Tuesday, May 7, 2013

2 Karung Kertas Undi SPR Tercampak Daripada Heli?



Penduduk menjumpai 2 beg kertas undi dicampak dari heli oleh SPR!!!! Apa pula alasan SPR nanti?

Banyak sangat cerita-cerita meragukan dalam Pilihan Raya kali ini. Dato' Seri Anwar Ibrahim telah mengeluarkan kenyataan untuk tidak menerima keputusan pilihan raya kerana SPR tidak telus dan tidak menjalankan tanggungjawab dengan baik. Baca lagi di sini

Hamidah dapat permit panggang 4 Babi dan cekik Dr Lee Boon Chye


Hamidah bekas Adun Sungai Rapat yang tengin terlampau itu terkencing terberak bila Ustaz Radzi Zainon ajak dia berdebat pasal isu sekolah Agama Rakyat.

Hamidah sepatutnya berani menerima jemputan untuk berdebat mengenai isu pembinaan Sekolah Agama Rakyat di Taman Pegoh itu supaya rakyat setempat boleh mendengar hujah masing-masing.

 Inilah masa dan peluang keemasan bagi Hamidah memberitahu penyokong PAS bahawa dia adalah seorang pejuang agama yang tulin.

Tentu akan ramai orang-orang PAS yang menyokong Hamidah dan masuk Umno apabila menyedari tentang keikhlasan Hamidah memperjuangkan Islam! Mahu tak mahu, Hamidah mesti rebut peluang ini dan hadir untuk berdebat dgn Radzi malam ini.Amacam, ada berani?

Tapi amat menghampakan rakyat....Hamidah yang dah banyak hari terpaksa memakai cawat pesakit buasir kerana asyik terkencing dan terberak sejak diajak Radhi untuk berdebat, memberi alasan 'permit polis' untuk berdebat...Kah! Kah! Kah!  Hamidah dapat 'permit' dari siapa untuk mencekik Dr Lee Boon Chye baru-baru ini?


Aku nak tanya Hamidah, adakah kamu mendapat permit untuk terpekik terlolong macam kena rasuk Jembalang Taik ketika kamu buat ceramah berhampiran di setiap kali Pakatan Rakyat mengadakan majlis ceramah?

Adakah kamu pernah mendapat permit buat kenduri panggang 4 babi sewaktu Pakatan Rakyat buat ceramah disini?

Hamidah hanya berani menyalak macam anjing menyalak bukit.Dia tidak berani kerana pastinya Radhi akan melondehkan segala fitnah yang sering dia lemparkan.

Pejuang agama konon! Aaaarrggh...tui!! Songlap harta rakyat itu ajaran agama mana?

Adakah budaya samseng yang kamu bawa itu merupakan jihad pada jalan Allah?

Apa nak buat, kamu terlalu tengin melampau untuk memahami ajaran agama Islam yang mudah.

Aku berjanji akan menziarahi kamu, wahai Hamidah selepas pengiraan undi pada 5 Mei nanti di Hospital Bahagia nanti.Bersabarlah menunggu masanya.

Video panas! ~ Hamidah Tengin tersungkur akibat provokasinya yang melampau


Akibat provokasi yang melampau, rakyat di DUN N43, Sungai Rapat semakin jelek terhadap Hamidah Tengin.

Hamidah Tengin telah melakukan kerja-kerja mengganggu ceramah Pakatan Rakyat sebanyak lebih 16 kali di sekitar Dun Sungai Rapai ini. Satu rekod dunia!

Rakyat di Dun N43, kini berazam untuk membenamnya di Sungai Rapat  menjelang Ahad 5 Mei apabila keluar mengundi nanti.Tunggulah harinya balasan yang akan Allah timpakan kepadanya tidak lama lagi.

Kehadiran Hamidah ke tempat 'debat' seperti yang dijangkakan hanyalah 'gimmic' dan semata-mata bertujuan untuk mengganggu dan menunjukan sikap samseng yang melampau. Lihatlah rakaman video berikut: 


Pakatan Rakyat Perak sebenarnya menang di Perak , tapi ditipu lagi dan lagi...




