Friday, October 24, 2014

S.H. Alattas: Sampai Bila Najib Nak Membohongi Rakyat?


Akhbar The EDGE pada keluaran 28 April 2014 telah meletakkan satu tajuk besar yang cukup sayu menyentuh hati kita, akhbar tersebut merayu ‘BRING BACK THE MONEY” (Bawa Pulang Wang Kita)

Akhbar ekonomi ternama di Malaysia itu membongkar urusniaga 1MDB berjumlah RM18 billion yang diletakkan di luar negara.

Membaca laporan kewangan tahunan syarikat yang berakhir 31 Mac, memang membuatkan kita urut dada tanda lega kerana jumlah aset untuk tahun 2013 bertambah kepada 44.6 billion. Itu semua ‘on paper’ bro! Kita terlupa bahawa 1MDB perlu menanggung bayaran hutang tahunan berjumlah RM 1.6 bilion kerana meminjam sebanyak 36 billion pada tahun 2013. Tak cukup dengan hutang sebanyak itu, pada 28 April 2014, akhbar ekonomi dunia Wall Street Journal membuat laporan 1MDB sedang berunding dengan beberapa buah bank lagi untuk meminjam RM2 billion.

Suara Keadilan keluaran 6 Mei 2014 dalam satu artikel yang ditulis oleh Lyn Nasir mengesahkan dengan laporannya:

‘Negara mungkin menghadapi masalah keberhutangan lebih tinggi sekiranya beberapa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) gagal dalam pelaburan mereka, Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim berkata kemungkinan GLC 1 Malaysia Development Berhad akan meningkatkan lagi hutang negara dalam usaha syarikat itu menampung kos projek mega seperti Tun Razak Exchange dan Bandar Malaysia dengan anggaran kos RM45 billion....

Pada asalnya dana 1MDB ini adalah dari dana tabung Negeri Terengganu, iaitu duit royalti minyak yang disimpan dalam satu dana yang dinamakan TIA (Terengganu Investment Agency) dana negeri Terengganu kemudian ia dinamakan 1MDB. Apakah Ahmad Said mantan MB Terengganu, tak tahu tentang selok belok serta cerita disebalik tabir tentang dana Terengganu yang TIA diubah menjadi 1MDB itu.

1MDB (1 Malaysia Development Berhad) juga membawa maksud lain iaitu 1 Malaysia Di Bodohkan. Kenapa dikatakan begitu? berikut adalah alasannya....

Negara kita memang beraspirasi untuk menjadi ‘negara maju kelas satu’, malang sekali kewibawaan pemimpin kita tidak membawa Malaysia ke arah itu.

Satu ukuran yang paling mudah, tahukah kita bahawa tahap ketelusan negara kita amat rendah berbanding dengan kriteria negara maju.

Kepimpinan Najib memang terus mendakwa Malaysia negara maju dan sememangnya kita maju pun. Hanya memajukan kelompok tertentu saja. Negara maju kelas berapakah ini?

Antara perbuatan tidak telus pemimpin ialah tentang Tabung dana 1MDB yang ditubuhkan dalam tahun 2009 dengan suntikan modal RM5 billion, modalnya dijamin oleh Kerajaan. Tetapi kenapa sebanyak US 2.3 billion di letakkan di sebuah bank di Switzerland. Dana sebanyak itu telah diurus oleh syarikat pengurus dana kewangan di Hong Kong.

Pengurus dana telah melabur wang tersebut di enam tabung dana berlainan yang terlibat dalam sektor tenaga.

Profail pelaburan keenam enam dana ini atau nilai asetnya juga tidak diketahui.

Mengapa sejumlah besar wang itu di letakkan di dalam satu syarikat pengurusan dana, tindakan pengurusan 1MDB itu memang membingungkan atau pun sengaja mahu membuat rakyat Malaysia menjadi bingung. Apabila dipersoalkan tindakan itu, 1MDB tidak pula memberikan jawapan. Cukup pelik, satu GLC kerajaan yang Pengerusinya Perdana Menteri boleh mendiamkan diri.

Orang yang tidak ada asas pengetahuan kewangan pun tahu ‘don’t put all your egg in one basket’. Dalam kes 1MDB ini, sudah lah put all in in one basket, tetapi not his own basket pulak. Kata P. Ramlee, ‘unta padang pasir pun tak sebodoh itulah!’

Kenapa dana yang ditaja kerajaan, dengan jumlah dana yang besar itu diletakkan di luar negara sedangkan objektif utama penubuhan dana itu untuk merancakkan ekonomi domestik.

Habis semua wang yang sepatutnya berlegar legar di dalam negara telah menyusup ke luar negara.

Sudah lah selama ini berbillion ringgit mengalir keluar setiap tahun dari sektor pekerja asing yang bekerja di Malaysia.

Secara minimanya, jika seramai 2 juta pekerja asing di Malaysia, setiap orang menghantar minima RM100 setiap bulan, ini bererti 200 juta ringgit mengalir keluar setiap bulan, tetapi kita bertanya semula adakah pendatang asing hanya 2 juta, memang yang berdaftar lebih kurang 2 juta, PATI (Pendatang Asing Tanpa Izin) boleh dikatakan sama ramai atau mungkin lebih ramai dari yang ada permit. Kiralah berapa banyak wang keluar negara setiap bulan, tidak cukup dengan itu. Kini berbillion billion wang dalam negara di bawa 1MDB keluar negara atas nama pelaburan.

Pada 12 September 2012, 1MDB telah meletakkan US2.3 billion (RM7.42 billion) dalam beberapa portfolio berasingan di Cayman Island.

Pada 22 February 2014, Akhbar Star dalam ruangan StarBiz Week melaporkan

1MBD had places US$2.32 Bil (RM7.42 bil) in a segregated portfolio fund based in Cayman Islands on Sept 12, 2012.

Selepas kumpulan pertama sebanyak US2.3 billion dilaburkan pada bulan September 2012 itu, diikuti pula US3 billion ringgit diletakkan di tangan bank pelaburan luar negara pada bulan Mach 2013.

Jumlah kesemua, 1MDB sudah melabur sebanyak US 5.3 billion di tabung dana luar negara. Yakni dalam masa enam bulan dari bulan September 2012, wang sebanyak itu telah berada di tangan bank asing. Apakah Najib boleh menjawab "ask me no question, I will tell you no lie." Dah banyak sangat pembohong, kesian yang kena tipu cerdik pandai, orang kita yang tak berani cegah kemungkaran. Kalau tanya pun, Najib suka buat bodoh. Dia takkan jawab apa pun orang kata dia. Akhirnya gambar dia kena pijak. Orang tampal kasut saja di mukanya. Itulah nilai Perdana Menteri Malaysia hari ini. Muka serupa tapak kasut je.

Soalan yang selalu menjadi pertanyaan utama, kenapa wang itu diletakkan di luar negara, namun tiada sebarang jawapan.

Bukankah 1MDB ditubuh untuk memberangsangkan projek yang mampu memberi impak tinggi kepada ekonomi dalam negeri. Ia bukan ditubuh untuk mengumpul wang dengan jaminan kerajaan dan kemudian wang tersebut dilabur di luar negara. Untuk kepentingan siapa? Duit sekarang siapa punya?

Persoalan yang serupa telah ditanyai dalam ruangan ‘The Alternate View’ akhbar Starbiz Week 22 February 2014 oleh penulis kolumn M. Shanmugam.

‘Nevertheless, questions will still persist as to why the money is parked in a fund in Cayman Islands because that was not the objective of 1MDB when it was established in 2009. What is the investment strategy, horizon and recoverability of the money?

