Thursday, December 8, 2011

Umno Penang hadiahkan "tahi manusia" kepada staff kerajaan


Kalau pilihan kali ini salah lagi, salahkan diri sendiri
UMNO mengakui yang pilihan raya kali ini merupakan ibu kepada semua pilihan raya. UMNO menganggap ia sebagai ibu kepada semua PRU kerana UMNO menganggap pertukaran pemerintahan dari mereka kepada pihak lain itu merupakan satu jenayah dan tidak boleh dan tidak patut berlaku.

Kepada negara-negara lain yang mengambil demokrasi sebagai cara politik mereka, pertukaran pemerintah itu adalah perkara biasa dan ianya adalah hak rakyat ramai untuk menentukkan kepada siapa yang mereka hendak berikan mandat untuk mentadbir mereka.
Di antara parti buruh dan konservatif di Britain tidak tahu berapa kali pertukaran pemerintahan di antara kedua-dua parti itu dan sekarang pula adalah kerajaan campuran konservatif dengan liberal demokrat.

Di negara kita lain pula keadaannya. Pada UMNO rakyat mesti mendengar semua cakap dan arahan mereka. Hak rakyat hanyalah untuk pergi ke peti undi dan pangkah lambang dacing sahaja…. tidak payah berfikir dan tidak payah membuat penilaian terhadap mereka. Rakyat hanya diarah untuk jadi burung balam sahaja… mengangguk walaupun tidak bersetuju.

Jika ada rakyat yang berbeza pendapat atau pun menyebelahi parti-parti lain rakyat ini akan dikatakan pengkhianat, pembelot, anti-Melayu, anti-Islam, DAP mengkristiankan orang Melayu, DAP nak jadikan negara ini negara republik dan sebagainya. Walaupun DAP parti halal, siapa yang menyertainya adalah pengkhianat dan pembelot seperti yang diungkapkan oleh Muhyiddin Yassin. Saya tidak tahu parti halal itu adalah parti pembelot.

Rakyat, khususnya orang Melayu ditakut-takutkan oleh UMNO yang Melayu akan hilang di dunia ini dan hanya UMNO sahajalah yang berkebolehan untuk menyelamatkan orang Melayu…. seolah-olah tidak ada elemen-elemen lain yang boleh menyelamatkan bangsa yang dipimpinnya seperti kehendak tuhan dan afa’al tuhan. Pemimpin-pemimpin UMNO pergi sejauh menuduh DAP sebagai pencetus 13 Mei dan isu inilah yang ditimbulkan setiap kali pilihan raya tiba.

Pemimpin mereka akan berkata yang UMNO sahaja yang boleh memberi mereka makan. UMNO sahajalah yang boleh melanggar undang-undang kerana pengaruh UMNO boleh memberikan ‘immunity’ kepada penjenayah kolar putih. Hanya UMNO yang boleh memberikan pinjaman ratusan juta jika isteri atau suami mereka berada di dalam kabinet.

Jika Shahrizat Jalil itu hanya seorang bidan di klinik desa, suaminya tidak akan dapat mendapatkan pinjaman RM250 juta dan membelanjakan wang hasil pinjaman mudah dengan kadar faedah hanya 2 peratus itu untuk membeli kondominium, dua lot tanah di Putrajaya, kereta Mercedez dan bercuti ke luar negara serta mengerjakan Umrah. Hebat betul bila dapat jadi menteri walaupun mengikut jalan belakang.

Hanya UMNO boleh melanggar undang-undang dan perjanjian dan hanya UMNO boleh memasukkan atau mengeluarkan sesiapa dari penjara. Hanya UMNO boleh melakukan penderhakaan terhadap Raja-Raja Melayu seperti yang berlaku pada tahun 1993 dahulu yang diketuai oleh Dr Mahathir Mohammed. UMNO merupakan satu ‘tool kit’ untuk sesiapa yang memegang parti ini tetapi sekarang ini sudah terlalu banyak trend yang membuktikan rakyat sudah berani menentang ‘hegemony’ UMNO ini. Kenapa rakyat sudah berani?

Jawapannya ialah kerana rakyat sudah tahu rupa-rupanya negara ini mereka yang punya, bukannya kepunyaan UMNO seperti yang mereka sebut dari dahulu hingga sekarang. Rakyat sudah insaf yang segala yang UMNO katakan itu kebanyakannya merupakan tindakkan menyesatkan pemikiran mereka.

Rakyat baru sedar sekarang ini UMNO hanya mempunyai 56 kerusi parlimen di Semenanjung dan 13 lagi kerusi di Sabah dan jumlahnya hanyalah 69 kesemuanya. Rakyat sudah mulai sedar yang UMNO bukanlah parti yang memimpin parlimen itu dalam erti kata yang hakiki. UMNO hanyalah parti yang sudah begitu kecil penyertaan dan Dewan parlimen jika dibandingkan dengan masa-masa yang lalu. UMNO sekarang sudah menjadi parti yang menadah tempurung untuk mendapatkan lanjutan kuasa yang mereka telah alami sejak dulu lagi.

Rakyat sudah sedar yang rupa-rupanya UMNO bukanlah parti yang ‘invincible’ dan boleh diketepikan oleh rakyat apatah lagi dalam keadaan UMNO yang paling lemah dalam sejarah 23 tahun kewujudan parti itu. Baru sekarang UMNO hendak mencari calon-calon boleh menang tetapi sayangnya ia dilakukan semasa parti itu sudah tidak ‘winnable’ lagi. UMNO sesungguhnya sedang menghadapi krisis keyakinan yang paling teruk dalam sejarahnya.

Sebagaimana yang saya katakan tadi, di Semenanjung UMNO hanya mempunyai 56 kerusi dan ditambah dengan 13 kerusi dari Sabah yang belum tentu dapat bertahan atau tidak ke mana. Rupa-rupanya UMNO hanya mempunyai 20% suara dalam parlimen dan tahulah kita sekarang kenapa pemimpinnya bercakap bergegar-gegar dalam semua perjumpaan dalam persediaan menghadapi rakyat dalam tempoh yang terdekat ini.

Barulah rakyat sedar yang BN selepas pilihan raya ini hanya ada satu parti di Semenanjung ini kerana MCA dan Gerakan sudah hampir pupus dari senario politik perdana negara ini. MCA di bawah kepimpinan CSL yang terkenal itu merupakan zaman yang paling getir dalam sejarah parti itu. Dijangkakan hampir semua saki-baki kerusi MCA itu akan hilang dan parti itu tidak akan lagi menjadi parti yang mempunyai apa-apa 'consequence' selepas ini.

Jika UMNO keseluruhan hilang 10 lagi kerusi kali ini ianya memberi makna yang UMNO sudah sampai ke penghujung hayatnya. Kalau UMNO mendapat kurang dari jumlah kerusi yang mereka menangi di dalam pilihan raya dahulu, waimma dengan hanya satu kerusi tambahan UMNO sudah boleh kita anggap secara ‘conclusive’ yang parti itu sudah mati dari segi hakikatnya.

Kalau keadaan itu berlaku keyakinan ahli-ahli UMNO sendiri akan menurun, apatah lagi bagi Melayu atau rakyat yang tidak menyertai mana-mana parti. UMNO sudah hilang kelayakan untuk memimpin BN kerana parti yang angkuh ini hanya mempunyai 23% perwakilan di parlimen. Apabila BN kehilangan komponen yang kedua terbesar dalam BN iaitu MCA maka BN tidak lagi mempunyai kredibiliti sebagai pemimpin komponen yang suatu ketika dahulu gagah dan perkasa. UMNO tidak akan lagi dihormati dan disegani oleh parti-parti komponen yang berada di dalam BN keseluruhannya.

Itulah sebabnya saya pernah berkali-kali mencadangkan supaya negara ini mempunyai politik yang baru. Kita terpaksa mencari seorang pemimpin Melayu yang dihormati oleh semua kaum sama ada Cina, India mahu pun semua bangsa di Sabah dan Sarawak.

Kita terpaksa memulakan keadaan politik baru yang dipimpin oleh seorang yang berpengalaman untuk berbincang dengan ketua-ketua semua kaum seperti yang dilakukan oleh Tunku Abdul Rahman dahulu. Dalam proses ini maka terpaksalah setengah pihak untuk berkorban bagi menjamin kestabilan politik negara pada masa-masa yang akan datang.

Pengorbanan boleh dilakukan dengan pengunduran pemimpin-pemimpin parti yang menjadi isu terbesar yang menyebabkan komponen yang memimpin negara tidak diyakini rakyat lagi.

Latar belakang politik hari ini tidak membolehkan lagi UMNO menjadi tunjang kepimpinan negara. UMNO seperti yang berlaku di Selangor hanya menjadi penghasut dengan mencari-cari siapa yang mahu berhadapan dengan kamera TV untuk membuat bantahan kepada perkara dan isu yang kecil terhadap kepimpinan Khalid Ibrahim.
Di P Pinang, pemimpin umno sudah bermain dengan 'tahi' (gambar kiri), di Kedah dan Kelantan hanya UMNO dan pemimpin mereka, mencari kesalahan-kesalahan pentadbiran negeri pimpinan PR itu seperti orang mencari kutu.

UMNO dan BN tidak pula membuat demonstrasi terhadap parti dan pemimpin yang bertanggungjawab terhadap kerugian PKFZ yang melibatkan RM12 billion. PKFZ merupakan ibu kepada segala skandal pemimpin menjahanamkan wang rakyat.
Skandal yang begitu besar skalanya ini dilakukan oleh pemimpin-pemimpin UMNO dan MCA, termasuk melibatkan PM semasa itu yang begitu lalai dan tidak bertangjawab terhadap kos pembelian tanah yang begitu tinggi.

Ahli-ahli UMNO serta pemimpin UMNO Selangor yang tidak terlibat dengan skandal ini untuk berdemonstrasi besar-besaran jika benar ahli-ahli UMNO benar-benar hendak mencari ketelusan dan kejujuran pimpinan semasa BN berkuasa itu.

Oleh itu rakyat Selangor terutamanya wajar membawa kes ini ke mahkamah rakyat dan membuat keputusan yang jelas di dalam pilihan raya yang akan datang. Jika UMNO hilang 10 kerusi parlimen dan MCA kehilangan keseluruhan kerusi-kerusi yang berbaki sebanyak 15 lagi itu, maka BN akan berhadapan dengan akhir kalam politik mereka.

