Thursday, January 14, 2010

Nik Sapeia dijel enam bulan


Nik Sapeia selepas dijatuhi hukuman penjara enam bulan di Mahkamah Majistret Kota Bharu semalam.



KOTA BHARU - Mahkamah Majistret di sini semalam menjatuhkan hukuman penjara enam bulan ke atas seorang ahli perniagaan, Datuk Nik Sapeia Nik Yusoff, 56, selepas dia didapati bersalah menyerang sehingga menyebabkan kecederaan ke atas bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan menyembur bahan berbahaya empat tahun lalu.
Majistret Azman Mustapha menjatuhkan hukuman ke atas Nik Sapeia selepas mendengar penggulungan hujah hari terakhir kedua-dua belah pihak pendakwa dan pembela.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Idham Abdul Ghani manakala peguam bela Nik Sapeia pula dibarisi Zainal Abidin Mustaffa, Saseedharan Menon dan Shamsul Bahrain Ibrahim.
Azman membenarkan pelaksanaan hukuman terhadap Nik Sapeia ditangguhkan sehingga rayuan selesai diputuskan oleh Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.

No comments:

Post a Comment