Sunday, August 15, 2010

Dinar Emas & Dirham Perak...

Salah 1 perkara paling bagus dalam berpolitik ialah bilamana 1 pihak mengambil tindakan atau membuat 1 tindakan yang mana pihak lawan dalam politiknya tak senang duduk dan tindakan Kerajaan Negeri Kelantan melancarkan matawang Syariah iaitu Dinar Emas dan Dirham Perak benar-benar membuatkan geng-geng kapitalis UMNO/BN dan para proksinya tak senang duduk beberapa hari ini.

Antara respon awal yang diterima dari KERAjaan Pusat ialah - pihak KERAjaan Pusat telah mengarahkan Bank Negara Malaysia supaya mengkaji tindakan yang dapat diambil terhadap Kerajaan Negeri Kelantan pimpinan YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat atas tindakannya melancarkan Matawang Syariah Dinar dan Dirham.

Walau bagaimanapun, masih tiada keputusan yang benar-benar "muktamad" dalam hal ini. yang dah muktamad ialah - hampir 1000 buah kedai-kedai di Kelantan termasuk para peniaga bukan Islam telah bersetuju untuk berususniaga atau menggunapakai sistem matawang Dinar dan Dirham didalam urusan perniagaan mereka.

Pegi mampuslah dengan UMNO/BN... kalau kita dah faham kebaikan sistem perniagaan dan matawang zaman Rasulullah dulu, tak de masalah untuk kita gunapakai dalam urusniaga... kecualilah hidup kita sehari-hari dok bergantung pada cukong-cukong yang hanya tau mengaut keuntungan hasil riba yang diilhamkan oleh Zionis.
Geng-geng kapitalis hanya kenal Emas, Perak dan Gangsa sebagai barangan perhiasan dan tak lebih dari itu. dari segi ekonomi, kapitalis tak kan berminat untuk menjadikan atau mengekalkan "barang perhiasan" sebagai urusniaga yang tak kan susut nilainya sebagai mana wang kertas ciptaan mereka.

Pada kapitalis, nilai kertas kosong yang angkanya boleh diubah-ubah lebih baik dari nilai hasil bumi yang nilainya tak dapat dimanipulasi sesuka hati. yang tak faham nilai akan terus jadi bodoh bertuhankan sekeping kertas yang nilainya makin susut. makin susut nilai kertas, makin bangsat kehidupan mereka-mereka yang bertuhankan kertas.

Contoh mudah... simpan 3 keping kertas bernilai (yang ditentukan oleh kapitalis) RM100 hari ini, kemudian keluarkan untuk berbelanja setahun kemudian. apa yang kita dapat..? hari ni mungkin dapat beli kambing seekor tapi setahun lagi..? kemungkinan besar kena tambah lagi beberapa kertas merak bernilai RM10.

3 keping wang kertas kapitalis bernilai RM100 untuk hari ni mungkin dapat ditukar ganti dengan sebentuk cincin emas yang beratnya beberapa gram tapi kalau nak untung. lagi bagus aku simpan emas beberapa gram kemudian setahun lagi aku jual balik beberapa gram emas tu balik... dah tentu aku dapat lebih RM.

Kalau fikir pakai lutut, memang tak boleh nak tangkap kelebihan menyimpan emas dan perak.

Paling tak cerdik kalau kita berbangga dengan simpanan kita dalam bank yang berjumlah ratusan ribu. esok lusa, nilai kertas akan jatuh bila-bila masa akibat perbuatan pihak kapitalis yang sentiasa memanipulasi nilai kertas.

Sebab tu orang-orang Kelantan jauh lebih kaya dari dulu sampai sekarang. orang Kelantan yang berduit tak pernah berbangga dengan simpanan kertas sebaliknya lebih berbangga dengan simpanan emas dan peraknya. setiap tahun, nilai aset orang Kelantan semakin tinggi nilainya sebab harga Emas dan Perak tak pernah gatal-gatal nak jatuh.
Balik pada pelancaran matawang Syariah Kelantan.

Kapitalis di Malaysia dah bersuara... majoriti tak suka, tak senang duduk, panas jubor dan minta KERAjaan Pusat ambik tindakan drastik terhadap Kerajaan Kelantan manakala sahabat-sahabat muslim dari luar negara, ikut sama berbangga dan bersetuju untuk beri komitmen penih dalam mempromosi sistem matawang yang digunapakai pada zaman Rasulullah dahulu.

Akhir tahun ini, Dato' Paduka Haji Husam Musa akan berangkat ke salah sebah negara di Timur Tengah (atas jemputan) untuk membentangkan kertas kerja matawang Dinar dan Dirham. jemputan dibuat kerana negara tersebut amat berminat untuk menggunapakai sistem tersebut di negara mereka bagi mengukuhkan ekonomi mereka dan mengelakkan ianya dari dimanipulasi oleh pihak kapitalis Barat.

Kerajaan Pusat Malaysia..? tak payah fikir panjang... tak kan ada niat langsung untuk ambik inisiatof ini padahal bukan mereka tak tahu cara terbaik untuk mengukuhkan ekonomi dan mengelakkan ianya dari dimanipulasi oleh pihak kapitalis Barat ialah dengan menggunapakai sistem matawang Dinar dan Dirham.
Sebagai langkah awal, bermula dari tahun ini, Kerajaan Kelantan akan menerima pembayaran zakat dalam bentuk Dinar dan Dirham (balik pada sistem Syariah Islam). kakitangan Kerajaan Negeri Kelantan pula (bagi yang bersetuju) akan menerima pembayaran gaji (25%) dalam bentuk Dinar dan Dirham.

Terdahulu dalam majlis pelancaran tersebut, CEO PMBK IR Haji Mustapha telah menerima secara tunai 25% daripada gajinya dalam bentuk Dinar dan Dirham dan ianya telah disampaikan secara rasmi dan penuh simbolik oleh YAB Tuan Guru Menteri Besar Kelantan.

