Friday, January 22, 2010

Jemputan Istimewa kepada Wanita dan Semua Wanita

 




Yang Berhormat Puan Rodziah Ismail dengan segala sukacita dan berbesar hati menjemput wanita di Selangor untuk menghadiri Konvensyen Kepimpinan Wanita Selangor yang akan julung kali diadakan di Shah Alam.
Pengerusi Tetap Hal Ehwal Wanita, Kebajikan,
Sains, Teknologi, & Inovasi dan Kebudayaan, PUAN RODZIAH ISMAIL
KONVENSYEN KEPIMPINAN WANITA NEGERI SELANGOR 2010
Kerajaan negeri Selangor menerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita akan mengadakan Konvensyen Kepimpinan Wanita Negeri Selangor 2010 yang pertama pada 23 Januari 2010 di Kompleks Belia & Kebudayaan, Seksyen 7, Shah Alam bermula jam 9.00 pagi hingga 1.30 tengahari.
Motto Konvensyen ialah : Melonjakkan kepimpinan wanita Selangor ke arah pembangunan masyarakat madani.
Menyedari bahawa Selangor adalah sebuah negeri yang mempunyai wanita teramai dan negeri yang paling kaya di Malaysia yang telah dibina infrastruktur yang baik untuk melonjakkan bidang-bidang pembangunan di negeri Selangor, maka Kerajaan negeri Selangor adalah juga bersedia untuk memberi impetus dan kepentingan terhadap dasar untuk meletakkan kepimpinan wanita sebagai sebahagian dari perlaksanaan misi ke arah pembentukan masyarakat madani.
Antara ciri-ciri masyarakat madani:
· Menjamin keadilan untuk semua
· Menjunjung prinsip-prinsip perlembagaan
· Mengukuhkan institusi kehakiman
· Mengangkat darjat kemuliaan insan, kebebasan dan haknya
Penglibatan wanita dalam proses membuat dan menghasilkan keputusan-keputusan yang mengesani hampir 50% penduduk di negeri Selangor adalah sesuatu yang wajar dan menyumbang secara positif terhahap kualiti keputusan yang diambil dalam mencapai hasrat pembentukan sebuah masyarakat madani.

KONVENSYEN Kepimpinan Wanita Selangor ingin mencapai objektif-objektif berikut:
a. Pemantapan kepimpinan wanita melalui perkongsian halatuju negeri dan pengisisan peranan di dalam masyarakat
b. Membangun potensi dan memberdaya wanita dari pelbagai lapisan masyarakat dan dalam semua sektor sebagai agen perubahan kepada masyarakat serta penyumbang kepada pembangunan ekonomi dan sosial negara;
c. Membangkitkan kesedaran, kepekaan dan kefahaman semua pihak mengenai isu dan kedudukan wanita;
d. Memberi panduan dan tuju hala dalam segala usaha perancangan dan pelaksanaan program-program pembangunan negara semoga kepentingan dan penyertaan wanita tidak terabai, baik sebagai sasaran mahupun sebagai agen-agen pembangunan masyarakat harmoni dan seimbang.
d. Membantu kearah penyertaan dan penglibatan aktif bersama kaum wanita dan lelaki dalam proses pembangunan dan pembuat keputusaan baik di peringkat perancangan, mahupun di peringkat pelaksanaan dan penilaian impaknya.
KANDUNGAN PROGRAM
Perasmian : Oleh Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Khalid Ibrahim
Penampilan Khas: Menghargai Dato’ Seri Wan Azizah Wan Ismail, selaku penerima Anugerah Umar ibnu al-Khattab
Pelancaran Laman Web Wanita
Pembentangan : 1. Kepimpinan Wanita – Suatu Tuntutan –
YB Saari Sungib
2. Analisa Status Wanita Selangor –
Dr Jariah Masud
Forum : Pemberdayaan Wanita dalam Kepimpinan Di Negeri Selangor

Panel: YB Haniza Talha
YB Zuraida Kamaruddin
YB Saari Sungib
Dr Irene Fernandez
Puan Betty Yeoh
Ucaputama
Konvensyen: oleh YB Rodziah Ismail
Seramai 1500 orang peserta dijangka hadir yang terdiri daripada pemimpin wanita dari pelbagai sektor - awam, swasta dan NGO – di pelbagai bidang dan arena di semua peringkat kepimpinan.

PROGRAM TENTATIF

0900
Pendaftaran
0930
0935
0945
0955

1015
Pembukaan
Bacaan Al Quran
Ucapan Aluan oleh YB Rodziah Ismail
Ucapan Perasmian YAB Dato’ Menteri Besar Selangor,
Dato’ Seri Khalid Ibrahim
Penampilan Khas: Merhargai Dato’ Seri Wan Azizah Wan Ismail, penerima Anugerah Umar Ibnu Al-Khattab

1030
Rehat
1045



1145
Pembentangan:
1. Kepimpinan Wanita – Satu Tuntutan – YB Saari Sungib
2. Analisa Status Wanita Selangor – Dr Jariah Masud

FORUM:
Pemberdayaan Wanita dalam Kepimpinan – Antara Aspirasi dan Realiti

1245
Ucaptama oleh YB Rodziah Ismail
1315
Makan tengahari dan solat Zuhur
Bersurai

Untuk sebarang pertanyaan mengenai kenyataan media di atas, sila hubungi: Nurshuhadah Hamid, telefon: 019-2391979

No comments:

Post a Comment