Saturday, October 16, 2010

PM: Tiada bonus kerana implikasi kewangan besar..ha..ha..untuk bik mama dan istana putrajaya ada duit pulak...!!!

Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan tidak boleh memberi bonus satu bulan gaji kepada kakitangan awam kerana tindakan itu akan memberi implikasi kewangan besar iaitu sebanyak RM3.1 bilion.

Katanya, selaku menteri kewangan yang bertanggungjawab, beliau tidak boleh berbelanja lebih daripada pendapatan.
Najib berkata memang banyak pihak yang melobi supaya kerajaan dapat mengisytiharkan bonus sebulan kepada 1.2 juta penjawat awam.

"Tapi saya nak kongsi dengan tuan-tuan dan puan. Bonus satu bulan telah belanja RM3.1 bilion pada kerajaan...kalau ikut hati memang saya nak beri bonus tapi sebagai Menteri Kewangan yang bertanggungjawab saya tidak boleh belanja lebih daripada pendapatan negara.

"Sebab itu yang saya dapat lakukan ialah beri RM500 sebagai bayaran khas kepada penjawat awam," katanya pada
Perhimpunan Kebangsaan Guru 1Malaysia di Stadium Putra Bukit Jalil, di Kuala Lumpur, pagi ini.
RM500 wajar
Oleh itu, katanya pemberian bantuan khas kewangan RM500 setiap seorang adalah wajar.

Najib berkata bantuan khas kewangan itu sekurang-kurangnya dapat meringankan bebanan kewangan ibu bapa dalam persiapan untuk persekolahan anak-anak pada hujung tahun.

"RM500 ini sangat-sangat berguna sekali dan kerajaan akan bayar bantuan khas itu pada Disember ini," katanya.

Beliau berkata kerajaan bermurah hati turut memanjangkan bantuan ini kepada pesara-pesara kerajaan walaupun mungkin ada yang tiada lagi perlu menanggung anak-anak bersekolah.

Menurutnya walaupun tiada pemberian bonus, kerajaan memberikan ganjaran lain yang memberi faedah kepada penjawat awam seperti cuti bersalin tidak melebihi 90 hari.

Ini turut memberi faedah kepada guru wanita yang merupakan hampir 70 peratus daripada 400,000 guru di seluruh negara, katanya.
"Cuti bersalin ini satu hadiah untuk kaum wanita. Tapi kalau tak nak ambil 90 hari pun boleh juga...itu terpulang kepada mereka," katanya.

Perdana Menteri berkata kerajaan turut memberi faedah tambahan dari segi pinjaman perumahan di mana had maksimum pinjaman perumahan dinaikkan kepada RM450,000 berbanding RM360,000 pada masa ini, agar penjawat awam lebih mampu membeli rumah lebih berharga.

Mengenai pelbagai memorandum yang disampaikan kepada beliau untuk melakukan penambahbaikan skim perkhidmatan perguruan, Najib berkata beliau perlu sedikit masa menelitinya kerana melibatkan implikasi kewangan dan kumpulan guru yang besar.

"Sebab itu saya perlu teliti bersama JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam) dan Kementerian Kewangan. Banyak cadangan dikemukakan...sekiranya kerajaan mampu, saya akan bincang dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin (Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran)...boleh buat pengumuman bila sampai pada masanya," katanya.

Pusat penternakan jin dalam Belanjawan 2011

"Najib ni dah gila aku rasa".

Begitu antara dakwaan kasar yang saya dengar apabila dalam pembentangan Belanjawan 2011 semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak antara lain mengumumkan apa yang disebut sebagai projek bersepadu "Warisan Merdeka" dengan menara 100 tingkat tertinggi di Malaysia, di kawasan Stadium Merdeka dan Stadium Negara.

Saya harap suami Datin Seri Rosmah Mansor tu tak gila. Kalau dia gila, ia dengan sendirinya bermakna orang gila jadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan negara ini. Saya harap sungguh dia tak gila walaupun macam-macam orang pertikai fasal bangunan tu.

Ada yang kata KLCC pun masih banyak ruang tak berpenghuni, gila apa nak buat lagi bangunan 100 tingkat? Ada yang membangkitkan tentang occupancy rate bangunan-bangunan di Kuala Lumpur. "Banyak yang kosong - banyak rumah hantu," ada yang kata gitu.

"Ah, apa nak heran. Lepas ni Najib paksa la siapa-siapa duduk di situ. Kalau dulu boleh paksa Petronas duduk di KLCC, apa yang susah sangatnya nak paksa orang lain pulak di duduk di banguna 100 tingkat tu. PNB (Permodalan Nasional Berhad) pun banyak anak syarikat," kata yang lain.

Mendengar macam-macam komen tu, saya tiba-tiba teringat salah seorang tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dalam Operasi Lalang, mendiang Arokia Dass. Selepas dibebaskan, dia menjadi kontraktor kecil. Satu hari, kami berjumpa beliau ketika beliau baru selesai buat pintu pagar - projek kerajaan. "In the paper, it costs RM2,700. But all I got only RM1,500". Bila ditanya ke mana perginya lagi RM1,200, dia jawab, "As you know la. If not, you cant get the job".

Saya terfikir, kalau buat pintu pagar RM1,500 pun tiris sana sini sehingga kosnya melambung jadi RM2,700, bayangkan RM5 bilion!

Berbalik kepada ulasan-ulasan tentang Warisan Mendeka itu, saya bagaimanapun tidak berkongsi pandangan mereka. Saya nampak bangunan 100 tingkat itu boleh digunakan sebagai pusat pameran antarabangsa macam Guangzhou International Convention and Exhibition Centre. Kita boleh buat pusat pameran terbesar di dunia yang memperaga dan menjual seluar dalam, pakaian malam, kelambu, wangi-wangian, beg tangan, kasut, sut, baju kanak-kanak, dompet, pewarna rambut...

Ia pasti menjadi tarikan pelancong. Untuk memberi nilai tambah, negara boleh memperkenalkan apa yang boleh dipanggil sebagai Permata Tourism di mana kita juga mengadakan pusat-pusat Permata di bangunan 100 tingkat itu untuk membolehkan para pelancong yang melawat syurga seluar dalam di situ merebut peluang melihat dan mempelajari bagaimana nak membentuk pemimpin masa hadapan. Insya Allah, tak timbul lagi cerita anak dah jadi peguam pun, mak dia malu sangat-sangat nak meraikan perkahwinan anaknya sampai paksa orang lain dan media boikot perkahwinan anak dia.

Saya juga tak nampak mengapa orang mempersoalkan tentang occupancy rate di Kuala Lumpur ni bila Najib nak buat bangunan tersebut. Kepada saya, ia tetap akan jadi tarikan pelancong bila bangunan 100 tingkat itu menjadi pusat penternakan jin.

