Tuesday, February 2, 2010

Pilihanraya Perak 16.3.2010

Pilihanraya Perak 16.3.2010?
Assalamualaikum

Agak lama juga saya sudah tidak menulis di ruangan ini. Seorang sahabat saya di Bukit Mahkota Bangi telah bertanya kepada saya mengapa dah lama tak menulis. Beliau sering juga menjenguk blog saya tapi hampa.

Bukannya saya tak nak menulis lagi cuma saya agak sibuk menguruskan hal-hal lain. Apatah lagi kebanyakan isu yang timbul ketika ini adalah cerita-cerita dongeng oleh UMNO dan rakan-rakan mereka. Bagi penulis blog macam kami ini, jika menulis yang benar pun terlalu banyak sekatan dan ugutan dari mereka. Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan negara ini, sudah tentulah bukannya nama yang dicari tetapi fakta penyelewengan yang berterusan. Harapan saya dengan setiap pendedahan maka rakyat mampu berfikir ke arah manakah negara kita ini dipimpin.

Isu kehilangan enjin jet baru-baru ini sudah sepatutnya kita menyaksikan menteri-menteri yang bertanggungjawab maju kehadapan dan mengambil tanggungjawab sepenuhnya. Jika di negara Jepun, Perancis dan lain-lain, sudah tentulah pemimpin-pemimpin sebegini akan letak jawatan bagi menandakan mereka masih lagi mempunyai maruah. Namun di Malaysia, walaupun fakta sudah dibentangkan, dan kelogikan fikiran sudah di buktikan namun pemimpin yang terlibat masih lagi boleh berbuat tak tahu, berucap dalam television dan merasmikan pelbagai acara. Terdapat 2 kemungkinan sahaja. Yang pertama, rakyat Malaysia redha dengan penyelewengan yang membuktikan mereka ini "terlalu bodoh" ataupun mereka ini memang bodoh sehingga boleh diperbodohkan.

Skandal berbilion ringgit telah pun terbongkar, namun tiada pemimpin tertinggi UMNO di tangkap. Tiada bukti. Memang orang bodoh sahaja yag kata tiada bukti. Begitu juga isu royalti minyak di Kelantan. Walaupun Tengku Razaleigh mengakui Kelantan berhak dapat royalti minyak, namun UMNO menafikan sekeras-kerasnya dan rakyat Malaysia masih ada yang menyokong UMNO kerana percaya UMNO seumpama "wali" yang sentiasa benar di sisi mereka. Samalah isunya di Perak, kerajaan UMNO dan BN merompak hak rakyat Perak dengan penuh sifat samseng dan tidak berlandaskan kepada perlembagaan tubuh negeri. Mahkamah juga berdolak-dalik. Dewan Undangan Perak sudah tidak ada nilainya lagi. Namun orang-orang UMNO masih lagi memuliakan pimpinan-pimpinan mereka.

Beralih kepada isu Perak, saya baru sahaja pulang ke sana. Jika diperhatikan kebelakangan ini Pimpinan Pusat PAS ramai yang turun ke Perak melakukan kerja-kerja gerak gempur. Menurut maklumat dalaman yag saya perolehi, UMNO dan BN sudah bersedia untuk membubarkan DUN Perak. Dikhabarkan juga Menteri Besar Haram Perak Dr Zambry sudahpun bertemu Sultan Perak bagi mencari tarikh sesuai. Dikhabarkan juga tarikh yang dicadang ialah pada 16.3.2010. BN perlu membubarkan DUN berikutan banyak projek mereka tidak dapat dijalankan memandangkan majoriti yang tipis dan tidak kuat. Ini sudah tentu menyukarkan mereka untuk merompak Perak seperti sebelum-sebelumnya.

Menurut sumber dalaman lagi, PAS sudah pun membuat culaan di sana. Keputusan yang diperolehi menunjukkan Pakatan Rakyat akan berkuasa semula dengan majoriti yang meningkat lebih dari yang sebelumnya. Nampaknya UMNO sudah berada di hujung jalan. Kita doakan mereka ini semua akan lenyap dari peta bumi Malaysia pada PRU 13 nanti.

Jika benar semua info ini maka, kita sebagai rakyat Malaysia yang sedar tentang penyelewengan BN ini, wajib bagi kita terus istiqamah dalam perjuangan Islam dan bertindak menjatuhkan Kerajaan yang membenci Hukum Dan Syariat Allah ini. Bubarkan DUN Perak, dan insyaAllah kita bubarkan UMNO dengan pukulan TKO.

Takbirr!!

http://sentuhanraky/ at.blogspot. com

No comments:

Post a Comment