Tetapi itu adalah biasa sebagai sebuah negara demokrasi. UMNO boleh duduk di kerusi-kerusi pembangkang di dalam semua Dewan Undangan Negeri-negeri dan Persekutuan. Apa salahnya duduk di bangku pembangkang pula kali ini.

Kalau kita main gasing kedua-dua belah pihak mesti mengambil giliran untuk memusing gasing dan memangkah gasing-gasing itu. BN selama ini hanya di pihak yang memangkah, kali ini BN patut bersetuju untuk memusing pula. Itulah demokrasi.

Kita tengok pula, jika Pakatan Rakyat memimpin Putrajaya, berlakukah atau tidak pinjaman mudah sebesar RM250 juta dari kerajaan untuk memelihara lembu seperti yang dilakukan oleh BN yang sedang mentadbir Putrajaya sekarang ini.

Kalau PR memerintah adakah kejadian seperti membeli peralatan ketenteraan yang digandakan harganya berlipat kali untuk kepentingan syarikat kroni seperti yang berlaku sekarang ini?

Jika pihak PR menjadi PM akan adakah PMnya menggunakan harta rakyat dalam jumlah berbillion ringgit untuk menyelamatkan perniagaan anaknya yang kerugian besar dalam perniagaan perkapalannya seperti yang pernah berlaku beberapa tahun dahulu?

Agak-agaknya kalau pemimpin PR menjadi Menteri Besar mana-mana negeri, adakah agaknya MB itu tertangkap menghantar wang sebanyak RM10 juta keluar negara secara haram melalui penggurup wang yang ‘dubious’ seperti yang dilakukan oleh seorang MB tidak berapa lama dahulu?

Banyak lagi persoalan tetapi masa dan ruang tidak memberikan saya peluang untuk menyenaraikannya satu persatu. Tetapi secebis yang di sebutkan itu sudah cukup untuk membuat keputusan secara ‘conclusive’ dalam pilihan raya yang akan datang.

Yang penting, keputusan kita mestilah satu keputusan yang akan dapat menghindar apa yang saya sebutkan tadi berulang lagi. Jika mereka yang melakukan itu masih mendapat mandat jangan bersungut lagi. Salahkan diri sendiri.
- Aspan Alias

Wednesday, December 7, 2011

SPR sahkan dakwat kekal diguna pada PRU-13

Dakwat kekal akan digunakan sepenuhnya dalam proses pengundian pada pilihan raya umum Kk-13 (PRU-13) yang dijangka diadakan tidak lama lagi, kata timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Katanya, penggunaan dakwat kekal itu selaras dengan keputusan Dewan Rakyat yang meluluskan 10 cadangan dalam laporan awal yang dikemukakanoleh Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) berhubung pembaharuan sistem pilihan raya di negara ini yang dibentangkan awal bulan ini.

“Dakwat kekal akan digunakan pada PRU-13. Itu hasrat dan SPR hormati keputusan Parlimen tetapi banyak perkara perlu diambil tindakan sebab babitkan pindaan Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981.

“Menerusi undang-undang baru ini, orang yang datang mengundi perlu dicalit dakwat, baru dapat kertas undi. Dulu (PRU-12) tidak boleh laksana sebab tidak ada pindaan, sekarang tidak ada masalah kerana sudah dapat persetujuan semua pihak.

“Bagaimanapun, tindakan pentadbiran akan diambil terlebih dulu termasuk menyemak kandungan dakwat bagi mengelak bahan kimia terlarang serta meminta pandangan Majlis Fatwa sekali lagi,” kata Wan Ahmad dipetik Berita Harian hari ini.

Akhbar berkaitan Umno itu juga memetik beliau berkata SPR sedang mengambil langkah melaksanakan keputusan itu dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara bagi mengelak sebarang pertikaian undang-undang pada masa depan.


azlan
Selain penggunaan dakwat kekal, PSC juga membentangkan sembilan lagi cadangan dalam laporan awalnya yang diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 1 Disember lalu.


Ini termasuk pengundian awal, pengundi tidak hadir luar negara, pengundi luar kawasan, penukaran kawasan pendaftaran, pembersihan daftar pemilih dan pameran rang daftar pemilih tambahan, ketelusan proses mengundi, penambahbaikan proses pencalonan dan pengukuhan SPR.



azlan
Bekas pengerusi SPR Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman pada satu wawancara dengan Malaysiakini pada Oktober lalu berkata beliau menganggap tekanan pihak berkuasa supaya penggunaan dakwat kekal dimansuhkan pada 2008 sebagai kegagalan terbesar dalam tempoh 26 tahun perkhidmatannya.



Dakwat baru

Penggunaan dakwat kekal sepatutnya diperkenalkan pada pilihan raya umum Mac 2008, tetapi dibatalkan pada saat-saat terakhir.

Menurut SPR ketika itu, rancangan berkenaan dimansuhkan atas alasan mendapat nasihat daripada segi perundangan termasuk keperluan menggubal satu undang-undang yang membenarkan seorang pengundi yang tidak mahu kuku atau jari telunjuknya ditandakan dengan dakwat, diberikan kertas undi.


Malah, katanya, beliau juga menimbangkan kemungkinan  meletakkan jawatan, tetapi dinasihatkan oleh banyak kawan-kawan yang rapat supaya tidak berbuat demikian bagi mengelakkan krisis perlembagaan.

Mengulas lanjut, Wan Ahmad juga dipetik oleh Berita Harian sebagai berkata, SPR akan membelanjakan kira-kira RM5 juta membeli dakwat baru kerana dakwat kekal yang sepatutnya digunakan pada PRU-12 2008 sudah dilupuskan selepas tamat tempoh.

sumber: Malaysiakini.com

Warta Jingga : Apakah muslihat SPR selepas ini?? Adakah SPR akan membatalkan penggunaannya seperti masa PRU12 yang lepas atas alasan tidak mendapat kelulusan Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia atau Majlis Fatwa Kebangsaan?  Jangan kita bersorak dahulu.. takut kita menyesal dikemudian hari..

Gaji Pengerusi Eksekutif NFC RM 100'000 sebulan?


Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mohd Akin mencabar National Feedlot Corporation (NFC) mendedahkan gaji bulanan yang dibayar kepada pengerusi eksekutifnya Datuk Mohamad Salleh Ismail.

Selain Mohamad Saleh yang juga suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, beliau juga meminta gaji pengarah-pengarah yang lain didedahkan.

“AMK mencabar NFC mendedah jumlah sebenar gaji yang dibayar kepada pengerusi eksekutif dan pengarahnya.

“Rakyat berhak tahu sebab wang yang dibayar untuk mereka itu datangnya dari rakyat selaku pembayar cukai,” katanya dipetik Keadilandaily.com hari ini.

Sejak awal bulan ini, beberapa maklumat tersebar di internet mendakwa suami Shahrizat memperoleh gaji bulanan sekitar RM100,000 sebulan.

Manakala ketiga tiga anaknya iaitu Wan Shainur Izmir, 31, (Pengarah Eksekutif) Wan Shahinur Izran, 27 (Ketua pegawai eksekutif) dan Wan Izzana Fatimah, 25, (pengarah) memperoleh pendapatan RM35,000 hingga RM45,000 sebulan.

Sebelum ini Pakatan Rakyat membuat beberapa pendedahan mendakwa dana rakyat berjumlah RM250 juta yang dianugerahkan kepada NFC telah disalah gunakan.

Dana itu didakwa telah digunakan untuk membeli dua unit kondominium mewah di Bangsar berharga RM13.8 juta membeli kereta Mercedes berharga RM534,622, dua bidang tanah berharga RM3,363,507 di Putrajaya dan digunakan untuk melancong ke luar negara.

Shahrizat makin terdesak, cuba lepas diri-


(Oleh: Nazar Hashim)
PULAU PINANG 7 Dis: Wanita KEADILAN Pulau Pinang menyifatkan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil semakin terdesak berhubung skandal Perbadanan Fidlot Kebangsaan yang dimilik keluarganya.
Ketuanya, Norhayati Jaafar berkata, lantaran itu, Shahrizat cuba mengalih perhatian dengan menyerang pimpinan Pakatan Rakyat pada Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita Umno minggu lalu.
“Beliau bukan saja cuba mengheret Wanita Umno melindungi hipokrasi yang ada, malah berusaha untuk menukar isu ini menjadi persoalan peribadi dengan membuat pelbagai serangan peribadi terhadap kepimpinan Keadilan seperti YB Saifuddin Nasution, YB Zuraida Kamarudin dan Rafizi Ramli.
“Usaha terdesak seperti cuba memalitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datin Seri Dr.Wan Azizah juga merupakan satu lagi taktik melepaskan diri dari kemelut yang sedang dihadapi oleh beliau membabitkan NFC, ” ujarnya dalam sidang media yang diadakan di Yayasan Aman, Penanti, petang semalam.
Menurut Norhayati, Wanita KEADILAN juga kesal dengan ucapan begitu emosional oleh Shahrizat yang tidak sedikit pun menggambarkan keperibadian pemimpin wanita Islam.
Jelasnya lagi, pendedahan yang dibuat Ketua Audit Negara melalui laporannya terhadap penyelewengan dana RM250 juta oleh NFC bukan dongengan atau palsu, tetapi merupakan fakta.
“Penyalahgunaan dana rakyat ini adalah suatu penyelewengan, penipuan dan kezaliman terhadap rakyat yang mengharapkan pembelaan dari kerajaan yang memerintah.
“Menyedari hakikat ini, sekiranya Shahrizat berasa bertanggungjawab dalam isu yang telah mencalarkan nama beliau sebagai menteri kabinet yang dipertanggungjawabkan, seharusnya beliau segera melepaskan jawatan, agar tidak menjadi liabiliti kepada rakyat dalam negara ini,” tambahnya lagi.

Penyangak-Penyangak Umno Yang Tidak Pernah Mahu Berubah




Assalamualaikum... Rentetan peristiwa muktakhir ini menunjukkan kepada satu arah,ia itu perubahan kepimpinan negara yang didahagakan sekian lama oleh sebahagian rakyat tetapi cuba dinafikan oleh sebahagian yang lain.

