Tuesday, April 17, 2012

Bersih 3.0 : Amaran Rakyat kepada BN

Presiden PAS kerah ahli lengkapkan 500,000 'duduk bantah' Bersih 3.0

Presiden PAS Tuan Guru Abdul hadi Awang (kanan) hari ini mengerahkan ahli partinya dari seluruh negara melengkapkan mobilisasi 500,000 rakyat Malaysia ke himpunan aman Bersih 3.0 ini pada 28 April ini.

Beliau berkata, Bersih 3.0 wajar dilancarkan memandangkan kerajaan pusat hari ini dilihat enggan melunaskan 8 tuntutan Bersih 2.0 bagi mereformasi sistem pilihan raya.
"Himpunan Bersih 3.0 perlu diteruskan lagi sehingga tuntutan kita dilaksanakan," ujarnya di Harakahdaily.net.
Ahli Parlimen Marang itu berkata, kerajaan pusat sepatutnya tidak menolak laporan minor Pakatan Rakyat, termasuk berkaitan daftar pemilih yang meragukan dan akses media yang tidak bebas.
Akibat dari itu, beliau berkata, rakyat tidak boleh menjadi hakim yang adil dalam proses pilihan raya umum ke-13 yang diramalkan paling awal pada Jun ini.
"Walaupun kerajaan menubuhkan jawatankuasa (PSC) task force parlimen, apa yang sangat mendukacitakan, pilihan raya boleh diumum bila-bila masa walaupun tuntutan (syor) yang dibuat belum ditunaikan," katanya di parlimen.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sokongan PAS terhadap himpunan Bersih 3.0 pada 28 April ini anjuran Gabungan Pilihan Raya Bebas dan Adil (Bersih 2.0) yang turut disokong 84 NGO.
Himpunan tersebut akan diadakan bermula jam 2 petang bertempat di Dataran Merdeka.
"Mereka juga tidak menghormati pandangan-pandangan yang berhujah dengan menggunakan pandangan majoriti tanpa hujah yang kuat.
"Ini bukan cara demokrasi yang adil," kata presiden PAS itu.

1 comment:

  1. anda boleh sila pertukaran pautan, sila? Saya akan melakukan perkara yang sama,
    laman saya http://alisharesidence.blogspot.com/
    berharap anda jangan keberatan

    ReplyDelete