Dengar khabarnya HPA juga merancang untuk membayar bonus pengedarnya dalam bentuk Dinar Emas Kelantan pada tahun 2011. Itu antara yang dinyatakan oleh Tuan Hj. Ismail (Pengarah Urusan HPA) dalam pertemuan dengan pemimpin pengedar HPA seluruh Malaysia di bangunan RFC Sungai Petani pada 9hb. Ogos baru baru ini...
Eh... korang tak minat ke dengan benda alah macam ni..? masa pelancaran haritu, sempat jugak aku sambar 10 Dirham. harga semasa (masa aku beli) 1 Dirham = RM13, aku dah pakai 4 dirham buat bayar hutang member. rasa best semacam je bila dapat bayar hutang dalam bentuk matawang Syariah. member yang aku berhutang pun seronok semacam je. bukan aku yang nak bayar dalam bentuk Dirham, tapi dia yang mintak macam tu bila dia tau aku ada 10 dirham.

Alhamdulillah je lah... kalau berminat nak dapatkan matawang Dirham dan Dinar, boleh intai-intai kedai Ar-Rahnu yang berdekatan. sikit pun tak rugi beb...

Bela Melayu Pulau Pinang dalam kerangka kerajaan Negeri

PULAU PINANG, 15 Ogos: Orang Melayu Pulau Pinang mesti dibela dalam kerangka kerajaan bukan kerangka pembangkang, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa.
Jelasnya, menjadi lebih mudah seandainya segala masalah yang selama ini sukar diselesaikan diatasi dengan mengadakan perbincangan dalam Majlis Pakatan Rakyat atau terus ke pejabat Ketua Menteri.
"Orang Melayu kena dibela di Pulau Pinang jangan biarkan mereka hilang pedoman yang akhirnya kucar kacir dan tidak menentu. PAS pula ada kemampuan sekarang memandangkan kita berada dalam kerajaan walaupun satu kerusi," tegasnya ketika merasmikan Munaqasah Ucapan Dasar Presiden PAS di Kompleks An-Nahdoh, Penanti tengah hari tadi.
Menurutnya, melalui kerangka dalam kerajaan banyak isu yang membabitkan orang Melayu diselamatkan antaranya berjaya memberhentikan sementara projek untuk memberikan ruang perbincangan antara penduduk dan pemaju.
“Satu lagi kejayaan ialah dapat menyatukan dua pihak yang selama ini tidak pernah duduk semeja semata-mata kerana latar belakang politik.
“Ketiga ialah pertemuan dengan Ketua Menteri dan beliau sebagai ketua kerajaan setuju untuk menyelesaikan masalah yang membabitkan perkampungan Melayu atau meletakan dasar pembangunan yang menguntungkan orang Melayu sendiri," jelasnya.
Katanya, antara kejayaan sepanjang berada dalam Pakatan Rakyat ialah orang Melayu memperolehi tanah perkuburan di Jelutong apabila dua seksyen dikemukakan.
"Jangan melayan suara sumbang yang boleh merencatkan pergerakan kita untuk menang tetapi bersama membantu meningkatkan kefahaman bahawa sebuah kerajaan memerlukan berbagai pendekatan, bukan cara lama yang boleh merosakan parti," tambahnya dalam program anjuran Lajnah Penerangan PAS Negeri Pulau Pinang.
Program yang dihadiri oleh Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub itu juga menyarankan agar merapatkan hubungan antara parti gabungan dalam Pakatan Rakyat supaya lebih menyerlah pada pilihanraya umum ke 13 kelak.
PAS, kata Ahli Parlimen Parit Buntar itu, mesti memainkan peranan lebih agresif kerana Umno bukan lagi dahan untuk orang Melayu bertaut.
"Bagi merealisasikan keadaan itu, PAS kena ke hadapan kerana tanpa penglibatan PAS sukar untuk kita mengharapkan kemenangan," katanya yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri.

Dinar & Dirham Kelantan: Puak Kapitalis Sakit Jiwa...

Media Perdana pro KERAjaan Pusat masih galak memainkan isu Matawang Syariah Kelantan, Dinar Emas & Dirham Perak. dalam setiap keluaran mereka, tak kurang dari 3 tajuk membincangkan hal Matawang Dinar dan Dirham Kelantan termuat dalam berbagai halaman.

Rata-rata - kondem. masih menekankan skop "bidangkuasa" mengeluarkan Matawang yang Sah tetapi langsung tidak membincangkan kebaikan dan kelebihan penggunaan Matawang Syariah dari sudut "ekonomi".

Nampak sangat ketakutan pihak pro Kapitalis dalam hal ini. 3 hari berturut-turut aku dok belek-belek lembaran Media Perdana pro KERAjaan, kebanyakannya memaparkan hasil temubual (sebenarnya lebih pada provokasi) dengan Dato' Paduka Haji Husam Musa, orang yang bertanggungjawab mengeluarkan idea Matawang Dinar dan Dirham.

Dalam banyak-banyak siri temubual ringkas, tak de pulak yang berani bertanya pada Dato' Haji Husam akan kebaikan dan kelebihan penggunaan Matawang Syariah ini. balik-balik dok tanya dari sudut "undang-undang". macamlah kepala bapak pemerintah Negara Malaysia ni ikut sangat undang-undang Negara Malaysia.

Paling aku dok tunggu-tunggu dalam masa 2-3 hari ni ialah, Media Perdana mana yang akan mendahului para penjilat menemubual Mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir Mohammad. paling-paling bangsat pun aku nak dengar jugak mana-mana pemberita buat temubual dengan Che'Det, mintak pendapat dia berkenaan dengan hal ni.

