Thursday, September 15, 2011

Siapa Bercakap BENAR Antara Mufti Perak Dan Mantan Perdana Menteri Kes Pecat DS Anwar? Jom Bongkar...

Sebelum ini Mufti Perak, Harussani ada berkata beliau pernah cuba untuk bertemu dengan Dr Mahathir agar tidak memecat dan juga tidak mengenakan tuduhan liwat ke atas Anwar.

Agak lama Mahathir ingin membalas balik perkara tersebut. Hari ini Mahathir menafikan Harussani pernah menasihati. “Meskipun jika mufti menasihati saya, dan saya menafikan beliau ada berbuat demikian, saya tidak dapat menerima nasihat seperti itu,” kata Mahathir.

Mahathir juga mengutuk Harussani dengan berkata kemungkinan mufti terbabit boleh menerima seorang yang tidak bermoral sebagai pemimpin, tetapi bukan beliau.

“Maafkan saya, saya memegang tanggungjawab sebagai satu amanah, kepercayaan dan saya tidak bersedia untuk menerima seorang yang tidak bermoral sebagai Perdana Menteri.


Barangkali Mahathir bukannya pernah dan nak dengar orang agama menasihatinya. Kita juga pernah mendengar hukum agama pun dia permainkan!!
Anda mungkin juga meminati:

1 comment:

  1. kesian mahathir, dia punya hallah, negara kita porak peranda. semua main langgar sahaja. undang-undang boleh diredah sesuka hati. contohilah PM terbaik dunia produk dari UBN.

    ReplyDelete