Tanda semakin jelas bahawa yang dahagakan perubahan semakin bertambah tetapi yang masih cuba mempertahankan kepimpinan negara yang semakin mengecil dan terdesak nampaknya tetap enggan berubah atau menerima hakikat kemungkinan perubahan yang bakal berlaku.

Ditinjau komponen golongan yang enggan berubah ini, amat memeranjatkan kerana majoriti dari mereka terdiri dari keturanan MELAYU yang beragama Islam(seperti tertera di My kad).Meneliti lebih jauh, kewujudan golongan melayu yang enggan berubah ini berpunca dari pendudukan British yang telah lama mengasuh keturunan melayu menjadi TALI BARUT sehingga tradisi dan budayanya terlalu sukar dibuang.Berikut beberapa katogeri melayu yang enggan berubah :

Pencacai tinggalan cybertrooper.
Pembaca berita dan DJ di TV dan Radio
Wartawan akhbar perdana melayu dan pemiliknya
Sebahagian Kontraktor yang cari makan dengan Kerajaan
Pekerja agensi kerajaan dan GLC
Penerima bantuan seperti Wang ehsan dan Dana Khas
Sebahagian Guru
Pekerja dan Pengajar BTN serta Khidmat Negara
Pemikir kerajaan
Runner para menteri dan pak Turut mereka
JKKK


kesemua katogeri melayu di atas umumnya mengamalkan budaya tali barut di mana kerja kerja yang hanya mereka tahu lakukan ialah memberi kuasa kepada "tuan" atau master mereka seperti mana tali barut asal British melakukan kerja dulu.Mereka umumnya akan melakukan apa saja tanpa mengira ianya benar atau salah, menindas orang lain atau tidak,mengambil hak orang lain atau tidak, beretika atau tidak, asal saja kerjanya memberi kelebihan kepada tuannya dianggap berbaloi.Kita boleh melihat bagaimana pencacai pencacai melakukan kerja mereka di internet ini dan kita boleh melihat bagaimana tali barut di kaca TV serta di dada akhbar bertindak.

Begitu juga tipikal kepada kerja kerja membodek kontraktor yang menjadi tali barut pihak parti yang memerintah serta tindakan rakus JKKK menjaga undi pemerintah.Guru guru yang terbabit serta pengajar BTN serta Kihdmat Negara pula gigih mempengaruhi anak anak sekolah/pegawai kerajaan agar menjaga kepentingan ketuanan melayu dari kaum lain dan dari golongan yang memperjuangkan Islam(TGHA pernah dianggap pengganas setaraf komunis oleh BTN).

Pemikir pemikir kerajaan seperti Zainal Kling, Mahani Zainal Abidin licik memperkenalkan idea yang menjaga kepentingan kerajaan hatta sanggup melakukan pembohongan yang nyata bilamana mengatakan negara tidak pernah dijajah.Sementara katogeri yang lain tidak kurang juga sumbangan mereka kepada survival kerajaan dan tidak kurang juga menyebabkan produktiviti negara menurun.

Mereka diseru supaya berubah tetapi seruan ini dipandang sepi sekalipun tanda tanda sedikit demi sedikit menunjukkan pengakhiran budaya tali barut ini.Memang semakin jelas sebahagian MELAYU masih enggan berubah sebaliknya masih leka dengan habuan dan janji janji tuan mereka.

SUMBER

MB NI PUN NAK BERBAI'AH JUGAK...


Siapa le yg tak kenal manusia ni,memang rakyat malaysia masih ingat gelagat samseng dan lucahnya yg memeranjatkan negara tak lama dulu....melihat kan aksi dan perangai mb ni yg bukanlah patut ada pada seorang pemimpin islam apatah lagi yg mendukung sebuah negeri terasa janggalnya bila dia mengatakan nak berbai'ah...apa2 pun kita tengok kan aje gelagat2 mereka seterusnya di waktu nak menjelang pilihanraya ke 13 ni....

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob mengalu-alukan cadangan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Mukhriz Tun Mahathir agar semua wakil rakyat Umno dan pemimpin parti itu menandatangani surat ikrar bagi menyatakan sokongan dan kesetiaan untuk terus bersama Umno dalam apa jua keadaan.

Beliau berkata setiap cadangan untuk memperkukuhkan Umno perlu diteliti dan dikaji untuk kebaikan parti. “Kita alu-alukan apa sahaja cara yang boleh kukuhkan parti,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) di sini hari ini.
Cadangan Mukhriz itu susulan ikrar taat setia perwakilan Umno Sabtu lalu, yang menyaksikan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengetuai lafaz ikrar di hadapan Presiden Datuk Seri Najib Tun Razak demi kelangsungan perjuangan memartabatkan agama, mengangkat maruah bangsa dan mempertahankan kedaulatan tanah air yang tercinta.
Ikrar yang dilafazkan itu antaranya untuk merapatkan saf perjuangan, mengeratkan ukhuwah, menghapuskan sengketa, menghindari hasad dengki dan iri hati, meletakkan kepentingan parti mengatasi kepentingan peribadi serta memberi sokongan padu yang tidak berbelah bagi kepada calon-calon yang dipilih oleh pucuk pimpinan parti untuk bertanding pada pilihan raya umum nanti.
Ditanya sama ada terdapat wakil rakyat di Pahang yang menawarkan diri untuk berundur sebagai calon pada pilihan raya umum ke-13, Adnan yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pahang berkata: “Tiada”.
“Kesediaan untuk bertanding atau tidak, saya rasa tidak perlu diuar-uarkan... terpulang pada Perdana Menteri untuk menilai siapa boleh, siapa tidak (menjadi calon),” katanya.
Mengenai kerusi Parlimen Kuantan dan Indera Mahkota yang kini milik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Adnan berkata Barisan Nasional (BN) akan berusaha memenangi kerusi itu walaupun berkemungkinan menghadapi persaingan sengit berikutan isu pembinaan kilang pemprosesan nadir bumi oleh syarikat Lynas Malaysia Sdn Bhd di Gebeng di sini.M/I

Takutkan DAP...Duit Habis Lesap - Mahfuz

Orang Melayu diingatkan agar tidak terpengaruh dengan politik kotor Umno yang menggunakan DAP sebagai modal untuk menakut-nakutkan mereka, sebaliknya perlu sedar dengan salah guna kuasa dan penyelewengan wang rakyat yang dilakukan parti itu.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, Umno dalam perhimpunan agungnya minggu lalu secara tidak langsung mengakui sudah tidak mampu menarik sokongan orang Melayu kerana urus tadbir negara yang semakin lemah di bawah pemerintahan mereka.

Justeru, Umno terpaksa menuduh DAP akan lebih berkuasa dan mengambil hak orang Melayu jika orang Melayu menyokong Pakatan Rakyat.

"Saya nak ingatkan orang Melayu, jangan sampai kita takut kepada DAP, RM250 juta hilang dalam NFC (Perbadanan Fidlot Negara), takut dengan DAP, RM52 bilion saham bumiputera tinggal RM2 bilion, takut dengan DAP akhirnya RM1.8 bilion diberi kepada Tajudin Ramli (bekas Pengerusi Syarikat Penerbangan Malaysia-Mas), takut dengan DAP, berlaku skandal dalam wang PPRT RM32 bilion oleh menteri Umno," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini, hari ini.

Tambah Mahfuz, Umno terpaksa menarik sokongan orang Melayu yang semakin menurun bagi membolehkan mereka terus memerintah dan mengumpul kekayaan untuk kroni mereka.

"Umno gunakan DAP untuk takutkan Orang Melayu, tapi dalam masa yang sama terus memunggah khazanah negara untuk kroni mereka," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Menurut beliau juga, perhimpunan agung Umno juga membuktikan parti itu masih takut memberi ruang yang sepenuhnya kepada perwakilan untuk membincangkan soal integriti kepimpinannya.

"Awal-awal lagi Ketua Polis Negara keluarkan kenyataan tak berlaku pecah amanah dalam NFC yang dimiliki suami (Datuk Seri) Shahrizat (Jalil). Ini hanya untuk mengelakkan huru hara dalam perhimpunan agungnya.

"Bila ada kenyataan daripada Ketua Polis Negara, perwakilan tak bangun persoal soal NFC tapi saya yakin Orang Melayu mempunyai pendirian yang sama iaitu mempersoal dan mempertikai kepimpinan Umno," katanya.

Pulak Dahh..Parti KITA Ikrar Sokong Pembangkang..

Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) pada Selasa mengumumkan tidak akan bertanding dalam pilihan raya umum akan datang sebaliknya akan memberikan sokongan kepada parti pembangkang. Sebelum ini, parti itu mengumumkan hasratnya bertanding dalam pilihan raya umum dan bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN).
"Kami telah mengeluarkan banyak kenyataan bahawa kami akan menyertai pilihan raya umum akan datang, tapi sekarang kami ingin mengumumkan bahawa demi mengekalkan perpaduan dengan pembangkang, Kita tidak akan meletakkan mana-mana calon jika dengan berbuat demikian ia akan menjejaskan peluang calon pembangkang memenangi kerusi.
"Sebaliknya kami akan memberikan sokongan tanpa syarat kepada pembangkang dalam apa jua cara bagi memastikan kemenangan kepada rakyat," demikian menurut kenyataan parti itu dalam laman webnya www.partikita.com.
Parti itu berkata perpaduan menuntut parti yang kecil seperti Kita, memberi laluan kepada parti politik yang lebih besar bagi memastikan hasil optimum dalam pilihan raya.
Kita dipimpin oleh peguam yang menjadi ahli politik Datuk Zaid Ibrahim selepas meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tahun lepas berikutan perselisihan faham berhubung proses pemilihan dalam PKR.
Parti itu bergolak baru-baru ini yang membawa kepada pemecatan tiga anggota Jawatankuasa Kerja Pusatnya

Shahrizat Digantung Tugas Sehingga Selesai Siasatan..??