Bukan kita tak tahu Che' Det dulu antara yang terawal mengilhamkan penggunaan Matawang Dinar dan Dirham di Malaysia bagi menangani masalah manipulasi Matawang Kertas dan ekonomi Negara Malaysia walaupun ianya tak pernah menjadi kenyataan. mungkin sebab terlalu ramai cukong-cukong darat berkampung di keliling Che' Det.

Hari ni, esok dan hari-hari seterusnya, kita akan terus dihidangkan dengan berita yang sama - Bidangkuasa pengeluaran matawang yang sah hanya boleh dibuat oleh KERAjaan Pusat melalui Bank Negara Malaysia.

Yag tu semua boleh pergi mampus. yang aku tau... rakyat Kelantan dah mula gunapakai Dinar dan Dirham sejak ianya mula dilancarkan oleh YAB Tuan Guru...

Kalau yang belum dapatkan lagi Matawang Syariah ni, boleh berjunjung ke Kedai Ar-Rahnu. untuk pengetahuan korang jugak, bagi Matawang Dinar, nilai yang tinggal buat masa ni cuma 5 Dinar (RM2,800.00) dan juga 8 Dinar (RM4,480.00). yang lain semua dah sold-out.

Pergi jahanam dengan UMNO/BN Kapitalis..!

Tawaran DAP Langsung Tak Menarik...!!!

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dilaporkan berjanji akan memberi 3 intensif utama sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menubuhkan Kerajaan Persekutuan dalam PRU-13. antara yang ditawarkan ialah:
  1. Wang tunai RM1,000.00 kepada rakyat Malaysia yang berumur 60 tahun keatas.
  2. Menghapuskan amalan "saman ekor".
  3. Membekalkan perkhidmatan WIFI percuma di seluruh Negara.
Komen pencacai - Tawaran DAP Tidak Menarik.

Sebab tawaran DAP tak menarik, maka dalam semua Media Perdana pro KERAjaan Pusat, isu ni jadi terkedepan sekali selepas isu Matawang Syariah Kelantan. nampak sangat bangsat. kalau dah tak menarik, buat apa semua pencacai sibuk-sibuk nak komen..?

Ada jugak pencacai dalam dok sibuk-sibuk, kecoh-kecoh cakap tak menarik, punya lantang dok peringat rakyat supaya "jangan termakan dengan janji DAP/Pakatan Rakyat".

Kalau dah tahu tak menarik, buat apa susah-susah nak peringat dekat rakyat supaya "jangan termakan" dengan janji DAP/Pakatan Rakyat..? bodoh ke apa..? kalau dah rasa diri tu bodoh, jangan anggap orang lain pun bodoh macam kamu jugak... makin terang bodoh kamu tu sekarang.

Tapi nak buat macam mana - UMNO/BN memang BODOH...

*puasa-puasa jugak... kalau dah ada yang bodoh makin nak tunjuk bodoh, mana boleh tahan..! hahaha...!!!

Thursday, August 5, 2010

Pegawai dari PDT yang tak cerdik..atau Pengampu..


keluar dari Balai Penghulu..penduduk terus ingin bekerjasama dengan wakil PR...rata-rata mereka tertanya-tanya apahal Dato Ho yang duduk Pokok Assam(MCA)..boleh diangkat sebegitu tinggi oleh Pegawai dari PDT..

ekoran masaalah tanah yang dihadapi 13 buah keluarga diKg Baru Kuala sepetang.satu perjumpaan telah dianjurkan oleh Pejabat Daerah dan Tanah LMS, dengan dihadir oleh wakil Kementerian Pelajaran dan Juga wakil MCA Dato Ho (Calon DUN.Kalah di Pokok Assam).

Setelah perbincangan demi perbincangan,Dato Ho telah menyarankan satu Idea yang kami memang dah tahu..iaitu tanah KTM yang berdekatan dianugerahkan kepada sekolah mengantikan tanah penduduk yang telah diluluskan kepada sekolah pada tahun1979,walau pun penduduk telah mendiami 50tahun lebih.

Adakah patut siPegawai Banggan boleh berkata:ahhh saya memang Tahu Dato Ho boleh selesai masaalah ini,sebab itu saya mahu tunggu dia datang..memang dia saja boleh selesai Masaalah ini.

ehhh mamat uban..apara punya banggan..hang ini,,rakyat Pokok Assam pun dah tak mahu kat dia yang hang boleh bodek dia sampai teloq naik kepala ..apasal..?ada masyuk atau memang hang tak layak sebagai Pegawai yang menguruskan halehwal Tanah..

jangan jadi pembodek BN..kalau makan duit Rakyat..berhenti kerja ..kalau nak jadi Pembodek BN ..kerja dengan BN..ayuh kita Lawan secara Gentleman...ingat sikit nak bagi makan anak bini dengan duit haram dan buat kerja-kerja Pembodek ..

Tuesday, August 3, 2010

PRU13 - PAS bakal hilang banyak kerusi Parlimen?

 

Merujuk kepada 2 cerita terbitan di HarakahDaily. Bacaan itu dirujuk dengan penuh minat dan penuh insaf. Berita pertama berbunyi, Sasaran 60 Kerusi Parlimen Cerah dan berita keduanya bertajuk, Retreat Sahkan Sokongan Melayu Kekal Kepada PAS.

Kenyataan Ahli Parlimen PAS Jerai, Mohd Firdaus Jaafar ialah berhubung sasaran PAS untuk merampas 37 kerusi Parlimen daripada UMNO pada Pilihanraya Umum ke 13, selain mempertahankan 23 kerusi yang sedia ada. Ini sangat menarik. Malah beliau turut menambah,
“Sasaran kita yang sebenar adalah 60 Parlimen ke Putrajaya, janganlah main isu lain,” kata Mohd Firdaus yang juga Pangarah Jabatan Pilihanraya Pemuda PAS Pusat.
Selain itu memetik kenyataan Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena dalam rumusannya menegaskan undi teras Melayu terhadap PAS tidak merosot seperti di dakwa oleh sesetengah pihak.
“Pada PRU 1995 undi Melayu kepada PAS sekitar 38 hingga 40 peratus, 1999 kita mendapat lonjakan 55 peratus ekoran isu pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari kabinet. Pada PRU 2008, sokongan Melayu terhadap PAS antara 42 hingga 46 peratus.”

