Dimana
MARUAH IBRAHIM ALi yang selama ini mengatakan PERKASA bukan NGO yang
berpihak kpd mana parti politik..?..Kebangkitan rakyat kali ini diharap
dapat merana
pkan golongan seperti ini...gegak gempita HIDUP melayu kini bertukar HIDUP UMNO..dan itu jelas..
PERKASA hari ini berikrar akan menyokong BN dalam pilihan raya umum
akan datang bagi membolehkan parti itu mendapat kerusi majoriti dua
pertiga dan membentuk kerajaan.
Ikrar tersebut dibaca oleh
Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali di hadapan kira-kira lebih 5,000
perwakilan dan pemerhati di Persidangan Agung Tahunan PERKASA di Astaka
Taman Tasik Tititwangsa di ibu negara.
"Bahawasanya kita
berikrar demi agama bangsa dan negara, kita tidak akan berpecah,
menyerah diri, tidak jadi pengkhianat, tetapi membantu beri kemenangan
kepada BN dua pertiga majoriti," kata Ibrahim yang kemudian diikuti satu
persatu oleh perwakilan.
Dalam ucapan dasarnya itu, Ibrahim
yang juga ahli parlimen Pasir Mas berkata sekiranya majoriti dua pertiga
dapat maka isu yang berkaitan raja-raja Melayu dan persoalan agama
Islam tidak akan berbangkit lagi.
Beliau juga meminta seramai
lebih 350,000 anggotanya untuk menunggu arahan selanjutnya daripada
pucuk pimpinan NGO itu, bagi menyokong mana-mana calon BN yang akan
bertanding dalam pilihan raya umum itu.
"Jangan rasa
terguris... (Ada) pemimpin MCA beri pelbagai respon (kepada kita)...
Saya juga terguris... MCA boleh membantu Umno untuk menubuhkan kerajaan
kuat.
"Sebab itu kita undi Umno dan BN... Kalau nak ikut, saya
lagi marah kepada Umno dan BN tetapi marah saya tidak boleh mengatasi
agama, bangsa dan negara," katanya.
Bercakap dalam sidang media
kemudiannya, Ibrahim berkata sokongan kepada calon BN termasuk MCA dan
MIC "tidak ada percanggahan" dengan prinsip perjuangan PERKASA yang
berteraskan Melayu.
Katanya, lagi mereka mahu membantu kerajaan
menyatukan rakyat sekaligus menjadikan negara ini dalam keadaan aman
dan menjamin kestabilan negara.
"Kita sokong semua calon BN
termasuk MCA dan MIC. Kita tidak lihat isu peribadi. Pemimpin datang dan
pergi... Bukan soal individu. Tak adil seorang bawa lumpur, semua kita
kena tolak.
"Kita sokong BN atas dasar BN sebagai satu gabungan membawa wadah politik yang berkongsi kuasa dengan semua kaum," katanya.
Ditanya sama ada menyokong BN juga bermaksud PERKASA menyokong
perjuangan MCA, Ibrahim menegaskan bahawa NGO itu menyokong BN dan bukan
individu tertentu semata-mata.
"Saya tegaskan kita sokong BN,
kerana konsep gabungan antara kaum yang terbukti sejak merdeka," katanya
yang merayu supaya mandat diberikan kepada Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Tun Razak dalam pilihan raya umum akan datang.
Dalam
sidang media itu juga, Ibrahim turut membaca 10 perisytiharan dan
resolusi PERKASA yang antara lainnya menyeru pengundi pengundi memilih
kestabilan politik, keselamatan dan kesejahteraan rakyat.
"Pilihan yang betul bagi membentuk kerajaan yang kuat ialah dengan
memilih parti yang mempunyai rekod trek kecemerlangan mentadbir negara.
"Kita tidak mempunyai pilihan lain kerana tawaran yang dibuat oleh
pakatan alternatif jelas berkecamuk, sangat kacau dan semberono serta
memperlihatkan percanggahan dan pertentangan sesama mereka," katanya.
Beliau bimbang parti dalam Pakatan "yang tidak sehaluan" itu akan membawa "mudarat besar kepada rakyat dan negara".
Sembilan lagi perkara yang digariskan dalam resolusi itu termasuk soal
perpaduan bangsa, kebebasan beragama, ancaman pluralisme dan pengaruh
lesbian, gay serta transgender (LGBT).
Perkasa juga menyatakan
sokongan terhadap Pelan Tindakan Pendidikan Negara serta kecaman
mengenai campurtangan kuasa asing dalam negara.
Perkara itu, menurutnya, akan diluluskan dalam mesyuarat Agung PERKASA di sebelah petang.
http://www.malaysiakini.com/news/216709 http://www.malaysiakini.com/news/216745