Labels: HIMPUN, Masyarakat, Murtad
Tak sampai 1/5 ruang stadium dipenuhi !, hanya wartawan serta jurugambar yang ramai |
HIMPUN telah berlansung tadi dengan umat Islam tak berapa berhimpun sebagaimana yang diharapkan oleh penganjur. Ruang stadium yang terlalu besar menenggelamkan para peserta yang hadir yang saya kira tidak sampai lima ribu orang. Mereka yang hadir jauh dan amat jauh berbanding jumlah jika perlawanan bolasepak Selangor lawan Terengganu.
Mungkin apa yang boleh kita rumuskan daripada keadaan tersebut adalah:
- Kebanyakan umat Islam tidak nampak isu Murtad sebagai sesuatu yang mengancam sekarang ini. Mereka tetap kukuh dengan keislaman mereka walau memang ada segelintir yang jahil yang kepercayaannya terhadap islam terlalu lemah atau tiada lansung.
- Belum ada lagi kes di mana wujudnya seorang Islam yang dipaksa menganut agama lain atau dipaksa untuk tidak mengamalkan agamanya.
- Ramai yang melihat isu murtad hanyalah satu gimik politik.
- Pergerakan NGO tidak dapat digembleng bagi menandingi pergerakan politik untuk memainkan peranan dalam mengubah masyarakat.
- Dalam bab berhimpun ini tak ada yang dapat menandingi kehebatan parti-parti pembangkang terutamanya PAS.
- Media ternyata over-estimate dengan isu murtad. Ini boleh dilihat dengan kehadiran pihak media yang teramat ramai untuk membuat liputan.
- Ramai yang merasakan HIMPUN tidak dapat membantu masalah kelemahan orang Islam dari segi ekonomi dan juga pendidikan.
- Usaha mendekatkan diri umat islam kepada agama mereka perlu datang daripada masyarakat itu sendiri yang bermula daripada keluarga seterusnya mendapatkan galakan serta suntikan yang bersungguh-sungguh daripada kerajaan.
- Isu murtad tak akan selesai selagi kerajaan tidak menggubal undang-undang yang lebih keras terhadap mereka yang murtad.
Kalau dilihat daripada berbagai kajian tentang keadaan umat islam di negara kita hanya tidak lebih dari 30% yang menunaikan solat. Bagaimana mereka yang tidak memperdulikan solat dapat menjadi peka terhadap isu akidah seperti murtad ini.
Lihat koleksi gambar-gambar HIMPUN di sini
No comments:
Post a Comment