Wednesday, April 13, 2011

BN Semakin Panik!! Portal Berita Malaysiakini Kena Pancung!!



KUALA LUMPUR: Barisan Nasional kini dipercayai berusaha menyekat maklumat kepada rakyat menjelang pilihan raya negeri Sarawak apabila bertindak menyekat maklumat dalam talian kepada rakyat.
Terbaru, laman portal berita Malaysiakini berhadapan masalah teknikal apabila penyedia rangkaian internet yang merupakan anak syarikat Kementerian Kewangan, Jaring Communications Sdn Bhd, mengehadkan lebar jalur (bandwidth) trafik mereka.

Telekom Malaysia pula dilapor melencongkan trafik Malaysiakini ke luar negara.
Perkara itu dihebahkan pengasas Malaysiakini, Premesh Chandran melalui profail laman Facebook beliau.
“Malaysiakini berhadapan masalah teknikal. Jaring mengehadkan lebar jalur kami. Telekom Malaysia pula melencongkan trafik kami ke luar negara dan kembali. Kami sedang berusaha menyelesaikan masalah ini. Tolong hebahkan maklumat ini,” kata Premesh.
Malaysiakini akhir-akhir ini semakin menjadi tumpuan rakyat Malaysia kerana  menyiarkan berita-berita yang adil dan semasa berkenaan politik tanah air.
Ia ditubuhkan pada tahun 1999, dan kini adalah portal berita dalam talian utama di Malaysia

No comments:

Post a Comment