang ini boleh bersatu pandangan, memanglah setiap orang itu ada kebebasan bersuara.

"Kalau hal politik memanglah ada banyak pandangan, tapi kalau hal agama, kita perlu balik kepada kaedah agama.

"Kalau kita berpuas hati dengan perkara yang syirik ia akan membawa kepada kekufuran," katanya tanpa menyebut secara khusus blog-blog berkenaan.

Baru-baru ini Yang Dipertua PAS Shah Alam, Khalid Samad dalam blognya menyatakan sokongan terhadap keputusan membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan sebuah akhbar mingguan katolik.

Pandangan beliau itu menimbulkan reaksi negatif daripada banyak pihak termasuk Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Nordin yang menggesa Ahli Parlimen Shah Alam itu supaya keluar PAS.

Khamis lalu, Mahkamah Tinggi membenarkan Herald-The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya atas alasan ia mempunyai hak dalam Perlembagaan.

Hakim Datuk Lau Bee Lan menegaskan, KDN telah bertindak secara salah ketika mengenakan larangan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan akhbar mingguan itu.

Pada 16 Februari lalu, Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam, sebagai penerbit akhbar itu memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi menuntut deklarasi bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri melarangnya menggunakan perkataan Allah adalah haram dan perkataan itu bukan eksklusif bagi agama Islam.

Dalam pada itu, Haron din turut meragui niat akhbar berkenaan yang bertegas mahu mendapatkan kebenaran menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan mereka.

"Kenapa sekarang nak gunakan nama Allah? Saya yakin mesti ada niat yang tersurat dan tersirat.

"Kalau niat mereka baik, saya nasihatkan supaya jangan gunakan kalimah itu kerana ia tidak baik untuk kita umat Islam... sesuatu yang mendatangkan keburukan mestilah dicegah," katanya.

Selain itu Haron Din berkata, pada masa akan datang perkara yang melibatkan hal agama sepatutnya dibicarakan di Mahkamah Syariah.

"Hal Allah ini adalah hal agama, jadi tempat penyelesaiannya adalah di Mahkamah Syariah.

"Kenapa nak bawa kes ini ke Mahkamah Sivil? Saya menyeru kes ini supaya kes ini diselesaikan di Mahkamah Syariah," katanya.

Beliau juga meminta semua pihak termasuk kerajaan dan Majlis Raja-Raja supaya segera menyelesaikan isu berkenaan.

"Saya merayu Raja-Raja Melayu supaya jangan memandang ringan perkara ini, selesaikan dengan cara setiakawan dan faham memahami perasaan masing-masing," katanya.  MSTAR

 http://lutfimj2006.blogspot.com/
"

Nama Allah: Nik Abdul Aziz tidak setuju dgn keputusan Mahkamah Tinggi-SU Akhbar

Oleh Salhan K Ahmad

Laporan sebuah stesen TV yang memetik kenyataan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam berhubung isu penggunaan kalimah 'Allah', disangkal oleh pejabat menteri besar Kelantan itu.

Setiausaha akhbarnya Mohd Saiba Yaakob berkata, laporan melalui segmen Buletin Utama di stesen TV3 itu "tidak betul" kerana tidak menyampaikan kenyataan Nik Abdul Aziz dengan tepat.

"Laporan itu kata Tok Guru sokong bukan Islam guna (kalimah) Allah, tapi saya tidak pasti laporan itu dalam konteks apa," kata Mohd Saiba ketika dihubungi hari ini.

Sebenarnya, kata Mohd Saiba, mursyidul am PAS itu tidak setuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan gereja Roman Katolik Kuala Lumpur, selaku penerbit, menggunakan kalimah tersebut dalam akhbar Herald-The Catholic Weekly.

Katanya lagi, kenyataan Nik Abdul Aziz itu sebenarnya tidak berbeza daripada kenyataan berhubung isu sama yang pernah dikeluarkan pemimpin PAS itu.

"Iaitu (maksud Nik Aziz) kalau dalam perbualan (orang Kristian guna kalimah Allah) tidak menjadi masalah, tetapi tidak boleh digunakan secara rasmi dalam akhbar, majalah atau buku," katanya lagi.

"Maksudnya (Nik Aziz), boleh guna tapi (orang Kristian) tidak boleh samakan Allah dengan tuhan, kerana Allah dalam Islam berbeza dengan konsep triniti Kristian sebab dalam Islam, Allah itu esa," jelasnya lagi.

Tambahnya, seorang setiausaha menteri besar itu ditugaskan untuk menyampaikan teguran kepada stesen TV3 berkaitan laporan tersebut.

"Wartawan pun tidak ada pada sidang media itu dan mereka ambil (kenyataan Nik Abdul Aziz) daripada sumber lain," kata Mohd Saiba lagi.

Ditanya sekiranya teguran itu melibatkan tindakan undang-undang atau tuntutan supaya TV3 memohon maaf kepada Nik Abdul Aziz, Mohd Saiba berkata "ia cuma teguran biasa."
- Malaysiakini

Ia Satu Penghinaan – Dato’ Ustaz Harun Taib

Oleh Editor BuletnOnline

KUALA TERENGGANU – Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Ustaz Harun Taib menegaskan bahawa PAS sama sekali tidak akan bersetuju dengan tindakan pihak tertentu menggunakan perkataan Allah dalam penerbitan mingguan di gereja katolik.
Menurutnya, penggunaan Allah dalam penerbitan Herald The Catholic Weekly dilihat sebagai satu penghinaan terhadap agama dan juga umat Islam.


Lebih jelas katanya, keadaan itu dilihat boleh mengundang kekeliruan orang Islam di seluruh negara dan dikhuatiri penggunaan kalimah agung itu tidak mengikut maksud sebenar sebagaimana dalam Islam.

“Saya tidak bersetuju kerana ia boleh mengelirukan umat Islam, tidak semua mereka guna mengikut maksud sebenar perkataan itu,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi, semalam.

Pada masa sama katanya, kepercayaan orang Islam dan bukan Islam juga berbeza apabila Islam meyakini Allah bersifat Esa yang jelas bercanggah dengan kepercayaan agama lain.

Ustaz Harun yang juga Ketua Dewan Ulama PAS Pusat berkata, penggunaan kalimah itu memberi kesan amat besar kepada umat Islam yang boleh mengguris perasaan mereka.


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini membenarkan penggunaan perkataan Allah dalam penerbitan mingguan Herald The Catholic Weekly, menyebabkan ia telah mencetus bantahan banyak pihak dalam kalangan masyarakat Islam.

......
http://www.buletinonline.net/index.php?option=com_content&view=article&id=1399:ia-satu-penghinaan-dato-ustaz-harun-taib&catid=36:berita-nasional&Itemid=84