Saturday, July 9, 2011

PANAS BERAPI - (Video) : Rempuhan Kungfu Patriot tumbangkan polis ? Wow !!


Mengapa aku tengok video ni, aku tak boleh nak tahan gelak? Tak tahan bro..! Tak tahan bila sampai aku tuliskan semula ni pun aku dok gelak lagi..,
"andai kami gugur semua, taburlah bunga diatas pusara, kami mohon doa, malaysia berjaya.., yeahhh ! (nyanyian group), ok..ok..sudah sedia !, 1, 2, 3 rempuhh...!! gedebak gedebuk..dusssshhh...aduhh..adehh, caow-caow,lari... ",

Korang tengok jer la depa lari lintang pukang tak cukup tanah. Tak sampai 10 second..baju merah lesap macam asap jugak..tinggal bendera jer bro ! mananya slogan nak 'gugur semua tu ?, " kalau macam ni nak harap pada pemuda harapan bangsa, jahanam Malaysia. Contohi semangat kental yang ada pada setiap peserta BERSIH dan hebatnya dan kerasnya jiwa kering Unit Amal yang berada di barisan hadapan, soalnya peserta BERSIH tak rempuh polis, tapi polis beri laluan kepada perarakan aman ini, momentum perarakan manusia yg berskala besar seperti BERSIH tidak mampu dihalang oleh 100 anggota FRU, tu pasal laluan dibuka, tapi jika yg nak merempuh FRU sekadar 20-30 orang ..baik ler korang rempuh dinding kedai tepi jalan tu, gelak dek FRU jer bro !


Hangpa nampak 3 'doremi' Pa'turot' kat belakang FRU tu ? Mintak nyawa kaa..bro ? gelak aku bro ! 


Baru kena jerit FRU (rujuk minit 3.21) terkincit lari bro..! kah..kah..kah !! Maka dengan ini dipersembahkan filem pendek PATRIOT berjudul "taburlah bunga diatas kepala banaku", pasal kepala atas ku tak cukup keras nak tahan cotar FRU untuk aku gugur dan mati katak !


HEBATNYA PESERTA BERSIH 2 !
Di Masjid Jamik kumpulan gagak hitam berkuku besi berkawal. Kelihatan mereka berkawan segenap penjuru stesen berkenaan, lagaknya bagaikan hendak mengepong penjahat saja. Pintu masjid Jamek juga dikunci. Manakala kelihatan orang ramai bertaburan seperti tidak diketahui apa hendak dilakukan. Masing-masing bercakap dan berbicara sama sendiri sambil menuju arahan. Setiap orang saya tengok sedang memantau telefon bimbing masing-masing.

Jam 12:45 tiba-tiba terdengar jeritan Bersih... Bersih...! dari arah tepi sungai berhampiran Bank Rakyat. Saya yang mulanya hendak ke Jalan Petaling untuk ke Stadium Merdeka, mengubah arah dan berlari ke arah jujutan ribuan manusia. Mereka keluar dari satu lorong di celah bank Pertanian dan juga Daya Bumi. Arah pergerakan para himpunan itu menghala ke Dataran Merdeka.

Waktu ini jalan ke Dataran Merdeka sudah pun dihalang polis. Tetapi trak water cannon tidak kelihatan. Rupa ianya diselindung di sebalik bangunan Sultan Abdul samad.

Jalan di hadapan bank Rakyat itu hampir penuh dengan para peserta himpunan. Mereka membentukan barisan seakan mahu merempuh. Saya berlari untuk mengambil gambar dan ternampak antara yang memimpin gerombolan itu ialah Mohd Nazri Yunus, ketua AMK Negeri Sembilan.

Beberapa minit saja mereka berdiri sambil melaungkan slogan-slogan keramat di tengah jalan berkenaan. Mereka yang tadi bertempiaran dan tidak tentu hala semua datang bersatu dengan mereka. Jumlah ketumbukan ini sekitar 5,000.

Beberapa minit sahaja mereka dapat membuat hebuh sebelum bertempiaran lari apabila kumpulan gagak hitam berkuku besi menaburkan peluru asap. Seramai 40 orang skuad penembak yang melepaskan peluru bagaikan menembak anjing gila tanpa belas kasihan. Mereka bukan lagi menembak dari atas tetapi terus menuju ke dada para para himpunan.

Himpunan bercempiaran melarikan diri. Ramai yang kembali semua ke celah lorong berhampiran Sungai Gombak untuk menarik nafas atau pun membasuh muka dengan garam. Ketika saya melalui ke lorong, kelihatan ada yang terguling kerana kesesakan nafas. Masing-masing terbatuk-batuk dan ada yang termuntah kuning.

