Friday, October 29, 2010

TERDESAK: Kumpulan gengster Umno/BN halang dan ugut petugas wanita Keadilan di Batu Sapi..



Samseng Umno Ugut, Halang Petugas Wanita KEADILAN Merayu Undi

SANDAKAN 28 Okt - Kumpulan perayu undi dan culaan wanita Parti Keadilan Rakyat yang membuat tugasan pilihan raya di Kampung Istimewa dekat sini tengahari tadi ditakutkan dengan tindakan ala gengster segerombolan ahli dan penyokong Umno dan Barisan Nasional yang menhalang dan menakut-nakutkan mereka daripada mendekati penduduk kampung.

Menurut Noraliza Abdul Wahab dari Cabang Permatang Pauh beliau bersama-sama 20 petugas lain sampai di kampung tersbeut kira-kira pukul 11.15 pagi tetapi setiba mereka terus dihalang oleh beberapa petugas bilik gerakan BN yang terletak berhampiran dengan jalan raya.

"Ini kali kedua kami berkempen di kampung ini dan pertama kali semalam kami datang tidak ada masalah. Penduduk kampung pun menyambut kami dengan mesra dan menunjukkan respons yang baik terhadap kehadiran kami.

"Namun hari ini berlainan pula, sekumpulan lelaki dari bilik gerakan BN menunjukkan sikap yang agresif dengan mengelurakan kata-kata kesat, mengugut serta menghalau kami. Serorang daripada mereka mengatakan kampung ini kubu kuat BN dan orang luat tidak boleh masuk.

"Kami kata ini negara kami, kenapa halang kami bergerak bebas dan setiap rakyat Malaysia berhak mengundi tanpa dipaksa atau ditakut-takutkan," kat Noraliza.



Teman beliau, 'Mama' Doris Chua dari Cabang Bayan Baru berkata selama beliau terlibat dalam tugas merayu undi dalam pilihan raya, inilah pertama kali beliau berdepan dengan tindakan samseng penyokong BN yang ganas dan juga biadap.

"Saya sudah berumur dan memberi salam serta menghulurkan tangan untuk bersalam tetapi mereka terus menepis tangan saya. Saya terkejut kerana saya yakin rakyat Sabah semuanya berbudi bahasa dan tinggi budi pekerti tidak seperti beberapa individu yang memberi imej buruk kepada orang Batu Sapi," kata Chua.

Ketua Cabang Batu Sapi, Hassnar Ebrahim yang menerima panggilan kecemasan dariapda petugas wanita KEADILAN terus bergegas ke lokasi lalu menenangkan keadaan.

Bagaimana ketika aktivis KEADILAN meneruskan kempen mereka di kampung tersebut, sekumpulan petuga BN terus mengikuti mereka sambil mengarahkan kepada wanita, kanak-kanak dan orang tua, 'tutup pintu, masuk dalam, jangan buka pintu, jangan kasi ini orang masuk' bagi menghalang mereka berinteraksi dengan perayu undi
KEADILAN.

Seorang penyokong BN, Ibrahim Uling berkata beliau tidak bersetuju dengan tindak tanduk penyokong BN mengganggu aktivis KEADILAN menjalankan tugas mereka.



"Saya amat tidak setuju cara ini. Biarkanlah rakyat yang menentukan kepada siapa undi yang mereka mahu berikan. Undi saya pun rahsia tapi kalau begini caranya BN mahu menakutkan-nakutkan rakyat saya pun mahu undi Pakatan Rakyat kali ini," tegas Ibrahim

Suara Keadilan difahamkan Ahli Parlimen Libaran, Datuk Juslie Ajirol berada di dalam bilik gerakan ketika kejadian berlaku tetapi hanya berdiam diri dan tidak bertindak untuk meredakan keadaan.

Bagaimanapun keadaan berjaya dikawal oleh beberapa anggota polis yang berada di situ.

Hassnar berkata ini adalah tindakan tidak bertamaddun dan kurang sopan.

"Pilihan raya adalah sebahagian daripada proses demokrasi dan setiap warganegara berhak memilih pemimpin yang mereka mahu, bukan digertak dan dihalang seperti 'hooligan' oleh BN," kata Hassnar.

Sehubungan itu beliau membuat laporan di Balai Polis Sandakan di Jalan Bandaran kira-kira pukul 1.00 tengahari tadi. - suara-keadilan.com
Berita berkaitan:
- Penyokong UMNO tumbuk pegawai kerajaan Pulau Pinang (video)

No comments:

Post a Comment