Menuntut hak keadilan dalam perlembagaan negara terbukti menghampakan bagi calon parlimen Tapah, K Vasantha Kumar sewaktu di Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Merdeka, Tapah .

Beliau telah ditolak keluar dari Pusat Penjumlahan Undi ituoleh sepasukan Tindakan Ringan Polis jam 11mlm Ahad.

Vasantha Kumar berkata, lapan anggota polis menolaknya keluar setelah beliau bertanyakan pegawai SPR mengenai keganjilan adanya undi bercampur dalam kotak undid an ketiadaan beberapa kotak peti undi .

Kotak –kotak peti undi yang hilang itu tidak sampai di Pusat Pengiraan waima jam sudah 11 mlm. Dikatakan , undian Pos telah dicampur dengan Undian Parlimen dan Dun dalam kotak undi bercampur.

 “Saya meminta pengiraan semula kerana kertas undi Parlimen dan Dun telah bercampur dalam satu peti undi parlimen.

Tambahan pula terdapat sejumlah kertas undi diletatakan di luar peti undi. “Saya meminta pengiraan semula kerana empat peti undi daripada Chenderiang dan lima peti undi dari Ayer Kuning tidak ada dalam dewan pengiraan di Dewan Merdaka.

Berikutan permintaan tersebut, pegawai SPR telah membawa masuk 2 peti undi dari Ayer Kuning. Tujuh peti undi yang lain masih belum sampai.

“ Di masa yang sama saya telah meminta 91 borang 14 daripada 91 saluran mengundi tetapi pegawai SPR enggan memberikan., Vasantha Kumar memberitahu, “Sesetengah borang 14 tidak ditandatangani sempurna oleh pegawai SPR.

“Pada ketika inilah, muncul calon BN, M Saravanan, lalu meninggikan suaranya dan mengugut saya.” “Saya memberitahunya jangan masuk campur kerana pertelingkahan adalah antara beliau dan SPR.


Pertelingkahan adalah mengenai kertas undi dari Dun Chenderiang dan Dun Ayer Kuning. “Pada ketika itu, keputusan untuk Perak ialah 29 untuk BN and 28 bagi Pakatan.

Saya bertegas mahukan pengiraan semula kerana keputusan dari dua Dun tersebut ( Chenderiang dan Ayer Kuning) merupakan faktor penentu dalam pembentukan kerajaan negeri Perak.

“Apabila saya desak agar dokumen tersebut dikeluarkan sebelum keputusan diisytiharkan, pegawai SPR telah mengarahkan polis supaya menolak polling agents dan saya, keluar dari dewan tersebut.

Pada ketika ini, Vasantha Kumar berkata, “Saravanan membaling kerusi kepada saya semasa saya sedang ditolak keluar.”

“Saya terkedu bila polis menolak saya 50 meter keluar dari Pusat Pengiraan tersebut, sedangkan Saravanan dan pembantunya cuba menyerang saya. Bagaimana pun polis menahan mereka.”

Vasantha Kumar mendakwa dirinya dan counting agents nya telah ditolak keluar oleh polis hingga ke main road di luar dewan tersebut.

Tiada wakil untuk memantau peti-peti undi 

“ Polis kemudiannya mengepung dewan itu dan tidak membenarkan saya masuk. Pada ketika itu, saya tidak mempunyai wakil didalam dewan itu untuk mempastikan peti-peti undi itu tidak di cerobohi.”

Beliau mendakwa pada ketika itu, Saravanan dan dua calon BN bagi dua kerusi Dun (Chenderiang dan Ayer Kuning) telah dibenarkan berada dalam dewan tersebut sewaktu keputusan sedang di buat.

Vasantha Kumar berkata, pegawai-pegawai SPR telah mengarahkan polis supaya menahannya diluar dewan hampir satu jam lamanya.

“Selepas satu jam, saya sebagai calon Tapah, saya berhak untuk masuk ke dewan.”

Setelah memasuki dewan tersebut, Vasantha Kumar berjalan keaarah pegawai SPR dan meminta 91 pengesahan borang 14 dari kesemua 91 saluran peti undi. “Pegawai tersebut gagal menunaikan permintaan tersebut.