Pemuda Pas menggesa Perdana Menteri menggantung tugas Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil selaku Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Ini berikutan isu penyelewengan dana RM250 juta oleh syarikat milik keluarga Shahrizat dan pembelian kondominium mewah berharga RM9.8 juta menggunakan dana berkenaan.
Sehubungan itu, Ketua Penerangan Pemuda Pas, Riduan Mohd Nor juga mahu polis mengambil tindakan segera menyiasat perkara tersebut.
“Kes ini amat berat dan penting kerana ia melibatkan integriti kerajaan serta pemimpin negara dan sudah menjadi perbualan umum dengan pendedahan demi pendedahan dibuat oleh pemimpin Pakatan Rakyat, dan akan memberi kesan negatif pada pandangan masyarakat lebih-lebih lagi melibatkan pemimpin negara.
“Rakyat akan berasa malu jika imej negara menjadi buruk di peringkat antarabangsa kerana pemimpinnya sarat dengan skandal dan penyelewengan kuasa,” tegasnya dalam satu kenyataan hari ini.
Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin minggu lalu membuat desakan serupa terhadap ketua wanita Umno agar meninggalkan politik dan meletak jawatan berhubung penyelewengan projek NFC tersebut.
Jelas Zuraida, hanya tindakan meletak jawatan boleh menyelamatkan imej ahli-ahli Wanita Umno yang turut berhadapan dengan skandal tersebut, yang didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010.
Bukan sahaja pimpinan Pakatan Rakyat, malah kalangan pemimpin Barisan Nasional (BN) juga membuat desakan yang sama supaya Shahrizat berundur dari jawatannya.
Semalam, Timbalan Pengerusi Majlis Ahli Parlimen BN (BNBBC) Datuk Bung Moktar Radin memberitahu Dewan Rakyat bahawa menteri kabinet yang bertanggungjawab dalam NFC patut meletakkan jawatan.
Sementara hari ini, Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Fariz Musa memberi tempoh selama seminggu kepada pihak polis supaya menyiasat Shahrizat dan keluarganya selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, enggan menerima laporan.
Terdahulu Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi mempertahankan Shahrizat dengan berkata beliau tidak wajar meletakkan jawatan kerana tiada kaitan langsung dengan projek kontroversi itu.

Siapa Berani Dengan Mamat Ni..Hartanya RM 4.6 Billion Beb...

Kekayaan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud di Malaysia sahaja dilapor sebanyak U$1.46 bilion (RM4.6 bilion), melalui pemilikan aset korporat di 14 syarikat. Maklumat itu didedahkan sebuah NGO berpengkalan di Switzerland, Dana Bruno Manser (BMF) yang berkempen menentang rasuah di Sarawak.
Dakwa BMF lagi, Taib, empat anaknya, lapan adik-beradik dan sepupu pertamanya, Abdul Hamed Sepawi, memiliki kepentingan dalam 332 syarikat-syarikat di Malaysia, lapor Malaysiakini.
Antara tiga syarikat terbesar yang dikuasai mereka, adalah Cahya Mata Sarawak atau CMS (84 peratus daripada aset bersih RM2.4 bilion), Custodev Sdn Bhd (25 peratus daripada RM1.6 bilion) dan Ta Ann Holdings Bhd (sekurang-kurangnya 35 peratus daripada RM1.4 bilion).
CMS, yang popular dengan jolokan ‘Chief Minister’s Sons’, disenaraikan sebagai konglomerat yang terbabit dengan sektor pembinaan, simen, keluli, hartanah, pendidikan, swasta dan kepentingan broker saham. Custodev pula adalah sebuah syarikat pembangunan hartanah.
Manakala Ta Ann pula bergiat dalam bidang pembalakan dan perladangan, khususnya, minyak sawit.
BMF juga mendakwa keluarga Taib adalah pemilik tunggal Achi Jaya Holdings, pemegang monopoli ke atas eksport balak, dengan aset sebanyak RM550 juta.
Penemuan ini bercanggah dengan dakwaan Taib bahawa saudara-mara dan keluarganya cuma memperolehi kekayaan di luar Sarawak, hasil kepakaran dan bakat keusahawanan mereka.
Taib juga sebelum ini menafikan ahli keluarganya bertindak sebagai proksi beliau. Sebaliknya, dakwa beliau saudara-mara dan ahli keluarganya kaya-raya kerana mereka adalah “bijak” dan “cekap”.
“Kami anggap kepentingan korporat keluarga Taib sebagai aset haram. Terdapat banyak petunjuk bahawa Taib telah menyalahgunakan kedudukannya bagi membina empayar perniagaan berbilion ringgit berdasarkan rasuah dan penipuan,” dakwa pengarah BMF, Lukas Straumann dalam kenyataan akhbar dikeluarkan di peringkat antarabangsa pada hujung minggu lalu.
“Kami terkejut melihat keluarga Taib sebegitu kaya manakala rakyat Sarawak perlu bergelut dengan kemiskinan yang berleluasa dan kekurangan infrastruktur dan bantuan kerajaan,” katanya.

Tuesday, December 6, 2011

hahrizat Kena Pilih Salah Satu: Letak Jawatan Atau Terus 'Dibogelkan'

Lagi pemimpin Umno mahu Shahrizat berundur

Seorang lagi pemimpin Umno mendesak supaya Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat melepaskan jawatannya berhubung isu kontroversi projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) yang dikaitkan dengan keluarganya.

Akhbar Sinar Harian, hari ini memetik Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabsee berkata Shahrizat tidak perlu menunggu lampu hijau untuk berundur ataupun didesak oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk berbuat demikian.

azlan“Adakah Shahrizat suka orang lain buat keputusan bagi dirinya? Jika tidak, berundurlah cara terhormat,” katanya sambil menambah ketua Wanita Umno itu tidak perlu mengheret kerajaan dan pemimpin lain untuk memperbetulkan keadaan.

Bagaimanapun Syed Ali dipetik akhbar berkenaan sebagai berkata Shahrizat masih boleh mengekalkan jawatannya dalam Umno kerana tindakan meletak jawatan parti boleh menyebabkan Umno tidak stabil.

“Jika beliau letak jawatan menteri, rakyat akan menganggapnya seorang wanita yang hebat. Malah, Shahrizat boleh memberi tumpuan untuk pengukuhan jentera parti dalam menghadapi pilihan raya akan datang.

“Itu kalau beliau sayang parti. Jika tidak, rakyat (akan) pandang buruk kepada kerajaan dan Shahrizat perlu bertanggungjawab sepenuhnya,” katanya dipetik Sinar Harian.

Menurut Syed Ali, beliau menyokong kenyataan ahli parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin, sebelum ini yang juga mendesak Shahrizat supaya berundur. -mk


Tegur demi parti


SHAH ALAM – Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Bung Mokhtar Radin berharap Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil melepaskan jawatan menteri dan Ketua Wanita Umno yang disandangnya.


Menurutnya, tindakan itu penting bagi menyelamatkan maruah Umno dan kerajaan yang terjejas sejak Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu dikaitkan d-ngan isu National Feedlot Corporation (NFC) membabitkan anggota keluar­ganya.


“Isu ini beri kesan tidak baik kepada pemerintah. Bagi saya, menunggu atau mendengar hasil siasatan polis, tidak perlu. Rakyat tidak berminat untuk tahu atau cari siapa yang bersalah.


“Apa yang lebih besar ialah isu ini melibatkan moral dan maruah beliau sebagai pe­mimpin. Itu mesej saya dan ia cukup jelas,” katanya.


Bung Mokhtar, yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan berkata, maruah dan moral pemimpin perlu diutamakan berbanding kepentingan diri.


“Saya percaya, jika beliau meletak jawatan, maruah parti dan kementeriannya serta kerajaan akan dapat dibersihkan di mata rakyat,” katanya.


Menurutnya, gesaan itu bukan bermakna beliau menyokong atau bersetuju de­ngan pembangkang, tetapi perlu menegur demi keutuhan parti, terutama menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.


“Terserahlah kepada orang ramai untuk membuat penilaian. Lagipun selama menjadi Ahli Parlimen, semua orang saya tegur, bukan Shahrizat sahaja. Tidak bermakna, berbuat demikian seolah-olah menyokong pihak lawan.


“Saya mahu semak dan imbang dalam Parlimen dan kalau boleh saya mahu jadi pembangkang kerajaan. Itu sudah lama saya suarakan. Jika ini direalisasikan, andainya kerajaan menang semua kerusi, kita tidak perlu pembangkang luar (PKR, DAP dan Pas) lagi sebab saya sudah ada,” kata Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan di Parlimen (BNBBC) itu.


Mengulas lanjut, Bung Mokhtar berkata, sekiranya berada di tempat itu, beliau bersedia melepaskan jawa­tannya. -SH

Apa lagi Shahrizat. Tunjukkanlah batang lengan kamu tu kepada Ketua UMNO Bahagian Cheras & Bung Mukhtar kalau benar nak tunjuk kamu wanita besi! Sebelum ini, segala kritikan dan teguran orang lain kamu tak mahu dengar. Kamu cuba nak sorokkan bangkai gajah dengan nyiru. 1Malaysia sudah kenal kamu sebagai mak lembu. Salah siapa?

Sudah banyak ulasan GB mengenai isu lembu Fidlot ini. Diantaranya, petikan:

Singsing lengan depan orangramai...Sudah buang tabiatkah? Marah sehingga sanggup tunjukkan aurat di khalayak ramai!

Hanya untuk menutup isu, untuk menutup dimalukan dengan isu lembu, berlagak gagah bersinsing lengan.... aparaahhh....

Nanti betul-betul Allah tanggalkan baju dan tanggalkan kain baru tahu...
Satu Siasatan Diraja perlu ditubuhkan untuk menyiasat NFC sepertimana yang di cadangkan oleh PAC.

Jika Najib enggan mendengar tuntutan penubuhan Suruhanjaya itu, ia bererti satu petanda bahawa Putrajaya akan bertukar tangan. Hukum "kebenaran dan keadilan" akan mengambil tempatnya dimana UMNO BN sudah tidak layak untuk menduduki Putrajaya dan akan digantikan dengan parti lain.

Kami peringatkan: Jangan main-main dengan Tuhan!

Tulisan blogger Umno diadukan kepada polis

KUALA LUMPUR, 6 Dis: Seorang blogger, Amin Iskandar telah membuat laporan polis terhadap blogger Umno, Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri bin Wan Deris hari ini.
(Amin Iskandar bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan polis terhadap Papagomo)
Laporan itu dibuat oleh Amin di Balai Polis  Jalan Travers petang ini.

"Wan Muhammad Azri bin Wan Deris dalam laman web beliau www.papagomo.com telah melakukan fitnah terhadap diri saya pada artikel beliau berjudul AMIN ISKANDAR PENULIS THE MALAYSIAN INSIDER AKUI DICABUL ANWAR IBRAHIM," kata Amin dalam kenyataannya.

