Wednesday, May 8, 2013

Lebih 100,000 sertai 2 himpunan bantah penipuan PRU 13


(Kira-kira 100,000 memenuhi luar dan dalam Stadium MPPJ Kelana Jaya)

KELANA JAYA: Lebih 100,000 orang berkumpul di Stadium Kelana Jaya bagi membantah penipuan dalam pilihan raya umum  ke 13 baru-baru ini.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetuai perhimpunan ini dengan disertai sama oleh Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu.

(Orang ramai memenuhi stadium sejak lewat petang tadi)

Walaupun hujan renyai-renyai sejak petang tadi, ia tidak menghalang mereka berkumpul di stadium itu.

Lebuhraya Persekutuan yang menghala ke kawasan perhimpunan jam teruk sejak petang tadi.

Ini adalah perhimpunan pertama dianjurkan selepas pilihan raya umum ke 13 yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) kembali berkuasa tetapi penuh dengan kecacatan.

Di RUSILA, Marang, puluhan ribu juga berkumpul di perkarangan Masjid Rusila dalam himpunan gergasi rakyat Terengganu bersama PAS.
Mereka memenuhi perkarangan masjid itu dan mendengar ucapan dari pimpinan PAS dari Dewan Terbuka Tok Guru yang terletak di sebelah masjid itu.

(Gambar kanan: Himpunan di perkarangan Masjid Rusila, Marang)

Antara yang menyertai himpunan di perkarangan Masjid Rusila adalah bekas Menteri Besar Selangor, Tan Muhamad Haji Mohd Taib. Beliau dilihat antara faktor penyumbang kepada gelombang besar yang melandar Selangor dalam pilihan raya umum baru-baru ini.

Isu dakwat kekal yang tidak kekal, pengundi warga asing, lampu padam ketika pengiraan undi, kotak undi yang jatuh dari helikopter yang membawa dan pelbagai cerita lagi.

Kali ini, dengan semua penyokong adalah mata dan telinga atau jentera Pakatan Rakyat segala penyelewengan ini didedahkan melalui media sosial.


(Tan Sri Muhamad Mohd Taib berdepan dengan puluhan ribu di Dewan Tok Guru, perkarangan Masjid Rusila malam ini)

Gambar, video dan cerita disebarkan dengan cepat bagi membukti pelbagai kecacatan pilihan raya ini.

Berasaskan kepada itulah mereka turun beramai-ramai malam ini untuk mendengar sendiri sikap dan pendirian Pakatan Rakyat mengenainya.




Lagi Gambar



Video Berkaitan

1) Klik untuk lihat video yang dirakamkan di perseklitaran stadium Kelana Jaya ini.
2) Klik untuk saksikan keadaan dalam stadium.

2 comments:

  1. Parti Pakatan Rakyat buat petition, minta undi semula di 16 tempat yg ada black out dan telah kalah.Pastikan Bangla, Myanmar, Nepal, Pakistan, Indon tidak datang. Beri amaran awal-awal bahawa undi kali ini utk org tempatan sahaja. Ditempat yg ramai pengundi hantu yg telah mengundi, PR kalah ,buat undi sekali lagi.Ditempat yg hilang peti undi/ peti undi ditukar/ disorok juga perlu undian semula. Nama2 pengundi hantu digaris dgn pen merah atau dikeluarkan. Peti undi tidak boleh di bawa ke mana2. Kira di saluran undi itu juga. Mesti ada bilangan pemantau/ petugas yg lebih ramai utk memerhati / mengawal dan mengambil ic pengundi hantu. Simpan ic mereka utk disemak dan dikeluarkan dari daftar pemilih.Dgn cara ini mereka tidak dapat mengundi pd PRU 13 dan PRU 14. SPR tidak jujur, jadi tidak perlu dengar cakap mereka. Polis tidak perlu ada ditempat undi. Jika di tempat itu ada undi pos, masukkan sebagai undi biasa.

    ReplyDelete
  2. Kalau boleh kira semula undi,itupun kalau tak tercemar dgn kertas undi palsu. Kalau kertas undi sudah bercampur dgn yg palsu, hasilnya sama juga. Bilangan Kertas undi hantu serta nama mereka dikeluarkan. Utk PRU 14, jangan adakan undi awal/undi pos. Semua undi serentak .Polis, askar, pegawai SPR, mengundi ditempat bertugas masing2.Lantik petugas SPR dikalangan tentera/polis dikem masing2, Ada pemantau /ejen parti seperti biasa. Dgn cara ini mereka bebas memilih, tanpa ada rasa tekanan dari pegawai atasan. Ejen parti elok ada dua org bagi setiap parti, dan disetiap saluran. Jadi boleh solat/ketandas secara bergilir. Masa pengiraan undi lebihkan pemantau utk memastikan pengiraan undi tiada kesilapan. Sediakan lampu portable dan lampu suluh,jika terputus bekalan elektrik. Pastikan ada cukup petugas parti yg dapat menjaga peti undi dan undi yg sedang dikira. Tulis /tampal apa2 kod/no.pd peti undi supaya dapat kesan jika ada pertambahan/ pertukaran.

    ReplyDelete