Satu
teguran telah dibuat oleh Raja Muda Negeri Perak, Raja Dr Nazrin Shah
keatas kegagalan Dasar Ekonomi Baru (DEB), walaupun peruntukan RM1.3
Trilion sudah dibelanjakan... namun hasilnya masih jauh dari sasaran
asal 30%... dan ini menurut Baginga berkemungkinan berlaku
penyelewengan di peringkat perlaksanaan. ( sumber Selangorkini- Ahli
Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Idris Ahmad.).
Ini lah yang dibanggakan oleh pengikut Mazhab Umno yang konon nya Umno
adalah pejuang bangsa Melayu... kalau tak ada Umno bangsa Melayu akan
merempat... sedangkan DEB dilancarkan adalah bagi mendapatkan ekuiti
30% pegangan ekonomi bagi bangsa Melayu.
Namun selepas hampir RM 1.3 Trilion dibelanjakan dan 20 tahun masa
berlalu... bayang 30% masih samar dan tak mungkin dicapai dalam masa
terdekat... apatah lagi jikalau dibiarkan Umno anak yang dilahirkan
oleh Inggeris Penjajah terus menjadi Kerajaan selepas berakhirnya
Pilihan Raya Umum ke 13 nanti.
Mungkin pengikut dan pencacai Umno akan berkata apa lagi yang tak ada
di Negara Malaysia yang tak dibuat oleh Umno... kalau itu yang di
tanyakan... maka itu adalah soalan paling bodoh yang terhasil dari 54
tahun pemeritahan Umno... kerana kalau menyingkap kata-kata Pakar
Ekonomi iaitu Allahyarham Datuk Salleh Majid... Negara kita walaupun
Hasil Bumi banyak namun taraf kehidupan rakyat Malaysia dengan
Singapura adalah jauh berbeza.
RAJA MUDA PERAK RAJA DR NAZRIN SHAH |
Sedangkan dimasa itu apakah penghasilan Negara kita selain getah dan
bijih timah dan ditambah sedikit koko... sedangkan Minyak dan Sawit
belum lagi terhasil... tetapi tukaran mata wang macam mana boleh sama ?
... dan adalah satu tragedi ngeri rakyat Malaysia... apabila Minyak dan
Kelapa Sawit menjadi penyumbang utama Ekonomi Negara... nilai mata wang
kita telah ditinggalkan jauh kebelakang oleh Singapura.... sedang untuk
minum pun mereka terpaksa beli dari kita !.
Adakah ini yang di banggakan oleh pengikut dan pencacai Umno... kalau
ini yang dibanggakan jawapnya anak cucu cicit kita akan menyumpah
kepada kita kerana mewariskan negara yang hampir muflis... kalau pun
tidak muflis... moga-moga ianya menjadi renung kepada pengikut dan
pencacai Umno yang selama ini mengatakan Umno pandai memerintah... bagi
lah aku ketawa sikit... kah kah kah !!!.
hemmmmm.....
semasa krisis ekonomi tahun 1997 banyak negara telah diperangkap
(istilah tun madey) oleh imf... dan dengan bangganya beliau mengatakan
beliau adalah pemimpin yang menolak imf kerana akan memembuat negara
menjadi hamba imf... cuma nak tahu tahu juga... kalau tak silap negara
taiwan dan korea selatan adalah penerima bantuan imf... apa jadi dengan
negara tersebut ya ? umno perkasam jati betul-betul meloyakan
heeeee.....
No comments:
Post a Comment