The money parked in Cayman as a major portion on the RM5 bil seed capital 1MDB raised by issuing government guarantee bonds. It was supposed to be used to lure investments that would cause a high impact in local economy.’

Setakat ini jawapan yang diberi oleh 1MDB ialah wang tersebut telah dilabur dengan baik, ditadbir urus dengan selamat dan akan dibawa pulang semula. Bila dah pulang, masuk ke bank siapa? Di dalam atau di luar negara?

Jawapan seperti itu tidak memadai, kerana ia melibatkan tadbir urus dana awam. Sampai bila kita nak kena bodoh oleh Najib? Apa yang menyebabkan dia begitu berkuasa sekali? Sampai bila UMNO nak simpan dia jadi Presiden? Dan rakyat Malaysia nak simpan dia jadi Perdana Menteri?

Kalau badan GLC lain buat sepertimana yang 1MDB lakukan ini, sudah tentu mereka akan diserang dan diasak oleh pihak media, akan dikritik seteruk-teruknya dan mungkin akan diambil tindakan. Kenapa Najib boleh buat sesuka hati? Media dah kena sihir ke oleh tukang sihir Najib?

Lupakah kita bagaimana Lembaga FELDA terpaksa berhempas pulas memberi penjelasan dan penerangan kerana membeli hotel di London dengan harga 98 juta paun (RM497 juta) pada bulan Oktober tahun lepas. Padahal pembelian itu memang ekonomik dan boleh mendatangkan keuntungan. Kenapa 1MDB tidak dipersoalkan seperti mana FELDA kena? Adakah semata mata kerana 1MDB Pengerusi nya Najib, maka mereka terpaksa mengunci mulut, sebab jika ada sesiapa yang berani menentang atau bertanya maka akan terpelanting keluar dari gerabak. Lu Fikirlah Bro.

Apabila beberapa orang atasan Sime Darby menyalahguna kuasa dan salah guna wang , mereka telah ditahan oleh pihak berkuasa, kini dalam proses pendakwaan. Kenapa 1MDB masih bernyawa pengarah pengarahnya. Apa beza status Sime Darby dan 1MDB?

Perbuatan atau cara yang dilakukan 1MDB ini iaitu meletakkan wang yang dikumpul dari sumber dalam negara ke luar negara adalah satu contoh yang amat bahaya. Ia juga membuatkan legaran atau pusingan wang dalam negara menjadi tambah berkurangan. Sekaligus membuatkan ekonomi negara bertambah muram dan tidak rancak kerana tidak banyak transaksi jual beli berlaku. Apakah tak mustahil negara akan bankrup selagi Najib kekal sebagai Perdana Menteri?

Ini adalah antara sebab para peniaga mengeluh. Apa akan jadi jika GLC lain pula akan mengikut jejak langkah 1MDB, dengan mengumpul dana dalam negara dan meletakkannya kepada pengurus dana luar negara. Sebagaimana yang kita semua maklum, CEO GLC memang sentiasa memerhati ‘contoh utama’ . Mereka hanya menunggu masa untuk mengikutinya. Sampai bila kera di hutan di susukan, anak sendiri dibiar kelaparan? Keruh air dihulu, akan keruh juga air yang dihilir. Guru kencing berdiri, murid kencing berlari.

Seperkara lagi, siapa yang harus dipertanggung jawab jika wang itu tidak dapat dibawa pulang semula atau pun jika jumlah dibawa pulang lebih rendah dari yang dilabur? Maklum sajalah wang di tangan orang, bukan mudah hendak diminta semula. Dalam dunia ekonomi sekelip mata pasaran boleh naik dan sekelip mata juga pasaran boleh merudum. Apakah nasib Najib tak akan jadi serupa itu? Seperti yang telah berlaku pada para pemimpin dunia yang jauh lebih berkuasa dari Najib? Apakah kita tak percaya pada hukum karma?

Setakat ini, dana itu mencatat pulangan 5.76 peratus saja, jauh lebih rendah dari jumlah pulangan yang pernah mereka dapat ketika melanggan bon Islam yang dikeluarkan PetroSaudi International Ltd di antara 2010 hingga Jun 2012 iaitu sebanyak 8.25 peratus.

Pada 1 March 2014, Starbiz week akhbar The Star dalam satu rencana yang ditulis Risen Jayaseelan dengan jelas mendedahkan

1Malaysia Development Bhd (1MDB) has issued RM1.5 bil worth of 7 year and 10 year Islamic Bonds at an indicative yeild of 6% which works out to around 180 basis points above current Malaysian Government Securities (MGS) rates. The buyers of the bonds are Lembaga Tabung Haji (LTH) and Permodalan Nasional Bhd (PNB)

.... The bonds do not carry a government guarantee and are not rated. But the papers are backed on 495 acres of land in Sungei Besi that 1MDB plas to develop into the iconis Bandar Malaysia, a high-end mixed development project.

Pada tahun 2011 seorang jutawan Taek Jho Low telah cuba membeli saham sekumpulan hotel terkemuka Coroin, iaitu Hotel Claridges, The Connaought dan The Berkeley di United Kingdom melalui syarikatnya The Wynton Group bernilai RM5.7 billion dengan bantuan dari dana 1MDB. Apabila perbuatan mereka itu telah dapat dihidu. Najib sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah 1MDB terus menafikan bahawa beliau tidak ada kaitan dan tidak mendanai urusniaga Taek Jhow Low. Najib pun pernah sumpah Al - Quran bahawa dia tidak ada kena mengena dengan Altantuya. Betul ke?

Akhirnya terbukti Najib berbohong, apabila kes pembelian saham hotel itu menjadi perbalahan dan dibawa ke Mahkamah Tinggi United Kingdom, maka terbukti pada 15 Januari 2011 1MDB telah menghantar surat bagi pihak Jho Low untuk membeli saham hotel tersebut.

Siakap senohong, gelama ikan duri, suka cakap bohong itu lah kerja Perdana Menteri. 3 tanda untuk mengenal seorang yang munafik, cakap bohong, mungkir janji, mengkhianati amanah. Sampai bila Najib nak membohongi rakyat? Dan sampai bila rakyat nak simpan seorang yang bersifat munafik. Bukankah tanggungjawab orang Islam mengajar kebaikan dan mencegah kemungkaran. Jangan salahkan Tuhan jika Tuhan turunkan bala ke negara kita, kerana kita sudah tidak dengar cakap Tuhan lagi.

Kisah transaksi ini dilaporkan dengan menyeluruh dan ekslusif dalam Laman Web ‘Sarawak Report ‘pada 2 Mei 2014.

Di kalangan ahli perniagaan semua tahu Taek Jho Low ini adalah rakan niaga Rosmah. Memang kena dengan konsep 1 Malaysia, Rosmah hanya berurus niaga besar dengan usahawan bukan Melayu seperti Deepak dan Taek Jho Low...

Sampai bila Najib hendak membohongi rakyat. Apakah Najib fikir rakyat Malaysia masih tinggal di dalam gua dan tidak mengetahui segala perbuatannya yang menderhaka pada bangsanya sendiri dengan membiarkan Rosmah bermaharaja lela. Siapa sebenarnya Perdana Menteri? Najib atau Rosmah? Betul ke Najib ini bini Rosmah? Dan Rosmah yang menjadi Perdana Menteri bukan Najib

POLEMIK ANJING : SATU PERBINCANGAN FIQH

Isu berkenaan menyentuh anjing, pernah didebatkan pada tahun 1940 bertempat di kelantan. khabarnya, ia melibatkan tokoh ulama terkemuka tanah melayu ketika itu, seperti Haji Wan Musa yang merupakan mufti Kelantan ketika itu, Qadhi besar Singapura yang dihadiri Raja Kelantan ketika itu, Sultan Ibrahim.  Selepas perbincangan tersebut, mereka bergambar dengan disertakan seekor anjing bersama.