Dia memberitahu saya supaya mengambil tindakan mahkamah jika ada pertelingkahan. “ Saya tidak bersetuju dengan keputusan yang akan mereka isytiharkan kerana boring 14 tidak disertakan dan tidak ada pengiraan semula undi pos dan undian biasa yang sahih.

Tidak lama kemudian, lebih kurang jam 1.00 pagi, keputusan diumumkan – bahawa calon BN, Saravanan dan dua kerusi Dun tersebut telah menang.

Kemenangan dua kerusi Dun tersebut menjadikan BN berjaya merebut Negeri Perak melalui 31 kerusi ke atas Pakatan Rakyat dengan 28 kerusi.

Vasantha Kumar membuat aduan polis dib alai polis Tapah pada jam 1.30pagi kelmarin. SUMBER

Pecah Berita! Tanda BN Nak Tumbang, Petugas Pas Pecah Muka Di Belasah Samseng BN Di Ipoh!


Kuala Lumpur - by @tiewnama
Petugas PAS Perak yang sedang melakukan flash mob telah diserang dan dipukul oleh hampir
40 orang yang memakai baju i love PM. Ada yang pecah muka dan berdarah kepala.

Mereka sedang dapatkan rawatan. Pohon doa. Mereka semakin mengganas. Allah..
selamatkan lah Malaysia dari kerajaan LANUN Barisan Nasional yang kejam dan ZALIM.





by @tiewnama - SUDAH DI KETAHUI SIAPAKAH YANG AKAN MENCETUSKAN 
HURU HARA JIKA BN KALAH! kah3

Sumber: http://www.erapasca.com/2013/05/pecah-berita-tanda-bn-nak-tumbang.html

Monday, April 1, 2013

PRU13: Ahli MPAN 308 sokong Pakatan Rakyat



Seramai 400,000 ahli Pertubuhan Kebajikan Menyatupadukan Anak Negara Malaysia (MPAN 308) seluruh negara mengisytiharkan menyokong Pakatan Rakyat pada Pilihanraya Umum ke-13 nanti.

Majlis pengisytiharaan itu dibuat sendiri oleh Pengasas MPAN 308, Rashidi Ismail atau dikenali dengan 'Paduka Ayahda' dalam satu majlis ringkas di pekarangan kediamannya di Kampung Permatang Manggis, di sini kelmarin.

Program yang dihadiri oleh Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Johari Kasim dan kepimpinan PAS di Dewan Undangan Negeri (Dun) Bertam (gambar atas) menambahkan lagi keyakinan di kalangan ahli MPAN 308 bahawa Pakatan boleh menjadi kerajaan yang lebih baik, bertanggung jawab dan amanah berbanding Umno BN.

Baginya, tragedi dipukul oleh 20 petugas Umno Kepala Batas di hadapan sebuah pasar raya baru-baru ini membuatkan mereka 'berpatah arang' untuk bersama Umno BN lagi.

"Dengan ini saya menggesa semua ahli MPAN 308 yang ada malam ini dan seluruh negara supaya berikan sokongan kepada Pakatan Rakyat kerana Umno tidak lagi releven kerana mengamalkan gengsterisme. Umno buat negara ni macam tiada undang-undang," katanya menceritakan detik-detik beliau dipukul di hadapan isteri dan anaknya ketika sedang memasukkan barangan ke dalam kereta.


Beliau juga terkilan kerana tiada seorang pemimpin Umno Bahagian Kepala Batas datang menziarahi atau bertanya khabar ekoran kejadian itu kecuali Johari bersama rakan-rakannya.

“Saya ucapkan terima kasih kepadanya yang begitu prihatin," tegasnya.

Sementara itu, Johari dalam ucapan ringkasnya menyifatkan sokongan yang diberikan itu merupakan tamparan hebat kepada Umno yang sedang berhadapan dengan krisis dalaman yang parah.

Justeru, ujarnya biarlah Umno bangga dengan budaya samseng kerana rakyat sudah tahu menilai yang mana baik untuk dijadikan parti pilihan semasa membuang undi nanti.

