Siswa langgar Adun stabi
2010/02/12KLANG: Penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang koma selepas motosikal yang ditunggangnya berlanggar dengan kenderaan pacuan empat roda dipandu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekinchan, Ng Suee Lim, 7 Februari lalu, kini stabil.
Sementara itu .: TVSelangor.com :. pula lapor begini:
Bagaimanapun, Mohamad Bakri Mohd Bazli, 23, yang juga penuntut tahun akhir Fakulti Seni Bina, Perancangan dan Ukur itu masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) dan masih tidak sedarkan diri. Sementara itu, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, ketika ditemui selepas melawat Mohamad Bakri, berkata beliau dimaklumkan doktor, keadaan mangsa bertambah baik dan doktor masih menunggu mangsa pulih sebelum membuat pembedahan bagi membuang darah beku di kepalanya.
“Pihak UiTM kini berusaha membawa ibu mangsa dari Kelantan dan berjanji akan memberi bantuan kepada ahli keluarganya. “Saya difahamkan, UiTM turut menyediakan rumah tamu di UiTM Shah Alam dan kenderaan untuk mereka berulang-alik dan semua perbelanjaan itu ditanggung pihak universiti,” katanya ketika ditemui di sini, semalam. Beliau yang tiba kira-kira jam 11 pagi meluangkan masa hampir sejam melawat mangsa di ICU. Dalam kejadian kira-kira jam 11.50 malam Ahad lalu, Mohamad Bakri yang menunggang motosikal berseorangan untuk membuat salinan kad pengenalan terbabit kemalangan di persimpangan lampu isyarat Persiaran Kayangan/Persiaran Institut Seksyen 7 di sini, menyebabkan mangsa parah di kepala.
ADUN Sekinchan Mahu Saman Laporan Palsu Portal Pro-UmnoLapor pulak blogger UMNO:
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim memberi amaran kepada dua pengendali portal berita yang membuat berita bohong mengenai kejadian kemalangan Ahad lalu membabitkan seorang pelajar, supaya segera menghentikannya.
Bercakap kepada TV Selangor, beliau berkata, dua portal yang condong kepada Umno-Barisan Nasional (BN) membuat berita palsu apabila menuduhnya mabuk dalam kemalangan itu.
Suee Lim menganggap penyiaran berita itu bertujuan memburukkan reputasinya sebagai ADUN dan cuba mempolitikkan kejadian berkenaan.
Malah, Ketua Trafik Selangor, Superintendan Che Hussin Omar dalam satu kenyataan media, turut mengeluarkan amaran terhadap kedua-dua portal itu supaya tidak membuat cerita palsu.
Kesal dengan laporan berkenaan, ADUN Sekinchan itu menyifatkan laporan kedua-dua portal itu sebagai tidak bertanggungjawab dan berniat jahat melalui penyiaran laporan fitnah tanpa bukti.
"Saya beri amaran kepada portal terlibat supaya segera hentikan kerja-kerja ini. Kalau tidak, saya akan berbincang dengan peguam saya untuk mengambil tindakan saman kerana cuba memburuk-burukkan saya," katanya.
Polis sudah mengambil keterangan Suee Lim dan menunggu masa mengambil keterangan pelajar tahun akhir Universiti Teknologi Mara (UiTM) , Mohamad Bakri Mohamad, 23, yang kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.
Kemalangan itu berlaku di satu persimpangan Seksyen 7, Shah Alam kira-kira jam 11.50 malam Ahad lalu.
ADUN SEKINCHAN CONFIRM MABUK KETIKA MELANGGAR BUDAK MELAYU! KENAPA SEMUA DIAM?Komen aku - Kapal TAK BOLEH Selam apa cerita..? dah boleh menyelam ke belum..? kalau tak boleh menyelam lagi, aku cadangkan supaya Kerajaan Malaysia hantar Kapal TAK BOLEH Selam tu masuk kursus menyelam dekat Pulau Perhentian. sila hubungi Ijam (bekas penyanyi kumpulan rock Medicine untuk maklumat lanjut.
Wahai orang-orang kampung dan bandar, hari ini aku mahu menceritakan pasal seorang adun yang kuat mabuk dan baru-baru ini dia telah membuat satu kesalahan yang teramat besarlah adanaya! Ini pasal kes langgar lari oleh adun Sekinchan yang muka macam gangster bukit tu, sila baca di bawah ini:
ADUN Sekinchan, Ng Sue Lim, sedang disiasat polis berkaitan dengan satu kemalangan di persimpangan lampu isyarat berhampiran Universiti Industri Selangor (Unisel) Seksyen 7, Shah Alam pada 12.30 pagi, 8 Februari 2010.
Menurut sumber, kemalangan yang berlaku pada tengah malam itu membabitkan seorang pelajar universiti tempatan. Pelajar Melayu tersebut dalam keadaan koma sekarang. Sehingga petang tadi belum ada laporan dibuat oleh pihak keluarga mangsa terbabit. Manakala Ng Sue Lim dikatakan telah membuat laporan dan menyalahkan pelajar terbabit.
Seorang saksi yang memberi maklumat menyatakan YB Ng Sue Lim mungkin berada dalam keadaan mabuk berikutan kesan bau arak yang cukup kuat ketika bercakap di tempat kejadian dan ketika membuat laporan polis.
Bagaimanapun terdapat tanda tanya mengapa Polis Seksyen 11, Shah Alam yang menerima laporan tidak mengarahkan wakil rakyat DAP itu menjalani ujian alkohol serta-merta.
Baiklah itu yang telah dipetik dari Selangor Daily.com, lepas tu kat bawah ni pulak ada lagi tentang kes yang yang sama tetapi kali ini dari forum MyKMU pulak:
Komen dari Forum Mykmu.net oleh seseorang yang menggunakan nama samaran Teh Tarik:Sehingga hari ini kita masih belum mendengar komen dari Ketua Polis Trafik Selangor mahu pun Ketua Polis Negeri.
- Kesian pelajar UiTM itu. Namanya Mohd Bakri, 20 tahun, khabarnya di dalam ICU Hospital Sultanah ...Klang.
Kemalangan berlaku pada/selepas jam 2350, 7 Feb 2010. Ng Sue Lim bagi tau pihak akhbar bahawa kereta yang dipandunya terbabas, melanggar pembahagi jalan dan hilang kawalan. Pada ketika itu, Mohd bakri lalu dgn motosikalnya dan pelanggaran berlaku....
Ng mengadakan majlis jamuan untuk wartawan2 media berbahasa Cina pada malam itu, dan meninggalkan tempat jamuan mulai jam 2300....Sumber: The China Press.Com.My
Kalu ada jamuan makan malam (untuk orang2 Cina), hehehehehe, ada TAK minuman yang memabukkan?
Sama2lah kita tunggu siasatan selanjutnya.
Semoga mangsa berjaya diselamatkan. Mudah2an.
Blogger UMNO tak nak komen ke pasal kes Kapal TAK BOLEH Selam tu..? asyik dok lapor berita fitnah je tak habis-habis. ..
Kah kah kah kah kah kah kah kah kah...!!!
--
Posted By Topeng Perak® Unmasked to Perisik Rakyat® at 2/16/2010 10:14:00 AM
No comments:
Post a Comment