Ihsan perlukan bantuan untuk hidup normal
KAMPUNG TENGAH – Keadaan seorang kanak-kanak, di sini amat menyedihkan dan memerlukan bantuan bagi membolehkannya hidup normal seperti kanak-kanak lain.
Kanak-kanak berkenaan, Mohamad Ihsan Mohd Tahir, 11, menghidap penyakit kulit sejak dilahirkan iaitu badannya dipenuhi bintik-bintik berwarna merah walaupun dilahirkan secara normal.
Bapanya, Mohd Tahir Mohd Khalid, 47, berkata, kini anaknya bersekolah di kelas pendidikan khas Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Tinggi.
Menurutnya, setiap hari dia akan menghantar dan mengambil anaknya di sekolah tetapi bagi tahun ini anaknya tidak dapat ke sekolah memandangkan keadaan kulitnya yang agak teruk.
“Kulitnya kini menggelembung dan mengelupas selain mengalami gatal-gatal serta pada masa yang sama Ihsan tidak dapat duduk terlalu lama kerana lenguh.
“Di sekolah, Ihsan akan menggunakan kerusi roda bagi memudahkan guru membantunya,” katanya.
Tahir berkata, walaupun keadaan anaknya terhalang dengan sakit kulit namun dia boleh menulis, membaca dan pandai mengaji malah boleh berkomunikasi cuma malu apabila berjumpa dengan orang yang tidak dikenali.
“Dari segi pemakanan pula, Ihsan akan memakan nasi, kuah dan sayur selain minum susu.
“Makanan yang pedas langsung tidak disentuh,” katanya.
Tahir yang bekerja sebagai nelayan berkata, pendapatannya tidak mencukupi walaupun isterinya berkhidmat sebagai seorang pendidik disebabkan dia tidak boleh turun ke laut kerana perlu menjaga Ihsan.
Katanya, banyak perbelanjaan yang digunakan untuk Ihsan iaitu hampir RM1,000, kerana anaknya itu memakai lampin pakai buang selain meminum susu yang harganya berpuluh ringgit.
“Ihsan adalah anak keempat daripada lima beradik dan anak saya yang sulung juga menghidapi penyakit ini tetapi telah meninggal dunia.
“Anak kedua pula tinggal di asrama di Perlis sementara anak ketiga serta kelima berusia 12 tahun dan sembilan tahun,” katanya.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Trong, Datuk Rosli Husin: berkata, dia menerima maklumat mengenai Ihsan daripada ketua kampung dan mengambil keputusan untuk melihat keadaan Ihsan seterusnya membantu kanak-kanak itu menjala�ni rawatan.:
Rosli berkata, dia segera menelefon rakannya yang juga doktor pakar untuk melihat keadaan Ihsan.
“Tindakan drastik perlu diambil dan terima kasih kepada Dr Vasan kerana akan membawa Ihsan berjumpa doktor pakar sementara Mohammad Zahir akan mengusahakan sebuah kerusi roda bermotor.
“Kita sangat bersimpati dengan keadaan Ihsan dan selepas ini kita akan membuat tindakan susulan,” katanya.
Bagi: Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, ICT, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi, Mohammad Zahir Abdul Khalid: berkata, memandangkan ibu Ihsan seorang guru menjadi tanggungjawab Kerajaan Negeri menjaga kebajikannya.
“Kerajaan sentiasa mengambil berat masalah pendidik dan kita cuba menyelesaikan masalah ini,” katanya.
Sementara itu, :seorang doktor pakar, Dr S Vasan :berkata, Ihsan mengalami penyakit kulit kronik yang berlaku sejak kecil lagi.
Menurutnya, keadaan kulitnya yang melecur dan luka akibat digaru menyebabkan ia berdarah serta menjadi kehitaman.
“Sendinya juga menegang menyebabkan kaki dan tangannya tidak seperti kanak-kanak normal dan saya akan berbincang dengan rakan saya iaitu pakar kulit, bedah plastik dan juga pakar kanak-kanak.
“Kami akan cuba membawa Ihsan ke Hospital Pantai bagi melakukan apa yang perlu supaya senang rawatan susulan dibuat dan kami harapkan ubat-ubatan Ihsan dapat dibekalkan ke klinik berdekatan supaya mengurangkan beban ayahnya untuk berulang alik ke hospital,” katanya.
Katanya, jika diikutkan penyakit ini secara langsung ia tidak berbahaya tetapi jika dilihat secara tidak langsung akan memberikan kesan negatif apabila kesan yang digaru itu menyebabkan luka ditambah pula apabila dihurung lalat.
“Luka ini menghasilkan nanah dan memasuki ke dalam sistem darah, itu yang akan menyebabkan keadaannya menjadi tenat.
“Setakat ini kita akan melakukan apa yang terbaik buat Ihsan dan jika semuanya berjalan lancar, dalam minggu ini kita akan membawa Ihsan ke hospital Pantai,” katanya.
Sementara itu, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Larut Matang dan Selama, Zamrry Mohamad berkata, dia difahamkan bahawa ibu Ihsan, Norazahariah Mohammad ada datang ke JKM tetapi permohonannya ditolak kerana faktor gaji.
“Bagaimanapun, setelah meneliti masalah anaknya yang semakin serius dengan kos rawatan yang tinggi.
”Saya sudah berbincang dengan pegawai Yayasan Kebajikan Negara dan kini menunggu dokumen daripada Norazahariah untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
Orang ramai yang bersimpati dan ingin menghulurkan bantuan serta sumbangan bolehlah berbuat demikian dengan memasukkan sumbangan ke nombor akaun Tabung Haji, Mohamad Ihsan Mohd Tahir, 050502000021390 atau melawatnya di Kampung Tengah Temelok, Trong.
No comments:
Post a Comment