"Jauhilah parti yang mengembangkan budaya samseng untuk bersama-sama bertekad memenangkan Pakatan Rakyat dan seterusnya menakluk Putrajaya bagi menjadi Kerajaan Pakatan Rakyat yang sah," terangnya.

'Datuk Seri' serah diri bantu siasatan


(Gambar-gambar pemakluman polis yang mahu mencari 'Datuk Seri' dan gambar Ridzwan bersama para pemimpin Umno sebelum ini)

Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan, Datuk Seri Muhammad Ridzwan Sulaiman hari ini menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang bagi membantu siasatan berhubung pencerobohan bersenjata di Sabah.

Menurut Bernama, Muhamad Ridzwan yang memakai baju Melayu merah dan berserban, hadir bersama lebih 10 orang kenalannya di balai polis itu pada 11.05 pagi tadi.

Muhammad Ridzwan sebelum ini dinamakan oleh polis sebagai orang yang sangat dikehendaki untuk membantu siasatan polis dalam kes pencerobohan Lahad Datu.

Media sosial pula hari ini menyiarkan hubungan 'Datuk Seri' ini dengan para pemimpin Umno termasuk Presidennya, Datuk Seri Najib Razak.

Ridwan hari ini mengaku memberikan bantuan kewangan kepada Sultan Sulu.

Bercakap kepada pemberita sebelum menyerah diri kepada pihak polis, Muhammad Ridzwan mengaku memberi bantuan kewangan kepada Sultan Sulu, Jolo, selatan Filipina iaitu Sultan Muedzul Lail Tan Kiram yang pernah ditemuinya pada 15 dan 16 September tahun lalu.

Beliau bagaimanapun menafikan bahawa Jamalul Kiram, yang dipercayai menjadi dalang pencerobohan di Sabah, adalah Sultan Sulu.

"Saya tidak kenal pun Jamalul Kiram," katanya.

Muhammad Ridzwan menyerah diri hari ini berikutan kenyataan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib semalam yang memintanya menyerah diri dengan segera di mana-mana balai polis berhampiran.

Hamza berkata Muhammad Ridzwan, yang tidak terlibat dengan pengganas bersenjata dari selatan Filipina, boleh membantu pihak polis dalam siasatan mengenai kes pencerobohan di Lahad Datu pada 12 Februari lepas.

'Datuk Seri' yang dikehendaki dilihat bersama Najib


(Gambar-gambar yang disiarkan dalam laman sosial)

Rupa-rupanya orang yang paling dikehendaki polis kini kerana dipercayai terlibat dengan gerakan teroris Sulu yang menceroboh Lahad Datu dikatakan pernah kelihatan bersama-sama dengan Datuk Seri Najib Razak dalam satu program berkaitan dengan Palestin.

Menurut gambar-gambar yang disiarkan oleh beberapa blog, 'Datuk Seri' berkenaan bukan saja bersama Najib bahkan juga bersama lain-lain pemimpin Umno.

(Bersama Tengku Adnan, Setiausaha Agung Umno)

Antaranya Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan dan juga Setiausaha Agung Umno, Datuk Tengku Adnan Mansor.

Semalam media melaporkan, polis mencari seorang lelaki bergelar Datuk Seri bagi membantu siasatan berhubung kes yang berkaitan Operasi Daulat.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata Muhammad Ridzwan Sulaiman, dengan alamat terakhir di Georgetown, Pulau Pinang amat dikehendaki bagi membantu siasatan dan diminta segera menyerah diri di mana-mana balai polis berhampiran.

Beliau berkata Muhammad Ridzwan, yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan, berpangkalan di Pulau Pinang dikatakan tidak terlibat dengan pengganas tetapi boleh membantu dalam kes berkaitan Operasi Daulat.

(Bersama Ahmad Maslan, Ketua Penerangan Umno)

"Penama ini amat diperlukan. Orang ramai yang mengenali beliau diminta menghubungi Rakan Cop atau mana-mana balai polis berhampiran.

"Penama ini boleh membantu polis dalam satu aspek Operasi Daulat, dan polis percaya beliau kini berada di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan mungkin juga di Sabah," katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi di Felda Sahabat 16, dekat Lahad Datu hari ini.

