Sunday, January 31, 2010

Yayasan An-Nahdhoh


Yayasan An-Nahdhoh, Kubang Semang, Seberang Perai Pulau Pinang.



Bagi menjana pendapatan Yayasan terutamanya kos pengurusan Maahad
Tahfiz An-Nahdoh, Pra-Tahfiz Raudatul Atfal dan program pengajian
Madrasah An-Nahdhoh, pihak Yayasan menjalankan aktiviti perniagaan dan
antara yang utama ialah Hotel An-Nahdhoh.



Pihak Yayasan menjemput semua pihak untuk mengadakan akitiviti dan
program di Hotel An-Nahdhoh. Antara pakej yang kami sediakan:



1. Pakej Penginapan keluarga.

   menginaplah di hotel berciri Islamik dengan persekitaran yang
hijau dan mendamaikan. Ikuti kuliah-kuliah pengajian kitab lama/kuning
di Madrasah yang disampaikan sendiri oleh YDP Yayasan, Al-Fadhil Ustaz
Haji Abdul Mutalib bin Haji Maarof sepanjang menginap di Hotel ini
terutamanya Kuliah Perdana pada setiap pagi Sabtu.



2. Pakej Jamuan

   Bercadang untuk mengadakan jamuan akhir tahun syarikat, jamuan
makan keluarga bahkan kenduri perkahwinan. Kami menyediakan dewan yang
selesa untuk jamuan yang selesa. Untuk majlis perkahwinan, lapangan
yang luas disediakan dan tak perlu risau tentang waktu solat. Ruang
solat madrasah cukup untuk memberi keselesaan kepada pengunjung dan
tetamu untuk bersolat.



3. Pakej Seminar & Mesyuarat.

   Dua dewan seminar disediakan kepada yang berhajat menganjurkan
seminar di Yayasan An-Nahdhoh. Dewan serba lengkap ini berada di
tingkat atas Madrasah yang pastinya akan memberi keselesaan kepada
peserta seminar untuk bersolat. Setiap satu dewan seminar ini mampu
untuk mengisi sehingga 500 peserta untuk satu-satu masa (teater
style).



Untuk maklumat lanjut; sila hubungi 04-521 3500 atau Jafri Abu Bakar
019-590 6504.



Yayasan AnNahdhoh Pulau Pinang

Hotel AnNahdhoh

Madrasah Annahdhoh

Maahad Tahfiz AnNahdhoh

Pra-Tahfiz Raudatul Athfal

Pusat Pengajian Raudatul Athfal



843 Mk 5, Kg Petani,

Kubang Semang , 14000 Bukit Mertajam,

Pulau Pinang



Mohon untuk dihebahkan. Moga ada keberkatan.




muhamad.ismail@teleplan-my.com

**if you receive this mail as a junk mail, move it to your inbox for viewing attachment**

No comments:

Post a Comment