Ini bukan pertama kali penulis ini membuat fitnah dengan berselindung di belakang nama Papagomo tetapi sudah beberapa kali termasuk terhadap pemimpin PAS.

Moto perjuangan penulis yang dikatakan mendapat bayaran belasan ribu ringgit sebulan ini adalah DAP ANTI ISLAM, PAS ITU MELAYU dan UMNO ITU ISLAM.

Sekarang ini, sasaran Papagomo bukan lagi pemimpin PKR, DAP atau PAS tetapi anggota Parlimen Umno sendiri iaitu Bung Mokhtar Radin ekoran cadangan Bung agar Ketua Wanita Umno, Shahrizat Jalil meletakkan jawatan.

Bung mencadangkan Shahrizat meletakkan jawatan ekoran skandal NFC yang melibatkan pinjaman mudah kerajaan RM250 juta yang dikatakan diselewengkan untuk lain-lain tujuan.

Papagomo bukannya menyerang Bung kerana kesilapan beliau tetapi kerana isteri beliau yang juga seorang artis Zizie Ezzete.

Menurut Amin, fitnah tulisan Papagomo terhadap beliau dipercayai dilakukan atas niat beliau mempertahankan Datuk Razali Ibrahim daripada penulisan dan kritikan beliau  terhadap Datuk Razali Ibrahim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan pada tulisannya bertarikh 25hb November 2011 dalam Malaysian Insider.

"Tindakan membela Datuk Razali Ibrahim dengan cara membuat fitnah terhadap diri saya adalah satu tindakan yang tidak wajar dan seharusnya dilakukan dengan berhujah secara matang.

"Sebagai seorang penulis dan blogger yang menyokong kebebasan bersuara dan menyatakan pandangan, laporan polis ini dilakukan bukan bertujuan untuk menyekat kebebasan penulis blog untuk menulis, akan tetapi untuk mengekang budaya fitnah daripada terus menjadi amalan sesetengah pihak," katanya dalam tulisan itu. -Hrkh

Kenapa Najib jerit dan melalak di PAU?

Perasaan takut boleh hilang sebentar dengan berbagai-bagai cara...

Ada dua orang pembaca setia saya menulis kepada saya untuk saya memberikan komen terhadap cara PM Najib bercakap dengan menjerit dan bertempik di dalam mana-mana majlis kempen beliau. Saya tidak berminat untuk mengomennya kerana dah stail beliau suka bertempik dan menjerit apa yang saya dapat katakan?

Tetapi saya hanya hendak membuat satu cerita semasa saya membesar di kampung saya yang jauh di pedalaman semasa itu. Sekarang kampung saya sudah tidak jauh ke pedalaman lagi, malah boleh menembusi perjalanan ke Jelebu, Bahau dan Kuala Pilah dengan senang.
Alhamdulillah, anak-anak kampung saya semuanya ingat kepada jasa ibu bapa yang membesarkan mereka dan semua mereka membantu ibu bapa mereka di kampung yang kesemuanya telah tua-tua belaka. Tidak ada orang-orang tua yang terbiar kerana anak-anak mereka semuanya membela nasib ibu bapa mereka yang sudah uzur. Alhamdulillah.

Tetapi semasa awal enam puluhan dahulu kami sangat jauh dari dunia luar. Api elektrik belum sampai ke kampung saya. Jalanraya pun baru tahun ‘67 baru di bina. Sebelum itu kami hidup dalam kegelapan. Cerita saya ini hanya boleh difahami dengan mudah oleh orang yang hidup pada zaman itu dan mempunyai keadaan di kampung mereka yang sama dengan keadaan kampung saya.

Walaupun tidak ada elektrik kami berkemampuan berjalan dalam kegelapan kerana sudah biasa dengan keadaan itu. Kehidupan kami seperti biasa. Kalau nak ke surau pun boleh berjalan dalam gelap. Alhamdulillah kami sampai ke mana-mana yang hendak kami tuju. Perasaan takut tidak ada dalam kamus kehidupan kami walaupun perasaan itu datang sekali sekali semasa berjalan di dalam gelap itu.

Kadangkala bila berjalan kesaorangan di dalam gelap itu ada juga perasaan takut itu datang. Takut kerana ada orang berkata hantu selalu ada di sekian-sekian tempat. Apabila sampai ke tempat itu datang juga rasa takut itu. Jadi untuk menghilangkan takut itu masing-masing akan berbuat macam-macam untuk menghilangkan ketakutan itu.

Ada yang menyanyi dengan sekuat hati. Yang tua-tua menyanyikan lagi S Effendi sekuat hati. Yang muda-muda menyanyikan lagi Ahmad Jais dan Rafeah Buang. Ada yang nyanyi lagu Mat Sentul dengan sekuat hati. Semuanya itu adalah untuk menghilangkan rasa takut dan untuk meyakinkan diri sendiri yang mereka berada di dalam keadaan selamat dan tidak berbahaya.

Selain dari menyanyi ada pula membakar mercun untuk menghilangkan rasa takut. Mercun memberikan bunyi yang sangat kuat dan itu adalah cara yang paling senang untuk menghilangkan rasa takut itu. Saya mengalami segala-galanya ini kerana saya hidup di kampung yang agak jauh ke pedalaman semasa itu.

Jadi saya berharap kedua-dua orang yang bertanya kepada saya sudah mendapat jawapan kenapa seseorang itu bertempik atau bercakap dengan kuat. Jika itu yang berlaku di dalam perhimpunan agung UMNO yang baru lepas itu, saya yakin ada orang yang sedang merasakan ketakutan. Siapa orangnya saya tidak tahu. Kenapa mereka takut sehingga bercakap sekuat hati itu, tidak juga saya tahu.

Tetapi yang pasti pemimpin itu mesti ada yang dia takutkan. Kalau hendak tahu apa yang beliau takutkan tanyalah beliau sendiri. Saya takut hendak bertanya nanti kena tempik pula. Saya pun ada perasaan takut sikit-sikit.

Anyway, that’s not an issue.
- Aspan Alias

Lembu NFC Turut Tersenarai Sebagai Pengundi Pos Sehingga Berlaku Peningkatan 1,343%?

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, peningkatan 1,463 peratus pengundi pos berlaku di Parlimen Lembah Pantai (P.121).

"Peratus peningkatan ini amat ketara iaitu peningkatan sebanyak 1,463 peratus dalam masa dua bulan iaitu pada 26 September yang lalu hanya 149 pengundi tetapi pada 2 November ia meningkat kepada 2,180 pengundi.

"Melihat kepada angka ini jelas Barisan Nasional melalui SPR begitu terdesak untuk menawan balik kerusi Lembah Pantai," jelasnya yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai pada satu sidang media di pejabatnya hari ini.

Nurul Izzah juga berkata, atas desakan tersebut SPR sanggup melakukan apa sahaja sehinggakan terdapat dalam senarai nama daftar pemilih yang baru dikeluarkan itu pengundi boleh mengundi dua kali di peti undi yang berlainan.

Selain itu juga, katanya terdapat pengundi yang mempunyai nama di Parlimen Lembah Pantai dan boleh mengundi di Bukit Bintang.

"Melalui penelitian yang telah pihak kami lakukan iaitu semakan senarai nama lebih kurang dua ribu pengundi, kami dapati sebanyak 97 nama mempunyai keraguan iaitu dari segi tiada rekod di dalam sistem talian walaupun dalam senarai daftar pemilih ada.

"Dalam pada itu juga kita telah menjumpai pemilih yang mengundi di dua tempat seperti Saripah Haji Arif (RF90153) yang mengundi di Balai Polis Pantai dan juga di Balai Polis Pekan.

"Sementara itu Mohd Fajree Zulkifli (RF146959) pula boleh mengundi di Balai Polis Pantai dan juga Balai Polis Petaling iaitu di dalam kawasan Parlimen Lembah Pantai.

"Ini adalah contoh-contoh senarai nama yang telah kami perolehi melalui semakan yang telah dilakukan dan kami pasti jika ditelitikan kesemua nama-nama daripada 97 yang dikenalpasti ia akan meningkat lagi," sambungnya lagi.

Nurul Izzah juga berharap apa yang telah dicadangkan oleh Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) dapat dilaksanakan sebelum pilihanraya nanti bagi memastikan ia berlaku secara adil serta telus.

"Begitu juga cadangan memansuhkan undi pos serta menggantikan dengan undi awal tetapi itu belum pasti sama ada ia dapat dilaksanakan sebelum pilihanraya atau pun tidak, dengan alasan BN begitu terdesak untuk memenangi pilihanraya nanti," kata Nurul Izzah lagi.

Beliau juga berpendapat Pakatan Rakyat berhadapan masalah yang serius dalam menghadapi pilihanraya terutamanya peningkatan mendadak undi pos.

"Ini baru berlaku di Lembah Pantai dan di tempat-tempat lain juga sedemikian, apa yang pasti kita berhadapan dengan masalah yang serius pada pilihanraya nanti.

"Apa yang ingin saya tekankan SPR perlu tampil dan beri kenyataan pada media berhubung dengan senarai nama mencurigakan ini dan jangan berdiam diri,” katanya. -Hrkh


'Balai Polis Kerinchi' Layak Mengundi Di Lembah Pantai.


LEMBAH PANTAI, 6 DIS : Ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar hari ini mendedahkan kepada media pelbagai percanggahan maklumat pengundi pos di kawasannya.


Menurut Nurul Izzah, sekurang-kurangnya 97 percanggahan dapat dikesan pihaknya termasuk seorang pengundi yang didaftar diatas nama "Balai Polis Kerinchi".


Nama yang dikesan ini merupakan pengundi pos baru yang diwartakan ke dalam senarai pemilih bagi suku tahun ketiga 2011.


Merujuk kepada pangkalan data 'on-line' Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Nurul Izzah mendedahkan kad pengenalan bernombor RF161872, secara rasmi di daftarkan atas nama Balai Polis Kerinchi.


"Saya tekankan ini bukan sahaja satu nama yang mengelirukan, malah ada pengundi dari kalangan anggota polis yang boleh mengundi di dua kawasan yang berlainan.


"Ini baru rekod pengundi pos, belum lagi kita semak rekod pengundi biasa dan perkara ini berlaku ketika kita bercakap soal pilihanraya yang telus, adil dan bersih," jelas Nurul Izzah.