Sebelum ini, para pencacai Umno dan pemimpinnya mendakwa Datuk Seri Anwar yang terlibat dalam membawa masuk pengganas Sulu.

Anwar pula dalam ceramahnya yakin kenyataan seorang tertuduh dalam kes ini bahawa ada orang mengupah beliau sebagai usaha untuk mengaitkan beliau.

Faktor calon beri kelebihan kepada PAS di Larut


Suasana di Larut mungkin tidak jauh beza dari tempat-tempat lain jika dilihat dari sudut persiapan jentera parti berdepan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang tarikhnya masih dalam 'rahsia' Datuk Seri Najib Razak.


Jika melihat kepada gerak kerja jentera, bendera parti yang gah berkibar di sepanjang kiri kanan jalan dan poster-poster program khususnya dari PAS, boleh dikatakan mereka kini hanya menunggu masa Najib membubarkan parlimen.

Larut merupakan salah satu daripada tujuh kerusi Parlimen di Perak yang akan ditandingi PAS pada PRU13  kali ini.

Pada pilihan raya umum 2008 lalu, calon PAS Dr Mohd Dhari Othman tewas kepada calon BN Hamzah Mohd Zain hanya dengan majoriti 1,911 undi.

Mohd Dhari mendapat 13,967 undi manakala Hamzah sebanyak 15,878 undi.

Mengikut demografi pecahan kaum, majoriti masyarakat di sini adalah Melayu (87.42%), Cina (5.99%), India (6.41%) manakala bakinya 0.17 % adalah lain-lain kaum.

Melihat kepada perkembangan semasa, ramai yang berpendapat peluang PAS untuk memenangi parlimen ini pada PRU13 sangat cerah.

Apatah lagi, PAS menamakan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari mewakili parti itu sebagai calon parlimen Larut bagi PRU13 ini.

Pemilihan Fauzi yang merupakan anak jati Larut ini diibaratkan masyarakat di sini sebagai 'sireh pulang ke gagang' untuk menabur bakti di kampung halaman sendiri, setelah lama berkhidmat sebagai pegawai polis di Kuala Lumpur.

Timbalan Yang Dipertua PAS kawasan Larut, Haji Zaki Hassan berkata, PAS menerima baik keputusan yang telah dibuat PAS Pusat malah menyifatkan pemilihan Datuk Fauzi sebagai tepat dalam usaha Pakatan Rakyat mahu menwan Putrajaya.

"Dia (Fauzi) bukan sahaja calon untuk Larut, tapi dia juga calon peringkat nasional sebenarnya, sebab semua orang kenal dia.

"Keluarga dia temasuk bapa dia, sangat disegani oleh masyarakat di sini. Dia pernah buka kelas tuisyen pun, ajar anak-anak muda di sini. Itu jasa dia yang orang akan ingat" katanya ketika ditemui Harakahdaily.

Menurut beliau lagi, Fauzi juga terkenal dengan sikap ramahnya dengan masyarakat. Malah sikapnya itu menjadikan beliau seorang yang dihormati dan disegani kawan dan lawan.

Zaki (gambar) yang juga Pengarah Pilihan Raya PAS Larut turut memberitahu, sehingga kini sambutan masyarakat terhadap program khasnya yang dihadiri oleh Fauzi tidak pernah menghampakan.

Lebih membanggakan, bukan sahaja golongan dewasa, malah Fauzi turut dijadikan ikon oleh nak muda di sini.

Sementara itu, terdapat tiga Dewan Undangan Negeri (Dun) di bawah parlimen Larut iaitu Selama, Kubu Gajah dan Batu Kurau.

Pada PRU13 ini, PAS kan bertanding di Dun Selama dan Kubu Gajah sementara Batu Kurau akan diwakili PKR.

Himpunan 'countdown' bubar Dun Pahang 7 April



PAS Pahang akan mengadakan himpunan 'countdown' pembubaran Dewan Undangan Negeri (Dun) Pahang pada 7 April di Taman Indera Sempurna, Kuantan.

Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ketika berucap pada siri jelajah Negara Berkebajikan di Padang Tengku petang tadi memberitahu himpunan tersebut akan diadakan secara besar-besaran.

Menurut beliau lagi, sebagaimana Negeri Sembilan yang terbubar secara sendiri, rakyat di Pahang juga akan menantikan berlakunya pembubaran Dun sedemikian jika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak mahu memgumumkan pembubaran parlimen dalam masa terdekat.

"Kita akan mengadakan himpunan besar-besaran untuk menanti terbubarnya Dun Pahang pada 7 April nanti di Kuantan.

"Kita harap seluruh rakyat Pahang yang menyokong perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat untuk hadir menanti detik terbubarnya Dun Pahang secara sendiri dan juga detik bersejarah yang memalukan dalam pentadbiran Najib," ucapnya di hadapan kira-kira 500 penduduk.

Tambah beliau lagi, seluruh rakyat di negara ini sudah tidak bersabar menanti pembubaran parlimen, mereka cukup bersedia untuk melakukan perubahan lanskap politik negara ini.

"PAS bersedia kepada perubahan, Pakatan Rakyat juga bersedia kepada perubahan, rakyat juga bersedia membuat perubahan sebab itulah mereka sudah tidak sabar untuk memilih PAS, PKR dan DAP pada pilihanraya nanti.

"Rakyat Pahang perlu yakin untuk membuat perubahan, kita kalahkan Najib di Pekan maka seluruh Pahang akan kita menangi," sambung beliau yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat.

Tuan Ibrahim menyatakan kerajaan yang dipilih rakyat adalah untuk menjaga hak dan kebajikan rakyat, tetapi apa yang berlaku pada kerajaan sekarang ini mereka abai dan gagal menjaga rakyat termasuk soal kebajikan.

Menurutnya lagi kerajaan BN sekarang begitu terdesak dan akan mengumumkan pelbagai perkara dengan tujuan untuk tunjuk mereka prihatin tetapi rakyat akan dibebani apabila mereka kekal memerintah.

Pada program tersebut, Tuan Ibrahim juga turut menyerahkan bendera dan baju kepada Unit Peti Undi dalam Parlimen Kuala Lipis sebagai simbolik persediaan menghadapi PRU13.

Suara hati: Mahasiswa tidak wajar ditangkap


PAS memandang serius dan kesal terhadap siri tindakan keras dan melampau yang telah diambil oleh pihak berkuasa di bawah kerajaan Barisan Nasional terhadap para mahasiswa yang juga menjadi rakyat dalam negara ini.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyatakan demikian sebagai mengulas tangkapan dan ugutan yang dikenakan terhadap kalangan mahasiswa yang ingin menyuarakan rasa hati dan pandangan mereka berhubung cadangan penganjuran debat antara mahasiswa dan Perdana Menteri.

Antara tangkapan membabitkan mereka ialah mahasiswa Universiti Malaysia Sabah Kampus Labuan ketika mengadakan Speakers Corner dan edaran risalah sekitar Labuan; dan semalam lima mahasiswa ditahan di Putrajaya kerana menganjurkan Konvoi dan Himpunan Anak Muda Tolak Umno BN (Tolak).

“Siri-siri tindakan yang tidak setara dengan luahan perasaan para mahasiswa ini, di samping tindakan tekanan berasaskan politik kepada kalangan ahli akademik, pelantikan ke jawatan utama universiti yang tidak berasaskan kepada keupayaan kesarjanaan, pelantikan ahli lembaga pengarah universiti awam yang dipertikaikan kelulusannya, semuanya ini cukup untuk menggambarkan kecelaruan pihak kerajaan pimpinan Umno BN yang terus gagal membawa dunia menara gading ke mercunya yang selayaknya,” ujarnya.

Justeru, kata Ahli Parlimen Marang itu, generasi mahasiswa juga wajar dinilai suara hati dan pandangan mereka, kerana merekalah sebenarnya yang sangat terkesan dengan isu-isu sekeliling dan permasalahan ekonomi yang dialami oleh mereka pada masa kini dan akan datang.