Janganlah pulak dok kata, "elok juga buat pusat penternakan jin supaya jin di rumah dia ada kawan". Jangan, tak elok kata lagu tu.
PB

Hutang Kerajaan BN - Rakyat Terpaksa Tanggung RM15,000 seorang


PULAU PINANG 16 OKT - Jumlah hutang Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional 2010 yang meningkat lebih 10 peratus berbanding tahun sebelumnya hanya membebankan dan secara tidak langsung terpaksa ditanggung oleh rakyat ekoran ketidakcekapan kerajaan mengurus kewangan.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata jumlah hutang Kerajaan Persekutuan pada 2009 ialah RM362 bilion manakala pada 2010 meningkat kepada lebih RM408 bilion.

"Jelas sekali peningkatan lebih RM40 bilion ini hanya membebankan rakyat dan ini juga bermakna 27 juta rakyat di negara ini terpaksa menanggung beban hutang berkenaan," katanya dalam satu sidang media di pejabat Ketua Menteri di Komtar, Pulau Pinang tengahari tadi.

Lim, yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, beban hutan berkenaan jika dibahagikan sama rata dengan 27 juta rakyat di negara ini, bermakna setiap rakyat terpaksa membayar anggaran RM15,000 seorang untuk memikul beban hutang yang ditanggung oleh kerajaan.

Dalam buku bajet 2011, jadual 4.6 (Mukasurat 119) Jadual hutang kerajaan pada 2009, mencatatkan hutang dalam negeri  berjumlah RM348 bilion merangkumi Bil Perbendaharaan, terbitan pelaburan termasuk bon simpanan berlandaskan syariah 2009 serta sukuk runcit 1 Malaysia 2010, sekuriti kerajaan dan tabung pinjaman perumahan.

Jumlah hutang negara pula ialah RM13,786 bilion termasuk pinjaman pasaran dan pinjaman projek, namun bagi 2010 jumlah hutang dalam negeri meningkat kepada RM390,724 bilion manakala hutang luar negara pula adalah RM17,454 bilion.

Dalam pada itu beliau juga menolak dakwaan kerajaan Barisan Nasional bahawa tindakan tidak menaikkan kadar tol untuk tempoh lima tahun akan menguntungkan rakyat.

Beliau menambah, jika dilihat pada fakta yang terdapat dalam buku bajet 2011, jumlah pampasan yang diberikan kepada PLUS dari 2006 hingga 2009 berjumlah hampir RM3 bilion.

Jumlah tersebut, katanya adalah RM655 juta bagi 2006, RM698 juta bagi 2007, RM731 juta bagi 2008 manakala 2009 pula sejumlah RM850 juta wang pampasan dibayar oleh kerajaan pada konsesi tol.

"Jika kerajaan mendakwa, kenaikan harga tol dibekukan untuuk tempoh lima tahun, jelas sekali yang menggusarkan saya adalah rakyat sekali lagi bakal menanggung beban yang lebih berat dengan kadar pampasan yang terpaksa dibayar selepas tempoh kenaikan harga tol dibekukan tamat," katanya lagi kepada media.

Menurutnya lagi angka-angka pembayaran pampasan kerana tidak menaikkan kadar tol sebelum ini sekaligus menangkis dakwaan kerajaan Barisan Nasional bahawa mereka mementingkan rakyat dengan tidak menaikkan kadar tol selama lima tahun kerana hakikatnya kerajaan hanya 'cakap kosong'.

"Ini bukan pentingkan rakyat...ini namanya hanya menguntungkan kroni sahaja," tambah beliau lagi.

Beliau seterusnya mengesyorkan supaya kerajaan mengambil alih terus semua konsesi tol di negara ini secara 'one - off' supaya rakyat tidak akan dibebankan dengan isu pampasan kepada konsesi dan juga kenaikan kadar tol.

KEADILAN Raikan Demokrasi Tulen Di Hari Penamaan Calon

IMG_3170KUALA LUMPUR 16 Okt - Hari Penamaan Calon Pemilihan Majlis Pimpinan Pusat 2010 Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) yang berlangsung di ibu pejabat parti hari ini dilihat benar-benar mencerminkan proses menyuburkan amalan demokrasi di dalam KEADILAN.

Hari Penamaan Calon anjuran KEADILAN yang mirip kepada proses sebenar yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) merupakan julung-julung kali diadakan oleh sebuah parti politik di negara ini sungguhpun baru berusia satu dekad.

Acara hari ini bertujuan pengesahan pencalonan bagi anggota parti yang layak bertanding merebut jawatan di peringkat MPP daripada Presiden sehinggalah kerusi anggota Majlis Pimpinan Pusat disamping jawatan-jawatan dalam sayap Angkatan Muda dan Wanita.

Dari segi kelayakan, jawatan Presiden menyaksikan seramai tiga calon yang layak iaitu penyandang, Datuk Seri Dr Wan Azizah wan Ismail, Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi Majlis Pimpinan Wilayah Persekutuan Datuk Zaid Ibrahim.

Bagaimanapun dijangka Dr Wan Azizah akan mengekalkan jawatan tersebut tanpa bertanding.

Pertandingan hangat dilihat akan berlegar sekitar kerusi Timbalan Presiden di mana  tujuh jaguh yang sama hebat dan popular dijangka berentap untuk menjadi orang nombor dua kepada Dr Wan Azizah.

Mereka yang layak termasuk Dr Wan Azizah, dua Naib Presiden, Azmin Ali dan Mustaffa Kamil Ayub, Zaid, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua.
Di samping itu seramai 209 calon akan bertanding merebut 20 kerusi MPP.

Jawatan Ketua AMK menyaksikan pertandingan tiga penjuru iaitu penyandang, Shamsul Iskandar Mohd Akin, Rafizi Ramli dan Badrul Hisham Shaharin aka CheGuBard sementara Jawatan Ketua Wanita akan di menjadi pertarungan antara penyandang, Zuraida Kamaruddin, Ahli
Jawatankuasa Biro Disiplin Pusat Animah Ferrer dan Ketua Wanita Perlis Dr Suraya Sudin.

Sambutan perayaan demokrasi ini bukan sahaja disambut dengan penuh semangat oleh ahli parti tetapi juga tidak kurang hebatnya oleh calon daripada kalangan pimpinan parti.

Bersama-sama dalam semangat setiakawan dan perpaduan mereka dilihat bergaul dengan penuh mesra sambil menyempurkan proses penerimaan calon di kaunter yang disediakan.

Seperti kempen ala pilihan raya umum, setiap calon diberi masa tiga minit untuk mewar-warkan visi mereka dan mengapa mereka harus dipilih untuk jawatan yang dipertandingkan.

"Saya amat terharu dengan langkah innovatif yang dilaksanakan oleh Parti Keadilan Rakyat. Sejak menyaksi dan mengalami sendiri kesusahan era reformasi baru kini saya melihat kejayaan merayakan reformasi dalam semangat sebenar," kata Rohani Bakar, calon bagi kerusi MPP.