Nurul Izzah berkata demikian dalam satu sidang media di Pejabat Pusat Khidmat Parlimen di Lembah Pantai di sini hari ini.


Baharu-baharu ini, bercakap di lobi parlimen, Izzah menzahirkan kebimbangannya mengenai kenaikan mendadak jumlah pengundi pos di kawasannya seperti yang tercatat pada daftar pemilih yang terbaru yang dikeluarkan pada 2 Nov lalu.


Nurul Izzah mendakwa bilangan pengundi pos diLembah Pantai naik mendadak 1,400 % dalam tempoh dua bulan sedangkan rekod pada 26 September lalu hanya 149 orang kemudiannya meningkat kepada 2,180 orang pada 2 November.


Lebih buruk lagi semakan yang dilakukan di Suruhanjaya Pilihan Raya mendedahkan bahawa 457 pengundi pos ini adalah dari Kampung Bohol di Bukit Jalil yang berada di luar kawasan Lembah Pantai.


"Terus terang kami terpaksa melakukan sendiri, kerana tiada jaminan daripada SPR untuk nama-nama ini diperbaiki.


"Persoalannya, bagaimana kita boleh pastikan bahawa SPR telah membersihkan nama-nama ini kerana sehingga kini pelbagai percanggahan maklumat dan ini adalah mustahil bagi SPR untuk membersihkannya," tegas Nurul Izzah. -tvsnews


Sungguh ketara dan sungguh dasyat penipuan yang hendak dijalankan di Parlimen Lembah Pantai.

Apakah kesemua lembu NFC juga telah didaftar sebagai pengundi pos sehingga peningkatan mendadak 1,343% di Parlimen Lembah Pantai? -GB

Shahrizat rebah, siapa Ketua Wanita baru?

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj9-wZFz3l4P0tdLHvhfbfDyJIxNg0xGuqx5q2eZta-5GBNIOLiNlDKp9ou1No0ZdoICzUW568xy54DFCouGt8TTyzY0ok7zB2xSAXrWrK8-cQLyolA8QZ99CIHow3QLuGgZAtz7J7Nip4/s400/725.jpgSEMEMANGNYA kuasa itu akan korup apabila seseorang memegangnya buat tempoh lama. Itulah yang berlaku terhadap sesiapa pun termasuk golongan wanita.

Memanglah wajar Ketua Wanita Umno, Shahrizat Abdul Jalil marahkan Ketua Wanita KeADILan, Zuraida Kamarudin dan Rafizi Ramli; anak muda yang mendedahkan skandal lembu Feedlot. Lewat ucapannya, Shahrizat menyelar Zuraida sebagai biadap sebab menyuruhnya meletak jawatannya sebagai Ketua Wanita Umno.

Itulah sebabnya punca Shahrizat marah-marah. Iaitu Zuraida telah ‘mengusik’ jawatannya gara-gara isu lembu National Feedlot Corporation (NFC) yang dikendalikan oleh suaminya lalu, Shahrizat mencabar Zuraida agar mendesak Presiden KeADILan, Dr Wan Azizah memecat Anwar Ibrahim sebagai Ketua Umum KeADILan terlebih dahulu.
Hujah Shahrizat lagi, jikalau beliau diminta berundur bagi menerajui Wanita Umno cuma gara-gara suaminya, lalu hal yang sama patut dilaksanakan Wan Azizah kerana suami beliau sudah lama menguasai parti berkenaan.

Lojik berfikir beliau tentang hal ini masih kabur. Ini kerana, Wan Azizah tidaklah memberi projek keuntungan buat Anwar seperti mana Shahrizat mengagih keuntungan lembu feedlot itu hanya kepada keluarganya sahaja melalui sebuah syarikat yang diterajui oleh suami beliau.

Jadi isu di sini adalah berkaitan skandal, keuntungan bila mana jawatan sudah menjadi sumber keuntungan peribadi dan keluarganya. Kedudukan jawatan yang dicapai seseorang dengan sebab adanya dorongan lain daripada keluarga mereka dalam parti itu masih juga boleh didebatkan dengan lebih perinci.

Ini kerana, jawatan tidak semestinya menandakan seseorang itu akan berbuat keuntungan.

Begitu juga jawatan Ketua Umum yang tidaklah jelas bermotif keuntungan. Jadi, hujah Shahrizat terbatal di sini. Atau mungkin Shahrizat marah-marah itu kerana terkesan dengan kenangan lama juga setelah terguling di Lembah Pantai selepas ditolak para pengundi yang mula menyokong anak muda seperti Nurul Izzah di kawasan Parlimen itu?

Apakah benar Shahrizat dan Umno mula berasakan penangan anak-anak muda mutakhir ini?

Ini kerana, yang turut diselar adalah Rafizi juga sebab beliau bertanggungjawab mendedahkan skandal yang terpalit ke atas Shahrizat. Arakian, gara-gara pendedahan itu, Rafizi diselar sebagai Tanggang muda pula.

“Dia (Rafizi) boleh pergi ke sekolah dan belajar itu kerana apa? Itu kerana berkat perjuangan kaum ibu yang ada di sini..." kata Shahrizat disambut pekikan soraksorai perwakilan Wanita Umno itu. Lalu, beliau menyambung,, "Kini beliau menjadi anak menderhaka, menjual agama dan penghancur bangsa."

Banyak hal juga yang boleh ditelaah dengan sebab kemarahan menyinga Shahrizat dengan tiba-tiba ini. Berkata Shahrizat, selepas menyinsing lengannya itu, beliau berkata, boleh selak kain juga. Tetapi, untuk bersangka baik, adalah lebih afdal dikaitkan selak kain itu untuk berpencak silat dan bukan tujuan satu lagi.

Nampaknya, itulah masalah yang menimpa para pemimpin Wanita Umno pada hari ini.

Sebelum ini, Rafidah Aziz memegang jawatan itu dalam suatu tempoh yang agak lama juga. Apabila seseorang mula memegang kuasa itu dalam tempoh yang lama, maka kuasa itu akan dihinggapi barah korupsi.

Lihat salah satu masalah Rafidah yang terkait dengan menantunya Fazrin Azwar Md Nor itu.

Beliau adalah pengerusi Jawatankuasa Pembahagian Saham Bumiputra di MITI, di mana Rafidah meluluskan RM1.5 juta saham Syarikat Leader Universal Holding Berhad kepada menantunya.

Hal ini dilaporkan Anwar Ibrahim sebagai salah guna kuasa Peguam Negara Abdul Gani Patail, merujuk kepada suatu dokumen Bahagian Pendakwaan, Pejabat Peguam Negara bertarikh 14 Mac 1995 yang ditandatangani Abdul Ghani jelas menunjukkan bahawa wujudnya asas prima facie untuk mendakwa Rafidah atas tuduhan rasuah di bawah Seksyen 2(2), Ordinan 22, 1970.

Rafidah bagaimanapun masih bebas dan tidak didakwa sehingga ke hari ini. Barangkali, Rafidah telah pun terhukum di bawah undang-undang mahkamah Umno, iaitu letak jawatan jika anda ada masalah rasuah. Hanya itulah sahaja caranya Umno mahu menyelesaikan masalah dalam kalangan ahli tertinggi mereka. Mereka tidak dibawa ke mahkamah sebaliknya dihukum untuk meletakkan jawatan.

Jika Shahrizat mahu dihukum oleh PM Najib Razak dengan cara sebegitu pun boleh juga. Tetapi Najib perlulah fikirkan siapakah pengganti Shahrizat lepas ini.

Tentang hal lembu NFC yang masih tidak kunjung selesai itu, maka boleh diadili rakyat dalam pilihan raya.
-detikdaily-

DAP CABAR NAJIB KELUARKAN 'SIJIL MATI 1MALAYSIA'


Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng membidas perdana menteri kerana memberi "amaran" kepada masyarakat bukan Melayu supaya tidak mencuit perasaan orang Melayu semasa ucapannya kepada anggota Persatuan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA), di Shah Alam, semalam.

lim guan eng press conference on bicycle lane 251111 1Kata Lim, Datuk Seri Najib Razak perlu membuktikan dakwaan yang kononnya orang bukan Melayu dengan hendak “mengubah apa yang sudah termaktub dalam Perlembagaan dan apa yang sudah pun kita rundingkan waktu Merdeka dahulu”.

Jika tidak, menurut beliau adalah lebih baik bagi Najib mengeluarkan “sijil kematian" untuk 1Malaysia.

"Dengan meniupkan sentimen perkauman terhadap bukan Melayu dan mahu mempertahankan  BN memberi Umno hak untuk terlibat dengan skandal ‘lembu dan kondominium’ bernilai RM250 juta yang dikaitkan dengan keluarga seorang menteri kabinet?" soal Lim dalam satu kenyataan.

"Dengan memberi amaran kepada orang bukan Melayu supaya tidak mencuit perasaan Melayu menghalalkan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang bernilai RM13 bilion ataupun perbelanjaan berlebihan kerajaan persekutuan sebanyak RM3.7 bilion seperti yang didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010?"

NONENajib pada ucapannya semalam, berkata orang Melayu tidak mahu sesiapa cuba untuk merungkaikan perkara yang telah termaktub dalam Perlembagaan dan Malaysia mesti dibina berasaskan perlembagaan.

Katanya, pilihan raya akan datang milik BN kerana mereka telah berjuang membela nasib rakyat, adil dan tidak pernah menyimpang daripada prinsip agama.

Lim, yang juga setiausaha agung DAP berkata, sudaj tiba masanya, bagi memperjuangkan aspirasi semua rakyat Malaysia tanpa mengira latar bangsa atau agama mereka.

Menurut beliau DAP menolak “politik diskriminasi” Umno yang mendahulukan Melayu dan meletakkan rakyat Malaysia di tempat kedua.

Sunday, November 27, 2011

BN Tergugat: MTUC Isytihar Perang Ke Atas BN Jika Akta Kerja Diteruskan

kta Pekerjaan: MTUC mahu MOU dengan Pakatan

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) bercadang untuk membentuk perjanjian persefahaman dengan Pakatan Rakyat untuk memansuhkan pindaan kontroversi ke atas Akta Pekerjaan.

Setiausaha kewangan MTUC, Alias Awang berkata, pemimpin Pakatan perlu menandatangani perjanjian persefahaman dengan MTUC untuk menyatakan sokongan yang lebih bulat ke atas usaha untuk memansuhkan undang-undang tersebut.