Di dalam laporan HarakahDaily turut tertulis berikut, ‘Mengulas lanjut Mahfuz berkata, PAS memperoleh 45 peratus sokongan Melayu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gantang sewaktu Datuk Seri Mohammad Nizar menjadi calon.Apakah PAS sedang berada dalam satu keadaan yang tertekan? Kenyataan Firdaus dan Mahfuz dilihat bertentangan diantara satu sama lain.

Firdaus menyatakan PAS mensasarkan 60 kerusi Parlimen, supaya ia akan muncul sebagai Parti yang dominan di dalam Pakatan Rakyat. Lebih dari itu, PAS akan muncul sebagai Parti Politik teras orang-orang Melayu.

Di sini penulis tidak mahu mempertikaikan sama ada PAS mampu atau tidak menang 60 kerusi Parlimen. Itu adalah persoalan lain. Tetapi penulis melihat bagaimana kedudukan PAS dalam PRU-13 berdasarkan kepada hujah-hujah dari mereka berdua itu.

Pada Jun 2009, penulis telah diarahkan untuk menyiapkan satu analisa bagi kerusi-kerusi Parlimen yang PAS tewas di dalam PRU 2008 lalu. Analisa itu dibuat bersempena Muktamar PAS pada tahun tersebut. Kenyataan Mohd Firdaus tidak bercanggah dengan analisa yang penulis buat ketika itu.

Tetapi berdasarkan analisa itu, kesimpulannya ialah jika PAS mahu memenangi kerusi-kerusi Parlimen yang PAS tewas di dalam 2008, PAS perlu..

1.Mempertahankan sokongan pengundi Melayu yang diterima di dalam PRU12.
2.PAS harus mengaut sokongan daripada pengundi-pengundi Cina.
3.Memperlengkapkan jentera di kawasan-kawasan Parlimen tersebut.

Bagaimanapun, ianya datang dengan risiko yang besar. Ini kerana di dalam menambah sokongan pengundi Cina, PAS perlu memberi lebih banyak konsesi kepada mereka. Jika ini berlaku, PAS berkemungkinan besar akan kehilangan pula pengundi teras mereka yang menyokong PAS kerana PAS memperjuangkan Islam. Ini akan menjadikan PAS hanya sebagai replika kepada Parti Keadilan Rakyat yang berjuang untuk menentang apa yang dilihat mereka sebagai ketidak adilan.

Kenyataan Mahfuz pula walaupun bertujuan untuk menyatakan bahawa undi Melayu terhadap PAS tidak merosot, tetapi sebenarnya,
Mahfuz telah mendedahkan bahawa undi Melayu terhadap PAS sudah merosot hampir 10 peratus dari tahun 1999. Kenyataan Mahfuz juga secara tidak langsung mendedahkan undi Melayu yang diterima PAS juga telah merosot hari ini berbanding dengan semasa PRU 2008.
Perlu diingat sewaktu berdepan dengan PRU12 lalu, PAS dan DAP tidak diikat oleh mana-mana gandingan politik melainkan memperjuangkan isu-isu bersama. Selepas PRU12, barulah PAS memeterai satu pakatan politik bersama DAP.Apakah ini yang mengakibatkan kemerosotan dari segi peratusan undi Melayu yang PAS terima?

Pengikut PAS harus sedar, jika benar PAS memperolehi hanya 45 peratus undi Melayu seperti yang dinyatakan oleh Mahfuz, tidak mustahil tragedi PRU 2004 akan berulang.

Jika hanya 45% pengundi Melayu memilih PAS pada hari ini, PAS akan berdepan dengan masalah bagi konstituensi-konstituensi dimana komposisi pengundi Melayunya melebihi 88 peratus. PAS juga akan bermasalah di konstituensi-konstituensi dimana pengundi Cinanya kurang daripada 18 peratus.

Ini bererti, PAS boleh kehilangan minimum 10 kerusi Parlimennya sekarang. Ini bagaimanapun tidak termasuk kerusi tradisi mereka di Pengkalan Chepa dan Kubang Kerian serta Marang. Bagaimanapun harus diingat, PAS pernah terlucut kerusi Marang dalam PRU 2004 yang lalu. Kerusi-kerusi yang mungkin PAS akan hilang ialah:

1. P007 Padang Terap.
2. P011 Pendang.
3. P012 Jerai.
4. P013 Sik.
5. P016 Baling.

Kesemua kerusi di atas adalah di Kedah dan pada 2004, kerusi-kerusi tersebut dimenangi oleh BN-UMNO melainkan Pendang dimana PAS pertahankannya dengan hanya 50 undi. Pada 1999 PAS menang Pendang dengan majoriti 2,939 undi atau 6.91 peratus. Pada Pilihanraya Kecil 2002, BN-UMNO merampas Pendang dengan majoriti, 283 undi atau 0.62 peratus.

PAS juga akan kehilangan kerusi-kerusi berikut:

6. P019 Tumpat.
7.P023 Rantau Panjang.
8. P025 Bachok
9. P028 Pasir Puteh
10. P031 Kuala Krai.

Pada tahun 2004, PAS kehilangan Kuala Krai dengan majoriti 2,416 undi, Pasir Puteh dengan 3,810 undi dan Bachok dengan 6,272 undi. Bagaimanapun Rantau Panjang di menangi PAS dengan majoriti 723 undi dan Tumpat dengan majoriti 1,820 undi.

