Sunday, January 23, 2011

KEKALAHAN UMNO ADALAH LEBIH BAIK UNTUK MALAYSIA - KU LI

BEKAS CALON MB KELANTAN
2-3 MINGGU SELEPAS PRU-12


Kelemahan kerajaan PAS Kelantan akan didedah di Tenang

BACHOK, 23 Jan — Badan Perhubungan Umno Kelantan akan mendedahkan kegagalan kerajaan PAS Kelantan membangunkan negeri itu walaupun diberi peluang selama 20 tahun memerintah Kelantan.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Dr Awang Adek Hussin (gambar) berkata pendedahan yang akan dibuat pada kempen pilihan raya kecil Dewan Udangan Negeri (DUN) Tenang itu adalah bagi memastikan rakyat di kawasan itu tidak terpengaruh dengan dakyah yang ditabur parti itu.

“Seramai 20 tenaga yang berpengalaman akan dihantar ke DUN berkenaan bagi membantu Umno Johor sepanjang tempoh berkempen sehingga hari pengundian 30 Jan ini.

“Antara perkara yang akan diceritakan ialah isu air, jalan, perparitan, banjir dan kepincangan dalam perlaksanaan projek ladang rakyat yang menjadi kebanggaan mereka,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan ramah mesra dengan nelayan Pangkalan Petah, di sini hari ini.

Pilihan raya kecil DUN Tenang diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya Datuk Sulaiman Taha bulan lepas. Pada pilihan raya kecil itu, calon Barisan Nasional (BN) Mohd Azhar Ibrahim akan ditentang calon PAS Normala Sudirman

kahkahkah..
boleh pergi mampos.!

No comments:

Post a Comment