Keputusan itu dicapai pada pertemuan Datuk Seri Najib Razak dan rakan sejawatannya dari Singapura Lee Hsien Loong di Hotel Shangri-La Hotel di Singapura. Pada sidang akhbar bersama itu, kedua-dua pemimpin berkenaan berkata tanah yang akan dikosongkan itu akan dimajukan oleh sebuah syarikat usaha sama Malaysia-Singapura dikenali M-S Pte Ltd yang akan ditubuhkan sebelum 31 Dis tahun ini. Syarikat itu melibatkan Khazanah Nasional Berhad dari Malaysia yang akan memegang 60 peratus kepentingan, dan Temasek Holdings Limited, cabang pelaburan kerajaan Singapura, yang akan memegang baki 40 peratus ekuiti dalam syarikat usaha sama itu. Menurut satu kenyataan bersama, pertemuan Najib dan Lee banyak berkisar kepada Perkara-perkara Dipersetujui (PoA) mengenai tanah KTMB di Singapura yang menjadi penghalang kepada hubungan baik antara kedua-dua negara. Tana Menurut kenyataan berkenaan, tanah-tanah yang dimajukan itu boleh ditukar, berdasarkan nilai masing-masing, dengan tanah di Marina South dan Ophir Rochor di Singapura. Kedua-dua negara akan membuat penilaian masing-masing, dan Lee dijangka melawat Kuala Lumpur dalam tempoh sebulan ini, dengan cadangan mengenai penukaran tanah itu untuk pertimbangan Malaysia. Bernama Maaf saya tidak dapat berkata apa-apa lagi. Inilah bahananya melantik pemimpin berotak udang. Cakap dan akal letaknya di kepala lutut. Sudahlah Penderhaka Abdullah Badawi serahkan wilayah maritim kepada Brunei. Penderhaka Abdul Najib anak Abdul Razak menyerahkan tanah KTMB kepada Singapura. Tanah KTMB seluas 271 hektar adalah kedaulatan negara ini. Begitu murah harga kedaulatan negara ini iaitu 60%. Bagaimana pula harga jual air Malaysia-Singapura? Tidakah ianya juga isu yang memerlukan PoA. Wahai orang UMNO dan penyokong BN termasuk yang pangkah BN, semoga Allah swt mencampak anda semua dalam kehinaan di dunia dan di akhirat nanti. Apakah yang dimaksudkan tanah-tanah dimajukan boleh ditukar? Adakah pegangan 60% itu akan kekal selama-lamanya atau juga boleh ditukar? Warga Singapura sudah boleh tersenyum panjang. Mungkin selepas ini Indonesia pula akan tersenyum. Ambalat telah terlalu hampir dalam dakapan Indonesia. Yang merana orang Malaysia terutama orang melayu yang dok bangga dengan kebangsaannya. Kita tidak perlu bangsa Yahudi untuk menjajah wilayah kita, cuma hanya insan bernama Abdullah dan Abdul Najib. maka terjajahlah wilayah kita. Syabas untuk pendokong UMNO. |
Tuesday, May 25, 2010
Serah lagi wilayah Malaysia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment