Thursday, January 14, 2010

Alat kesan virus cirit-birit menang anugerah


ZURIDAH menunjuk ciptaan alat pengesan virus cirit-birit di UiTM Shah Alam, Selangor semalam.



SHAH ALAM - Pensyarah Kanan, Fakulti Sains dan Kesihatan, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr. Zuridah Hassan menggondol Anugerah Utama Reka Cipta, Inovasi dan Reka Bentuk UiTM (IID UiTM 2010) menerusi penghasilan alat yang dikenali sebagai RoNo Quick yang boleh mengesan Rotavirus dan Norovirus.
Rotavirus merupakan salah satu virus yang dikenal pasti punca penyakit cirit-birit di kalangan kanak-kanak manakala Norovirus pula sejenis virus cirit-birit yang menyerang semua peringkat usia.

Elie ditahan bersama wang palsu AS$66.2 juta


IZANY (tengah) menunjukkan sebahagian wang kertas palsu AS$ yang dirampas daripada Elie pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kuala Lumpur semalam.



KUALA LUMPUR - 'Hartawan' Lebanon, Dr. Elie Youssef Najem yang pernah mencetuskan kontroversi untuk menderma RM1.01 bilion kepada Majlis Kanser Negara (Makna) pada tahun 2006 ditahan polis Ahad lalu selepas dipercayai memiliki wang palsu dolar Amerika berjumlah AS$66.2 juta (RM225 juta).
Perkara tersebut terbongkar selepas Elie yang menginap di sebuah bilik hotel empat bintang di Jalan Bukit Bintang di sini memberikan wang dolar Amerika AS$500 (RM1,671) sebagai 'tip' kepada seorang pengemas bilik di hotel yang didiaminya.

Nik Sapeia dijel enam bulan


Nik Sapeia selepas dijatuhi hukuman penjara enam bulan di Mahkamah Majistret Kota Bharu semalam.



KOTA BHARU - Mahkamah Majistret di sini semalam menjatuhkan hukuman penjara enam bulan ke atas seorang ahli perniagaan, Datuk Nik Sapeia Nik Yusoff, 56, selepas dia didapati bersalah menyerang sehingga menyebabkan kecederaan ke atas bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan menyembur bahan berbahaya empat tahun lalu.
Majistret Azman Mustapha menjatuhkan hukuman ke atas Nik Sapeia selepas mendengar penggulungan hujah hari terakhir kedua-dua belah pihak pendakwa dan pembela.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Idham Abdul Ghani manakala peguam bela Nik Sapeia pula dibarisi Zainal Abidin Mustaffa, Saseedharan Menon dan Shamsul Bahrain Ibrahim.
Azman membenarkan pelaksanaan hukuman terhadap Nik Sapeia ditangguhkan sehingga rayuan selesai diputuskan oleh Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.

Negara tak stabil, tapi PM, TPM sama-sama keluar negara

KUALA LUMPUR, 14 Jan: Ekoran politik Malaysia yang dilihat tidak stabil, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar petang tadi mempertikai tindakan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin keluar negara.
Bagi beliau, salah seorang pemimpin tersebut sewajarnya berada dalam negara kerana isu kalimah ‘Allah’ dan beberapa insiden pengeboman gereja masih gagal ditangani kerajaan.

“Wajarkah Perdana Menteri dan timbalannya meninggalkan negara, ketika negara diambang bahaya...(iaitu) isu kalimah (Allah) tak selesai-selesai dan beberapa gereja terus dibom sehingga masyarakat berasa seperti tak selamat,” jelasnya.

“Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri tak ada dalam negara. Najib baru bertolak semalam (ke Arab Saudi) dan Muhyiddin sekarang berada di Landon...siapa yang perlu dipertanggungjawabkan kalau apa-apa tercetus di dalam negara? KDN?”

“Dalam keadaan tenang pun, mesti sekurang-kurangnya Perdana Menteri atau Timbalannya mesti tidak boleh meninggalkan negara, inikan pula pada waktu yang begitu kecoh.”

Beliau yang juga Ahli Parlimen Sena mendakwa, tindakan Najib dan Muhyiddin tersebut menunjukkan bahawa mereka berdua tidak serius mahu menangani ketidakstabilan politik dalam negara.

Tambahnya lagi, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein wajar dipersalahkan juga kerana dilihat lebih bermain politik dari memastikan kestabilan dalam negeri kembali pulih belakangan ini.

“Sampai sekarang tiada penyelesaian (dari KDN), paling tidak tangkap saspek...kata wajah sudah dikenal pasti...(Polis perlu) siasat dan dakwa, jangan sekadar buat kenyataan politik, kerana ini (kes gereja dibom) isu keselamatan negara,” tegasnya.

“Mereka kata (keselamatan dalam negeri) terkawal-terkawal, tetapi hari ini ada lagi Gereja (Katholik St. Elizabeth) di Kota Tinggi pula yang disimbah pula dengan cat.”

Dalam perkembangan berkaitan, Muhyiddin berada di Pusat Pengajian Islam Oxford (OSFIC), United Kingdom kerana menyampaikan suatu syarahan.

Manakala, Najib dengan ditemani Hishammudin pula berada di Arab Saudi kerana menandatangani suatu perjanjian dengan kerajaan tersebut.

Kerajaan digesa rombak semula KPWKM

KUALA LUMPUR, 14 Dis: Wanita Pakatan Rakyat mencadangkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) di bawah Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dirombak dan dibuat pembaharuan semula.

Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamarudin berkata, Kementerian berkenaan gagal menunjukkan Indeks Prestasi Utama (KPI) yang baik apabila gagal menjawab isu berkenaan wanita di Dewan Rakyat dengan baik.

"Setelah mendengar jawapan dari Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat hari ini, kami berasa sungguh kecewa kerana jelas selama ini Datuk Shahrizat telah mengecewakan bukan sahaja wanita-wanita di Malaysia tetapi juga telah melambatkan pembangunan negara," katanya ketika membacakan kenyataan bersama di lobi parlimen siang tadi.

Kenyataan tersebut ditandatangani oleh beliau, Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff dan Ahli Parlimen Batu Gajah, Fong Po Kuan.

Mereka juag menyifatkan Shahrizat sebagai Menteri yang ketandusan idea dan lemah kemahuan politik untuk melonjakkan wanita sebagai unsur penting dalam pembinaan negara.

Kerajaan Persekutuan juga didapati kurang bertindak balas terhadap kelembapan perkembangan wanita, keluarga dan masyarakat di negara ini.

Kenyataan itu dibuat berikutan rasa tidak puas hati terhadap Shahrizat pagi tadi yang tidak menjawab persoalan yang diutarakan mereka dalam sesi perbahasan Kementerian berkenaan di Dewan Rakyat sebelum ini.

Kenyataan yang dibacakan Zuaida itu juga menyebut bahawa Shahrizat seharusnya meminta peruntukan yang lebih besar lagi bagi membantu Kerajaan Malaysia dalam membangunkan negara melalui pembinaan wanita itu sendiri.

"Apa yang kami rumuskan dari jawapan beliau, jelas beliau sambil lewa dalam pemantauan 'cross-cutting budget' dari 'gender-responsive budgeting' yang kononnya diamalkan oleh KPWKM. Hasilnya, pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat masih di takuk lama,"katanya.

Wanita Pakatan juga menyeru agar KPWKM beralih dari konsep kebajikan yang telahpun diamalkan di negara ini sejak beberapa dekad dan memulakan proses pemikiran yang lebih matang bagi menjuarai tekad wanita Malaysia bergerak aktif menyumbang ke arah pembinaan negara.

"Kerajaan Malaysia perlu menunjukkan sokongan dan memandang serius perkara ini agar KPWKM lebih diberdayakan untuk membangunkan wanita, keluarga dan masyarakat di Malaysia," katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr. Lo' Lo' Ghazali kesal apabila soalan-soalan beliau tidak dijawab dengan baik oleh Shahrizat malah ada sebahagiannya langsung tidak disentuh meskipun Speaker telah memberikan peluang sepenuhnya kepada wakil wanita untuk berbahas.

Menurut Lo' Lo', sebanyak 700 nama ibu tunggal di Titiwangsa yang diperoleh semasa program himpunan ibu tunggal pada Oktober tahun lalu diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat wilayah pada Mei lalu.

Namun daripada senarai nama tersebut, hanya 61 orang sahaja yang dikatakan telah mendapat bantuan. Bagaimanapun, beliau difahamkan sebahagiannya telah dipaggil dalam satu Program Pembangunan Masyarakat Kawasan Parlimen (MAYANG).

Sehubungan itu, beliau ingin tahu perkembangan permohonan yang dihantar itu serta individu yang terlibat dalam program MAYANG di kawasanya serta locus standi mereka dalam menganggtai MAYANG.
Namun Shahrizat tidak menjawab persoalan itu pagi tadi.

Selain itu, soalan beliau berhubung dana yang digunakan unuk program Skuad Sayang Wanita Umno juga tidak dapat dijawab oleh Shahrizat.

Shahrizat baru-baru ini menghadiri Majlis Jalinan Rakyat Skuad Sayang Pergerakan Wnita Umno di Balai Raya Kampung Janda Baik, Pahang. Beliau menyampaikan bantuan selimut dan beg sekolah kepada 158 penduduk kampung.

"Adakah Menteri turun ke kampung tersebut sebagai Wanita Umno ataupun di bawah Kementeriannya? Apabila saya bertanya soalan ini, Menteri berlakon seperti ini adalah persoalan yang baru.Respon Kementerian ini lebih teruk daripada Kementerian-kementerian yang lain," katanya.

Shahrizat pagi tadi mengelak daripada menjawab beberapa perkara, sebaliknya berkata, soalan-saoan itu kan dijawab secara bertulis. Hal ini menyebabakan beberapa wakil wanita Pakatan Rakyat tidak berpuas hati dan keadaan dalam dewan menjadi tegang seketika.

Kata orang, kalimah Allah mainan UMNO

Oleh Lutfi

Seorang sahabat saya, saat berbual dalam telefon, menyatakan kalimah Allah hanyalah satu permainan UMNO sahaja. Begitu juga dengan beberapa rumus dan tulisan dalam blog yang menyatakan, 'kununnya' isu ini hanyalah satu lagi cara orang tertentu, dan UMNO - mengalihkan perhatian kepada isu yang lebih besar, seperti isu enjin jet. Saya tidak tahu apakah makna 'isu yang lebib besar', lebih-lebih lagi, apakah makna 'besar' di situ.


Dari satu sudut, jika kita menggunakan dacing materialisme - memang, isu jet itu besar, kerana (1) saiz enjin jet memang besar dan (2) RM50 juta memang nilai yang besar. Tetapi, sebenarnya saya memang tidak berminat langsung untuk membincangkan isu besar atau tidak. Malah, entri ini ditulis pun bukannya untuk menafikan atau mengiyakan 'rumus' ini. Kita tak ada buktipun, selain hanya main agak-agak sahaja. Jadi, tak penting lansung adakah isu Kalimah Allah ini satu mainan politik orang UMNO, Lagipun saya bukannya politikus, tak ada untungnya untuk saya pun.

Polis Pantau Semua Blog, Laman Rangkaian Sosial


KUALA LUMPUR: Polis memantau laman-laman blog dan rangkaian sosial bagi mendapatkan maklumat yang boleh dipercayai berhubung insiden serangan dan cubaan membakar gereja baru-baru ini dan siasatan mengenai kejadian itu masih giat dilakukan.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin berkata, pasukan khas yang ditubuhkan khusus bagi menyiasat insiden berkenaan sedang bertungkus lumus mengenal pasti dalang kejadian itu.

"Semua petunjuk diteliti meskipun ia mungkin tidak penting," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Mohd Bakri mengulas satu laporan yang disiarkan sebuah akhbar berbahasa Inggeris yang memberi gambaran seolah-olah polis tidak efektif untuk menjejaki individu dan penjenayah, terutamanya membabitkan jenayah yang mencetuskan minat orang ramai.


Beliau berkata, polis menyedari akan hakikat bahawa kes-kes sedemikian perlu ditangani dengan adil dan segera.

Mohd Bakri menasihatkan orang ramai supaya bertenang dan tidak membuat spekulasi atau menyebarkan khabar angin mengenai kejadian seumpamanya, sebaliknya menyerahkan kepada polis melaksanakan tugas mereka.

Beliau meminta sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai insiden berkenaan tampil membantu polis.

Beberapa buah gereja diserang dengan bom api baru-baru ini termasuk Gereja Assumption, The Life Chapel di Petaling Jaya, dan Gereja Metro Tabernacle Church di Desa Melawati, Kuala Lumpur.

Sementara itu, Mohd Bakri berkata, siasatan kes bunuh Nurin Jazlin Jazimin dan kes kehilangan Sharlinie Mohd Nashar masih belum ditutup dan memerlukan maklumat baru.

"Polis terus berusaha dengan semua petunjuk yang ada, tidak mengira kecil dan tidak penting petunjuk berkenaan. Amat mengecewakan kerana tiada petunjuk baru ditemui. Kami tidak akan berhenti dalam usaha menyelesaikan kedua-dua kes dan membantu keluarga terbabit meneruskan kehidupan mereka," katanya. - BERNAMA

Kenyataan Media Ketua Angkatan Muda KeADILan Pul


Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP)
KENYATAAN MEDIA

10 Januari 2010
Isu : Jeff Ooi memperkecilkan keupayaan Ahli Majlis yang dilantik PKR
Dalam satu kenyataan yang telah disiarkan oleh The Star pada 8Hb Jan. yang lalu. Jeff Ooi telah menafikan dan memperkecilkan kebolehan dan kemampuan dalam menjalankan tugas bekas Ahli Majlis MPPP dari PKR iaitu Tuan Haji Razali dan Saudara Bakhtiar dengan mengatakan mereka tidak dapat menjalankan tugas yang diamanahkan kepada mereka dengan baik oleh kerana itu tempoh perkhidmatan mereka tidak disambung atau ditamatkan. Beliau berasa bangga dengan keputusan PKR tersebut kerana baginya mereka ini umpama duri dalam daging Pakatan Rakyat Pulau Pinang.

1. Disini Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang menyelar kenyataan yang dikeluarkan oleh Saudara Jeff Ooi yang juga merupakan Ketua Staff Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang kerana telah memperkecilkan prestasi kedua-dua bekas Ahli Majlis tersebut.

2. Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang juga merasakan adalah sesuatu yang tidak wajar bagi seorang Ketua Staff Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang mengeluarkan pendapat yang kurang proffesional dan lebih mencerminkan permusuhan peribadi antara mereka.

3. Kenyataan dangkal dan bodoh yang telah dikeluarkan oleh beliau tersebut boleh mencalarkan nama baik Ketua Menteri Pulau Pinang sendiri, yang sekarang ini amat dihormati oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat dan juga Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang sendiri. Ini kerana Jeff Ooi adalah seorang pegawai yang bertugas di Pejabat Ketua Menteri . Kenyataan dari beliau itu mungkin disalah tafsirkan sebagai pendapat Ketua Menteri sendiri dan ini akan mengundang persepsi yang buruk terhadap Ketua Menteri.

4. Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang memberi amaran keras kepada beliau agar jangan mencampuri urusan lantikan daripada pihak Parti Keadilan Rakyat Pulau Pinang, tambahan pula kedua-dua bekas Ahli Majlis tersebut telah diakui oleh Parti sebagai pegawai yang komited dalam menjalankan tugas dan menunjukkan prestasi yang amat baik. Sebab perkhidmatan mereka tidak disambung adalah bagi menghormati permintaan mereka sendiri yang mahu berundur untuk memberikan penumpuan terhadap Parti dan Kerjaya mereka.

5. Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang menasihati Saudara Jeff Ooi supaya berhenti mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang boleh mengeruhkan hubungan dan mengundang persepsi negatif dari kalangan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang.

6. Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang juga ingin menasihati Saudara Jeff Ooi agar jangan mencampuri hal-hal dalaman parti-parti lain yang membentuk Pakatan Rakyat dan hormatilah sebarang keputusan yang telah dibuat oleh mereka.

Rakyat Pulau Pinang umumnya telah sedia maklum tentang isu lama yang telah dibangkitkan oleh Saudara Jeff Ooi yang telah menguris perasaan umat Islam dan NGO-NGO belum lagi dapat diselesaikan, sekarang tanpa mengetahui hakikat sebenar beliau telah mengeluarkan kenyataan yang menyinggung perasaan Ahli-ahli Parti Keadilan Rakyat Pulau Pinang pula.


Amir Bin Haji Ghazali
Ketua Angkatan Muda KEADILAN
Pulau Pinang.

--
Lawatilah blog kami & rakan-rakan bloggers Pakatan Rakyat di :-

http://keadilanbaya nbaru.blogspot. com/

http://amkbayanbaru .blogspot. com/

http://unit- ehsan-penang. blogspot. com/

http://n37batumaung .blogspot. com/

http://kerissilau. blogspot. com/

http://n12adunpenan ti.blogspot. com/

http://kerani- opis.blogspot. com/

http://zulmamakpng. blogspot. com/

" LAWAN TETAP LAWAN...!!!! , SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!! ! "

--
Posted By keADILan Bayan Baru™ to keADILan Bayan Baru™ at 1/14/2010 09:14:00 PM

SPRM(u) dah terdesak untuk selamatkan perasuah ...


Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baru dilantik, Datuk Abu Kassim Mohamed berkata, mulai tahun ini, tindakan akan diambil terhadap mereka yang mendedahkan kepada pihak media maklumat dalam aduan mereka kepada SPRM.
Dalam sidang akhbar sulungnya selaku ketua pesuruhjaya SPRM, Abu Kassim, 48, berkata mengikut Seksyen 29(4) Akta SPRM, sesiapa yang didapati mendedahkan maklumat mengenai aduan yang dibuat, boleh berdepan dengan tindakan undang-undang.
Menyentuh tentang beberapa tindakan ahli-ahli politik, Abu Kassim berkata, mereka membuat aduan mengenai dakwaan berlakunya rasuah, tetapi pada masa yang sama, mendedahkan juga maklumat kepada umum.
Di bawah akta tersebut, katanya, tindakan boleh diambil terhadap sesiapa yang memberi maklumat, termasuk pemberita yang melaporkannya.
Katanya, maklumat tersebut tidak boleh didedahkan oleh mana-mana orang selain pegawai SPRM dan timbalan pendakwaraya.
Abu Kassim berkata, SPRM terpaksa bertindak demikian kerana ia membabitkan keadilan dan maruah orang yang diadu.
Katanya, ini kerana ada kes di mana pengadu membuat aduan dengan niat yang terselindung dan bukannya untuk membasmi rasuah.
Menurutnya, beliau tidak bermaksud untuk menyekat kebebasan media atau hak pengadu, tetapi tindakan tersebut terpaksa dilakukan demi keadilan.
Abu Kassim berkata, SPRM boleh membuat aduan dan mengambil tindakan terhadap mereka yang melakukannya.
Katanya, mereka yang didapati bersalah berdepan dengan hukuman dua tahun penjara atau denda RM100,000.
Abu Kassim juga ditanya mengenai satu laporan yang dibuat terhadap Yayasan Basmi Kemiskinan Selangor.
Beliau turut menyentuh banyak lagi isu-isu, termasuk siasatan terhadap dakwaan penyiasat persendirian P Balasubramaniam, usahanya untuk memperbaiki kedudukan Malaysia dalam ranking indeks persepsi Rasuah, dan juga meningkatkan reputasi SPRM.
Abu Kassim juga menafikan yang beliau menerima arahan dari pihak atasan, sama ada hendak memula atau menutup siasatan, dengan berkata beliau tidak pernah menerima arahan seumpama itu.

'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’

™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa..... ...®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng. blogspot. com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!! , SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!! !


--
Posted By zul mamak png to ™ kaasii peecaahhh laaa...® at 1/14/2010 08:38:00 AM

4 Beranak Dibunuh: Apa Motifnya..?








Ada kaitannya dengan pembikinan dan pendedahan video-video dibawah ini..?
Entah... aku terfikir je... apa motif mangsa-mangsa ni dibunuh..? entah-entah mangsa-mangsa ni ada simpan rahsia yang orang-orang tertentu nak sorokkan... salah sorang dari mangsa ni pulak ialah ibu saudara "1st lady"...

Dalam 1Malaysia ni, macam-macam boleh jadi beb...

--
Posted By Topeng Perak® Unmasked to Perisik Rakyat® at 1/14/2010 10:13:00 AM

Sembur Che Det: Nik Sepia Dihukum Penjara 6 Bulan

Bicara kes sembur Che Det. tertuduh dihukum penjara 6 bulan. walau bagaimanapun hukuman ditangguhkan sehingga selesai prosiding rayuan di Mahkamah Tinggi.

Mekasih atas info Tok Ggawo dari Mahkamah Seksyen 1 Kota Bharu, Kelantan.

--
Posted By Topeng Perak® Unmasked to Perisik Rakyat® at 1/14/2010 01:06:00 PM
__._,_.___

Coretan Dato Seri berhubung kemalangan 7 Januari lalu

Semasa di wad ramai rakan taulan, saudara mara, pemberita dan wartawan, bloggers dan kenalan telah datang mengunjung. Bonda saya Hajjah Hamidah bersama kakak dan abang adik juga telah datang menziarahi bersama orang kampong. Ada yg dapat masuk dan yg ditahan. Ramai Pegawai kerajaan, NGO, Syarikat dan golongan korporat serta individu telah menghantar buah tangan bungaan, buah2an dan lain lain kad ucap sembuh dan doa-doa. Tak kurang juga yg menalipon dan SMS bertalu2 bertanyakan keselamatan dan kesihatan saya.

Namun saya ucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan tinggi kepada semua yg telah menziarah termasuk YB Dr Mah Han Soon, YB Dato Fakih Adam , YB Dato' Ngeh dan kebanyakan ADUN Pakatan Rakyat. YB Dato Seri Dr Zambry Kadeer juga melawat saya pada 8 Jan, jam 10.25malam dan sempat besembang perkara biasa. Trima Kasih Dato' Seri dan pada semua!

Sewaktu di wad saya diperiksa dan di perhatikan oleh 7 orang doktor bersama matron, sister dan jururawat di wad tingkat 8. Kesemuanya handal2 belaka dan kebanyakannya mereka menyatakan sokongan kepada Pakatan Rakyat dan berharap PR akan kembali berkuasa d Perak. Tak kurang juga yang bertanyakan keputusan Mahkamah Persekutuan mengenai siapa Menteri Besar sah di Perak? Saya nyatakan "tak tahu, wallahu a'lam!"

Ujian air kencing dan darah semuanya normal cuma tekanan darah saya agak tidak stabil dan tinggi. Doktor telah memberi ubatan bagi menstabilkan dan alhamdulillah kini telah pulih.
Siku kanan saya yg cedera ringan itu pula telah dibuang jahitanya dan dewasa ini telah baik.

Oleh kerana saya berjanji menghadiri beberapa program dan majlis ceramah, khususnya di Puchong, Manjung, dll maka saya gagahkan dan dapat berceramah sewaktu dalam wad dengan mengunakan talipon bimbit secara life ditempat2 tersebut. Alhamdulillah walaupun tak dapat hadir, namun mereka masih bolih mendengar suara saya! Saya juga sempat mengimamkan solat fardhu Jumaat apabila disudi oleh imam masjid Hospital (Masjid Muhibuddin Shah) , sebaik saja habis imam berkhutbah. Dgn izin Allah SWT saya berkemampuan dan menyempurnkan mengimami solat tersebut dan berdoa selepas solat jumaat.

Pada hari akhir (10 Jan) sebelum keluar wad, salah seorang pesakit (dari Johor) diwad tingkat 8 telah kembali kerahmatullah. Saya mengajak isteri saya Datin Seri untuk menziarahinya dan bertemu balu Allahyarham dan anak kecil perempuanya. Saya sempat mengepalai majlis Tahlil bersama kakitangan hospital dan rakan keselamatan dan unit amal. Al faatihah buat Allahyarham sdr Hashim!.

Saya dibenarkan pulang kerumah oleh doktor pd 10 jan jam 12 tengahari setelah mereka puas hati dan kini saya berihat di rumah dan telahpun meneruskan tugasan harian saya seperti biasa.
Mula mesyuarat parti, berceramah, menghadiri jamuan makan malam, kuliah, melawat gereja, sekolah Convent (Taiping) mangsa kebakaran, dan bertemu rakyat dipasar malam (Alor Pongsu), gerbang malam (Bgn Serai) serta Dewan Perhimpunan Penyokong Pas (bgn serai).

Alhamdulillah saya sekarang telah pulih dan sekali lagi saya bersyukur kehadrat Ilahi dan berbanyak terima kasih kepada semua rakyat jelata, jentera parti, petugas professional Hospital dan petugas keselamatan unit amal, petugas dan pegawai Faber Mediserve hospital Ipoh, ADUN dan ahli Parlimen . Kepada yang sms , menalipon, melayar FB dan menjenguk blog saya untuk bertanya khabar, terima kasih dan berbanyak penghargaan pada semua. Teruskan berdoa agar dapat kita usahakan dan meneruskan perjuangan menegak keadilan dan kebenaran di bumi Perak tercinta ini. Insiden ini sesungguhnya telah banyak memberi pelajaran dan hikmah kepada saya untuk di teladani dan direflexikan. Allah maha berkuasa melindungi dan Penyelamat saya!

Akhir sekali khusus pada saudara Md Nor Mansur yg telah membawa saya ke Hospital menaiki Satria merahnya, sejurus selepas kemalangan, Allah memberkati saudara dan terima kasih tidak terhingga kerana bantuan kecemasan. InshaAllah kita akan bersua nanti!

Saya bermohon ampun maaf kepada semua jika ada tersinggung, terkasar bahasa, terlebih bicara, terlanggar tata dan lain kesilapan dan kelemahan. Terus doakan demi keselamatan negeri kita dan rakyat jelata

Sekian wasalam, Hidup, Hidup, Hidup Rakyat, Bubar, Bubar, Bubar DUN Perak!!
Allahu Akbar.

--
Dicatat Oleh sya ke sya~reformis di 1/14/2010 08:40:00 PM
__._,_.___

RM25 Juta 'Naik' Cacing...


KULIM: Tertarik dengan pulangan lumayan yang dijanjikan oleh penganjur skim pelaburan penternakan cacing di sini, kira-kira 3,000 pelabur kerugian lebih RM25 juta apabila penganjur melarikan lari.
Malah pejabat penganjur skim itu, Kulim Worms Agrotec (KWA)(M) Sdn Bhd di Kilang Lama di sini, disita pemilik bangunan awal Disember lepas kerana tidak melunaskan sewa hampir RM10,000.
Setelah merasa tertipu, lebih 200 mangsa skim tersebut membuat laporan polis di balai polis di sini sejak awal bulan ini.
Dalam sidang media oleh mangsa skim tersebut di hadapan premis KWA di sini hari ini, pelabur dari Pulau Pinang, Kedah dan utara Perak itu mendakwa melabur antara RM5,000 dan RM3 juta sejak Jun 2008.
Menurut risalah KWA, syarikat itu menjalankan penternakan cacing dan penghasilan baja vermikompos organik dengan usahasama Konsortium Koperasi Pengguna Malaysia Berhad (KKPMB).
KWA membuka tujuh cawangan iaitu di Sungai Petani, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Alor Setar, Butterworth dan Tunjang di Kubang Pasu dengan Kulim sebagai cawangan utama bagi memudahkan orang ramai melabur dalam skim yang disediakan.
Ketua Polis daerah Kulim Supritendan Ghuzlan Salleh yang dihubungi mengesahkan menerima laporan daripada pelabur skim terbabit dan berkata polis sedang menyiasat kes itu.
Sementara itu, dua pesara mendakwa melabur RM150,000 hasil simpanan dan gratuiti mereka sejak September tahun lepas.
Pesara Jabatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Shahibul Kiraya Haliman Shah, 56, berkata dia melabur sebanyak RM35,000 manakala bekas guru, Omar Ismail melabur RM115,000 setelah dijanjikan pulangan bulanan sebanyak 3.3 peratus.
"Saya turut melabur RM15,000 untuk menternak cacing setelah mengikuti kursus anjuran KWA dan setakat ini hanya mendapat pulangan berjumlah RM20,000 iaitu bayaran untuk September dan Oktober lepas," kata Omar.

* p/s - tu dia kalu melayu yang buat satu-satu program nak pekayakan diri sendiri dan tak pikiaq dah apa nak jadi dengan pelabur-pelabur yang rata-rata melayu jugak ni...langsung depa tak pikiaq ada yang dibelenggu utang kaa, lingkop bahana tergolok tergadai tanah pusaka kaa...apa daaa..


--
Ahakksss.... ..

http://bloghijat. blogspot. com/

--
Dicatat Oleh Hijat Panjang... ke Hijat Panjang... - " Hentam Ajer Lah Labuuu...." di 1/12/2010 03:23:00 PM

Wednesday, January 13, 2010

Nik Aziz rai paderi, sami makan tengah hari


Ketua-ketua agama terdiri daripada alim ulama, paderi dan sami dijemput menghadiri makan tengah hari bersama Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 28 Januari ini di Kota Darulnaim.

Jamuan tersebut dianjurkan kerajaan negeri sebagai meraikan ketua-ketua agama di negeri ini dan mengeratkan hubungan yang sedia terjalin.

Nik Aziz berkata, dianggar lebih 20 ketua agama dijangka menghadiri majlis tersebut yang berkonsepkan muhibah.

Setakat ini kita telah dimaklumkan seramai 18 orang daripadanya terdiri daripada paderi menyatakan persetujuan hadir, manakala sami belum dapat pastikan bilangan yang akan hadir,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Exco di sini, hari ini.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, jamuan berkenaan diadakan menjelang tengah hari memandangkan sami difahamkan tidak boleh makan selepas jam 12.00 tengah hari.

“Kerajaan negeri meraikan mereka bertujuan mewujudkan suasana tenang dan harmoni di antara agama di negeri ini.

“Walaupun telah wujud keharmonian di Kelantan sejak sekian lama, namun diharap dengan pertemuan tersebut keharmonian bertambah baik,” ujarnya.

Menurutnya, Islam sejak awal lagi mengutamakan keharmonian seperti diajar Rasulullah s.a.w. setelah baginda sampai di Madinah.

Katanya, sebaik sahaja sampai di Madinah, baginda s.a.w. mengadakan perjanjian bertulis yang pertama di muka dunia sehingga melahirkan keharmonian antara kaum.

Buang ayah tepi jalan

KANGAR: Seorang bapa yang baru selesai menjalani pembedahan jantung terkejut apabila dengan tidak semena-mena dibuang anak sendiri yang sengaja meninggalkannya bersama bungkusan pakaian di tepi jalan raya berhadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Datuk Wan Ahmad, di sini.
BUKTI...Abdul Rahman menunjukkan surat pembedahan jantung yang dikeluarkan Hospital Pulau Pinang.
BUKTI...Abdul Rahman menunjukkan surat pembedahan jantung yang dikeluarkan Hospital Pulau Pinang.
Kejadian memilukan itu berlaku petang 7 Januari lalu sejurus Abdul Rahman Talib, 57, yang baru dibenarkan keluar dari Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas menjalani pembedahan jantung, menjejakkan kaki di rumah anak lelakinya di sebuah taman perumahan dekat sini.

Anak lelakinya yang berusia 30 tahun bertindak demikian selepas mendapat tekanan daripada isterinya yang enggan menerima semula kehadiran bapa mentuanya dengan memberi pelbagai alasan tidak munasabah.

“Saya hanya minta dia hantar ke pekan Kangar walaupun menyedari tiada arah dituju sebelum dia meninggalkan saya di tepi jalan raya berhampiran sekolah itu,” kata Abdul Rahman ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, ketika itu, dia hilang arah dan merayau-rayau di sekitar kawasan sekolah sebelum mengambil keputusan tidur di pondok bas berhampiran pada malam berkenaan.
Abdul Rahman berkata, keesokannya, anaknya datang menemuinya yang disangka menyangka mahu menjemputnya semula selepas menyesal dengan perbuatan berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, andaian itu meleset sama sekali kerana anaknya cuma datang untuk menghantar basikal miliknya bagi memudahkannya bergerak.

“Menitis air mata saya ketika melangkah kaki keluar dari kenderaan milik anak saya kerana tak menjangka dia tergamak melakukan perbuatan ini selepas saya memelihara dan menjaganya bagaikan menatang minyak yang penuh,” katanya.

Menurutnya, pada hari kedua selepas dibuang anaknya, dia bernasib baik apabila bertemu seorang kenalan di belakang sekolah terbabit yang bermurah hati mempelawa bermalam di rumahnya.

Katanya, sejak tiga malam lalu, dia bertuah dapat menumpang berteduh di rumah berkenaan, tetapi tidak tahu berapa lama kenalannya itu mampu menumpangkan di rumahnya.

Mengulas kejadian itu, Abdul Rahman, bekas nelayan dari Kampung Belat Batu, Kuala Perlis berkata, dia sebelum ini menetap seorang diri di Pulau Langkawi selepas berpisah dengan bekas isterinya, Halijah Othman, iaitu ibu kepada anak lelakinya itu.

“Saya bekerja sebagai pembantu kedai makan di pekan Pokok Asam, Langkawi selama lima tahun, tapi anak saya ini minta saya pulang ke rumah menetap dan bekerja bersamanya.
“Lagipun, rumah berkenaan dibeli menerusi duit pampasan rumah yang dibina hasil titik peluh saya sendiri ketika menjadi nelayan satu ketika dulu. Rumah lama kami diambil kerajaan bagi pembinaan landasan kereta api,” katanya.

Abdul Rahman berkata, sebelum ini dia menerima bantuan bulanan RM300 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Langkawi, tetapi bantuan terbabit dihentikan selepas dia mengambil keputusan pulang dan menetap bersama anaknya sejak sebulan lalu.

Katanya, selepas menetap di situ, anak dan menantunya mula menunjukkan sikap dingin, malah dia terpaksa pergi seorang diri ke HPP untuk menjalani pembedahan jantung selepas pengsan di stesen bas di sini.

“Ketika bertarung dengan maut di HPP selama empat hari, anak dan menantu langsung tak menjenguk dan saya beranggapan mereka mungkin sibuk dengan perniagaan makanan yang diusahakan sejak beberapa tahun lalu.

“Saya terkejut dan hampir tak percaya apabila anak saya itu minta saya keluar apabila pulang ke rumahnya,” katanya.

Abdul Rahman mempunyai seorang lagi anak perempuan yang sudah berkahwin dan kini menetap di Langkawi.

Difahamkan, kakitangan JKM Perlis datang mengambil warga emas itu di pondok bas berkenaan kira-kira jam 7 malam tadi dan dibawa Rumah Kebajikan Batu Bertangkup di Beseri dekat sini.

Panas: Juara Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu 24 TV3 Hina Islam Bila Mencium Kedua-Dua Pipi Mas Idayu .....













Apa sudah jadi dengan negara Islam Malaysia Hadhari ini agaknya. Dalam masa rakyat sedang sibuk memperkatakan tentang "khalimah Allah" tiba-tiba kita disaksikan pula dengan satu adengan peluk cium yang sungguh memualkan.

Kami tidak sempat untuk menyaksikan adengan tersebut sebenarnya. Namun, daripada laporan yang disampaikan dan email yang diterima mengatakan mereka amat terkejut dengan tindakan artis yang bernama "Black" (foto), mencium kedua-dua pipi kiri dan kanan artis dangdut "Mas Idayu" selepas diumumkan sebagai pemenang kategori Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu 24 terbitan TV3 baru-baru ini.

Beliau yang membawa lagu Aku Rindu Sayang Kamu, berbuat demikian dengan disaksikan oleh jutaan rakyat Malaysia yang menyaksikan rancangan itu secara langsung. Sebelum ini memang sudah banyak kami menerima maklumat tentang sikap kedua-dua artis ini sebenarnya.



Untuk makluman, Black adalah merupakan Juara Bintang Realiti TV "Mentor" yang turut disiarkan oleh stesyen TV swasta itu sebelum ini. Manakala Mas Idayu adalah Mentor kepada penyanyi berkenaan. Telah banyak disaksikan adengan panas yang melibatkan kedua-dua artis berkenaan, namun semuanya bagai dilupakan seolah-olah negara ini bukannya sebuah negara Islam.

Ramai yang melihat perkara itu adalah biasa bagi seseorang artis. Ini kerana mereka telah dididik dengan budaya Sekular UMNO yang sukakan hiburan, sedangkan program agama mereka pinggirkan. Jika dibiarkan berterusan maka sudah pasti akan rosak generasi Islam di Malaysia pada masa akan datang.

Adengan peluk, cium, minum arak, berpeleseran dan sebagainya seolah-olah sudah menjadi adat resam artis-artis kita pada masa ini. Maka itulah kita tidak hairan perkara seperti ini akhirnya ditiru oleh anak-anak muda 1Malaysia. Mereka sudah berani merakamkan berbagai adengan panas perlakuan tidak senonoh mereka untukd dijadikan bahan tontonan umum. Namun, kejadian cium yang berlaku antara Black dengan Mas Idayu itu amatlah tidak wajar sama sekali. Tambahan pula rancangan itu disiarkan secara langsung dan disaksikan oleh pelbagai golongan masyarakat termasuk golongan muda dan kanak-kanak.

Aksi tersebut jelas sekali bertentangan dengan norma-norma kehidupan manusia terutamanya orang Melayu. Malah, dari sudut agama Islam sendiri ianya adalah "haram". Namun, kenapa ia dibiarkan oleh pihak berkenaan. Rancangan hiburan yang jelas melalaikan itu bukan sahaja berjaya memesongkan minda rakyat malah menjadi agen perubahan kerajaan UMNO dan BN sebenarnya.

Tambah menyedihkan, terdapat Menteri UMNO sendiri iaitu Datuk Rais Yatim sanggup meluangkan masa untuk memberikan hadiah dan bersekongkol dengan aktiviti maksiat seperti itu. Apakah ini mencerminkan budaya orang Melayu seperti yang diwar-warkan selama ini agaknya. Oleh itu, diharapkan pihak media "mengharamkan" kelibat kedua-dua artis tersebut selepas ini. Mereka jelas sekali menghina agama Islam dan maruah orang Melayu di mata kaum lain. Mereka sepatutnya dihukum dan digam !!


[Susulan daripada itu, kami menantikan NGO Islam seteru UMNO yang mengamuk besar ketika isu "khalimah Allah" baru-baru ini membuat kenyataan atas adengan yang disaksikan ini.
Apakah ini tidak dikatakan menghina Islam kerana kedua-dua yang terlibat berbangsa Melayu yang kononnya beragama Islam. Jika benar NGO terbabit ikhlas untuk mempertahankan Islam dan tidak mahu agama kita dihina, maka mereka haruslah bertindak serta mendesak Kementerian Penerangan untuk mengambil tindakan displin terhadap kedua-dua artis berkenaan.
Tingkah laku mereka mengejutkan kaum lain yang beragama Hindu, Budhha, Kristian dan sebagainya. Bukankah ini mencemarkan imej agama Islam itu sendiri sebenarnya. Mana pergi tokoh agama UMNO dalam isu ini].


sumber : Pahang Daily Online

MCA gesa Pakatan henti salahkan Umno-BN

komen dari pembodek UMNO.


bukan apa, melaun ni takut takut kelayakannya sebagai anggota BN dilucutkan.
Gereja diserang: MCA gesa Pakatan henti salahkan Umno-BN



Presiden MCA menggesa Pakatan Rakyat (PR) agar berhenti daripada menyalahkan kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) ekoran siri serangan ke atas gereja di pelbagai lokasi di seluruh negara sejak Khamis lalu.




Sehubungan itu kata Datuk Seri Ong Tee Keat, setiap pihak seharusnya membiarkan polis menangani situasi semasa.

“Saya mesti mengatakan bahawa buat masa sekarang situasi ini sedang ditangani oleh polis, jadi mengapa tidak kita menyerahkan kepada polis untuk menjalankan kerja mereka secara profesional daripada menuding pihak lain,” kata beliau di Wisma MCA hari ini.

Tujuh gereja telah diserang sejak tengah malam Khamis lalu termasuk di Miri.

Sehubungan itu kata beliau orang ramai tidak harus membuat kenyataan-kenyataan yang boleh mencetuskan perasaan kebencian.

“Saya merasakan bahawa ia bukan hanya buat Umno ataupun sesiapa tetapi terpakai kepada kesemua rakyat Malaysia,” kata Ong sambil menambah beliau menganggap majoriti rakyat negara ini adalah rasional dan mencintai negara serta menghargai kekayaan kepelbagaian kaum dan keharmonian agama.

PR menyalahkan Umno memanaskan ketegangan ekoran isu penggunaan kalimah “Allah”.
Sehubungan itu, Ong menambah tiada ruang bagi apa jua bentuk serangan keji di negara ini
--

Kajang Pak Malau kajang berlipat, Kajang saya mengkuang layu,

Dagang Pak Malau dagang bertempat, Dagang saya musafir lalu

Puteri UMNO Anjur Bengkel Menutup Aurat



Bila timbul isu penggunaan kalimah Allah dan seterusnya membawa kepada pembakaran beberapa buah gereja, semua pihak menuding jari kepada UMNO dan dari pihak UMNO pula bermati-matian menafikan penglibatan mereka dalam hal tersebut malahan UMNO bermati-matian juga mengatakan bahawa UMNO adalah pembela agama Islam yang sebenarnya di Malaysia.



Hakikat itu tak dapat diterima oleh kebanyakan warga pro Pakatan Rakyat dengan hujah masing-masing dan hari ini aku terpaksa mengatakan kebenaran bahawa UMNO sememangnya adalah pembela agama Islam berdasarkan pada bukti bergambar dibawah.



Ini adalah salah satu dari beberapa siri program penerangan "Cara Menutup Aurat Mengikut Islam HadHari" yang dianjurkan oleh Puteri UMNO.





Amacam..? ada can tak masuk syurga dengan cara macam ni..?




Aku dapat "kompom"kan bahawa tukang rasmi Majlis ni (korang baca la sendiri sapa) dah tempat 1st flight ke Neraka Jahannam... hahaha..! Hidup UMNgOk...!!!



Khak Ptuih..!



Sumber gambar - :: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::



--

Posted By Topeng Perak® Unmasked to Perisik Rakyat® at 1/12/2010 10:41:00 PM

Antara Nama Allah dan Kelab Malam.... di mana U...


mStar : Lima Kelab Di Jalan P.Ramlee Dibenarkan Perbaharui Lesen




KUALA LUMPUR, 7 JAN 2010: Lima buah kelab malam terkemuka di Jalan P. Ramlee di sini yang sebelum ini lesen hiburannya dibatalkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana menghasilkan bunyi bising melebihi had kini dibenarkan untuk memperbaharui lesen berkenaan.



Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, beliau membuat keputusan itu setelah pengusaha-pengusaha kelab itu merayu dan berjanji untuk mengawal paras bunyi berkenaan.



“Setelah berbincang dengan pengusaha-pengusaha kelab ini, saya dah buat keputusan untuk memberi laluan kepada pengusaha-pengusaha kelab ini memperbaharui lesen mereka.



“Mereka telah menulis surat rayuan, di mana mereka telah merayu dan mohon maaf kepada Datuk Bandar dan juga DBKL atas tindakan lalu iaitu berkenaan dengan pengawalan paras bunyi dan mereka berjanji akan mengambil tindakan sewajarnya selepas ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.



Kelab malam yang terlibat ialah Rum Junggle, Bar & Restaurant, Beach Club Cafe, Thai Club & Bistro, Passion atau Padi House serta Aloha. Beliau berkata, kelima-lima pengusaha kelab berkenaan memberi jaminan kepadanya bahawa tidak akan wujud paras bunyi yang lebih daripada had ditetapkan.