Perbincangan tentang anjing, dianggap agak sensitive di kalangan umat islam di Malaysia, walhal jika dibaca dalam al-Quran, factor anjing pernah diceritakan dalam beberapa bentuk. Antaranya adalah, diceritakan tentang anjing dalam kerangka kisah Ashab al-Kahfi.
Firman Allah;
وَتَحْسَبُهُمْ أَيْقَاظًا وَهُمْ رُقُودٌ وَنُقَلِّبُهُمْ ذَاتَ الْيَمِينِ وَذَاتَ الشِّمَالِ وَكَلْبُهُمْ بَاسِطٌ ذِرَاعَيْهِ بِالْوَصِيدِ لَوِ اطَّلَعْتَ عَلَيْهِمْ لَوَلَّيْتَ مِنْهُمْ فِرَارًا وَلَمُلِئْتَ مِنْهُمْ رُعْبًا
Maksudnya;     “Dan engkau sangka mereka sedar, padahal mereka tidur; dan Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri; sedang anjing mereka menghulurkan dua kaki depannya dekat pintu gua; jika engkau melihat mereka, tentulah engkau akan berpaling melarikan diri dari mereka, dan tentulah engkau akan merasa sepenuh-penuh gerun takut kepada mereka” (Surah al-Kahf, ayat 18)
Dan firman Allah dalam surah yang sama;
سَيَقُولُونَ ثَلَاثَةٌ رَابِعُهُمْ كَلْبُهُمْ وَيَقُولُونَ خَمْسَةٌ سَادِسُهُمْ كَلْبُهُمْ رَجْمًا بِالْغَيْبِ وَيَقُولُونَ سَبْعَةٌ وَثَامِنُهُمْ كَلْبُهُمْ قُلْ رَبِّي أَعْلَمُ بِعِدَّتِهِمْ مَا يَعْلَمُهُمْ إِلَّا قَلِيلٌ فَلَا تُمَارِ فِيهِمْ إِلَّا مِرَاءً ظَاهِرًا وَلَا تَسْتَفْتِ فِيهِمْ مِنْهُمْ أَحَدًا
Maksudnya; “(Sebahagian dari) mereka akan berkata: “Bilangan Ashaabul Kahfi itu tiga orang, yang keempatnya ialah anjing mereka “; dan setengahnya pula berkata:”Bilangan mereka lima orang, yang keenamnya ialah anjing mereka” – secara meraba-raba dalam gelap akan sesuatu yang tidak diketahui; dan setengahnya yang lain berkata: “Bilangan mereka tujuh orang, dan yang kedelapannya ialah anjing mereka”. Katakanlah (wahai Muhammad): “Tuhanku lebih mengetahui akan bilangan mereka, tiada yang mengetahui bilangannya melainkan sedikit”. Oleh itu, janganlah engkau berbahas dengan sesiapapun mengenai mereka melainkan dengan bahasan (secara sederhana) yang nyata (keterangannya di dalam Al-Quran), dan janganlah engkau meminta penjelasan mengenai hal mereka kepada seseorangpun dari golongan (yang membincangkannya). (Surah al-Kahf, ayat 22)
Dalam al-Quran juga, factor anjing diceritakan tentang perburuan. Iaitu firman Allah;
يَسْأَلُونَكَ مَاذَا أُحِلَّ لَهُمْ قُلْ أُحِلَّ لَكُمُ الطَّيِّبَاتُ وَمَا عَلَّمْتُمْ مِنَ الْجَوَارِحِ مُكَلِّبِينَ تُعَلِّمُونَهُنَّ مِمَّا عَلَّمَكُمُ اللَّهُ فَكُلُوا مِمَّا أَمْسَكْنَ عَلَيْكُمْ وَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ عَلَيْهِ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ سَرِيعُ الْحِسَابِ
Maksudnya; “Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): “Apakah (makanan) yang dihalalkan bagi mereka?” Bagi menjawabnya katakanlah: “Dihalalkan bagi kamu (memakan) yang lazat-lazat serta baik, dan (buruan yang ditangkap oleh) binatang-binatang pemburu yang telah kamu ajar (untuk berburu) mengikut cara pelatih-pelatih binatang pemburu. Kamu mengajar serta melatihnya (adab peraturan berburu) sebagaimana yang telah diajarkan Allah kepada kamu. Oleh itu makanlah dari apa yang mereka tangkap untuk kamu dan sebutlah nama Allah atasnya (ketika kamu melepaskannya berburu); dan bertaqwalah kepada Allah (dengan memelihara diri dari memakan yang diharamkan Allah); Sesungguhnya Allah Maha Cepat hitungan hisabNya” (Surah al-Maidah, ayat 4)
Dalam hadis juga, ada dipamerkan tentang seorang pelaku dosa besar boleh diampunkan dosa oleh Allah disebabkan memberi minum kepada anjing. Iaitu hadis, daripada
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ؛ أَنَّ رَسُولَ اللهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ: «بَيْنَمَا رَجُلٌ يَمْشِي بِطَرِيقٍ إِذِ اشْتَدَّ عَلَيْهِ الْعَطَشُ، فَوَجَدَ بِئْراً. فَنَزَلَ فِيهَا ، فَشَرِبَ، وَخَرَجَ. فَإِذَا كَلْبٌ يَلْهَثُ. يَأْكُلُ الثَّرَى مِنَ الْعَطَشِ. فَقَالَ الرَّجُلُ: لَقَدْ بَلَغَ هذَا الْكَلْبَ مِنَ الْعَطَشِ مِثْلُ الَّذِي بَلَغَ  مِنِّي. فَنَزَلَ  الْبِئْرَ فَمَلأَ خُفَّهُ. ثُمَّ أَمْسَكَهُ بِفِيهِ حَتَّى رَقِيَ فَسَقَى الْكَلْبَ. فَشَكَرَ اللهُ لَهُ فَغَفَرَ لَهُ
Maksudnya; “Daripada Abu Hurairah, Sesungguhnya Rasulullah saw berkata, ketika seorang lelaki berjalan di satu laluan, dia merasa kehausan, lalu dia dapati ada sebuah telaga. Dia masuk ke dalamnya, minum air dan keluar. Dia ternampak seekor anjing tercungap-cingap dan menjilat tanah lembab ekoran kehausan. Lelaki itu berkata, sesungguhnya anjing ini sampai kehausan sepertimana aku kehausan tadi. Lalu, lelaki itu turun ke dalam telaga dan mengisi air pada kasutnya sehingga penuh, kemudian dia mengigit kasutnya itu dengan mulutnya hingga dia panjat telaga tersebut lalu memberi minum kepada anjing tersebut. Allah swt berterima kasih kepadanya dan mengampunkan dosanya“ (Muwatta’, : hadis no,3435, جَامِعُ مَا جَاءَ فِي الطَّعَامِ وَالشَّرَابِ)
Dari ini, kita akan dapati bahawa dari sudut pandang al-Quran dan Hadis, perbincangan tentang anjing bukan perkara yang sentisitif. Namun, dianggap sensitive di kalangan orang melayu.
Tidak diketahui, apa penyebab perasaan sensitive ini sebegini berlaku. Mungkin terlalu terikat dengan penekanan terhadap mazhab Syafie yang rata-ratanya menyatakan hukum anjing adalah najis mughalazah (najis berat), menjadikan ia dianggap cukup jijik dan amat sensitive.
MENYENTUH ANJING
Perbincangan pertama adalah menyentuh anjing. Dari sudut pengajian usul al-fiqh, sesuatu perkara itu tidak boleh dijatuhkan hukum haram selama tiada nas yang saheh dan sareh (jelas) menyatakan pengharamannya. Kewujudan nas yang saheh, tetapi tidak sareh (tidak jelas) pun tidak boleh menjadikan sesuatu itu haram, seperti hadis yang menyatakan larangan ma’azif yang diterjemah sebagai muzik. Tidak dinafikan, hadis itu riwayat al-Bukhari, sudah pasti ia saheh, tetapi kalimah Ma’azif yang ada dalam hadis itu tidak sareh. Makanya, menafsirkannya sebagai bermaksud muzik, lalu diharamkan muzik adalah tidak tepat. (Sila lihat perbahasan panjang lebar di sini : muzik : satu kupasan)
Tidak pernah terdapat satu nas yang saheh dan jelas menyatakan larangan terhadap memegang anjing. Ekoran itu, ia tidak boleh dinyatakan sebagai hukum haram. Ini kerana, dalam fiqh islam, sesuatu yang mahu dikatakan haram, hendaklah dari sumber nas (al-Quran atau al-hadis) yang saheh dan sareh (jelas). Dalam kes muzik, dalam keadaan wujud hadis yang saheh pun, tidak boleh nak dikatakan muzik haram kerana hadis itu tidak sareh. Inikan pula dalam hukum menyentuh anjing, yang tiada satu nas yang saheh dan sareh menyatakan larangan tersebut.
BASUH APABILA KENA ANJING
Terdapat kekhilafan fiqh tentang status kenajisan anjing. Dalam mazhab al-Syafie, anjing dikira sebagai najis. Dengan maksud, apabila menyentuh anjing, maka wajar dibasuh dengan tujuh kali basuh, dan salah satunya dengan air tanah.
Kata al-Imam al-nawawi;
وفيه وجوب غسل نجاسة ولوغ الكلب سبع مرات
Maksudnya; “Padanya, wajib basuh najis jilatan anjing sebanyak tujuh kali”
Sambung beliau lagi;
واعلم أنه لا فرق عندنا بين ولوغ الكلب وغيره من أجزائه فإذا أصاب بوله أو روثه أو دمه أو عرقه أو شعره أو لعابه أو عضو من أعضائه شيئا طاهرا في حال رطوبة أحدهما وجب غسله سبع مرات إحداهن بالتراب
Maksudnya; “Ketahuilah, tidak ada perbedaan di kalangan kami antara jilatan anjing dengan selainnya; daripada anggota-anggota anjing. Apabila kena kencingnya, taiknya, darahnya, peluhnya, bulunya, air liurnya atau satu satu anggota dari anggota badannya  yang bersih ketika ia sedang basing, maka wajib basuhnya tujuh kali basuh, dan salah satu daripadanya adalah tanah[1]”
Dalam mazhab Hanafi, air liur anjing adalah najis. Abu Fadhal al-Hanafi menyatakan;
وَأَمَّا الْكَلْبُ فَلِأَنَّ النَّبِيَّ - عَلَيْهِ الصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ - أَمَرَ بِغَسْلِ الْإِنَاءِ مِنْ وُلُوغِهِ ثَلَاثًا، وَفِي رِوَايَةٍ سَبْعًا
Maksudnya; “Adapun anjing, maka sesungguhnya Nabi saw menyuruh membasuh bekas dari jilatannya (anjing) sebanyak tiga kali. Dalam satu riwayat, tujuh kali”[2]
Adapun badan anjing, pendapat yang kuat dalam mazhab hanafi, ia tidak dikira sebagai najis. Seorang Ulama dalam Mazhab hanafi  bernama Badr al-Din al-‘Aini berkata;  
ثم اختلف أصحابنا في الكلب، هل هو نجس العين كالخنزير أو لا، والأصح أنه ليس بنجس العين كذا في " البدائع "، وفي " الإيضاح "
Maksudnya; “Kemudian, telah ikhtilah di kalangan kami (ulama mazhab hanafi) berkenaan anjing, apakah ia najis pada ain (dirinya) seperti babi atau tidak. Pendapat yang paling saheh, ia tidak najis ain, sepertimana tersebut dalam kitab al-Badaie dan kitab al-Idah[3]”
Dalam mazhab maliki pula, Abu Umar al-Namiri al-Qurtubi menyatakan;
دَلَّ ذَلِكَ عَلَى أَنَّ الْكَلْبَ لَيْسَ بِنَجِسٍ وَأَنَّهُ لَا نَجَاسَةَ فِي عَيْنِهِ لِأَنَّهُ مِنَ الطَّوَّافِينَ عَلَيْنَا وَمَا أُبِيحَ لَنَا اتِّخَاذُهُ لِلصَّيْدِ وَالزَّرْعِ وَالْمَاشِيَةِ فَيُقَاسُهُ الْهِرُّ وَإِذَا صَحَّ هَذَا صَحَّ أَنَّ الْأَمْرَ بِغَسْلِ الْإِنَاءِ مِنْ وُلُوغِهِ سَبْعًا عِبَادَةٌ لَا لِنَجَاسَةٍ
Maksudnya; “Ini menjadi dalil bahawa anjing bukan najis, iaitu ia bukan najis pada ain (diri anjing itu), kerana ia dari kalangan binatang yang selalu berlegar di kalangan kita. Dan ia diharuskan untuk kita menjadikannya binatang buruan, menjaga tumbuh-tumbuhan dan di bawa berjalan, maka ia dikiaskan dengan kucing. Apabila sah perkara ini, sesungguhnya suruhan basuh bekas dari jilatan anjing tujuh kali itu sekadar ibadat (untuk mendapatkan pahala sahaja : sunat) sahaja, bukan kerana ia bernajis[4]”
Di tempat yang lain, beliau menyatakan;

