Saturday, February 19, 2011

ADAKAH MEREKA INI MELAYU



MUKHRIZ SEBENARNYA LUDAH BN PERAK – harakah daily

Pemuda PAS Perak mendakwa Umno 'mudah lupa' ekoran menghentam tindakan kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang mewujudkan portfolio hal ehwal bukan Islam di negeri itu.
Timbalan Ketuanya, Mohd Munir Ali berkata, Umno sepatutnya sedar, merekalah terlebih dahulu mewujudkan potfolio itu di Perak selepas negeri itu diambil alih BN dan diterajui Menteri Besar Zambry Abdul Kadir.

"Sedang pada hakikatnya, setelah rampasan kuasa oleh Umno Barisan Nasional di negeri Perak, kepimpinan Umno BN Perak di bawah Zambry Abdul Kadir yang sebenarnya telah terlebih dahulu mewujudkan portfolio yang sama di dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Perak.

"Jawatan potfolio Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Bukan Islam tersebut dipegang oleh seorang wakil tunggal MCA iaitu Datuk Mah Hang Soon. Tidak pula ianya dijadikan isu oleh Umno dan tidak pula Umno mengatakan bahawa taktik yang sama untuk menarik undi rakyat?" soalnya.

Dalam satu kenyataan hari ini beliau berkata, amat jelas bahawa Umno BN mengamalkan 'double standard' dalam memberikan persepsi yang buruk terhadap musuh politik mereka dan mudah melupakan keburukan sendiri yang telah mereka lakukan.


PORTFILIO KHAS: KENAPA SERANG PULAU PINANG TIDAK PERAK, SOAL GUAN ENG
 - minsider

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mempersoalkan tindakan Utusan Malaysia secara terus-menerus menyerang pentadbiran negeri itu ekoran keputusannya mengadakan portfolio bagi hal ehwal agama-agama bukan Islam.

Jelas Lim, portfolio itu bukan perkara baru memandangkan kerajaan negeri Perak pimpinan Zambry Abd Kadir turut mewujudkannya untuk menguruskan hal ehwal agama bukan Islam.

“Apabila saya buat portfolio, saya dihentam dengan begitu teruk... buat tak boleh, tak buat pun tak boleh.

“Portfolio ini bukan perkara baru kerana ia pernah dibuat oleh pemimpin Umno, Menteri Besar Perak yang tidak mendapat mandat rakyat,” katanya ketika berucap pada Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa: Jaminan PAS di sini hari ini.

Kata Setiausaha Agung DAP ini, Zambry telah pun mewujudkan portfolio yang sama pada 2009 selepas merampas negeri Perak daripada Pakatan Rakyat.

“Menteri Besar Perak dulu yang tubuhkan portfolio bukan Islam pada 2009, kenapa tak serang, tak hentam? Kerana beliau pemimpin Umno.

“Bila beliau tubuhkan tidak jadi isu, bila kita buat jadi isu pula,” katanya.

No comments:

Post a Comment