Ketua Cabang Teluk Kemang, M Ravi berkata beliau berbangga KEADILAN mengadakan hari penamaan calon ini kerana ia bukti parti ini adalah parti masa depan dalam erti kata sebenarnya.

"KEADILAN sentiasa mencipta sejarah dalam persada politik negara dan apa yang kita buat hari ini akan memberi keyakinan kepada rakyat bagi kita mentadbir Putarajaya pada PRU-13 nanti," kata Ravi.

Hari penamaan calon yang sama juga di adakan di Sabah dan Sarawak bagi calon-calon yang berada di kedua-dua negeri tersebut.

Pemilihan bagi jawatan tinggi parti akan diadakan dari 31 Oktober hingga 21 November ini, manakala kongres kebangsaan parti dari 26 hingga 28 November.

Tawaran Rasuah Pertama GURKHA Umno PRK N45 Dun Galas

Tak boleh lari dah, kalau dah sebati dengan umno, makan hasil JUDI dan hasil Kilang Arak gak……….peghuk jadi gelak gelemak, umno KASTA mana pun tetap dengan terima rasuah dan memberi menawar RASUAH, dah menjadi darah daging, UMNO=RASUAH RASUAH=UMNO, UMNO=PERKASA PERKASA=UMNO, UMNO=RASIS RASIS=UMNO, UMNO RASIS=PERKASA, PERKASA RASIS=UMNO.
Sedang kan JANJI PRK Manik Urai tak tertunai lagi, dah mula berjanji itu dan ini pulak di GALAS, janji di MU lebih kurang RM10 juta jah pun tak tertunai, tak tahu  lah aku  kalau harga2 papan tanda di Kg. Manik Urai dan Kg. Manjor tu 10 juta, sehari dua yang aku nampak papan tanda jah disamping letak jentolak 2 biji, itu pun terkencing terberak setelah kematian ADUN Galas jah….kalau tak….HARAM….
DSC06673DSC06678 dua papantanda ni RM5 juta, rumah untuk Umno MISKIN dan Masjid Temalir RM5 juta jadi 10 juta, umno bahagian pulak rembat 2 juta……. mampos….PEGI JAHANNAM LAH umno……..
GURKHA ni pun hidup dalam umno kerana MELAYU UMNO FELDA KESEDAR yang  bagi talihayat nya pun…..MELAYU UMNO FELDA  boleh laa nak kelentong, mereka otak orang HUTAN, kalau MELAYU BANDAR, CINA, INDIA Dun Galas jangan main2.
Oiit ! korang tau ke sape Gurkha……KULI laa woi !, KULI=GURKHA GURKHA= KULI, Pegi Jahannam lah umno………

Peristiwa Kulaijaya Tanda Umno-BN Semakin Runtuh

SH9PETALING JAYA 16 Okt - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Senator Dr Syed Husin Ali berkata hari-hari terakhir bagi sesebuah pemerintahan atau kerajaan menjadi sangat nyata apabila ianya semakin zalim dan korup.

Kata beliau keadaan yang sama amat relevan dengan Umno-Barisan Nasional di  Malaysia di mana negeri Johor yang di anggap sebagai benteng kuat Umno tidak lagi terkecuali.

"Beberapa hari yang lalu, suasana perayaan Aidilfitri anjuran KEADILAN Negeri Johor yang pada mulanya meriah dan berjalan lancar telah menjadi ribut apabila sepasukan polis tiba-tiba menceroboh masuk ke dalam kawasan rumah persendirian di Kampung Air Manis, Kulaijaya tempat jamuan hariraya itu diadakan.

"Pada malam Sabtu 8 Oktober itu, kira-kira 40 orang anggota polis yang diarah sendiri oleh Ketua Polis Daerah, DSP Zulkefly merampas mikrofon daripada Pengerusia KEADILAN Negeri, Chua Jui Meng ketika beliau sedang berucap.  Selepas itu, mereka merampas pula peralatan siaraya yang lain termasuk dua keping banner di situ. 

"Mengapakah polis yang kononnya “tegas, adil dan berhemah” itu bertindak sebegitu rupa?  Zulkefly Yahya tidak ada jawapan lain kecuali membebelkan 'tidak ada permit'.

"Kalau itulah alasannya, kami ingin bertanya:  berapa ribukah permit yang telah dikeluarkan oleh pihak polis, dan berapa ratuskah majlis rumah-terbuka yang telah mereka serbu sepanjang musim perayaan ini?" tanya Dr Syed Husin dalam kenyataan media beliau Isnin lalu.

Beliau berkata peristiwa polis menceroboh kawasan persendirin atas alasan 'tidak ada permit' sudah pernah berlaku beberapa kali namun kejadian di Sungai Tongkang, Rengit  pada  malam 31 Julai masih segar dalam ingatan di mana ribuan orang sedang menunggu  untuk mendengar ceramah  anjuran KEADILAN di kawasan  Markas PAS.

"Pada masa itulah, ratusan orang polis termasuk dari unit FRU telah dikerah untuk menceroboh masuk ke kawasan yang berkenaan serta memecahkan pintu stor dan merampas peralatan siaraya yang terkunci di dalamnya.  Dalam masa yang sama, mereka juga telah bertindak memukul serta mencederakan sejumlah orang, dan menangkap beberapa yang lain. 

"Semua ini tidak dapat dilupakan. Akan tetapi, mengapakah polis yang sepatutnya profesional bertindak sedemikian rupa?

"Dari dua contoh di atas, saya buat kesimpulan begini:  Pemerintah yang  sudah tidak berupaya, dan institusi kerajaan yang sudah korup serta tidak berwibawa, kedua-duanya akan berpaut erat antara satu sama lain.  Demi survival, mereka akan berganding melakukan apa saja, tanpa mempedulikan nasib serta masa depan negara dan rakyat," jelas beliau lagi.

Bajet 2011 tolak tuntutan kesatuan sekerja

KUALA LUMPUR, 16 Okt: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, Bajet 2011 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam tidak memenuhi permintaan kesatuan sekerja iaitu pelaksanaan gaji minimum.
"Bajet kali ini tetap tidak menunaikan tuntutan kesatuan sekerja iaitu bonus dua bulan gaji dan RM900 sebulan bagi tuntutan gaji minimum," katanya.
Mahfuz yang juga ahli Parlimen Pokok Sena juga dengan sinis berkata, bajet itu merupakan bajet 'seluar dalam' kerana duti import hanya dimansuhkan terhadap barangan yang remeh temeh.
"Ini Bajet 'seluar dalam dan selimut' kerana 'seluar dalam' memainkan peranan penting dalam pemacuan ekonomi berprestasi tinggi, tidak nampak apa-apa perancangan terperinci untuk mencapai ETP (Program Tranformasi Ekonomi).
Berhubung tiada kenaikan kadar tol untuk tempoh lima tahun, beliau berkata, kerajaan tidak memberi jaminan bahawa ia tidak akan dinaikkan selepas tempoh lima tahun.
"Najib hanya memberi jaminan bahawa kadar tol tidak naik selama lima tahun, tetapi tidak ada jaminan berapa peratus kenaikkan selepas itu walaupun kadar peredaran kenderaan kian bertambah setiap tahun," katanya.
Beliau turut mengulas mengenai pengurangan subsidi yang diumumkan Najib.
"Sepatutnya dalam tempoh lima tahun, tidak akan berlakunya pengurangan subsidi atau cadangan melaksanakan GST (cukai barangan dan perkhidmatan),” ujarnya.
Justeru, beliau menyifatkan Bajet 2011 sebagai bajet untuk persiapan menghadapi pilihan raya.
"Tidak ada penstrukturan gaji, pemberian bantuan RM500 bantuan dan beberapa elaun untuk imam dan lain-lain sekadar suatu bajet sebelum pilihan raya," katanya.
Beliau turut berkata, kerajaan gagal mengenalan beberapa masalah pokok yang menghalang persaing ekonomi di kalangan pelabur.

"Hukuman Tak Setimpal" - Erni, Anak Sosilawati

Hukuman yang diterima itu tidak setimpal dengan apa yang mereka lakukan ke atas mama dan tiga yang lain,” kata Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 25, anak jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, selepas dua lelaki dijatuhkan hukuman penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Majistret Banting, Selangor, semalam.

Dia yang mesra dengan panggilan Rita mengaku berasa terkilan dengan keputusan itu, tetapi agak lega kerana pihak yang bertanggungjawab menerima pembalasan walaupun tidak setimpal.

Rita berkata, sepatutnya kedua-dua tertuduh yang mengaku bersalah menghapuskan bukti dengan membakar dan membuang abu mayat ibu dan tiga rakannya ke sungai, menerima hukuman lebih daripada tujuh tahun penjara.

“Kalau betul apa yang mereka lakukan itu, saya rasa semua orang pasti setuju jika hukuman yang lebih berat dikenakan terhadap tertuduh kerana tindakan menghapuskan bukti hingga tiada mayat dan hanya tinggal serpihan tulang memang tidak berperikemanusiaan terutamanya kepada semua keluarga mangsa.

“Tetapi kalau peruntukan undang-undang sudah sedemikian saya akur dan percaya dengan siasatan dilakukan pihak berkuasa terutamanya polis,” katanya yang ditemui di pejabatnya di Jalan Raja Bot, petang semalam.

Selain itu, ekoran daripada pembebasan beberapa suspek lain yang dikatakan mempunyai kaitan dalam kes berkenaan, dia meluahkan perasaan sedikit gusar kerana selepas apa yang menimpa ibu dan tiga yang lain atau mungkin ramai lagi, banyak perkara yang difikirkan boleh berlaku ke atas diri dan keluarga.

“Bila dengar ada yang sudah bebas, saya berasa agak takut juga kerana mungkin masih ada dendam yang terpendam dan mungkin juga tidak, tetapi kita tidak tahu.

“Apa yang boleh kami lakukan hanyalah mengambil langkah lebih berhati-hati dan kehidupan sosial kini terpaksa dikurangkan,” katanya.

Namun, dia tidak menafikan kalau sesuatu perkara itu ingin berlaku ia akan tetap berlaku walau macam mana pun langkah berhati-hati diambil.

“Tengok macam mama, dia bukan pergi berseorangan tetapi ditemani tiga lelaki, kalau benda hendak jadi macam mana pun akan jadi. Kita terima musibah ini, cuma ambil iktibar dari apa yang sudah berlaku,” katanya. Sementara itu, ditanya adakah dia masih lagi berharap ibunya bukan mangsa pembunuhan kejam itu, dia berkata selagi keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) tidak diumumkan selagi itu masih lagi ada harapan dan kalau betul ibunya sudah tiada dia terima takdir seadanya.

