Monday, August 22, 2011

Wajibkah Kibar Jalur Gemilang?



Perlukah menjadi perkara yang perlu dikecohkan sekiranya tidak mengibarkan Jalur Gemilang? Apakah yang paling mulia antara bendera dan sambutan bulan Ramadhan? 

Kadang-kadang mereka yang terlebih mengibar Jalur Gemilang adalah pengkhianat kepada negara. Gadai maruah negara sana sini. Jual tanah di Johor dan tanah milik Keretapi Tanah Melayu. 

Rakyat yang tidak kibarkan Jalur Gemilang adalah sebenarnya yang cintakan tanah air berbanding dengan Pak Menteri yang sibuk pasal Jalur Gemilang. Edar sana-sini tapi tidak ada sambutan. Rakyat sudah meluat dengan janji manis dari pihak pemerintah yang sudah korup dan mandom ini.

Kebetulan pula tahun ini sambutan kemerdekaan jatuh 31 Ogos dan Aidilfitri jatuh pada 30 Ogos, maka persiapan menyambut raya rakyat utamakan kerana perayaan itu ada dalam kalendar Islam. Walaupun semangat kemerdekaan itu masih ada tapi rakyat lebih menghyatai bulan Ramadhan berbanding sibuk mengibarkan Jalur Gemilang.

Pak Menteri kena cerdik dalam hal ini. Tidak perlu dikecohkan jika tiada yang kibar Jalur Gemilang.

KUALA LUMPUR: Masih ramai yang enggan memasang Jalur Gemilang sama ada di rumah, premis perniagaan ataupun kenderaan walaupun sambutan Hari Kemerdekaan ke-54 bakal tiba.

Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Fuad Hassan, berkata walaupun pelbagai kempen diadakan termasuk memberi bendera secara percuma, ia kurang mendapat sambutan di kalangan masyarakat.

“Tidak tahu di mana silapnya, masih kurang kesedaran di kalangan masyarakat untuk menghargai kemerdekaan walaupun hanya memasang jalur gemilang sebagai tanda sokongan,” katanya selepas melancarkan kempen Kibar Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Malaysia 2011.

No comments:

Post a Comment