Dengan keputusan Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam, adakah Datuk Seri Najib mampu memulihkan semula hubungannya dengan Tun Mahathir dan Tun Daim yang semakin kerap mengkritiknya sejak kebelakangan ini?
Bagi penulis Shahbudin Husin, sekiranya hukumam terhadap Anwar itu tidak juga berupaya memulihkan imej dan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan Najib, malah mungkin membuatkan rakyat lebih kuat bangkit untuk melakukan perubahan, sekurang-kurangnya tempoh yang masih panjang sebelum PRU14 sambil Anwar dinafikan daripada berpaut dengan kuasa, boleh digunakan untuk memikir helah serta perancangan lain pula.
Menurutnya, dalam jangka pendek dan sederhana, Najib dan BN memang terlihat selamat dengan keputusan mahkamah itu tetapi ia bukanlah jaminan mutlak untuk membolehkan BN berkuasa selama-lamanya.
“Manusia merancang, Tuhan pun merancang tetapi perancangan Tuhanlah yang akhirnya menang,” tulis beliau di dalam blognya semalam.
Baca di sini
No comments:
Post a Comment