Pemilihan PKR: Azizah kekal presiden, tiga tanding jawatan timbalan presiden

PETALING JAYA, 16 Okt - Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengekalkan jawatannya tanpa cabaran tetapi kerusi timbalan presiden menyaksikan persaingan tiga penjuru.
Jawatan naib presiden yang menawarkan empat kerusi juga kelihatan panas dengan anak sulung Dr Wan Azizah, Nurul Izzah Anwar mengesahkan bertanding walaupun turut dicalonkan bagi jawatan timbalan presiden.
Walaupun tiga orang dicalonkan bagi jawatan presiden, hanya Dr Wan Azizah menerima pencalonan bagi mengekalkan kepimpinannya yang bermula 11 tahun lalu.
Dua yang lain ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Zaid Ibrahim.
Dr Wan Azizah juga dicalonkan bertanding jawatan timbalan presiden. Dua lagi dicalonkan untuk bertanding kerusi itu.
Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim yang awalnya menyatakan hasrat bertanding timbalan presiden tidak mengemukakan borang penerimaan pencalonan hari ini.
Hari ini turut menyaksikan perubahan mengejutkan bagi jawatan naib presiden dan ketua Angkatan Muda Keadilan.
Dua naib presiden Azmin Ali dan Mustaffa Kamil Ayub bersama Zaid mencuba nasib merebut jawatan timbalan presiden yang akan kosong ekoran keputusan Senator Dr Syed Husin Ali tidak mahu mempertahankan kedudukan beliau.
Bagi jawatan timbalan presiden, Azmin dilihat sebagai ‘favourite’ dengan memperoleh lebih 100 pencalonan manakala Zaid dan  Mustaffa Kamil masing-masing 38 dan 17 pencalonan.
Zaid, bekas menteri pusat, menyertai PKR tahun lalu.
Azmin, yang juga Ahli Parlimen Gombak sebenarnya bercadang bertanding jawatan timbalan presiden tiga tahun lalu tetapi menarik balik hasratnya saat-saat akhir.
Sesi penerimaan pencalonan ditutup pukul 6 petang tadi. Ia berlangsung sejak 10 pagi seolah-olah ‘pilihan raya mini’ di pekarangan ibu pejabat PKR di sini dan juga di Kuching dan Kota Kinabalu.
Bersama Nurul Izzah seramai 18 calon lain mencuba nasib di peringkat naib presiden.
Saingan jawatan naib presiden juga dilihat terbuka selepas dua penyandangnya Azmin dan Mustaffa Kamil tidak mempertahankan kedudukan masing-masing. Begitu juga seorang lagi naib presiden Dr Lee Boon Chye.
Hanya R Sivarasa, iaitu naib presiden dilantik bertanding kerusi ini tahun ini.
Di Kota Kinabalu, pemimpin PKR Sabah Datuk Dr Jeffrey Kitingan menolak daripada bertanding jawatan naib presiden.
“Saya pernah menjadi naib presiden kebangsaan dan saya lihat tidak ada gunanya pada usia sedemikian saya memegang jawatan yang agak junior dan tidak mempunyai kuasa dan terus berdepan dengan keadaan di mana tidak ada siapa mendengar cakap anda,” katanya.
Keputusan Jeffrey itu menjadikan anggota pimpinan pusat dan ketua PKR Tuaran Ansari Abdullah satu-satunya calon dari Sabah bertanding untuk jawatan itu.
Saingan kerusi naib presiden juga menyaksikan Pengarah Pilihan Raya PKR Fuziah Salleh berada di depan dengan 145 pencalonan. Calon lain termasuklah Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Datuk Dr Mansor Osman dan Pengarah Strategik PKR Chua Tian Chang.
Lain-lain ialah Abdullah Sani Hamid, N. Gobalakrishnan, Yusmadi Yusof, Baru Bian, Dr Xavier Jayakumar,  Jonson Chong, S. Manickavasagam dan Dominique Ng.
Seramai 135 calo, mengesahkan merebut 25 kerusi Majlis Pimpinan Pusat (MPP).
TERKINI @ 10:22:07 PM 16-10-2010
October 16, 2010
PETALING JAYA, 16 Okt - Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengekalkan jawatannya tanpa cabaran tetapi kerusi timbalan presiden menyaksikan persaingan tiga penjuru.
Jawatan naib presiden yang menawarkan empat kerusi juga kelihatan panas dengan anak sulung Dr Wan Azizah, Nurul Izzah Anwar mengesahkan bertanding walaupun turut dicalonkan bagi jawatan timbalan presiden.
Walaupun tiga orang dicalonkan bagi jawatan presiden, hanya Dr Wan Azizah menerima pencalonan bagi mengekalkan kepimpinannya yang bermula 11 tahun lalu.
Dua yang lain ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Zaid Ibrahim.
Dr Wan Azizah juga dicalonkan bertanding jawatan timbalan presiden. Dua lagi dicalonkan untuk bertanding kerusi itu.
Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim yang awalnya menyatakan hasrat bertanding timbalan presiden tidak mengemukakan borang penerimaan pencalonan hari ini.
Hari ini turut menyaksikan perubahan mengejutkan bagi jawatan naib presiden dan ketua Angkatan Muda Keadilan.
Dua naib presiden Azmin Ali dan Mustaffa Kamil Ayub bersama Zaid mencuba nasib merebut jawatan timbalan presiden yang akan kosong ekoran keputusan Senator Dr Syed Husin Ali tidak mahu mempertahankan kedudukan beliau.
Bagi jawatan timbalan presiden, Azmin dilihat sebagai ‘favourite’ dengan memperoleh lebih 100 pencalonan manakala Zaid dan  Mustaffa Kamil masing-masing 38 dan 17 pencalonan.
Zaid, bekas menteri pusat, menyertai PKR tahun lalu.
Azmin, yang juga Ahli Parlimen Gombak sebenarnya bercadang bertanding jawatan timbalan presiden tiga tahun lalu tetapi menarik balik hasratnya saat-saat akhir.
Sesi penerimaan pencalonan ditutup pukul 6 petang tadi. Ia berlangsung sejak 10 pagi seolah-olah ‘pilihan raya mini’ di pekarangan ibu pejabat PKR di sini dan juga di Kuching dan Kota Kinabalu.
Bersama Nurul Izzah seramai 18 calon lain mencuba nasib di peringkat naib presiden.
Saingan jawatan naib presiden juga dilihat terbuka selepas dua penyandangnya Azmin dan Mustaffa Kamil tidak mempertahankan kedudukan masing-masing. Begitu juga seorang lagi naib presiden Dr Lee Boon Chye.
Hanya R Sivarasa, iaitu naib presiden dilantik bertanding kerusi ini tahun ini.
Di Kota Kinabalu, pemimpin PKR Sabah Datuk Dr Jeffrey Kitingan menolak daripada bertanding jawatan naib presiden.
“Saya pernah menjadi naib presiden kebangsaan dan saya lihat tidak ada gunanya pada usia sedemikian saya memegang jawatan yang agak junior dan tidak mempunyai kuasa dan terus berdepan dengan keadaan di mana tidak ada siapa mendengar cakap anda,” katanya.
Keputusan Jeffrey itu menjadikan anggota pimpinan pusat dan ketua PKR Tuaran Ansari Abdullah satu-satunya calon dari Sabah bertanding untuk jawatan itu.
Saingan kerusi naib presiden juga menyaksikan Pengarah Pilihan Raya PKR Fuziah Salleh berada di depan dengan 145 pencalonan. Calon lain termasuklah Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Datuk Dr Mansor Osman dan Pengarah Strategik PKR Chua Tian Chang.
Lain-lain ialah Abdullah Sani Hamid, N. Gobalakrishnan, Yusmadi Yusof, Baru Bian, Dr Xavier Jayakumar,  Jonson Chong, S. Manickavasagam dan Dominique Ng.
Seramai 135 calo, mengesahkan merebut 25 kerusi Majlis Pimpinan Pusat (MPP).

Nazri Aziz, wira tak didendang Umno

Datuk Seri Nazri Aziz menyifatkan dirinya sebagai seorang ahli politik yang berpandangan bebas. Menteri di jabatan perdana menteri itu berkata beliau langsung tidak peduli dengan pelbagai label yang dilemparkan terhadap dirinya, mahupun pandangan daripada golongan yang skeptis dengan pendiriannya.

Nazri sebelum ini sering kali mengambil pendirian yang bertentangan dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sehingga menyebabkan beliau diberi jolokan sebagai 'hatchetman' kepada perdana menteri kemudiannya, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Begitu juga selepas beliau dilantik ke kabinet Datuk Seri Najib Razak. Tanpa diminta, beliau terus ke hadapan untuk mempertahankan Najib apabila timbul isu melibatkan Biro Tata Negara.

Tindakannya sering meletakkan beliau dalam keadaan yang tidak selari dengan aspirasi pemimpin lain dalam BN yang mempertahankan BTN, walapun modul latihannya didakwa memupuk perkauman.

Dalam reaksinya, Nazri yang mula dilantik ke kabinet Dr Mahathir sejak 11 tahun lalu itu berkata tindakannya itu hanyalah sekadar menggunakan haknya untuk menjawab pandangan daripada bekas ketuanya itu.

"Orang melihat saya sebagai tidak menghormati dan tidak berterima kasih (kepada Dr Mahathir). Tapi saya rasa, jika Tun boleh buat kenyataan kepada umum, saya juga ada hak untuk menjawab.

"Orang selalu kata, 'kenapa mesti Nazri (yang menjawab)? Kenapa tidak orang lain?' Biar saya beritahu -- Saya seorang menteri di jabatan perdana menteri. Apabila PM diserang, anda tidak tunggu PM untuk jawab, tapi menteri di jabatan perdana menteri (patut jawab).