Jika benar PAS menikmati 45 peratus undi Melayu dan kekal menikmati lebih 80 peratus undi pemilih Cina, PAS seharusnya tidak bermasalah untuk mempertahankan kerusi-kerusi berikut:

1. P008 Pokok Sena.
2. P021 Kota Bharu.
3. P036 Kuala Terengganu.
4. P057 Parit Buntar.
5. P059 Bukit Gantang.
6. P096 Kuala Selangor.
7. P101 Hulu Langat.
8. P108 Shah Alam.
9. P111 Kota Raja.
10. P119 Titiwangsa.

Daripada jumlah 43 buah kerusi Parlimen yang PAS tewas dalam PRU12, saya mendapati PAS hanya mempunyai peluang untuk menawan 9 buah kerusi Parlimen sahaja. Konstituensi tersebut ialah:

1. P081 Jerantut.
2. P067 Kuala Kangsar.
3. P042 Tasek Gelugor.
4. P090 Bera.
5. P095 Tanjung Karang.
6. P093 Sungai Besar.
7. P001 Padang Besar.
8. P079 Lipis.
9. P059 Lenggong.

Peluang PAS ini bagaimanapun banyak bergantung kepada calon yang akan diletakan oleh BN-UMNO serta keupayaannya mendapatkan sekurang-kurangnya 45 peratus undi pemilih Melayu.

Bagi konstituensi seperti Arau, Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Jerlun, walaupun PAS menunjukkan prestasi memberangsangkan dalam PRU12-2008, tetapi PAS akan menemui laluan sukar kerana mereka perlu memenangi lebih dari 50 peratus undi Melayu untuk menang di sini.

Walaupun PAS mensasarkan untuk bertapak di beberapa kawasan Parlimen di Negeri Sembilan dan Johor di mana pengundi Melayu kurang daripada 80% dan jumlah pemilih Cina adalah tinggi, namun pengikut PAS harus sedar, secara realitinya ia adalah amat sukar. Ini kerana PAS tidak mempunyai jentera yang besar di negeri-negeri tersebut bagi menawan kerusi-kerusi Parlimen.

Di dalam pilihanraya kecil di mana jentera PAS dari Kelantan dan Terengganu menumpu sepenuh perhatian pun, PAS masih menghadapi kesukaran apa lagi di dalam Pilihanraya Umum.

Sebenar-benarnya, PAS telah mengganjakkan pintu gol mereka untuk memudahkan DAP menjaringkan gol. Tetapi di dalam berbuat begitu, PAS telah menimbulkan kekeliruan kepada barisan pertahanan mereka.

Impak dari tindakkannya itu juga, PAS berpotensi untuk kehilangan kerusi-kerusi tradisinya kesan dari kemuncupan sokongan pengundi Melayu akibat keghairahan segelintir dari pimpinan PAS menari mengikut gendang perang oleh masyarakat Cina.

Tiada siapa dapat menafikan bahawa, berkemungkinan PRU13 akan menjadi medan untuk UMNO membakar api perkauman di kawasan Melayu bagi menentukan hidup mati Ketuanan Melayu di bumi yang satu ketika dahulu di panggil Tanah Melayu.Jika ini benar berlaku, ia akan menyaksikan pengundian berdasarkan garisan perkauman dan PAS berkemungkinan akan tersepit di dalam pertembungan itu.

(sumber asal artikel dipetik dari blog Hambali1)
** Ada siapa boleh menyanggah analisa ini? Wak buka gelanggang. Kita debatkan bersama..ayuh !!

Perak Akan Kembali Ke Pakatan Rakyat Semula


Bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin digantung daripada menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) selama sehari ekoran kekecohan yang timbul ketika perbahasan ke atas rang undang-udang perbekalan tambahan.

Kekecohan timbul apabila Nizar (PAS-Pasir Panjang) enggan duduk selepas tempoh 15 minit untuk beliau berbahas berakhir.

Datuk Ramly Zahari (BN-Manong) bangun meminta Nizar dikeluarkan dari DUN sambil mendakwa bekas menteri besar itu mahu mencetuskan kekecohan di DUN.

Speaker Datuk R. Ganesan yang Nizar enggan merujuknya sebagai Speaker DUN membenarkan Ramly membawa usul di bawah Peraturan Mesyuarat lalu mengarahkan Nizar keluar dewan.

“YB Datuk Seri Nizar, sila tinggalkan dewan,” kata beliau berulang kali hampir setengah jam.

Nizar yang bertegas enggan keluar DUN, ditemani rakan-rakannya dalam PR yang turut bangun dan berhujah secara serentak.

“YB Nizar, anda digantung dari Dewan selama sehari, sehinggan sidang berakhir hari ini,” kata Ganesan.

Ganesan kemudian mengarahkan bentara DUN membawa Nizar keluar tetapi Nizar enggan mematuhi perintah itu.

Selepas kekecohan yang berterusan beberapa minit, kesemua 27 wakil rakyat PR memulaukan sidang dan meninggalkan DUN serentak bersama Nizar. -TMI

Sungguh anih, setelah negeri Perak dirampas secara biadab oleh UMNO BN, hari ini Speaker yang tak bertanding di dalam pilihanraya dengan muka tak tahu malu boleh menggantung seorang wakil rakyat yang sah, yang telah dipilih oleh rakyat.

GB berpandangan bahawa rakyat Perak PASTI akan mengajar UMNO BN dengan teruk selepas ini. Bahawa sistem pilihanraya yang diamalkan oleh Malaysia meletakkan kuasa rakyat mengatasi segala-galanya, bukan Najib, bukan UMNO BN, malah bukan Sultan, bukan hakim mahkamah, bukan polis dan bukan SPR atau SPRM yang akan menentukan siapa perintah Perak. Tetapi, "of the people, by the people, for the people". -GB

Kenyataan Media Nizar.