Menurutnya, standard bunyi pada waktu siang tidak melebihi 55 desibel dan pada waktu malam tidak melebihi 65 desibel.



Sementara itu, di Petaling Jaya, Menteri Pelancongan Datuk Seri Ng Yen Yen berkata, beliau menemui Raja Nong Chik meminta agar DBKL menimbangkan tindakan mereka.



Ng berkata, penutupan premis hiburan tidak sepatutnya berlaku kerana sepanjang Jalan P.Ramlee dikenali sebagai kawasan hiburan di waktu malam.



Beliau berkata, Raja Nong Chik juga mempunyai pandangan sama dan bersetuju mengkaji semula garis panduan dan peraturan mengenai gangguan ketenteraman awam disebabkan bunyi daripada premis hiburan.



–BERNAMA-









Sehari sebelum demontrasi NGO Umno bagi membantah penggunaan nama Allah di Masjid Negara 8 Januari lepas, Menteri Umno di Wilayah Persekutuan, Nong Chik Zainal Abidin telah meluluskan rayuan memperbaharui lesen 5 kelab malam. Sebelum ini lesen-lesen kelab berkenaan telah dibatalkan kerana bunyi bising melebihi had



Nampaknya, pemimpin Umno juga tidak lupa untuk mempertahankan pusat-pusat pesta arak dan gejala sosial ini. Baguslah tu, siang berdemo bela nama Allah, malam pi pulak layan demo kat kelab malam….bila PPIM dan NGO nak pi berdemo kat Kelab Malam?


'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’



™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa..... ...®



!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!

http://zulmamakpng. blogspot. com/

!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!! , SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!! !

--

Posted By zul mamak png to ™ kaasii peecaahhh laaa...® at 1/13/2010 09:00:00 AM

__._,_.___

Mana Laporan Audit Kewangan YBK? - Nik Nazmi


Pemantauan yang dilakukan Kerajaan Negeri menunjukkan yang YBK tidak pernah mengeluarkan laporan audit berkenaan akaun kewangan dan urusan pentadbiran selama lima tahun ini. "Kerajaan Negeri bersedia memberi peruntukan supaya laporan audit dapat dibuat dengan segera memandangkan harta dan bantuan kewangan bernilai ratusan juta ringgit telah diberikan kepada YBK," tegas Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad dalam kenyataan medianya kepada Era Pakatan. Menurut beliau, perkara ini tidak pernah dibangkitkan kerana pentadbiran dahulu dibawah Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak memberi memberi keutamaan kepada ketelusan sehingga terdapat aduan yang mengatakan program YBK berbaur kepentingan politik dan tidak berlandaskan keperluan atau kemiskinan. "Kerajaan Negeri berharap semua badan bukan kerajaan (NGO) menyokong usaha ini bagi memastikan YBK menjalankan programnya dengan lebih telus dan bertanggungjawab supaya program yang rencanakan boleh memberi manfaat kepada golongan miskin," jelas Nik Nazmi. Nik Nazmi berkata, Kerajaan Pakatan Rakyat kini juga sedang berusaha supaya program membasmi kemiskinan oleh YBK dijalankan dengan baik agar ianya dapat memberi manfaat kepada semua orang tanpa mengira kaum, agama atau sentimen politik."Atas sebab itulah pada 20 Oktober lalu, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri telah membuat keputusan untuk melantik Menteri Besar Selangor sebagai pengerusi YBK sementara Exco Kebajikan sebagai anggota lembaga."Kami tidak menolak kemungkinan perkara ini dibangkitkan sekarang kerana sesetengah pihak yang berkepentingan khuatir pengambilalihan ini akan merugikan mereka. Walaubagaimanapun, Kerajaan Negeri tetap dengan pendirian supaya nasib semua rakyat miskin akan terbela," tegas Nik Nazmi lagi.


KUALA LUMPUR : Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) diminta membuat laporan audit yang merincikan aliran kewangan dan pentadbiran harta yang telah disalurkan dalam menjalankan program membasmi kemiskinan sebelum ini.



Pemantauan yang dilakukan kerajaan Negeri menunjukkan yang YBK tidak pernah mengeluarkan laporan audit berkenaan akaun kewangan dan urusan pentadbirannya dalam lima tahun belakangan ini.



"Kerajaan negeri bersedia memberi peruntukan supaya laporan audit dapat dibuat segera memandangkan harta dan bantuan kewangan bernilai ratusan juta ringgit telah diberikan kepada YBK," kata Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad dalam kenyataan medianya di sini, hari ini.



Tambah beliau, perkara ini tidak pernah dibangkitkan sebelum ini, kerana pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) dahulu tidak memberi keutamaan kepada hal-hal ketelusan sehingga terdapat aduan yang menyatakan bahawa program anjuran YBK ada kaitan dengan kepentingan politik sekali gus ia tidak berlandaskan keperluan atau membela kemiskinan.



"Kerajaan negeri berharap semua badan bukan kerajaan (NGO) menyokong usaha ini bagi memastikan YBK menjalankan programnya dengan lebih telus dan bertanggungjawab supaya program yang direncanakan boleh memberi manfaat kepada golongan miskin," kata Nik Nazmi.



Beliau berkata, kerajaan Pakatan Rakyat kini sedang berusaha agar program membasmi kemiskinan YBK dapat dijalankan dengan baik agar ia dapat memberi manfaat kepada semua pihak tanpa mengira kaum, agama atau sentimen politik.



"Atas sebab itulah pada 20 Oktober lalu, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri telah membuat keputusan untuk melantik Menteri Besar Selangor sebagai pengerusi YBK, sementara Exco Kebajikan sebagai anggota lembaga.



"Kami tidak menolak kemungkinan perkara ini dibangkitkan sekarang, kerana sesetengah pihak yang berkepentingan khuatir pengambilalihan ini akan merugikan mereka. Bagaimanapun, kerajaan negeri tetap dengan pendiriannya yang mahu nasib semua rakyat miskin terbela," kata Nik Nazmi lagi.Oleh Roziyah Mahamad/erapakatan



UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’



™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa..... ...®



!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!

http://zulmamakpng. blogspot. com/

!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!! , SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!! !


Posted By zul mamak png to ™ kaasii peecaahhh laaa...® at 1/13/2010 05:36:00 PM