"Kalau anda tidak mahu saya buka mulut, letak saya di kementerian lainlah," katanya lagi dan menambah, beliau menjawab isu tersebut kerana ia ditimbulkan di Dewan Rakyat.

Katanya lagi, beliau tidak melihat isu berkenaan satu isu peribadi antara beliau dan Dr Mahathir.

"Ia cuma tugas saya. Saya tidak mahu menjadi hero. Bila Tun menjadi PM, Pak Lah (Abdullah Badawi) jadi PM, saya yang mempertahankan mereka. Saya cuma pertahankan PM.

"Selagi saya tahu perkara itu benar, saya akan terus perkatakannya," katanya lagi.

Satu lagi isu yang menyeret beliau ke kancah kontroversi ialah apabila menyahut cabaran penasihat DAP Lim Kit Siang supaya menyatakan bahawa beliau mengutamakan kedudukan sebagai 'bangsa Malaysia' dan bukannya sebagai 'bangsa Melayu.'

Beliau merupakan satu-satunya pemimpin Umno yang berani berbuat demikian, setelah dicabar oleh Lim untuk membuktikan konsep 1Malaysia yang diilhamkan Najib.

Katanya, beliau tidak kisah walaupun rakan-rakan sejawatannya yang lain tidak mengikut rentak langkahnya.

"Saya percaya dengan apa yang saya buat, dan saya (bertindak) dengan betul. Kalau anda main bola sepak sebagai striker, anda tidak akan tanya kenapa pemain pertahanan atau sayap kanan tidak menjaringkan gol.

"Saya tidak mahu peduli tentang orang lain, sebab ia akan buatkan kita berasa serba salah. Jadi kenapa saya perlu peduli? Saya cuma tumpukan kepada gol saya," katanya lagi.

"Saya tak peduli sedikitpun apa yang orang akan kata. Saya percaya ini adalah cara untuk kita maju ke hadapan selepas lebih 50 tahun (merdeka).

Tambahnya, beliau tidak mendukung pegangan yang ultra dalam mengutarakan isu-isu kaum dan beliau konsisten dalam hal ini semenjak menjadi ahli pergerakan pemuda Umno.

Malangnya, beliau tidak dapat mengulangi slogan "Malaysian first" itu di Perhimpunan Agung Umno memandangkan beliau kini dalam majlis tertinggi parti.

Nazri menjelaskan, lebih baik sekiranya beliau hanya seorang ketua bahagian kerana itu akan memberikannya lebih lebih berpeluang untuk bercakap dalam mesyuarat itu.

Namun itu tidak akan menyekat beliau untuk terus bercakap mengenai agenda anti-perkauman, katanya.

"(Pemain skuasy dan badminton negara, Datuk ) Nicol David dan (Datuk) Lee Chong Wei menang pingat emas apabila mereka bermain untuk negara. Mereka bukannya bermain untuk China tetapi Malaysia. Mereka dijulang sebagai hero.

"Tapi bila mereka pulang, apa yang (kumpulan) rasis ini beritahu mereka? 'Masyarakat kamu tidak diterima di sini.' (Orang) rasis ini tidak sepatutnya menerima apa-apa dari Malaysia.

Nik Aziz jumpa dulu calon-calon Galas

Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat akan bertemu terlebih dahulu dengan mereka yang disenarai pendek untuk dipilih mewakili PAS bertanding pada pilihan raya kecil Galas sebelum salah seorang daripada mereka diisytihar sebagai calon.

Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun (kiri) berkata ini adalah antara ketetapan yang akan dibuat oleh Menteri Besar Kelantan tersebut.

“Tok Guru (Nik Aziz) akan panggil mana-mana nama calon yang disenarai pendek mungkin untuk menerima amanat daripadanya sebelum seorang daripada mereka diumumkan sebagai calon,” katanya kepada pemberita di kediaman Nik Aziz di Kampung Pulau Melaka di Kota Bharu, hari ini.

Sebelum itu Abdul Fatah yang juga ADUN Bukit Tuku memberi taklimat kepada Nik Aziz berhubung perkembangan terbaru dan strategi parti dalam menghadapi pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri berkenaan pada 4 Nov ini.

Abdul Fatah berkata Nik Aziz juga mungkin akan mengumumkan nama calon PAS lebih awal daripada BN.

"Pada mulanya Nik Aziz dijangka mengumumkan nama calon pada 22 Oktober ini, tetapi mengikut perkembangan terbaru, ia mungkin diadakan lebih awal.

"Mungkin diadakan serentak pada hari pelancaran jentera pilihan raya PAS pada 19 Oktober ini," katanya.

Beliau berkata tiada apa yang hendak dirahsiakan oleh PAS mengenai calonnya di samping ia tidak mempunyai masalah dengan pemilihan calon.

Penduduk bantah surau, pusat asuhan diroboh Kerajaan UMNO@BN

Lebih 100 penduduk kampung mengadakan tunjuk perasaan secara aman di hadapan masjid Bukit Katil petang semalam kerana membantah tindakan kerajaan negeri Melaka yang bercadang mengambil tanah sebuah pusat asuhan tunas Islam dan surau di kampung berkenaan untuk pembinaan sebatang jalan raya.

Demonstrasi itu anjuran badan bertindak perobohan pusat asuhan tunas Islam (PASTI) dan Surau Bukit Katil.

Menurut pesuruhjaya PAS Melaka, Abdul Ghani Abdul Rahman, penduduk kesal dengan sikap kerajaan negeri yang tidak mahu berunding dengan rakyat khususnya tuan tanah pusat asuhan dan surau berkenaan.

"Rundingan tidak dibuat, tiba-tiba surat sampai untuk beri pampasan. Inilah sikap rakus pihak kerajaan yang jelas tidak mengutamakan rakyat.

“Di sana ada tanah kosong yang boleh diambil untuk buat jalan mengapa tanah di sini yang diambil sedangkan tanah kosong tersebut lebih sesuai tidak melibatkan surau, PASTI dan rumah rakyat," katanya dengan berang.

Menurut Abdul Ghani, tindakan kerajaan itu disifatkan tidak logik kerana jalan yang akan dibina adalah bengkok berbanding cadangan asal yang lebih lurus.

Tunjuk perasaan secara aman ini bagaimanpun diarahkan oleh polis supaya dihentikan kerana didakwa mengganggu ketenteraman awam dan tiada permit.

Ketua Dewan Pemuda PAS Melaka, Kamaruddin Sidek berkata penguakuatsaan Akta Tanah yang memberikan kuasa penuh kepada kerajaan untuk mengambil tanah rakyat atas nama pembangunan telah melucutkan hak rakyat.

"Rakyat sudah tidak ada kuasa dan hak ke atas tanah milik mereka sendiri, bila-bila masa kerajaan boleh ambil dan ianya sukar dicabar di mahkamah,"katanya.