فَجُمْلَةُ مَذْهَبِ مَالِكٍ عِنْدَ أَصْحَابِهِ الْيَوْمَ أَنَّ الْكَلْبَ طَاهِرٌ وَأَنَّ الْإِنَاءَ يُغْسَلُ مِنْهُ سَبْعًا عِبَادَةً

Maksudnya; “Sejumlah mazhab Malik di sisi pandangan ulama-ulama dalam mazhab itu pada hari ini bahawa anjing adalah suci dan bekas yang dibasuh dengan tujuh kali basuh itu adalah sekadar ibadat (sunat)”[5]
 Dari perbincangan ini, dapat disimpulkan bahawa dalam mazhab Syafie, semua perkara yang berkaitan dengan anjing dikira sebagai najis. Makanya, wajib dibasuh tujuh kali basuh dan salah satunya dengan air tanah. Dalam mazhab Hanafi pula, air liur dikira sebagai najis, sedangkan badan anjing berlaku kekhilafan di kalangan ulama dalam mazhab hanafi. Namun, pendapat yang paling kuat dalam mazhab itu, badan anjing tidak dikira sebagai najis. Berbeda dengan mazhab Maliki yang menganggap bahawa badan dan air liur anjing tidak dikira sebagai najis. Suruhan basuh dengan tujuh kali basuh dalam hadis, pada mereka ia adalah suruhan yang sunat, bukan wajib.
Kekhilafan ini bermuarakan kepada hadis bahawa nabi saw ada berkata;
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «إِذَا وَلَغَ الْكَلْبُ فِي إِنَاءِ أَحَدِكُمْ فَلْيُرِقْهُ ثُمَّ لِيَغْسِلْهُ سَبْعَ مِرَارٍ
Maksudnya; “Daripada Abu Hurairah berkata, bersabda Rasulullah saw, apabila anjing menjilat bekas seseorang kamu, maka alirkan air padanya kemudian basuhnya sebanyak tujuh kali basuh” (Muslim, Bab hukum jilatan anjing, hadis no :  279)
Kekhilafan itu kerana, dalam mazhab Syafie, mereka mengamalkan metode Fahw al-Khitab. Pada mereka, jika air liur anjing pun sudah wajib di basuh, sudah pasti kewajipan itu lebih lagi dilakukan jika terkena pada badan anjing. Dalam mazhab hanafi pula, mereka melihat kepada zahir hadis yang mempamerkan jilatan sahaja. Menandakan, kenajisan itu berlaku pada air liur sahaja, tidak pada badannya. Namun, dalam mazhab Maliki, mereka meletakkan tanggapan bahawa mensucikan najis itu, cukup sekadar hilangkan tiga perkara; bau, rasa dan warna. Untuk menghilangkan tiga perkara ini, tidak semestinya dengan tujuh kali basuh, malahan dengan sekali atau dua kali basuh pun, kadangkala sudah tercapai maksud bersihkan najis. Makanya, mereka meletakkan tanggapan bahawa hukum membasuh itu sunat sahaja.
BELA ANJING
Dalam hadis, dipamerkan keizinan membela anjing pada tujuan beburu dan penjagaan. Antara hadis itu adalah;
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «مَنِ اقْتَنَى كَلْبًا إِلَّا كَلْبًا ضَارِيًا أَوْ كَلْبَ مَاشِيَةٍ، نَقَصَ مِنْ عَمَلِهِ كُلَّ يَوْمٍ قِيرَاطَانِ»
Maksudnya; “Daripada Abdullah bin Umar, sesungguhnya Rasulullah saw bersabda, “barangsiapa yang membela anjing kecuali anjing buas (dibuat beburu) atau anjing yang dibawa jalan-jalan, mengurangkan daripada amalnnya pada setiap hari dua qirat”  (muwatta’, bab Menyatakan berkaitan dengan anjing, hadis no : 13)
Dalam hadis yang lain pula;
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «مَنْ أَمْسَكَ كَلْبًا، فَإِنَّهُ يَنْقُصُ كُلَّ يَوْمٍ مِنْ عَمَلِهِ قِيرَاطٌ، إِلَّا كَلْبَ حَرْثٍ أَوْ مَاشِيَةٍ»
Maksudnya; “barangsiapa yang bela anjing, maka sesungguhnya mengurangi pada setiap hari dari amalannya satu qirat, kecuali anjing untuk pengawasan atau anjing yang dibawa berjalan-jalan” (al-Bukhari, bab membela anjing untuk kerja pembajakan, hadis no : 2322)
Dari hadis-hadis ini, sepakat ulama menyatakan keizinan membela anjing dengan tujuan untuk perburuan dan penjagaan dan dibawa bersiar-siar dan berjalan-jalan. Namun, selain dari tujuan-tujuan ini, berlaku kekhilafan di kalangan ulama. Ada ulama yang menyatakan haram, seperti al-Imam al-Nawawi, dan ada pula menyatakan makruh sahaja, seperti pendapat ibn Abd al-Bar.
Kata Al-Imam al-Nawawi dalam Syarh Muslim;
وقد اتفق أصحابنا وغيرهم على أنه يحرم اقتناء الكلب لغير حاجة مثل أن يقتني كلبا إعجابا بصورته أو للمفاخرة به فهذا حرام بلا خلاف وأما الحاجة التي يجوز الاقتناء لها فقد ورد هذا الحديث بالترخيص لأحد ثلاثة أشياء وهي الزرع والماشية والصيد وهذا جائز بلا خلاف
Maksudnya; “Telah sepakat kalangan kami (ulama mazhab syafie) dan selainnya (selain ulama dalam mazhab syafie) bahawa haram membela anjing tanpa keperluan, sepertimana membela anjing kerana berbangga dengan bentuknya atau kerana untuk membesar diri dengannya, maka ia adalah haram tanpa khilaf. Adapun kerana ada keperluan yang mengharuskann membelanya, sesungguhnya telah datang hadis tetang keizinan pada salah satu dari tiga perkara, iaitu bertanaman, berjalan-jalan dan berburu. Ia adalah harus, tanpa khilaf lagi[6]”
Di sana ada pendapat menyatakan, membela anjing selain tujuan berburu dan selain tujuan penjagaan adalah tidak haram, sebaliknya sekadar makruh sahaja. Ia di dokong oleh Ibn Abd al-Bar. Beliau menyatakan;
وَفِي مَعْنَى هَذَا الْحَدِيثِ تَدْخُلُ عِنْدِي إِبَاحَةُ اقْتِنَاءِ الْكِلَابِ لِلْمَنَافِعِ كُلِّهَا وَدَفْعِ الْمَضَارِّ إِذَا احْتَاجَ الْإِنْسَانُ إِلَى ذَلِكَ إِلَّا أَنَّهُ مَكْرُوهٌ اقْتِنَاؤُهَا فِي غَيْرِ الْوُجُوهِ الْمَذْكُورَةِ فِي هَذِهِ الْآثَارِ لِنُقْصَانِ أَجْرِ مُقْتَنِيهَا
Maksudnya; “Pada makna hadis ini, di sisi aku, masuk keharusan membela anjing bagi semua manfaat dan menolak sebarang mudharat, apabila manusia perlu kepada itu, kecuali ia adalah makruh membelanya pada selain pada perkara yang disebutkan pada athar-athar ini disebabkan kekurangan pahala kepada pembelanya[7]”
Kekhilafan ini berlaku, kerana beberapa sebab, iaitu;
Pertama, hadis yang menyatakan larangan itu masih dalam kerangka zanni al-Dilalah, bukan hukum qatie. Ia tidak sama seperti pengharaman zina dan haram makan daging babi.
Ini dapat dilihat pada lafaz “kekurangan pahala dengan satu qirat (dalam riwayat lain disebut dengan dua qirat)” itu masih punyai pelbagai tafsiran. Pada Imam al-nawawi, ia memberi maksud bahawa adalah haram. Namun, pada Ibn Abd al-Bar, beliau tidak melihat kekurangan pahala itu sebagai hukum haram, sebaliknya ia masih dibenarkan lagi, tetapi sekadar makruh. Ini kerana, melakukan tindakan yang boleh mengurangkan pahala, tidak semestinya memberi maksud haram, seperti seseorang yang tidak menunaikan solat sunat, seseorang yang makan makanan yang berbau busuk dan banyak lagi.
Kedua, apabila sesuatu hadis itu berada dalam kerangka zanni, sudah pasti ia sesuatu larangan itu punyai sebab. Ekoran itu, ada sebilangan ulama berkhilaf tentang sebab larangan tersebut, seperti yang disenaraikan oleh Ibn Hajar al-Asqalani. Sebilangan ulama menyatakan, larangan itu mencegah malaikat masuk dalam rumah, sebilangan lain menyatakan bahawa ia boleh mengganggu jiran tetangga, sebilangan yang lain menyatakan bahawa sebilangan anjing itu adalah syaitan, setengah yang lain menyatakan bahawa kebiasaan anjing di dalam rumah akan memungkinkan jilatan anjing itu terkena pada bekas makanan[8] dan sebagainya.
Jika larangan itu menjadi haram, ekoran malaikat tidak masuk rumah, sudah pasti memasukkan TV dan gambar juga dikira sebagai haram. Ini kerana, dalam hadis ada mempamerkan bahawa dengan kewujudan gambar dalam rumah, malaikat juga tidak masuk ke dalam rumah. Dalam hadis, daripada Abi Talhah al-Ansari;
سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: «  إن الْمَلَائِكَةُ لَا تَدْخُلُ بَيْتًا فِيهِ كَلْبٌ وَلَا صُورَةٌ تماثيل»
Maksudnya; “aku dengar Rasulullah saw bersabda, Sesungguhnya malaikat tidak masuk dalam rumah yang padanya ada anjing dan gambar”(Musnad Ahmad, Bab Hadis Abi Talhah, hadis no :  16369)
Jika dikatakan larangan itu kerana ia boleh menggangu jiran tetangga, sudah pasti larangan itu bukan hukum lizatih, iaitu keharaman pada membela anjing, tetapi larangan itu pada factor lighairih, iaitu berfaktorkan kebisingan. Dengan maksud, jika tidak membawa kepada bising, atau duduk dalam rumah yang punyai halangan suara dari sampai ke rumah orang lain, maka ia tidak menjadi haram.
Jika dikatakan larangan itu kerana sebilangan anjing adalah syaitan, maka sudah pasti wujud ada anjing yang tidak syaitan. Ini kerana, definisi syaitan adalah setiap yang jahat tidak kira ia dari kalangan mana pun.
Al-Imam al-Tabari menyatakan;
والشيطان، كل متمرِّد من الجن والإنس والدوابِّ وكل شيء
Maksudnya; “Setiap yang jahat dari kalangan jin, manusia, binatang dan semua perkara[9]”
Perkara ini dikukuhkan dengan beberapa firman Allah swt, antaranya seperti Allah menyatakan ada syaitan dari kalangan manusia dan jin, iaitu Firman Allah;
وَكَذَلِكَ جَعَلْنَا لِكُلِّ نَبِيٍّ عَدُوًّا شَيَاطِينَ الْإِنْسِ وَالْجِنِّ
Maksudnya; “Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari Syaitan-syaitan manusia dan jin” (Surah al-An’am, ayat 112)
Dan firman Allah;
مِنَ الْجِنَّةِ وَالنَّاسِ
Maksudnya; “(Syaitan al-Khannas itu) dari kalangan jin dan manusia” (Surah al-Nas, ayat 6)
Dan jika dikatakan bahawa kewujudan anjing dalam rumah akan menyusahkan untuk mengelak dari jilatan anjing yang kadangkala melibatkan bekas makanan. Sudah pasti, kelihatan larangan itu berfaktorkan sad al-Zaraie. Hukum dari sudut sad al-Zaraie, asalnya adalah dibenarkan. Tetapi, jika dapat mengelak dari berlaku perkara yang dilarang, maka kembali kepada hukum asal, iaitu harus. Ia dimisalkan seperti keizinan menjual anggur, tetapi dilarang secara sad al-Zaraie, jika dijualkan kepada pembuat arak. Maka begitujuga dalam hal berkaitan larangan membela anjing pada selain tiga factor yang disebutkan dalam hadis.
Dari penjelasan ini, tidak hairan fatwa Ibn Abd al-Bar tidak meletakkan ia sebagai haram, sebaliknya sekadar makruh sahaja.
PENUTUP
Dari penjelasan ini, kelihatan bahawa perkara yang berkaitan dengan anjing adalah perkara yang tidak sewajarnya disensitivekan oleh masyarakat melayu. Namun, kekurangan dalam penghayatan fiqh yang bersifat luas ini, menjadikan kejumudan itu pula dilihat seperti kebaikan, sedangkan keluasan itu seperti kejahatan, sedangkan sifat Islam itu sendiri melebihi keluasan dari pandangan yang dapat melihat keluasan alam ini.
Moga-moga tulisan serba ringkas ini dapat memberi penjelasan kepada pembaca tentang polimik anjing ini dari sudut yang lebih luas, sepertimana keluasan fiqh yang ditekan dalam Islam.
Wallahu ‘Alam..


