Kepimpinan melalui tauladan, pemimpin yang sedang mendidik masyarakat sebelum Hukum Hudud mahu dilaksanakan...
Isu ini timbul bila Tun Mahathir cabar PAS agar laksanakan hukum Hudud kerana beliau tidak lagi berkuasa. Tahukah Mahathir bahawa hukum Islam tidak perlu menanti kamu berkuasa atau tidak, bahkan jika kamu mati sekali pun hukum ini akan terus diperjuangkan sehingga tertegaknya hukum Allah di muka bumi ini.
Kita mahu didik masyarakat agar faham soal hukum Hudud dahulu. Didikan beginikah?
TPM, Muhyiddin pula cuba `berlapik' kononnya Umno memang mahu laksanakan hukum Hudud tetapi bukan sekarang. Masyarakat perlu diasuh dan dididik terlebih dahulu tentang hukum ini sebelum ianya mahu dilaksanakan. Berapa lama Umno mahu mengambil masa untuk mendidik masyarakat? Daripada Mahathir muda sampai Mahathir sudah `hampir lupa-lupa ingat' masih tidak selesai lagi mendidik masyarakat? Berapa tahun Umno berkuasa di negara ini? Apa didikan Umno agar masyarakat memahami hukum Hudud?
Berilah masa berkurun-kurun sekalipun kepada Umno, tetapi selagi politik dipisahkan dari agama usah diharap masyarakat akan memahami hudud. Bagaimana hudud mahu dipelajari oleh masyarakat, sedangkan guru-guru agama yang mengajar di dalam masjid dan surau tidak boleh membicarakan tentang hukum hudud? Ahli-ahli politik berugama Islam tidak boleh bercakap soal agama di dalam masjid, jauh sekali untuk menceritakan tentang hukum Hudud. Mahu beri tazkirah pun perlu ada Tauliah. Apabila ada penceramah atau guru yang menyebut tentang kewajipan hukum ini, mereka pasti akan di`gam' atau di cop sebagai `berpolitik' di dalam masjid. Beginikah caranya Muhyiddin mahu asuh masyarakat tentang hukum Hudud?
Jelas, sejak dari dulu, kini dan mungkin selamanya Umno tidak akan berusaha ke arah mendidik masyarakat tentang hukum ini. Jika beginilah keadaannya, usah dimimpi negara kita akan dapat melaksanakan hukum tersebut melainkan Umno kita kuburkan. Saya tidak mahu berbicara tentang DAP terutamanya Karpal Singh sekiranya beliau menentang perlaksanaan hukum ini. Sebabnya, pertama, Karpal Singh Non-Muslim dan bukan kewajipan beliau untuk menegakkan hukum Islam. Kedua, Karpal Singh menentang hukum Hudud berlandaskan ilmu perundangan yang ada pada beliau iaitu Perlembagaan Negara sekarang tidak akan membenarkan Hukum Hudud dilaksanakan.
Saya tabik kepada DS Anwar, beliau secara jelas menyokong perlaksanaan Hukum Hudud. Tabik juga kepada Mursyidul Am PAS yang tegas menyebut jika Kerajaan Pusat benarkan Hukum hudud dilaksanakan di Kelantan, dan jika DAP menentangnya maka PAS sanggup kehilangan DAP. Ertinya, di antara Tuan Guru Nik Aziz, Anwar dan Muhyiddin, mereka bertiga adalah Islam tetapi hanya Muhyiddin yang berbeza pendapat. Tuan Guru Nik Aziz mahu kepada hukum Hudud, Anwar pula menyokongnya tetapi Muhyiddin pula mahu ditangguhkan sehingga masyarakat tahu tentang hukum ini.
Persoalannya, apakah Umno ada menunjukkan usaha-usaha ke arah itu? Samasekali tidak, bahkan bertambah teruk lagi. Ini membuktikan Umno tidak pernah ikhlas untuk menuju ke arah itu. Bagaimana mungkin pemimpin Umno mahu terima hukum Hudud sedangkan perkara asas di dalam Islam iaitu menutup aurat pun pemimpin Umno tidak berani menegur isteri mereka. Bagaimana mereka mahu kepada Hudud di dalam keadaan mereka melantik perasuah menjadi pemimpin. Tidak percaya, kita boleh bertanya kepada Isa Samad atau Ali Rustam.
Di dalam keadaan media kawalan mereka bertindak sebagai `lidah syaitan' pembawa fitnah dan mengaibkan orang, inikah yang dikatakan Muhyiddin masyarakat perlu dididik terlebih dahulu? Jelas dan nyata, Umno bukan pilihan buat kita jika kita mahu melaksanakan hukum Islam./wfauzdin.blogspot.com
No comments:
Post a Comment