Kita meminta sidang diadakan 4 hari, kita dapati agenda menyatakan rang undang-undang diadakan dan diluluskan pada hari ini, dan kita mempersoalkan sehingga dijawab ganesan sidang cuma pada hari ini.

Kami mengambil keputusan hari ini untuk bersidang , tetapi bila melihat tindakan ganesan menyalah gunakan kuasanya untuk gantung seorang adun, sekurang-kurangnya dirujuk oleh jk hak dan kebebasan sebelum digantung.

Ganesan cuma boleh arah saya keluar dewan, dan ini kuasa dia, tetapi bukan gantung saya. Kenyataan Zambry mengatakan mahu menggulung. Tetapi kami tidak diberi peluang berbahas.

Kami hilang suara hari ini kerana pembesar suara ditutup. Tindakan kami adalah untuk menyelamatkan demokrasi di Perak.

Kita mengatakan oleh kerana mereka buat kerja haram maka dewan tidak berfungsi lagi.

Saya merakam terima kasih kepada rakan media yang buat liputan walaupun dihalang.
Semasa dato ngeh jadi ketua pembangkan, dia diberikan waktu 3 jam tanpa diganggu oleh mb masa itu Tajol Rosli.

Hari ini demkrasi dibunuh oleh BN.

Gambar-Gambar Sekitar Sidang DUN PerakGambar-Gambar Sekitar Sidang DUN Perak


















Sunday, August 1, 2010

MTD changkat jering..Parlimen Bkt Gantang..

MTD Changkat jering dibawah program anak angkat telah mengambil seramai 54 orang pelajar Perubatan.dimana pelajar-pelajar itu akan diagihkan ke UPU UPU selama 3 hari 2 malam.
Pada petang 31hb, program itu telah dirasmikan oleh YB DS Nizar selaku Ahli Parlimen Bukit Gantang disurau batu 6 dan seterusnya penyerahan anak angkat kepada UPU UPU telah diadakan di Masjid Pengkalan Aur.




pagi 1 hb Program Pemeriksaan & Rawatan Untuk rakyat telah diadakan di SAR Rumah Awam simpang bersama doktor-doktor dari PAPISMA dengan dibantu para pelajar perubatan.







Pihak MTD CJ juga telah mengadakan aktivit kepada pelajar-pelajar sekeolah Rendah diperkarangan SAR simpang .

Futsal JPC Seluruh Bukit Gantang


Dewan pemuda telah berjaya mengadakan futsal Piala Dato' Seri Muhammad Nizar Bin Jamaluddin yang hanya tertutup kepada Jawatankuasa Pemuda Cawangan dan Orang Muda Geng Kita seluruh Bukit Gantang.
Kejohanan kali ini telah mendapat sambutan yang mengalakkan dengan penyertaan penuh 24 pasukan, dan pihak Dewan Pemuda terpaksa menolak 4 pasukan yang terlewat menghantar borang kerana penyertaan telah cukup kuota.
Pertandingan ini telah diadakan pada 25-7-2010 Ahad bermula jam 9.00 pagi sehinggan jam 4.45 petang. Pasukan Kubu Futsal Team B telah berjaya menjadi johan diikuti Pasukan KFBG serta tempat ketiga bersama iaitu Pasukan Sri Taman, Kampung Tengah dan Kubu Futsal Team A.
Hadiah kejohanan telah disampaikan sendiri oleh YB Parlimen dan turut dihadiri oleh YDP Pas Kawasan Ustaz Nordin Jaafar serta Ketua Pemuda Pas Kawasan Bukit Gantang saudara Mohd idris Bin Hj. Zakaria.Pihak Dewan Pemuda turut bermain persahabatan melawan Pas Kawasan yang turut diwakili YB Parlimen yang telah dimenangi oleh Dewan Pemuda dengan mata 3-1.
Kami pihak Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Gantang mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program ini.

Saturday, July 31, 2010

Nizar lalu jalan berlumpur ke tempat ceramah

PASIR SALAK, 1 Ogos: Seperti suasana pada awal negara menyambut kemerdekaan dahulu, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaludin terpaksa melalui jalan semak dan berlumpur untuk sampai ke pentas ceramah.
Bukannya jalan yang sedia ada tidak baik, namun setelah negara begitu aman selepas lebih 50 tahun merdeka, beliau terpaksa menghadapinya untuk berceramah di majlis Himpunan Warga Felcra Peringkat Kebangsaan di Changkat Lada, dekat sini malam tadi.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang, terpaksa berbuat demikian demi keselamatan dan menjayakan program malam tadi setelah polis dan anggota unit simpanan persekutuan (FRU) menyekat laluan masuk ke tempat program.
Akibat melalui jalan tersebut, kasut dan pakaian Nizar basah dan berlumuran lumpur.
"Alhamdulillah, Datuk Seri Nizar dapat bersama kita walaupun terpaksa lalu jalan berselut dan berlumpur," umum pengerusi majlis disambut laungan takbir para hadirin.
Semasa Nizar sedang berucap pula, FRU yang pada asalnya membuat sekatan di jalan masuk, mula bergerak ke pintu depan tapak program untuk masuk ke kawasan ceramah yang dibuat atas tanah persendirian.
Ekoran itu, palang untuk masuk ke tapak program ditutup dan dikunci oleh tuan tanah dan penyokong.
Anngota FRU, bagaimanapun mahu masuk ke kawasan ceramah walaupun tuan tanah meletakkan poster "Hak Milik Persendirian, Dilarang Menceroboh", namun dibenteng lebih 100 penyokong.
Mereka berada di situ sehingga ceramah Nizar selesai kira-kira sejam setengah kemudian.
Terdahulu, Nizar sewaktu memulakan ucapan turut secara sinis membidas tindakan anggota keselamatan itu.
"Malam ini 847 anggota polis, special branch (SB) dan FRU ada bersama kita.
"Selamat datang untuk dengar ceramah dan menjaga keselamatan kami," katanya disambut tepukan oleh lebih 500 hadirin yang hadir.
Himpunan Warga Felcra Peringkat Kebangsaan di sini akan berlangsung sehingga lewat malam ini.
Pagi ini, majlis pelancaran akan disempurnakan Nizar, kemudian beberapa kertas kerja akan dibentang sebelun majlis penutup akan disempurnakan AJK PAS Pusat, Mohamad Sabu petang ini.
Kemuncak program adalah pada malam ini apabila Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang turut berceramah di sini.

