Saturday, September 1, 2012

Bintulu Dhaif: TV3 masih boleh dipercayai?


Kenyataan spontan pengacara TV3 mengenai Bintulu dua hari lepas benar-benar mengguris hati rakyat Sarawak. Bintulu dilabel sebagai kawasan dhaif kerana jauh daripada Kuching.

Hakikatnya, Bintulu,merupakan bandar ketiga terbesar di Sarawak dan  merupakan hub industri LNG di Sarawak. Industri LNG ini merupakan antara penyumbang utama pendapatan negara.

Kenyataan spontan mengenai kedhaifan Bintulu ini menunjukkan ketidak pedulian pengacara TV3 tersebut, yang juga merupakan seorang wartawan.

Jika kualiti kewartawanan di TV3 adalah sebegini rendah, tidak hairanlah berita-berita di TV3 setaraf berita kedai kopi, penuh fitnah dan tangkap muat.

Tidak hairanlah, saban hari berita di TV3 dipenuhi cerita dongeng, tuduhan dan fitnah terutama kepada parti Pakatan Rakyat. Rakyat hendaklah sedar hakikat TV3 bukanlah suatu saluran televisyen yang boleh dipercayai.

Namun, bagi pihak Dewan Pemuda PAS Sarawak, kami juga melihat isu ini timbul kerana kegagalan kerajaan negeri membangunkan negeri Sarawak, hingga dilabel dhaif.

Masyarakat umum masih menganggap Sarawak sebagai negeri miskin dan dhaif, kecuali di kawasan bandar seperti Kuching. Ini merupakan satu persepsi umum yang ada benarnya.

Dengan hasil minyak mencecah 100000 tong sehari, ditambah pula hasil gas dan pembalakan, negeri Sarawak merupakan negeri paling kaya hasil bumi. Namun hakikat yang perlu diterima oleh rakyat ialah negeri bertuah ini masih mundur dan terbelakang berbanding negeri-negeri lain.

Kami menggesa pihak Tv3 memohon maaf atas ucapan semberono pengacara mereka mengenai Bintulu. Kami menasihatkan pihak TV3 mewajibkan kerjarumah kepada semua wartawan mereka sebelum menerbitkan sesuatu berita.

Biarlah intergriti wartawan lain tidak terjejas dengan kesilapan pengacara ini.

No comments:

Post a Comment