Dalam ucapannya di Kongres Nasional PKR hari ini, Alias berkata, beliau juga akan membawa usul untuk membentuk memorandum persefahaman itu di perhimpunan MTUC Selangor dan Wilayah Persekutuan pada 2 Disember depan.

"Saya akan bawa usul, kita akan beri cadangan kepada Pakatan, kena buat MOU untuk kita tunjukkan keikhlasan... Awak tolong saya, saya akan tolong awak," katanya lagi.
"Beliau yang mengisytiharkan perang ke atas kerajaan yang meluluskan undang-undang berkenaan juga berkata, MTUC akan membuat keputusan untuk menyokong parti yang usaha menarik balik undang-undang berkenaan.

Tambahnya, MTUC juga akan meneruskan siri perhimpunan untuk membantah pindaan ke atas Akta Pekerjaan yang diluluskan Dewan Rakyat sebelum ini.

Alias berkata, perhimpunan besar itu dijangka diadakan di hadapan bangunan Parlimen apabila undang-undang berkenaan diluluskan Dewan Negara pada 12 Disember, katanya dalam perbahasan di Kongres Nasional PKR hari ini.

Dalam ucapannya, Alias turut meminta para perwakilan supaya memberi sokongan penuh untuk hadir ke perhimpunan berkenaan, disambut dengan laungan "sokong pekerja" oleh para perwakilan berkenaan.

Tambahnya, parti dalam Pakatan perlu menyokong bantahan berkenaan memandangkan golongan pekerja membentuk sejumlah lima juta daripada keseluruhan jumlah pengundi.

"Kalau biarkan (pekerja) berjuang tanpa sokongan saya takut mereka beralih sokongan," kata ahli PKR itu lagi ketika membahaskan usul memartabatkan kaum pekerja.

Dewan Rakyat sebelum ini meluluskan Rang Undang-undang Pekerjaan (Pindaan), yang mengandungi 22 pindaan dan 17 peruntukan baru dengan dua seksyen dimansuhkan.

Rang Undang-undang itu dijadual dibentangkan di Dewan Negara pada persidangan Disember ini. -mk

MTUC isytihar ‘perang’ jika BN enggan batal pindaan Akta Kerja

Sebahagian daripada perwakilan yang mengikuti sidang Kongres Nasional PKR. – Foto oleh Choo Choy May

JOHOR BARU, 27 Nov — Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menegaskan badan induk pekerja itu akan mengisytihrkan perang ke atas kerajaan Barisan Nasional (BN) jika Rang Undang-undang Kerja 1955 dipinda di Dewan Negara 12 Disember ini.

MTUC sebelum ini membantah pindaan terbaru yang menyediakan peruntukan kontroversial sistem kontraktor bagi tenaga kerja.

Ia telah mengadakan piket pada 3 Oktober lalu di pekarangan Parlimen dan peringkat nasional pada 3 November. Seterusnya, satu perhimpunan di Shah Alam pada 2 Disember ini.

Setiausaha Kewangannya Alias Awang Ibrahim berkata, badan induk itu yang dianggotai 390 kesatuan akan menyokong mana-mana parti politik yang berjanji akan meminda pindaan-pindaan yang dibawa ke atas Akta Kerja sekarang.

“Jika ia diluluskan di Dewan Negara pada 12 Disember, maka MTUC akan mengisytiharkan perang ke atas mereka (kerajaan). Tiada ruang untuk berkompromi,” kata beliau pada Kongres Nasional PKR di sini hari ini.

Pindaan itu sudah pun diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 6 Oktober lalu dan kini tunggu giliran Dewan Negara.

MTUC sudah pun memberi amaran kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa 5.7 juta pekerja akan membuat keputusan dalam pilihan raya umum ke-13 jika pentadbirannya enggan mendengar suara mereka.

Kongres itu telah menulis surat kepada Najib dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin tetapi belum ada perkembangan positif setakat ini.

Minggu lalu, Pengerusi MTUC Bahagian Selangor dan Wilayah Persekutuan N. Gopal Kishnam memberitahu The Malaysian Insider bahawa pihaknya akan mengadakan perhimpunan di Shah Alam pada 2 Disember ini, tindakan susulan bagi menggesa Putrajaya agar menarik balik pindaan kontroversial Akta Kerja.

Perhimpunan dua jam itu akan merumuskan pendirian seterusnya dan deklarasi bagi menggesa kerajaan membatalkan peruntukan berkaitan dengan sistem kontraktor bagi tenaga kerja. -

Perhimpunan Aman: ABIM mahu PM hormati rakyat, jangan mundur

1 Muharram 1433H,
KUALA LUMPUR, 27 Nov – Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa pentadbiran Najib menghormati suara rakyat, bukannya mundur dalam memperkenalkan Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011 kerana kandungannya bercanggah dengan Perlembagaan Perrsekutuan.
Presidennya Amidi Abd Manan berkata, setelah menilai dengan mendalam, ABIM ingin meluahkan bantahan terhadap rang undang-undang  tersebut.
Rang undang-undang itu dijangka dibahaskan di Dewan Rakyat Selasa ini.
Ekoran bantahan, Kabinet setakat Jumaat lalu telah memutuskan untuk meminda sekurang-kurangnya tujuh peruntukan rang undang-undang itu.
“ABIM menilai peruntukan-peruntukan tersebut  bercanggah dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin serta melindungi hak untuk warganegara mengadakan berhimpun.
“Antara peruntukan-peruntukan tersebut ialah notis 30 hari (dalam draf asal) diwajibkan ke atas penganjur sebelum tarikh perhimpunan dalam Fasal 9 Undang-undang Perhimpunan Aman 2011,” kata beliau.
Katanya, ABIM juga menuntut penjelasan serta rasional di sebalik larangan mengadakan perhimpunan di rumah-rumah ibadat seperti masjid untuk mengelakkan sebarang kekeliruan.  
Malah tegas beliau,   ABIM juga memandang berat serta menolak pemusatan kuasa  serta budi bicara untuk polis  mengenakan apa-apa sekatan dan syarat tambahan yang difikirkan perlu atau sesuai sepertimana yang terdapat alam Fasal 15, di samping kuasa dalam Fasal 21 yang membolehkan polis untuk menggunakan segala kuasa serta kekerasan untuk menyuraikan sesebuah perhimpunan.
“ABIM khuatiri menerusi peruntukan tersebut (Fasal 15 dan 21), ia akan membuka ruang untuk sebarang penyalahgunaan kuasa atau budi bicara pihak yang berkenaan akibat dari ketiadaan peruntukan yang jelas untuk mengawal serta menghadkan kuasa serta budi bicara pihak polis dalam mengawal serta  menyuraikan sesebuah perhimpunan,” katanya.
Amidi menambah, dunia sedang bergerak ke hadapan memperkemas dan memperkasa elemen-elemen kebebasan, keadilan, dan hak asasi manusia, langkah-langkah ini dinilai  seakan sengaja mengambil langkah untuk berundur ke belakang untuk menafikan hak asasi rakyat Malaysia.
Dalam hal ini katanya, ABIM ingin menegaskan pendirian bahawa kebebasan dan ketenteraman awam merupakan hak asasi seluruh rakyat Malaysia dan ia perlulah dilaksanakan dengan semangat dan komitmen demokrasi yang tinggi.
“Seharusnya sebarang perbezaan pandangan serta kritikan perlu diraikan serta diberikan ruang dengan sebaik-baiknya.
“Sesungguhnya sebarang maklum balas dari institusi masyarakat sivil juga tidak wajar ditanggapi dengan persepsi yang negatif,” katanya.
Sebarang penafian terhadap hak serta sekatan yang berkaitan akan memberikan persepsi yang negatif di kalangan rakyat terhadap pemerintah, tambah Amidi.
“ Dikhuatiri sekiranya Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 dilaksanakan, ia hanya akan memberi implikasi yang kurang menyenangkan terhadap perjalanan konteks hubungan rakyat-pemerintah itu sendiri di samping perkembangan demokrasi secara sihat di negara ini,” katanya.-MI

NYAWA TENTERA DIPERTARUHKAN KERANA GEJALA RASUAH : BEKAS TENTERA

Beberapa bekas anggota tentera, yang telah berkhidmat selama beberapa dekad, tampil dan mendakwa gejala rasuah dalam Kementerian Pertahanan telah meletakkan nyawa mereka ibarat ‘telur di hujung tanduk’.

3 man jungle patrol teamSeorang daripada mereka, semasa forum mengenai rasuah dalam industri pertahanan, memberitahu Malaysiakini, bahawa tindakan itu telah menyaksikan beberapa rakannya menjadi ‘kudung’ dan sebahagian besar mereka "menderita secara senyap".

Lelaki yang enggan namanya didedahkan itu kerana khuatir akan dikenakan tindakan tatatertib berkata, pegawai bukan tentera telah menolak cadangan pihak ketenteraan dan sebaliknya membeli peralatan kurang bermutu yang mempertaruhkan nyawa perajurit negara.

"Kita beli mesin gun AK 33 yang selepas tembakan sebanyak tiga pusingan akan tersekat. Ini memaksa askar mencampangkan senapang itu dan berjuang menggunakan parang,” katanya merujuk kepada satu operasi yang tidak dinamakannya.

military tentera askar soldier malaysia 260307 mobile artilleryContoh lain, katanya, sekitar tahun 1970-an, kaki askar-askar dijangkiti sehingga ada yang terpaksa dipotong kerana but yang dibekalkan mereka karat. Ini kerana but yang dibekalkan itu diperbuat daripada kepingan zink dan bukannya aluminium seperti yang sepatutnya.

But berkenaan bertujuan melindungi kaki askar dari pancang perangkap samar yang tersembunyi ketika peperangan gerila di hutan. Namun, katanya, ia gagal untuk berbuat demikian kerana senang berkarat ketika askar-askar meredah hutan ketika hujan lebat.

Beliau turut memberi contoh, bagaimana, poncho atau baju hujan yang berkualiti rendah itu seringkali menyaksikan perajurit basah kuyup setiap kali hujan.

