Wednesday, March 3, 2010

Malaysia & Israel: Sekutu atau Konta

Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat menafikan pemberian hadiah berupa jam tangan yang didakwa bernilai lebih HK$1 juta atau kira-kira setengah juta ringgit sebagai bersifat peribadi tetapi dihadiahkan kepadanya atas nama parti itu.

"Jam tangan itu diberikan kepada saya selaku presiden parti dan saya akan simpan sebagai momento atas nama parti juga," katanya kepada pemberita selepas sesi dialog dengan Gabungan Ikatan Persatuan Cina Malaysia di Kuala Lumpur.

Beliau berkata jam tangan yang dihadiahkan oleh seorang pembuat jam dari Hong Kong pada satu majlis di Pulau Pinang semalam tidak boleh didapati di pasaran dan mempunyai corak bercirikan keagamaan.

"Tiada rahsia mengenainya. Bagi saya, saya tetap saya dan sebab kenapa dia hadiahkan saya jam sebenarnya menurut penjelasannya kerana beliau tersentuh dengan komitmen saya dan komitmen kami (MCA) berhubung masalah Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ)," katanya.


Ulasan saya senang sahaja:
1.    Kenapa perlu MCA menerima hadiah berbentuk harta benda yang berharga setengah juta? Kenapa pemberian ini diberikan samada oleh syarikat mahupun orang persendirian.
2.    Sebelum ini MCA juga menerima hadiah RM 10 juta oleh syarikat yang terlibat secara terus dengan bail out PKFZ.
3.    Yang menarik barang Israel secara nyata telah memasuki pasaran negara ini. Contohnya jam tersebut. Adakah Malaysia ini sudah berbaik-baik dengan Israel?
4.    Apa-apapun syabas dan tahniah kepada MCA kerana pandai mencari wang untuk partinya. Mungkin juga bukan MCA sahaja tetapi seluruh parti dalam BN.
Renung-renungkan yaa.

No comments:

Post a Comment