Friday, February 18, 2011

Tipu Suami kerana KEMARUK dengan Mat Bangla. Fuh, Hebat Penangan Mat Bangla!




Saya petik:

[HM] KULIM: Seorang isteri beranak tiga bukan saja menipu suaminya, malah sanggup datang dari Sungai Buloh, Selangor semata-mata untuk memadu asmara dengan kekasihnya seorang warga Bangladesh berusia 31 tahun di sini, kelmarin.

Wanita berusia 45 tahun itu menipu suaminya seorang pesara polis untuk pergi ke Pendang, Kedah bagi menghadiri kursus penyediaan mi segera bagaimanapun turun di hentian bas Kulim sebelum dijemput kekasihnya dan dibawa ke rumah kongsi di Sungai Ular.

Menurut wanita itu, suaminya sendiri menghantarnya ke hentian bas di Selangor untuk ke Pendang tanpa mengesyaki niat sebenar wanita itu yang ingin bertemu kekasihnya di sebuah rumah kongsi.

Ketua Penguat Kuasa Pejabat Agama Islam Daerah Kulim Kedah (PADK), Azmi Rejab berkata, mereka mendapat maklumat daripada orang awam mengenai kehadiran seorang wanita Melayu ke kawasan rumah kongsi yang didiami sekumpulan lelaki warga Bangladesh.

“Bertindak dari maklumat itu, penguat kuasa PADK datang ke rumah kongsi di Sungai Ular kira-kira jam 1.15 pagi untuk membuat pemeriksaan dan menemui pasangan itu di dalam sebuah rumah.

“Ketika pemeriksaan dibuat, wanita berusia 45 tahun itu hanya memakai baju kurung dan kain batik manakala lelaki warga Bangladesh itu hanya berbaju-T dan berkain pelekat,” katanya.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut mendapati pasangan itu adalah pasangan kekasih yang baru berjumpa pada malam itu dan mengaku tidak mempunyai sebarang hubungan mahram.

“Wanita itu bekerja sebagai juruwang di Damansara dan tiba di Hentian Bas Kulim kira-kira jam 10 malam sebelum menghubungi kekasihnya untuk mengambilnya seterusnya dibawa ke rumah kongsi di Sungai Ular...- Nor Husaini Nor Majid

* Gambar sekadar hiasan.
 P/s: Apa hebatnya "penangan" Mat Bangla ini? Kah kah kah! Bisa memutihkan anak matakah? Suami-suami veteran, perkasakan "kelakian" anda, sebelum isteri berbuat onar!

1 comment:

  1. Si isteri yang bekerja sebagai casyier di sebuah restoran di Damansara Utama itu, ialah merupakan seorang wanita Indonesia yang tinggal di Kg. Kayu Ara. Suaminya ialah anggota Polis yang bertugas di Balai Polis Damansara Utama. Bangla tersebut pula bekerja di sebuah restoran makanan segera, juga di Damansara Utama, tetapi melarikan diri daripada majikannya untuk bekerja dengan rakan-rakannya yang lain di Kedah.

    ReplyDelete