Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman kelihatan memasuki tempat pembuangan undi di Sekolah Kebangsaan Kampung Bahagia dengan berpakaian berlambangkan BN.
Lebih memeranjatkan lagi apabila Tajuddin yang juga Ketua Bahagian Umno Pasir Salak masuk dengan tidak memakai tag kebenaran yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Gambar tersebut dikirim kepada Harakahdaily oleh Adun Pasir Pinji, Howard Lee yang merupakan wakil calon DAP Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud.
Mengikut etika pilihan raya, mana-mana individu tidak dibenarkan membawa masuk lambang kepartian ke dalam kawasan pusat pembuangan undi.
Howard Lee ketika ditemui berkata, beliau telah berjumpa dengan Pegawai Pilihanraya PRK Teluk Intan dan telah dinasihatkan untuk membuat laporan polis berhubung tindakan Tajuddin yang jelas melanggari etika pilihan raya.
"Beliau bukan hanya masuk dengan tidak menggunakan tag SPR malah beliau memakai baju berpakaian BN, bukan satu lambang tetapi banyak," jelasnya. -

No comments:
Post a Comment