[1] Abu Zakaria Muhy al-Din bin Syarf al-Nawawi, al-Minhaj Syarh Sahih Muslim bin al-Hajjaj, Jld 3, hlmn 185, Dar Ihya’ al-Turath al-‘Arabi, Beirut. Tarikh : 1392
[2] Abdullah bin Mahmood bin Maudud al-Mawsili al-Baldaji, Majd al-Din Abu Fadhal al-hanafi (meninggal 683H), al-Ikhtiyar li Ta’lil al-Mukhtar, jld 1, hlmn 19, Matbaah al-halabi, Kaherah. Tarikh : 1937 M
[3] Abu Muhammad Mahmood bin Ahmad bin Musa bin Ahmad bin Husain al-Ghitani al-Hanafi Badr al-Din al-‘Aini (meninggal 855 H), al-Binayah Syarh al-Hidayah, jld 1, hlmn 473, Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, Beirut. Tarikh : 2000 M.
[4] Abu Umar Yusuf bin Abd Allah bin Muhammad bin Abd al-Bar bin ‘Asim al-Namiri al-Qurtubi (meninggal 463 Hijrah), al-Istizkar, jld 1, hlmn 164, Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, Beirut, terbitan : 2000M – 1421H
[5] Ibid, jld 1, hlmn 206
[6] Abu Zakaria Muhy al-Din bin Syarf al-Nawawi, al-Minhaj Syarh Sahih Muslim bin al-Hajjaj, Jld 3, hlmn 186, Dar Ihya’ al-Turath al-‘Arabi, Beirut. Tarikh : 1392
[7] Abu Umar bin Abd Allah bin Muhammad bin Abd al-Bar bin ‘Asim al-Namiri al-Qurtubi (meninggal 463 Hijrah), al-Tamhid lima Fi al-Muwataa’ min al-Ma’ani wa al-Asanid, Jld 14, hlmn 219, Wizarah Umum al-Awqaf wa al-Syu’un al-Islamiyyah, Maghribi. Tarikh : 1387 H.
[8] Ahmad bin Ali bin Hajar Abu Fadl al-Asqalani al-Syafie (meninggal 852 hijrah), Fath al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari, jld 5, hlmn 8, cetakan Dar al-Ma’rifah, Beirut : tarikh : 1379.
[9] Muhammad bin Jarir bin Yazid bin Kathir bin Ghalib al-Amili, Abu Jaafar al-Tabari (meniggal 310 H), Jami’ al-Bayan Fi ta’wil al-Quran, jld 1, hlmn 111, cetakan : Muassasah al-Risalah, Beirut. Tarikh : 2000 M.

PPS gagal didakwa kerana memang tak bersalah – Lim Guan Eng

Sehingga hari ini kerajaan masih gagal untuk membuat pendakwaan terhadap 154 anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS), kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Kata Guan Eng, pendakwaan gagal dibuat kerana PPS sememangnya berperanan untuk membanteras jenayah, bahkan membantu tugas Polis dalam menjalankan misi kepolisan masyarakat.
“Sampai hari ni masih gagal untuk membuat pendakwaan. Sejak empat tahun lalu tidak ada masalah, bahkan pihak polis membenar dan memudahkan anggota PPS untuk menjalankan peranannya membanteras jenayah.
“Mengapa tiba-tiba hari ini (menghalang peranan PPS)?,” kata Guan Eng kepada pemberita selepas upacara pecah tanah Kolej Pergigian Antarabangsa Pulau Pinang, hari ini.
Tambah Guan Eng, meskipun Pulau Pinang ditadbir oleh Pakatan Rakyat, namun kerajaan negeri tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya dalam memastikan keselamatan penduduk di negeri ini.
Langkah yang diambil termasuk menjalankan ‘program payung’ (umbrella programme), iaitu penyediaan pondok polis di kawasan dikenalpasti sebagai ‘panas’ selain penyediaan kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan tumpuan jenayah jalanan.
Terbaru pada Ogos lalu, kerajaan Nnegeri melalui Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) menambah 56 buah kamera CCTV yang menelan RM9.8 juta untuk tempoh lima tahun dalam usaha menjadikan Pulau Pinang sebagai negeri paling selamat.

