Friday, July 29, 2011

ANUGERAH IBRAHIM ALI, ANUGERAH OMAR DIN MANA?

Oleh: WFAUZDIN NS

NASIB baik belum masuk bulan puasa lagi. Jika tidak, mungkin ramai yang `termuntah' atau terlebih ketawa apabila membaca kenyataan Presiden PERKASA, Ibrahim Ali yang perasan ramai orang `cemburu' kepadanya apabila beliau sendiri taja anugerah untuk dinamakan anugerah Kepimpinan Ibrahim Ali kepada UiTM.

NONEMemetik laporan Malaysiakini, Ibrahim Ali berkata, "Sebab saya terlalu aktif menganjurkan banyak program, kadang-kadang dalam skop yang besar, terdapat sesetengah orang yang cemburu terhadap saya. "Itu sahaja, mereka cemburu dengan saya," katanya dalam wawancara eksklusif dengan stesen TV internet - eTV - minggu lalu.

Siapa yang terlalu bodoh untuk cemburu dengan manusia bernama Ibrahim Ali ini? Apa kehebatan `raja katak' dari Pasir Mas ini? Kerusi Parlimen Pasir Mas yang beliau tidak segan silu duduki sekarang pun adalah hasil `ehsan' dari PAS Kelantan. Jika tidak, mungkin Ibrahim Ali tidak berada di Parlimen hari ini atau mungkin beliau sekarang menjawat jawatan Siak Masjid di kampungnya. Kita tidak lupa Ibrahim Ali pernah hilang deposit bertanding di dalam Pilihanraya sewaktu beliau menggunakan `jenama Ibrahim Ali' sahaja.


Hebatkah Ibrahim Ali yang hanya sekadar terlolong-lolong di depan TV kununnya untuk mengumpulkan puluhan ribu orang-orangnya untuk berdepan dengan Himpunan Bersih 2.0 pada 09 Jul yang lalu? Pada hari perhimpunan tersebut, di mana `tokoh hebat' ini? Andainya ada `katak' yang hadir berhimpun pada hari tersebut, nescaya banyak yang `mati katak' akibat dipijak oleh puluhan ribu peserta BERSIH.

Oleh sebab itu, tidak pelik ramai yang terpinga-pinga mengapa harus UiTM mewujudkan anugerah Ibrahim Ali? Jika orang seperti beliau boleh dijadikan nama anugerah, sudah tentu Omar Din dari Silat Lincah itu pun boleh digunakan namanya untuk anugerah. Ini adalah kerana `level' Ibrahim Ali dan Omar Din setaraf. Jika Ibrahim Ali ada kerusi Parlimen Pasir Mas, Omar Din pun ada `kerusi' khusus untuk beliau juga. Jika Ibrahim Ali `garang dan hebat' di depan TV sebelum Perhimpunan BERSIH yang lalu, apa kurangnya si `Pendekar Mustar' itu?

Nampaknya perangai perasan ini tidak habis-habis melanda Ibrahim Ali. Mungkin sebab itu beliau tidak mahu kosongkan kerusi Parlimen Pasir Mas kerana beliau `perasan' bahawa majoriti rakyat di Pasir Mas setia dan menyokong beliau. Kita berharap Ibrahim Ali kurangkan sikit lawak jenaka bodohnya itu menjelang Ramadhan nanti kerana kita takut `termuntah' terlalu banyak apabila mendengar beliau bercakap./

No comments:

Post a Comment