Tunjuk perasaan ini juga dihadiri oleh pemimpin Pakatan Rakyat Melaka yang lain. Antara mereka ialah pengerusi DAP, Goh Leong San; ADUN Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong; ADUN Bachang, Lim Jak Wong; ADUN Bandar Hilir, Tey Kok Kiew dan ketua AMK Melaka, Hairiz Nordin.

Mereka kemudian bersurai tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.

Gambar sekitar demontrasi bantah roboh surau dan PASTI Bukit Katil oleh Kerajaan APCO@UMNO.


































Saturday, October 9, 2010

PAS tetap lawan sekalipun Najib calon BN

 
SHAH ALAM, 9 Okt: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, jika Datuk Seri Najib sekalipun menjadi calon Umno di Galas, PAS tetap akan bertanding.

Ianya kerana PAS telah menetapkan pendirian untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil tersebut yang dijadual 4 November ini.

"Kita akan melawan siapa sahaja, kalau Datuk Seri Najib yang bertanding sekalipun kita akan lawan.

"Kita sudah buat keputusan untuk bertanding," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan petugas media berhubung respon Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) hari ini.

Ku Li pagi tadi menjelaskan beliau menerima tawaran sebagai Pengarah Pilihan Raya Galas, namun berhubung calon, beliau belum boleh memberi keputusan.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi berkata beliau tidak mahu menyentuh soal calon Umno kerana itu hak mereka.

Namun bagi PAS beliau berkata, parti itu mengambil kira semua aspek dalam menentukan keberkesanan kempen pada pilihan raya itu nanti.

Ianya termasuk soal isu yang akan dibangkitkan yang dijangka sedikit berbeza dari PRK Manek Urai lalu memandangkan Galas lebih dekat dengan kawasan pekan.

"Dalam isu tempatan sudah tentulah berubah, masyarakatnya berbeza.

"Di Galas ada org asal, Tiong Hua, oleh sebab itu pendekatan, kita ambil kira.

Ditanya soal calon PAS, beliau memberitahu sedang menunggu mesyuarat PAS Kelantan yang akan memutuskannya dalam masa terdekat.

"Kita menunggu mesyuarat PAS Kelantan dalam masa terdekat," katanya.

Beliau sebelum itu melancarkan Briged Dewan Muslimat PAS (Briged Muslimat) di sini.


Baca: Briged Muslimat dekati pengundi wanita muda sini

Petanda BN semakin lemah: AGM Wanita, Pemuda MCA lesu, kurang sambutan



Jumlah kehadiran anggota Pemuda dan Wanita MCA yang rendah di persidangan agung tahunan (AGM) Pemuda dan Wanita di Kuala Lumpur hari ini menimbulkan tanda tanya.

Kehadiran anggota Pemuda dikatakan hanya sebanyak 51 peratus dan Wanita sekitar 56 peratus, lebih rendah berbanding tahun-tahun sebelum ini.

Sesetengah pihak menyifatkan perkara itu sebagai tentangan terhadap kepimpinan sayap masing-masing dan keputusan yang telah diambil oleh pucuk pimpinan parti.

Misalnya dikatakan ada pihak yang tidak berpuas hati dengan cadangan jawatankuasa pusat parti untuk melantik setiausaha agung wanita, Chew Lee Giok sebagai Senator dan bukannya ketua pergerakan, Datuk Datuk Yu Chok Tow.

Satu lagi ialah cadangan untuk melanjutkan tempoh jawatan Senator kepada Senator Khoo Soo Seang untuk sepenggal lagi.



"Apa yang kita lihat ialah mereka mencalonkan orang yang mempunyai hubungan dengan presiden parti untuk memegang jawatan," kata sumber dalaman parti.

Keadaan diburukkan dengan pertelingkahan antara dua kumpulan dalam sayap Wanita, satu yang mempunyai hubungan dengan pucuk pimpinan lepas dan satu lagi yang mempunyai hubungan dengan pucuk pimpinan sekarang.

Namun ketua pergerakan kedua-dua sayap itu menyifatkan peratus kehadiran yang rendah merupakan perkara biasa kerana tahun ini bukan merupakan tahun pemilihan.

"Kehadiran boleh mencecah 80 peratus sekiranya AGM diadakan semasa pemilihan," kata Yu.

"Ia tidak teruk. Sebelum ini kita mempunyai purata kehadiran antara 29 hingga 50 peratus," kata pula ketua Pemuda, Datuk Wee Ka Siong.

Terdapat juga pemimpin yang menyifatkan kemungkinan ramai anggota yang tidak hadir kerana meraikan Perayaan Sembilan Maharaja Dewa atau menghadiri majlis perkahwinan sempena tarik 10.10.10.

Namun bagi veteran parti Datuk Yap Pian Hon, perkara itu mungkin berlaku kerana kehilangan keyakinan anggota terhadap parti ekoran prestasi buruk parti pada pilihan raya umum lalu.

"Tahap keyakinan di kalangan ahli masih belum pulih sepenuhnya," katanya.

Yap juga berkata jumlah kehadiran adalah antara 60 hingga 70 peratus, walaupun bukan pada tahun pemilihan.

PELAKON TERBAIK ABAD INI...?

Susulan insiden pemulangan semula wang ehsan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada warga emas baru-baru ini, maka hebohlah puak-puak UMNO menjaja kononnya Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (foto), itu telah menipu warga emas terutamanya yang beragama Islam.

Malah Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri dan ADUN Penaga iaitu Datuk Azhar Ibrahim juga menyifatkan tindakan itu jelas sekali menipu warga emas yang serba kekurangan itu. “Mereka orang kampung, ibu-ibu bapak-bapak… mereka sembahyang, mereka mengaji, mereka bukan orang jahat, mereka orang baik-baik tetapi mereka ini agak kurang mendapat rezeki daripada Allah SWT, kekurangan itu maka digunakan kesempatan ini untuk menipu mereka”, katanya.
Beliau kononnya bangkit sebagai pembela kepada warga emas terbabit yang kecewa dengan status wang tersebut. Malah beliau mengatakan kononnya warga emas sendiri mahu mengadakan majlis untuk memulangkan wang tersebut kepada UMNO untuk diserahkan kepada Kerajaan Negeri. Dalam majlis itu seramai 40 warga emas dari Penaga, Kepala Batas telah bertindak memulangkan wang yang dipercayai haram hasil sumbangan Kelab Lumba Kuda untuk program membasmi miskin tegar di negeri itu. Biarpun Lim Guan Eng sudah menjelaskan bahawa wang sumbangan tersebut adalah dari hasil kerajaan negeri sendiri, namun mereka tetap tidak dapat menerima kenyataan tersebut kerana termakan dakyah puak UMNO. Maka disiarkan secara eksklusif oleh media arus perdana.
Maka, selepas itu pemulangan wang diikuti pula oleh warga emas Bayan Baru dan semalam diikuti pula oleh warga emas dari Balik Pulau. Makanya hebohlah orang memperkatakan serta kecewa dengan tindakan Lim Guan Eng itu. Biarpun Kerajaan Negeri Pulau Pinang sudah memberi penjelasan demi penjelasan, anehnya puak-puak UMNO masih terus mahu menjadi juara isu ini. Hilang isu doa khutbah untuk Lim Guang Eng, kini timbul pula isu panas ini. Pendek kata UMNO amat berharap agar isu seperti ini akan menghilangkan kepercayaan rakyat kepada kerajaan negeri pimpinan DAP itu. Malah, akan melunturkan sokongan orang Melayu kepada Pakatan Rakyat di seluruh negara atas apa yang berlaku di negeri itu.