“Polis turut mahu mendapatkan kerjasama dengan  program-program kepolisan masyarakat. Melalui permintaan itu, maka PPS ditubuhkan. Kalau tak ada PPS, macam mana nak jalankan kepolisan masyarakat?
“Kemudian, Menteri Dalam Negeri membuat serangan dengan motif politik. Ini tidak adil,” ujar Guan Eng.
Beliau mempersoalkan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi yang menyatakan bahawa PPS tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan tidak termasuk di bawah mana-mana akta yang diluluskan Dewan Rakyat.
Kata Guan Eng, parti Umno sendiri mempunyai unit tertentu yang tidak berdaftar dengan ROS, termasuk Skuad Gempur Pemuda Umno.
“PPS ditubuhkan oleh kerajaan negeri. Kalau parti politik boleh, mengapa kerajaan negeri tidak boleh. Sedangkan kerajaan negeri dipilih melalui undang-undang
Justeru itu, Guan Eng menasihatkan Zahid untuk memberikan lebih tumpuan kepada isu keselamatan negara, terutamanya di Sabah yang kini kerap diancam kumpulan bersenjata, daripada terus berpolitik dengan menyerang kerajaan Pulau Pinang dan PPS.

Ustaz tidak berakal halalkan sentuh anjing – Azhar Idrus

Penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus menyifatkan umat Islam yang sengaja memegang anjing sebagai tidak berakal walaupun mengaku mempunyai pelajaran agama yang tinggi.
 
"Ini semua adalah agenda Yahudi yang sengaja hendak memecahkan perpaduan umat Islam di negara ini.
 
"Tidak kiralah orang itu kata di belajar agama setinggi mana pun, kalau hukum fekah sebegini pun dia tak tahu, jangan cuba hendak bercakap tentang halal haram pegang anjing,” katanya dalam satu ceramah yang dianjurkan di Terengganu petang tadi.
 
Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas mengenai penganjuran program 'Saya Mahu Sentuh Anjing' oleh Syed Azmi Alhabshi yang bertujuan membantu orang ramai, terutama masyarakat Islam, untuk mengatasi rasa takut mereka terhadap anjing.
 
Program itu dibanjiri ratusan umat Islam bagi memberi peluang kepada mereka untuk menyentuh anjing sambil diperhatikan oleh pemilik haiwan.
 
Azhar berkata, najisnya anjing bagi agama Islam termasuklah membersihkan bekas air yang diketahui menjadi tempat minuman anjing walaupun sekali jilat.
 
"Orang yang mengaku dirinya ustaz tu sebenarnya dah rosak otak. Cakap bab agama memang pandai tetapi otak tak ada sebab dah rosak.
 
"Harap-harap mereka yang dah terpedaya dengan uztaz tu segeralah kembali ke pangkal jalan sebab telah terang lagi nyata, sentuh anjing itu adalah haram hukumnya. Tak payahlah berdebat,” katanya.

Pendapatan Dan Gaji RM3,600 di Malaysia? Anda Miskin Bandar Sebenarnya?

Pendapatan Dan Gaji RM3,600 di Malaysia? Anda Miskin Bandar Sebenarnya? Ku Li Dedah Punca! : Berdasarkan statistik yang Berita Semasa pernah laporkan (DI SINI) setahun yang lalu, kajian menunjukkan seramai 33.8% berpendapatan antara RM1,500 dan RM3000 sebulan. Adakah anda salah seorang daripadanya?
Dan jikalau lebih 3 tahun lalu seperti yang pernah dilaporkan seorang Menteri dari Kelantan (Kalau Gaji RM3,000 Dikira Pendapatan Tinggi?) pernah meletakkan paras pendapatan dan gaji RM3,000 sebagai berpendapatan tinggi nampaknya hari ini ia tidak relevan lagi. Mengapa?
Keadaan dan kedudukan sudah berubah jauh berubah. Landskap kos sara hidup di Malaysia semakin melebar. Dan terkini Tengku Razaleigh Hamzah mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan mantan Menteri Kewangan mengingatkan rakyat Malaysia supaya bersiapa sedia supaya rakyat Malaysia terutamanya golongan bumiputera di Malaysia tidak senasib dengan Red Indian di Amerika Syarikat, menjadi pengemis di negara sendiri.

Punca Pendapatan & Gaji RM3,600 Adalah Miskin Bandar di Malaysia?

  1. Ringgit Malaysia di terus jatuh. Jikalau dahulu matawang Malaysia dan matawang Singapura sama hebat dan sama padan. Sekarang? Rakyat Singapore tersentyum girang membeli belah di Johor Bahru dan tempat-tempat lain di Malaysia
  2. World Bank juga telah menetapkan kadar baru bagi kerajaan Malaysia mengatasi kadar kemiskinan di Malaysia
  3. Inflasi di malaysia semakin melonjak naik
  4. Pendapatan dan gaji yang diterima rakyat Malaysia terllau perlahan dibandingkan kadar kos sara hidup di Malaysia
Bagaimana realiti kos sara hidup yang perlu anda lalui sekarang dibandingkan gaji yang anda terima setiap bulan, terutamanya yang tinggal di kawasan bandar-bandar besar di Malaysia?

Program pegang anjing pantas gila JAKIM BERTINDAK.. Program MAKSIAT SEPARUH BOGEL SEPERTI INI KENAPA JAKIM LANGSUNG TAK NAK SIASAT !!!


Jika isu2 tersebut mengancam kedudukan parti politik BN, JAKIM tidak akan mengeluarkan sebarang respon.

TETAPI jika melibatkan pembangkang, pantas penjilat2 JAKIM bertindak..


BERSYUKUR !!! Selesai sudah tiada bala yg menimpa... Alhamdulillah inilah bukti Malaysia negara Islam (BUKAN NEGARA SEKULAR). Jgn lupa tak lama lagi sumber pendapatan negara dari sektor pelancongan akan BERTAMBAH !!!..

Rupanya org Melayu gak di sebalik tabir, Datuk Musa Yusuf - Pengarah Bahagian Pemasaran Domestik Pelancongan M'sia HIDUP MELAYU !!! Jgn sangkal & pertikai, sememangnya UMNO pejuang Islam sebenar. Puak2 pas duduk diam sbb UMNO la yg bela Islam bukan PAS. Huhuhu

Kalau tak buat Miss Universe camni akan jejaskan sumber pendapatan sektor pelancongan negara. Duit tak masuk..