Perjuangan dan perarakan tidak berakhir di situ. Para demostran mengambil masa beberapa minit untuk menarik nafas. Sekejap kemudian mereka bergerak kembali. Kali ini yang mengepalainya Nasarudin Hassan, Ketua Pemuda Pas. Dengan mengenakan topi beliau bergerak bagaikan askar dengan penuh semangat memimpin para himpunan menuju ke stadium Merdeka.

Sebaik para demostran hendak melintasi sungai Gombak di hadapan sudah sedia pasukan gagak hitam berkuku besi. Si kepala merah dengan cota juga ada. Himpunan berhenti sekejap mengambil nafas sambil melaungkan slogan keramat di samping untuk memadukan barisan hadapan. Baru mereka hendak membentuk barisan pertahanan di depan locing gila dari sebuah trak dibunyikan.

Apabila locing gila itu sudah berbunyi, semua kumpulan gagak hitam bersiap sedia. Mereka membidik senapang dan menghala ke arah para himpunan. Satu dua... biuk... bendera kuning dinaikan, maka bom.... pom..... si gagak hitam melepaskan peluru. Keadaan jadi berkabus dan penuh dengan asap. Peserta melarikan diri lintang pukang. Keadaan macam perang sikap sadis Israel yang menembak penduduk Palestin yang tidak bersenjata.

Saya 'terkanjar' ke belakang menuju ke Pasar Seni. Mereka yang bercempiaran lari akhirnya bersatu semula dipinggir Pasar Seni dan terus menampak ke Seri Petaling. Destinasi ialah stadium Merdeka. Sampai di atas bukit kelihatan si gagak hitam berkuku besi sudah berkubu dan siap sedia dengan bedil bedal. Golongan dawai duri juga di tarik mengelilingi stadium.

Di simpang Jalan Petaling sudah ada ribuan di sana. Mereka sedang menuju, juga mencari helah untuk masuk ke stadium. Kalau ketumbukan yang di Masjid Jamek tadi bersatu dengan ketumbukan di Seri Petaling jumlahnya mencecah 50 ribu. Ini tidak termasuk yang sudah ada di Jalan Pudu.

Saya bersama ketumbukan di Seri Petaling. Ratanya peserta kaum Cina yang ramai. Kebanyakan banyak anak muda. Mereka berteriak dan melaung berbagai slogan, berganding bahu dengan Melayu dan India. Tidak ada rasa kekok dan geli, mereka melangkah sederap dan setujuan. Sambil berjalan bergelak ketawa, dan rasa takut sedikitpun tidak terbayang di wajah mereka.

Dari Seri Petaling menuju ke persimpangan Jalan Pudu berhadapan menara Maybank. Dari persimpangan Maybank, sudah ada ribuan yang lain, yang datang dari berbagai arah dan lorong. Sementara kumpulan di Kampung Baru masih belum bergerak kerana mereka mahu bergerak selepas solat Zuhur.

Ketumbukan dari Seri Petaling bertemu dengan ketumbukan di menara Maybank. Jumlahnya ribuan dan suasananya merindingkan bulu roma. Keadaan jadi bersemangat. Landasan LRT berada di atas kepala himpunan. Setiap kali LRT melintas mereka akan bersorak dan melaungkan Bersih sambil dibalas oleh penumpang dari dalam menerusi cermin tingkap.

Dalam masa sama juga beberapa helikopter membuat pusingan O dan berlegar di udara. Memantau apa yang berlaku di bawah. Himpunan semakin ramai. Pergerakan sudah hendak bermula. Dari semua sudut dan celah keluar manusia bergabung dalam ketumbukan yang sedang bersiap untuk membelah jalan Pudu bagi menuju ke stadium merdeka.

Sebaik ketumbukan bergerak tiba-tiba mara segerombolan ribuan dari arah bertentangan. Saya cukup cemas mulanya. Kebanyakan mereka mengibar bendera Malaysia. Saya mengira gerombolan itu dari kumpulan Patriot. Kalaulah kumpulan itu Patriot pasti ia akan berlaku pertembungan kerana mereka bergerak ke arah bertentangan.

Tetapi alhamdilah kumpulan itu juga dari Bersih. Mereka yang beredar dari stadium Merdeka sesudah usaha untuk menerobosi stadium Merdeka gagal. Gerombolan itu diketuai oleh Dr Hatta Ramli dan yang lain-lain.