Namun, akhirnya mungkin sudah suratan takdir UMNO terpaksa menerima hakikat bahawa majlis yang diadakan itu adalah tajaan UMNO Pulau Pinang sendiri sebenarnya. Malah, bukti jelas berjaya dibongkarkan yang terdapat seorang Ketua UMNO Bahagian tergamak menyamar sebagai warga emas pada hari berkenaan. Beliau ialah Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam iaitu Datuk Musa Sheikh Fadzir (foto). Sunggu melucukan melihat adengan beliau sanggup berlakon sebagai warga emas untuk diambil gambar oleh media, kemudian dilihat semula duduk semula di sebelah Datuk Azhar ketika sidang media. Dengan bukti ini, maka sahlah isu “wang haram” yang dimainkan oleh puak-puak UMNO ini hanyalah ciptaan mereka.

Bukti, wajah Si Ketua UMNO yang sanggup jadi pelakon tambahan itu.










Lagi bukti, wajah sebenar pelakon tambahan yang tidak tahu malu itu

 











Jika seorang Ketua Bahagian sanggup jadi “pelakon tambahan warga emas” seperti itu, maka apatah lagi dengan ahli-ahli biasa sebenarnya. Makanya, kemungkinan besar 40 warga emas yang dikatakan memulangkan wang tersebut adalah terdiri daripada ahli-ahli UMNO sekitar DUN Penaga dan ditempat lain itu sebenarnya. Maka itulah kita tidak hairan mereka memulangkan wang RM100 ke dalam tabung yang disediakan oleh UMNO, kerana kemungkinan besar mereka ada perjanjian akan diberikan wang lain sebagai ganti “aksi lakonan mereka” pada majlis itu.

Pendedahan ini sungguh menjijikkan sebenarnya. Sungguh kita tidak sangka seorang Ketua UMNO sanggup berlakon sebagai warga emas semata-mata untuk mencari publisiti murahan. Apalah nak jadi dengan puak-puak UMNO ini agaknya. Mereka sudah terlalu kemaruk untuk menjatuhkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng. Malah mereka tidak mahu Lim dipandang popular oleh dasar-dasarnya yang banyak membela dan menjaga kebajikan rakyat. Maka itulah kita tidak hairan, dicari jalan sedaya upaya untuk menjatuhkan imej dan maruah Lim Guang Eng. Apapun, kini sudah terbukti bahawa adengan tersebut hanyalah lakonan dan sandiwara semata-mata. Maknanya, sia-sia sahaja adengan mereka selepas ini susulan daripada pendedahan yang dibuat ini.

Galas: Pemuda PAS lancar jentera hari ini


KUALA LUMPUR, 9 Okt: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) akan melancarkan jentera pilihan raya pemuda peringkat negeri Kelantan bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Galas di Markaz PAS Kawasan Gua Musang jam 3 petang ini.

Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, seluruh pemuda negeri khususnya di Gua Musang dikerah untuk memulakan gerak kerja setelah jentera dilancarkan petang ini

"Untuk peringkat kebangsaan kita dah lancar di program ijtima' minggu lepas dan hari ini untuk peringkat negeri Kelantan sendiri," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Menurut beliau, seramai 5000 pemuda di seluruh negara telah dikerahkan untuk turun membantu jentera Kelantan pada PRK kali ini.

"Kita telah sasarkan seramai 5000 pemuda akan turun bertugas mengikut syif yang ditetapkan," katanya.

Sementara itu, Ketua DPP Kelantan, Abdul Latiff Abdul Rahman memberitahu, Kelantan telah menyediakan seramai 400 pemuda dari setiap kawasan untuk bertugas.

Jumlah petugas dijangka akan meningkat dari semasa ke semasa.

"Kita telah gerakkan gelombang pertama bermula 7 Oktober lalu. Setiap gelombang akan bertugas mengikut syif iaitu satu syif selama lima hari dan akan berterusan sehingga ke hari membuang undi," katanya.

Majlis pelancaran petang ini akan dirasmikan oleh Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan, Datuk Husam Musa dan akan dihadiri oleh beberapa pimpinan DPPP.

Umno keseorangan: MCA pula gesa pinda AUKU, benarkan mahasiswa berpolitik!



MCA: Pinda AUKU bolehkan mahasiswa sertai politik

KUALA LUMPUR, 9 Ok – Pemuda MCA hari ini meminta agar kerajaan mempertimbang agar beberapa klausa dalam Akta Kolej Universiti dan Universiti (AUKU) 1971 dipinda bagi membenarkan mahsiswa mengambil bahagain dalam politk.

Ketuanya Datuk Dr Wee Ka Siong berkata kerajaan boleh menetapkan hala tuju bagi perjuangan dalam politik dan menggalakkan budaya berpolitik yang sihat daripada menghalang mereka mengambil bahagian agar dengan itu ia dapat menarik sokongan mereka.

“Jika kita bimbang penyertaan mahasiswa dalam politik boleh menjejaskan pengajian dan suasana aman dalam kehidupan mereka di universiti, kita boleh sediakan garis panduan untuk mereka ikuti dan mendidik mereka untuk mendisiplinkan diri sendiri dan bertanggungjawab menjaga kata-kata dan tingkah laku mereka, katanya semasa berucap pada perhimpunan agung tahunan Pemuda MCA ke-46 di Wisma MCA di sini.



Wee yang juga Timbalan Menteri Pelajaran berkata mengikut Perlembagan Persekutuan, ia juga merupakan hak generasi muda dengan usia yang sesuai untuk mengambil bahagian dalam politik.

“Tetapi Akta Kolej Universiti dan Universiti 1971 telah menghalang mereka mengambil bahagian dalam politik, dan keadaan ini tidak munasabah.

“Kita tidak boleh menganggap mereka sebagai musuh seolah-olah mereka sudah pasti menentang kita. Ini sudah keterlaluan,” katanya.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin berkata pergerakan itu telah membawa perkara itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.

“Kita telah memaklumkan kepadanya dan beliau besetuju untuk menelitinya,” katanya. – Bernama

p/s: Lihat bagaimana pensyarah Umno ini dimalukan semalu2nya gara-gara terpengaruh dgn dokrin Umno, 'Mahasiswa tidak boleh berpolitik sbb tak matang'...