"Saya dalam kesejukan berada di hutan sedangkan seseorang telah mendapat habuan besar dan berseronok di tempat lain," katanya pada majlis anjuran Transparency International di Subang.

military malaysia army tentera 131106 jungleLelaki itu juga mendakwa mutu makanan yang berkualiti rendah dibekalkan kepada pasukan tentera dan sekiranya pegawai mereka membuat bantahan, mereka pula akan dipindahkan ke tempat lain sebagai hukuman.

"Mereka tidak peduli. Saya percaya ia masih berterusan. Askar-askar kita  yang menderita,” rintihnya lagi.

Guan Eng:Umno ancam kepentingan Melayu

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menegaskan parti itu tidak pernah menjadi ancaman kepada kepentingan orang Melayu, sebaliknya hanya Umno, yang merupakan komponen teras Barisan Nasional (BN) mempamerkan sifat-sifat sedemikian.

Sehubungan itu kata Ketua Menteri Pulau Pinang ini, Umno bukan sahaja menjadi ancaman kepada orang Melayu tetapi juga kepada rakyat Malaysia dengan sikapnya yang menggunakan dan mempertahankan pelanggaran hak asasi manusia, rasuah dan salah guna kuasa.

“Dengan menanam rasa takut serta menggunakan ugutan, Umno mengaburkan mata rakyat daripada skandal-skandal kewangan dan rasuah yang telah mengakibatkan kehilangan beratus-ratus bilion ringgit,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Lim berkata selama ini Umno telah menggunakan taktik kejam untuk menipu dan menanam perasaan takut di kalangan orang Melayu, kononnya DAP menjadi pengancam kepada hak dan kepentingan mereka.

“Ini langsung tidak berasas kerana perkhidmatan awam, polis dan tentera semuanya dikawal Melayu. Manakala sektor-sektor kritikal dalam ekonomi seperti insurans, perbankan, industri automobil, pelabuhan dan lebuh raya semuanya juga dikawal oleh usahawan-usahawan atau syarikat-syarikat Melayu,” katanya.

Dalam kenyataannya, Lim menambah, tindakan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Timbalan Presiden Umno mempertahankan agenda perkauman partinya dan bahawa beliau adalah Melayu dahulu dan rakyat Malaysia kemudian merupakan bukti bahawa 1 Malaysia adalah slogan kosong yang hanya bertujuan untuk mengaut undi dan akan dibuang selepas pilihan raya umum ke-13.

“Yang lebih mengejutkan, Muhyiddin tidak merasa bahawa tindakannya untuk memperjuangkan agenda perkauman Melayu adalah bercanggah atau tidak konsisten dengan agenda rakyat Malaysia bukan Melayu.

“Malah Muhyiddin menggunakan logik yang tidak masuk akal bahawa pemimpin DAP seperti Lim Kit Siang dan saya merupakan Cina cauvinis walaupun DAP telah berjuang untuk semua rakyat Malaysia dan keahlian parti kita terbuka kepada semua termasuk Melayu, India, Iban dan Kadazan.

“Muhyiddin dengan mudah juga telah lupa bahawa saya telah dipenjarakan dan kehilangan kerusi Parlimen kerana memperjuangkan nasib seorang gadis Melayu bawah umur yang menjadi mangsa rogol,” katanya lagi.

Semalam, Muhyiddin merasmikan Seminar Kebangsaan Pemahaman Wasatiyyah dan 1Malaysia dengan berkata pendekatan wasatiyyah atau kesederhanaan bersesuaian dengan komposisi masyarakat majmuk di negara ini demi mengekalkan keamanan dan keharmonian yang dikecapi.

Muhyiddin berkata sikap fanatik dan taksub akan menyebabkan seseorang itu menutup fikiran mereka daripada menerima sebarang maklumat daripada pihak yang tidak mereka senangi.

Beliau berkata gagasan 1 Malaysia yang membawa nilai-nilai aspirasi seperti budaya berprestasi tinggi, ketepatan, budaya ilmu, integriti, ketabahan, kesetiaan, kebijaksanaan dan budaya inovasi turut diterap dan dibudayakan dengan konsep kesederhanaan.

Muhyiddin berkata matlamat akhir pendekatan wasatiyyah masih tidak lari daripada usaha mempertingkatkan kualiti hidup ummah, sama ada daripada segi penguasaan ilmu pengetahuan, pembangunan insan, sistem ekonomi dan kewangan, perpaduan, pertahanan, kenegaraan dan sebagainya.

Dalam kertas kerjanya pada seminar itu, Pengerusi Yayasan 1Malaysia Dr Chandra Muzaffar pula berkata konsep Malaysian Malaysia bertentangan dengan konsep wasatiyyah kerana ia berat sebelah dan idea dangkal ini meminggirkan hakikat sejarah serta latar belakang politik di negara ini.

Hijrah : Kebangkitan Anak Muda

Perutusan Maal Hijrah Ketua DPP Malaysia :

1. Hijratur Rasul saw adalah satu lembaran agung yang telah memahat sejarah gemilang buat perjuangan Islam yang didokong oleh al Musthafa saw tatkala ia adalah garis pemisah yang membebaskan ummah dari belenggu jahiliyyah dan noktah gemilang pembentukan sebuah baldatun toyyibah wa rabbun ghafur [ negara yang baik - aman, sejahtera dan membangun - sementara tuhan mengurniakan keampunanNya ]

2. Justeru memperingati ulangtahun perisiwa hijrah, selayaknya setiap individu  khasnya anak muda menghayati sejarah agung ini dan bersedia untuk  melakukan sebuah perubahan total ke arah pembentukan masa depan negara yang aman, sejahtera, harmoni dan mendapat lindungan rahmat serta keampunan Allah swt.

3. Peristiwa Hijratur Rasul sarat dengan kisah pengorbanan. Samaada pengorbanan nyawa sebagaimana yang dibuktikan oleh Saidina Ali Karramallahuwajhah, pengorbanan harta seperti yang dipamerkan oleh Suhaib ar Ruumi sehingga kisahnya dirakam oleh Allah swt di dalam al Quranil Kareem :

وَمِنَ النَّاسِ مَن يَشْرِي نَفْسَهُ ابْتِغَاءَ مَرْضَاتِ اللَّهِ وَاللَّهُ رَءُوفٌ بِالْعِبَادِ

Dan di antara manusia ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredaan Allah semata-mata; dan Allah pula Amat belas-kasihan akan hamba-hambanya.

al baqarah : ayat 207

4. Sunnatullah, bahawa perjuangan besar untuk melunaskan sebuah perubahan dan amanah gerakkerjanya, menghadapi cabaran yang mengundang implikasi besar, namun itulah harga sebuah perjuangan yang mesti dibayar oleh para pejuang . Harta dan nyawa menjadi taruhan demi sebuah perjuangan suci.

5. Bangkitlah wahai sekelian anak muda dari tidur yang panjang. Kini kita berada selekoh akhir untuk membuat pecutan kemenangan ke garis penamat. Sempena ulangtahun  Hijrah ar Rasul saw kali ini, kebangkitan anak muda mewarnai gerakan perubahan adalah suatu yang sangat didambakan.

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.

UMNO DAN GAGASAN WASATIYYAH - 'KULIT BERTUKAR, ISI TETAP SAMA'




Sempena perhimpunan Umno, parti yang terkenal dengan sifat  perkauman yang tebal secara ironisnya cuba melancarkan gagasan wassatiyyah sebagai langkah ke arah mengambil jalan wassatiyah (pertengahan). Selepas gagal menjayakan konsep 1Malaysia kerana ketebalan sifat perkaumannya, Umno kini bertukar arah ke konsep gagasan wassathiyyah.

Namun, lebih daripada itu, adakah kemunculan gagasan wassatiyyah petanda Umno kini kian bergelora?

Ataupun ada pemimpin yang tidak sabar menanti untuk menonjolkan kepimpinannya kepada ahli Umno sehingga melancarkan slogan baru yang lebih mudah difahami untuk memalukan slogan 1Malaysia yang sehingga kini masih belum difahami oleh rakyat?

Apakah kerana ada pihak yang merasakan konsep 1Malaysia perdana menteri sudah hampir tenggelam sehingga mendorong mereka untuk mengemukakan idea gagasan wassatiyyah sebagai alternatif dan persediaan ke PRU13 tanpa slogan 1Malaysia?

Tidak menafikan bahawa wassatiyyah adalah satu asas penting selaras dengan gagasan Islam. Namun, harus tegas diingatkan bahawa  gagasan wassathiyyah  wajib dibina di atas asasnya yang betul, yakni dasar dan paksi yang tidak bertentangan dengan prinsip Islam.

Gagasan wassatiyyah hanya akan dapat dicapai bilamana parti pemerintah melaksanakan sistem pemerintahan dengan adil dan saksama. Selain itu, parti pemerintah mesti melaksanakan amanah yang diletakkan dengan menghayati seluruh sistem Islam kerana seluruh dasar Islam berpaksi kepada keadilan sejagat, tanpa mengira perbezaan warna kulit dan bangsa.

Parti pemerintah juga diwajibkan melaksanakan perjanjian seperti pembayaran royalti minyak kepada Kelantan dan menghormati dan menjunjung dasar federalisme dalam Perlembagaan Persekutuan.

Mana mungkin parti yang bersifat tebal perkauman dan sering 'flip-flop' seperti Umno dapat mengambil jalan tengah dalam pendekatan politik dan urus tadbir negara?

Tindakan Umno membiarkan beberapa badan NGO pro-Umno, terutamanya Perkasa memainkan sentimen perkauman ekstrem bermotifkan politik selama ini jelas mencerminkan gagasan wassatiyyah yang diutarakan hanyalah slogan kosong, sebagaimana berakhirnya gagasan Islam Hadhari dan lainnya.

Walau apapun, gagasan wassatiyyah yang disebut Umno hanya sekadar pemanis bicara bagi memberi ruang kepada segolongan intelek berbicara. Gagasannya tidak lebih dari sekadar wacana dan seminar tanpa apa-apa tindakan dan pelan bertindak. Gagasan wassatiyyah hanyalah satu slogan kosong sebagaimana slogan-slogan terdahulu.

Selagi Umno terus dan masih gagal menunaikan amanah dan gagasan sistem federalisme yang telah diterima pakai dalam sistem politik negara, lancarlah apa-apa slogan sekalipun kerana ianya tidak lebih hanya fatamorgana, kosong yang tidak mempunyai apa-apa makna kepada rakyat selain sebagai satu cubaan baru untuk memperdayakan mereka.