YB Nizar..Jamuan Kuala Sepetang..

YB DS Nizar hadir 2 majlis perkahwinan pada 31hb julai,1 di Dun Kuala Sepetang dan 1 lagi di Pokok Assam Dun berjiran dengan Parlimen bukit Gantang.

bersalaman dengan Pemuda..tetamu majlis Perkahwinan

Tuan Rumah..sdr Zaini bersama Isteri beliau

Tuan Rumah menyambut YB DS

DS Nizar bersama keluarga Tuan Rumah.

selepas itu kami hadir ke rumah ust zakaria abang Ust Idris Ajk Pas Pusat di Pokok Assam,dan selepas itu DS hadir ke satu lagi Majlis Program anak angkat anjuran MTD Changkat Jering di surau batu 6...

DS Nizar...di Bukit Gantang...

DS bersama jemaah masjid Lama Taiping..ziarah Makam Al.Marhum Dr Burhanuddin Al-Helmi..selepas Beliau menyampaikan Kuliah Subuh di masjid itu..
selepas itu beliau dibawah he Hospital Taiping untuk menziarah ketua UPU Batu6..chegu zali yang ditempatkan di wad icu....

Wednesday, July 28, 2010

Dun Perak: Adun PR hadir atas notis Sivakumar

KUALA LUMPUR, 28 Julai: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat Perak akan menghadiri sidang Dun pada 3 Ogos ini setelah mendapat notis panggilan daripada speaker yang sah, V. Sivakumar.

Demikian dimaklumkan Adun Pasir Panjang, Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin sewaktu dihubungi Harakahdaily hari ini.

"Kami telah menerima surat daripada speaker yang sah V. Sivakumar untuk kami hadir bersidang pada 3 Ogos jam 10 pagi. Jadi kami akan hadirlah oleh kerana kami dapat surat daripada Speaker V. Sivakumar," katanya.

Menurut Nizar, Speaker BN, R. Ganesan juga telah menghantar notis panggilan ke sidang Dun berkenaan kepada mereka.

Namun beliau menegaskan, keputusan untuk hadir ke sidang Dun berkenaan adalah kerana menerima suart daripada V. Sivakumar, bukan kerana panggilan daripada R. Ganesan.

"Kami akan hadir kerana surat daripada V. Sivakumar, bukan kerana notis daripada speaker haram itu," tegasnya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang.

Beliau juga berharap agar persidangan kali ini akan berjalan lancar dan mengikut peraturan yang ditetapkan.

"Kami telah bagitahu kami mahukan persidangan ini berjalan lancar, licin dan mengikut peraturan biasa dan diberikan senaskhah agenda dan peraturan mesyuarat.

"Sehingga hari ini kami tidak menerima apa-apa agenda daripada speaker haram. Jadi kami tidak tahu apa yang akan terjadi dan yang akan dibahaskan dalam persidangan.

"Dia (R. Ganesan) tidak sebutkan dalam surat agenda-agenda seperti agenda soal jawab lisan dan sebagainya jadi kami tidak tahu apa yang akan berlaku pada 3 haribulan itu," katanya.

Kali terakhir, Dun Perak bersidang adalah pada 30 dan 31 Mac lalu dengan mencatatkan sejarah sidang Dun paling singkat setakat ini. -Hrkh

Mufit PERAK ke..mufti PErak

Mufti Perak yang kontroversi, Dato' Seri Harussani Zakaria tidak layak untuk menjadi orang tengah dalam isu menyatupadukan dua parti utama negara, PAS dan Umno seperti yang sedang rancak diperkatakan sekarang.

Menurut bekas Naib Presiden PAS, Ustaz Ahmad Awang yang juga bekas Pesuruhjaya PAS Perak, Harussani sejak 8 Mac 2008, tidak pernah berkecuali tetapi terus berada di pihak Umno dan mempertahankan parti itu dengan pelbagai cara bagi mempastikan ia berkuasa semula di Perak sehinggalah sekarang, BN berkuasa semula di negeri itu.

Tegasnya kepada Harakah dalam satu sesi wawancara eksklusif mendedahkan siapakah Mufti Perak itu yang dikenalinya sejak di Kolej Islam Malaya hingga kini, yang sering menimbulkan kontroversi dan mengganggu PAS dengan menggunakan kedudukannya sebagai seorang mufti. Wawancara dilanusngkan oleh Tarmizi Mohd Jam dan Intan Abdullah.

"Beliau (Harussani) tidak layak jadi orang tengah dalam hal ini sebab awal-awal lagi telah menunjukkan sifat berat sebelah dan menyokong Umno," katanya.

Ustaz Ahmad yang juga bekas Presiden Persatuan Ulama Malaysia membongkarkan beberapa kes yang melibatkan mufti itu yang sanggup mengeluarkan kenyataan bohong, kecaman terhadap PAS di masjid-masjid secara terbuka, malah sanggup mempertikaikan kesetiaan orang-orang Islam bukan Melayu di negara ini, jika sesuatu terjadi kepada bangsa mereka, mereka akan menyokong bangsa bukanya agama Islam.

