Friday, October 24, 2014

Ustaz tidak berakal halalkan sentuh anjing – Azhar Idrus

Penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus menyifatkan umat Islam yang sengaja memegang anjing sebagai tidak berakal walaupun mengaku mempunyai pelajaran agama yang tinggi.
 
"Ini semua adalah agenda Yahudi yang sengaja hendak memecahkan perpaduan umat Islam di negara ini.
 
"Tidak kiralah orang itu kata di belajar agama setinggi mana pun, kalau hukum fekah sebegini pun dia tak tahu, jangan cuba hendak bercakap tentang halal haram pegang anjing,” katanya dalam satu ceramah yang dianjurkan di Terengganu petang tadi.
 
Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas mengenai penganjuran program 'Saya Mahu Sentuh Anjing' oleh Syed Azmi Alhabshi yang bertujuan membantu orang ramai, terutama masyarakat Islam, untuk mengatasi rasa takut mereka terhadap anjing.
 
Program itu dibanjiri ratusan umat Islam bagi memberi peluang kepada mereka untuk menyentuh anjing sambil diperhatikan oleh pemilik haiwan.
 
Azhar berkata, najisnya anjing bagi agama Islam termasuklah membersihkan bekas air yang diketahui menjadi tempat minuman anjing walaupun sekali jilat.
 
"Orang yang mengaku dirinya ustaz tu sebenarnya dah rosak otak. Cakap bab agama memang pandai tetapi otak tak ada sebab dah rosak.
 
"Harap-harap mereka yang dah terpedaya dengan uztaz tu segeralah kembali ke pangkal jalan sebab telah terang lagi nyata, sentuh anjing itu adalah haram hukumnya. Tak payahlah berdebat,” katanya.

No comments:

Post a Comment