Penganjur program ‘sentuh anjing’ terima ancaman bunuh di media sosial



Selepas menerima pujian daripada ramai rakyat Malaysia kerana kerja amalnya, Syed Azmi Alhabshi kini menjadi sasaran ancaman bunuh dan tuduhan murtad daripada orang Melayu-Islam di media sosial.
Kebanyakan orang Melayu sangsi dengan keberaniannya menganjurkan acara untuk mendidik orang ramai mengenai pendirian Islam tentang anjing, menyebarkan nombor telefon bimbitnya atas talian, sementara di aplikasi WhatsApp, mesej dihantar mengatakan dirinya seorang Kristian yang menyamar.
 Sebelum ini Syed Azmi mudah untuk dihubungi melalui telefon bimbitnya atau Facebook, kini beliau menghilangkan diri. Tetapi di Facebook, rakan-rakannya, keluarga dan jiran dari Taman Tun Dr Ismail memberikan respons terhadap ancaman bagi pihaknya.
Bagaimanapun, kebanyakan ancaman beliau terima melalui komen terhadap posting di Facebook oleh Ustaz Mohd Kazim Elias yang menyelar acara tersebut.
“Saya dengan pandangan ustaz dan saya rasa penganjur ni jenis buta hati dan cetek ugama dan suka merosakkan ugama dan patut rejam sampai mati. He he,” tulis Ghas Ku. “Meh sini aku bagi sedas pelempang baru ada akal sikit penganjur tu,” tulis Hafizzulnaim Samsuddin.
Seorang lagi pengguna Facebook Yusoff Ashaari mengatakan selain daripada mengambil tindakan terhadap Syed Azmi, orang ramai seharusnya mencari wanita-wanita yang mengambil gambar bersama anjing dalam acara tersebut, menarik tudung mereka untuk melihat sama ada mereka menggunakan kalung salib atau menyembunyikan tatu. “Ustaz, penganjur ni benar-benar anjing,” tulis Han Khalief. Melalui akaun Facebooknya,
Kazim menuduh program tersebut sebagai percubaan untuk memperkenalkan idea “liberal” atau “plural” kepada umat Islam dan menambah ianya akan memberi laluan kepada kempen menyentuh dan memakan babi. Program yang diadakan pada Ahad di Bandar Utama terbukti begitu popular dengan kehadiran hampir 1,000 orang yang mengambil bahagian dan belajar tentang anjing dan pandangan Islam terhadapnya.
Kebanyakan yang hadir mengambil peluang untuk menyentuh anjing daripada pelbagai baka termasuk chow-chow, huski, German Shephard dan poodle dibawa ke acara tersebut oleh pemiliknya. Sukarelawan di acara tersebut juga menunjukkan bagaimana proses pembersihan dipanggil sertu atau samak yang melibatkan membasuh bahagian berkaitan enam kali dengan air bersih dan sekali dengan tanah.

Bagaimanapun, kebanyakan Melayu – orang alim dan orang biasa merasa tersinggung dengan gambar orang Islam bermesra dan menyentuh anjing. Di blog popular Sirap Limau, seorang pangguna internet Salsaparila menulis: “Memang celaka bangsat penganjur sial ni.
Yang datang pun bodoh bangang takde otak punya orang. Harap-harap nanti mamat sial ni mati la kena gigit anjing.” Sementara mesej WhatsApp dikatakan daripada Majlis Agama Putrajaya disebarkan kepada umum.
Mesej tersebut mendakwa Syed Azmi merupakan seorang Kristian yang mahu menyebarkan ajayar semua organisasi Melayu Islam yang ada di Malaysia agar rancangan berjalan dengan lancar.aran Syiah dan menyamar menjadi ustaz selama setahun.
“Dari sumber yang sahih, dia sudah memb “Tujuannya adalah ingin menyebarkan agama baru seperti Syiah tetapi beliau secara halus dan tidak menampakkan rancangan beliau,” tulis mesej tersebut.
Pengguna Facebook Terompah Besi memuat naik mesej sama akan tetapi tidak menyatakan ianya daripada Majlis Agama Putrajaya. Beliau juga menyelitkan sebaris ayat mengatakan “berkemungkinan ini sebahagian agenda Yahudi untuk mengkristiankan orang-orang Islam di Malaysia dengan cara halus dan menggunakan laluan dari pemimpin DAP.” Sekurang-kurangnya dua laporan polis dilakukan terhadap acara tersebut menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Azmi Abu Kassim.
“Laporan dilakukan di Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya dengan pengadu mendakwa sensitiviti umat Islam dipersendakan. “Sudah diputuskan laporan polis itu akan dirujuk kepada Jabatan Agama Islam Selangor untuk tindakan susulan.”

BEZA MENTERI JEPUN & MENTERI MELAYU-UMNO


BEZA POLITIK JEPUN DAN MALAYSIA


Dr Asri: Jangan lupa 'ulama' perangai macam anjing


Bekas mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengingatkan umat Islam agar tidak lupa "ulama yang bersikap bagaikan anjing" dalam kesibukan membincangkan isu kempen menyentuh bintang itu.

Merujuk sepotong ayat al-Quran, tokoh agama itu menjelaskan ayat tersebut telah menyamakan ulama yang menjual nilai ajaran Allah demi kepentingan dunia sepertimana anjing yang sentiasa menjelirkan lidah.

"Padahal jika dia berpegang atas prinsip ilmu dia tetap akan mendapat kemuliaan. Namun, dia gopoh dengan silauan tawaran dunia. Samalah dia seperti anjing yang sentiasa menjelirkan lidah.

"Anjing menjelirkan lidah disebabkan kepanasan badannya, atau oksigen yang tidak cukup bagi tubuhnya," katanya dalam laman Facebooknya.

"Demikian ilmuwan yang sentiasa kepanasan kerana gilakan dunia, atau sentiasa merasa tidak memadai dengan kedudukan mulianya sebagai ilmuwan, lalu dia menjelirkan lidahnya yang hodoh mencari yang lain habuan yang lain," tegasnya lagi.

Ulama pengampu

Dr Mohd Asri membidas tindakan ulama yang “mengampu mempertahankan kesalahan pihak yang diampu” dan mencari kesalahan pihak musuh dengan pelbagai dalil.

"Jika musuh pihak yang diampu membuat salah, dia mencari puluhan dalil yang memasukkan mereka ke dalam neraka. Jika pihak yang diampu itu betul, berlebih-lebihan dia memuji dengan segala dalil agama.


"Jika musuh pihak yang diampu betul, dia cuba mencari dalil agama untuk melihat kelemahan dari sudut yang lain," katanya.

Memetik sepotong ayat al-Quran lain yang mengingatkan ancaman azab Allah terhadap ulama yang menyembunyikan kebenaran, Dr Mohd Asri yang mengakui bahawa ulama bukan malaikat atau nabi yang maksum.

Bagaimanapun, felo Universiti Oxford itu berkata ulama tidak boleh menyelewengkan fakta, atau menyembunyikan kebenaran sehingga mengelirukan manusia tentang hakikat ajaran Allah walau apa jua keadaannya.

"Peranan mereka adalah menjaga ilmu dan memastikan ilmu itu berfungsi untuk kemaslahatan manusia.

"Menjadi mat rempit, atau perompak, atau pemimpin yang tidak jujur tidak lebih buruk daripada ulama yang menyembunyikan kebenaran atau menyelewengkan fakta sehingga manusia tersesat.

"Maka al-Quran menyamakan ulama yang memutarkan kebenaran itu seperti anjing yang menjelirkan lidah," katanya.

Seperti panda, tak jelas...

Sementara itu, mengulas kontroversi acara menyentuh anjing kelmarin, Dr Mohd Asri berkata tulisannya sebelum ini tidak bermaksud menyokong kempen itu, walaupun media didakwa menggambarkan demikian.

"Apakah keperluan program seperti hendak dianjurkan? Ini seperti mana saya juga tidak jelas mengapakah jutaan ringgit dibelanjakan untuk membolehkan rakyat melihat panda dari China.


"Jika saya ingin menyokong ataupun membantah, saya hendaklah jelas dan adil ke atas kedua-dua kes ini," katanya.