Kenyataan itu diucapkan oleh Harussani dalam satu pertemuan tertutup dengan pelajar-pelajar Malaysia di Australia baru-baru sewaktu menggambarkan kepentingan PAS-Umno bersatu, walaupun dalam masa yang sama beliau terus memburuk-buruk dan menyalahkan PAS sehingga wujudnya perpecahan di negara ini.

"Saya lihat sekarang mufti (merujuk kepada kes Harussani) telah diperalatkan oleh Umno untuk kepentingan politik mereka sahaja," ujarnya, berikutan kegagalan Pegawai JASA, Lokman Noor Adam yang mencetuskan idea penyatuan Umno-PAS dalam satu wacana di Lundang, Kelantan baru-baru ini.

Setelah syor Lokman itu tidak mendapat respon meluas, maka Mufti Perak menyambung idea itu hingga tercetusnya kontroversi yang sarat dengan agenda 'nakal' Umno-BN di belakangnya.

Ustaz Ahmad mendakwa Harussani juga bertanggungjawab mengheret institusi kesultanan Perak terlibat dengan kemelut politik yang melanda Perak semasa Umno Perak berusaha menjatuhkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat Februari 2009 lalu.

"Tindakan Mufti Perak yang mengheret pihak Istana ke kancah politik ketika Umno hendak merampas kuasa di negeri Perak telah mencemarkan imej sultan dan mufti itu sendiri," katanya lagi.

Beliau juga mendedahkan terdapat banyak kes yang menunjukkan Umno-BN sebenarnya tidak berminat untuk melaksanakan Islam sebenar, tetapi hanya menjadikan Islam sebagai topeng untuk menghadapi PAS dalam kancah politik negara.

Katanya, ketika beliau berada dalam Majlis Keselamatan Negara mewakili Jabatan Perdana Menteri (Pusat Islam) Perdana Menteri waktu ti, Tun Husein Onn pernah mencadangkan agar diharamkan ABIM kerana terlalu lantang menentang kerajaan pada waktu itu.

Malah jelasnya, PAS mula dicurigai dalam BN, apabila terlalu banyak memperkatakan soal Islam termasuk menjayakan Bulan Islam, anjuran Pusat Islam dengan melibatkan semua pimpinan PAS (ketika PAS dalam BN) berceramah, tetapi setelah ulama Umno seperti Dato' Dasuki Ahmad, Dato; Hamid Othman, Yusuf Noor dan lain-lain enggan bersama.

"Perkara ini diketahui oleh Mufti Perak. Dia tahu Umno tak mahu Islam. Malah dia sendiri pernah tunjukkan surat larangan ceramah oleh kerajaan Umno-BN Selangor. Dia sendiri walaupun baik 'abang-adik' dengan Pak Lah (PM) waktu itu, ketika mencetuskan isu murtad, dia pun tak boleh pengaruhi PM untuk berbuat sesuatu," dakwa Ustaz Ahmad.

"Pengalaman panjang saya dengan Umno (sewaktu berada dalam kerajaan) membuktikan parti Melayu itu tidak mahukan Islam. Sekadar untuk kepentingan politik mereka semata-mata. Dulu semasa saya jadi pengarah (Pusat Islam), mereka beri amaran kalau hendak berpolitik, masuk saja PAS kerana waktu itu banyak program Islam dibuat, hingga mencetuskan anggapan Pusat Islam sudah jadi markas PAS," dakwanya.

Tegas Ustaz Ahmad, beliau tidak percaya sama sekali kehendak penyatuan PAS-Umno itu datangnya dari Mufti Perak, tetapi Harussani telah dipergunakan untuk tujuan itu setelah Umno-BN lemas. Ini kerana apabila mereka kuat, PAS dipandang sebelah mata. Lihat setelah mereka menang besar pada PRU ke-11 pada 2004, ujarnya.

--
Posted By Luna and Thatguy to Dunia Berwarna Luna Version 2 at 7/29/2010 09:51:00 AM

Tuesday, July 27, 2010

Seperti yang dijanjikan YB DS Nizar..

Seperti yang dijanjikan YB DS Nizar,bekalan air ke rumah yang diduduki anak-anak yatim keluarga roslan telah dipasang semula pada jam 6.00 petang tadi.
Segala kos ,dari membayar bill-bil tertunggak hingga pemasangan paip baru diTanggung oleh YB DS nizar.



mengantikkan paip lama yang dah berkarat


Sunday, July 25, 2010

Program bersama anak-anak yatim.YB bersama Mutiara Infaq.

Dua orang anak yatim dari keluarga Roslan di Jebong Kiri dirai dan dihulurkan sumbangan.
Program YB Ahli Parlimen Bukit Gantang DS Hj Nizar bersama Mutiara Infaq telah diadakan dirumah sewa keluarga Roslan.
Adik Nurul Natasya Erren bt Roslan dan adiknya Nazirul Al-Hafis bin Roslan yang bersekolah di Sekolah Bistari Darul Mulkan masing-masing di darjah 6 dan 4,mendapat perhatian YB ,bersama Hj Zulkifli Md Lazim Pengerusi Kumpulan Hospital Bersalin muslimah merangkap Penasihat Mutiara Infaq-Badan Komiti Anak-anak Yatim.
kedua dua anak yatim menghidap penyakit yang memerlukan Rawatan berkala tinggal bersama nenek mereka,kedua-dua ibu bapa mereka telah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu kerana penyakit.
YB Hj Nizar melalui Pusat Khidmat beliau akan cuba membantu dan menyelesaikan urusan bil Air yang tertunggak dan bekalan Air telah dipotong kerumah itu.

YB Nizar bersama Nurul Natasya

Rombongan Mutiara Infaq

Tn Hj Zulkifli,YDP Pas Kawasan Bkt Gntg

dah selesai program sumbangan,YB menaiki Motor ke Gerai Kopi berdekatan di Matang Road.

kedua anak bersama Muslimat dan YB Nizar.