Saturday, March 30, 2013

Mengemparkan...!!! Treller Negara Berkebajikan (PAS) Di- Sahkan Tidak Boleh Menyelam

Kah....kah....kah...!!!

Kerana kuasa tangan taik dari UMNO Perak terpaksalah abang-abang polis buat lawak....hahaha...

Lori treller Negara Berkebajikan (PAS) dalam siri jelajah di negeri Perak sejak 26 mac menyebabkan puak cai-cai UMNO jadi tak senang duduk,bontot para orang kuat cai UMNO Perak macam terkeluar buasir  1kaki...hahaha....
Kemunting Taiping 26 Mac: Kerana Arahan Seorang Nyonya Gerakan..???
Sebelum ini lokasi persinggahan treller ini di Kemunting Taiping telah menyebabkan UMNO Taiping jadi tak senang duduk,menurut sumber mengatakan puak cai UMNO bertindak mendesak pihak polis bertindak...maklumlah dah banyak itu nyonya Tan Lian Ho kasi lambakan kat anu-anu Tepen..hehehe...

Dan hari ini nampaknya UMNO Perak sekali lagi telah membuatkan pihak polis menjadi ibarat pak lawak kerana kepentingan politik taik UMNO Perak.


Periksa Tayar..!!!: Memastikan Treller Negara Kebajikan tidak boleh menyelam ke Pulau Pangkor..!!! hahaha...
Ketika dalam perjalanan treller ini ke Pengkalan Pegoh Ipoh....

Tiba-tiba...!!!!  jeng..jeng...jeng....
5 kereta peronda polis, 1 kenderaan JPJ, berpuloh polis dan SB mengelilingi Treler PAS NEGARA BERKEBAJIKAN dan antara yanb diperiksa ialah TAYAR TRELER......kah..kah...kah....

Dikatakan treller ini telah diarahkan oleh suara mulut taik UMNO Perak dipercayai dari mulut taik Zambry Kadir supaya digagalkan siri jelajah ini dengan berbagai cara...takut sungguh Zambry Kadir ni...hehehe....


Treller pun Zambry banyak takuttttt......
Dah tak ada kerja dan dah tak ada alasan nak gagalkan program jelajah ini,maka macam-macam lawak agak bodoh dibuat...hahaha.....kemungkinan juga Zambry Kadir takut kalau-kalau treller Negara Berkebajikan ini boleh menyelam dan mendarat di Pulau Pangkor....kah...kah...kah...

Malam ini treller ini akan berakhir di Lumut untuk siri jelajah hari ke-3... Jemput semua datang ye..kalau para penyokong UMNO nak datang tengok,silalah....sangat dialu-alukan ...rugi tak datang tengok,sebab UMNO tiada kenderaan yang hebat macam ni....hahaha....

Datanglah untuk saksikan dan jangan takut....kerana treller ini tidak membawa cincin RM24juta,treller ini juga tak bawa muatan lembu bernilai RM250juta dan treller ini bukan lah kapal selam scropen atau bergerak tanpa enjin seperti  pesawat jet TUDM yang tiada enjin.....hahaha.....

Gambar: Jelajah Treller Negara Berkebajikan - Parit Buntar Perak


Taman Kerian,Parit Buntar Perak
26 Mac 2013 / 12:00thg - 2:00ptg








Orangni bersama krew Treller Negara Berkebajikan mengucapkan ribuan terima kasih kepada warga Parit Buntar  dalam menjayakan siri Jelajah ini.....Takbir...!!!!

Saksikan lagi gambar siri jelajah seterusnya disini: http://orangni.blogspot.com/2013/03/gambar-jelajah-treller-negara_29.html

Gambar: Jelajah Treller Negara Berkebajikan - Selama Perak


Dataran Manggis Selama Perak
26 Mac 2013 - 5:00ptg - 7:00ptg
Treller Negara Berkebajikan singgah di Masjid Tinggi Bagan Serai sebelum ke Selama








Orangni bersama tenagakerja Krew Treller Negara Berkebajikan mengucapkan ribuan terima kasih kepada warga Selama Perak  dalam menjayakan siri Jelajah ini.....Takbir...!!!!