Suasana ketika ini sungguh mendebarkan. Saya sendiri merasa sebak, bangga dan puas melihat pergerakan raksaksa bagaikan ombak menjerit menuntut Bersih. Sebaik saja mereka bergabung, locing gila pun dibunyikan, dan apa lagi, skuad penembak gagak hitam berkuku besi terus melepaskan gas. Keadaan jalan Puduraya betul-betul di hadapan Perhentian bas bagaikan dalam suasana perang.

Lebih 1,000 anggota gagak hitam yang diringi dengan trak, dan pelbagai jenis kenderaan terus mara mengejar para peserta yang bergerak dan mengelakkan diri. Seketika mereka berhenti dan seolah memberi peluang untuk para himpunan berundur. Namun gertakan dan serangan itu tidak menakutkan mereka.

Selepas mengambil nafas dan setelah mata kepedihan kerana ditembak bom, mereka bergerak kembali. Mara ke arah pasukan gagak hitam. Hujan yang ketika itu turun telah menyelamatkan para himpunan yang ditembak dengan gas pemedihan mata. Bom ternyata memberi semangat kepada para himpunan. Mereka perkejapkan barisan dan terus mara berdepan dengan pasukan gagak hitam.

Gagak hitam hanya mendiamkan dan memerhati keadaan. Para himpunan pula ramai-ramai duduk di tengah jalan seolah rela mereka diperlakukan apa saja. Beberapa minit mereka mengamankan diri, tiba-tiba skuad gagak hitam jadi gila kembali. Mereka telah melepaskan gas tanpa berhati perut. Kali ini gas disasaran ke dada para himpunan.

Dalam hujan renyai dan sesekali lebat, peperangan sebenarnya berlaku. Ratusan peluru bom asap dilepaskan. Ada peluru yang dilepaskan sempat disambut oleh para himpunan dan dilontar balik ke arah polis. Keberanian ini menyebabkan polis lari lintang pukang dan ada yang jatuh tersembam ke dalam longkang.

Satu ketika para himpunan sudah dapat menewaskan gagak hitam. Tetapi skuad kedua yang menanti dibelakang mengambil bahagian meneruskan serangan terhadap himpunan. Bertalu-talu peluru bom asap dilepaskan. Serangan dan tembakan bukan lagi dilakukan dari atas tetapi terus ke depan muka para himpunan. Jam waktu ini pukul 4:30.

Kejadian seperti ini pertama kali berlaku dalam siri-siri demonstrasi yang pernah saya lihat sendiri. Walaupun sebelum ini polis sering menyerang memukul, tetapi ia tidak sesadis hari ini. Amaran akan dikeluarkan dulu beberapa kali, tetapi kali ini locing gila dibunyikan tanpa perintahan amaran.

Selepas berihat hampir 45 minit, para himpunan perlahan-lahan membentuk kelompok semula. Mereka bergerak secara berkumpulan melalui celah-celah bangunan dan lorong untuk menghala ke Jalan Petaling. Di Jalan Petaling mereka akan bergabung dengan kelompok yang sudah berada di pintu masuk stadium.

Sebaik saya sampai himpunan ini sudah hampir selesai. Doa selamat telah dibacakan oleh Husam Musa yang didampingi oleh Samad Said. Di sini masing-masing sudah mulai rileks dan bergambar kenangan untuk berpisah. Beberapa penjenguk blog saya juga datang bersapa dan bergambar. Begitu juga dengan rakan Facebook.

Ketika semua hendak beredar tiba-tiba sekali lagi locing gila berbunyi. Ratusan polis yang mengawal di pintu pagar stadium menarik kawat dan berjujutan para gagak hitam bagaikan serigala lapar tujuh hari keluar dan meluruh. Saat ini himpunan sudah pun mahu bersurai, tetapi terus dikejar dan diterajang. Peluru gas pemedihan mata bertaburan di udara, seolah-olah ianya dilepas untuk melepaskan gian.

"Jangan tembak dia orang dah nak bersurai," begitu kata saya kepada seorang pegawai polis.
"Tidak, sebab itu kita lepas yang hijau... maksudnya bendera hijau..." balasnya.

Belum sampai 10 minit beliau memberi penjelasan itu tiba-tiba dua tiga orang penunjuk perasaan digiring dan dikilas tangannya bagaikan ayam hendak disembelih, di bawa masuk ke dalam kawasan tahanan di stadium. - (MSO Melayu)
 

No comments:

Post a Comment