Tuesday, January 26, 2010

Nik Aziz terkejut pemimpin Pas gagal tunjuk ciri Islam

Oleh Khairul Anuar Abdul Samad
KOTA BHARU: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat, terkejut dengan sikap sebilangan pemimpin parti itu di Kelantan yang gagal menunjukkan ciri keislaman seperti yang dilaungkan parti.
Beliau berkata, dalam satu pertemuan dengan pemimpin Pas baru-baru ini, beliau ada mengedarkan borang mengandungi soalan mengenai kekerapan mereka dalam mengerjakan solat secara berjemaah, dhuha dan tahajjud.
"Dalam pertemuan dengan pemimpin Pas peringkat pertengahan itu, saya beri borang yang mengandungi soalan berikut iaitu kalau sembahyang jemaah, berapa kali dalam sehari; dhuha berapa kali dalam seminggu dan tahajjud berapa kali dalam sebulan.

"Jawapan yang diterima amat memeranjatkan, tidak sedap nyawa (sesak nafas), keadaannya seolah-olah menunjukkan ia tidak ada sebarang perubahan yang berlaku (dalam mengembangkan syiar Islam) di kalangan pemimpin Pas itu.
"Dalam lebih 200 orang terbabit dalam soal selidik itu, yang sembahyang jemaah ialah antara 14 atau 15 orang saja berbuat demikian; sembahyang dhuha jumlahnya rendah dan sembahyang tahajjud, lagi rendah," katanya.
Beliau yang juga Menteri Besar berkata demikian ketika merasmikan majlis penyampaian amanat dan angkat sumpah pelantikan penghulu negeri Kelantan 2010/2011, di Balai Islam, dekat sini, hari ini.
Hadir sama Timbalannya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Penghulu Kelantan, Datuk Ahmad Yakob. Dalam majlis itu seramai 758 penghulu dilantik bagi sesi 2010 hingga 2011 membabitkan 14 kawasan parlimen negeri ini.
Nik Aziz berkata, sebagai pemimpin masyarakat serta membawa perjuangan Islam, mereka seharusnya menunjukkan tauladan kepada masyarakat dengan memimpin umat Islam di kawasan mereka, khususnya dalam mengerjakan solat.
"Apabila didapati pemimpin yang memperjuang Islam tidak dapat melaksanakan tugas bercirikan Islam, ia sudah tentu memberi pandangan buruk kepada pihak terbabit selain parti," katanya.
 

Laporan Paling Bangang Dari Portal Media Perdana

Lapor Berita Harian Online (http://www.bharian. com.my/Current_ News/BH/Tuesday/ BeritaUtama/ 20100126004705/ Article/index_ html) -

Penulis blog hina Almarhum Sultan Iskandar ditahan
Oleh Azida Shaharuddin
azida@nstp.com. my
JOHOR BAHRU: Selepas dua hari menyembunyikan diri, penulis blog Aduka Taruna, akhirnya ditahan polis petang semalam bagi membantu siasatan berhubung kenyataan menghina Almarhum Sultan Johor, Sultan Iskandar dan kerajaan negeri.

Lelaki berusia 28 tahun itu ditahan di sekitar Kota Bharu, Kelantan, kira-kira jam 4 petang sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar.
____________ _________ _________ _________ _________ __

TPU - Menyembunyikan diri..? ditahan disekitar Kota Bharu...??? what the "Ef You See Kay"...??? baca dekat sini cerita sebenar... IPPD Muar..? beb... jam 3:45 petang, 26hb. Januari, 2010 Aduka dibawa keluar dari IPPD Kota Bharu untuk dihantar ke Bukit Aman dengan menaiki kereta Waja (JSJ) diiringi oleh 3 orang pegawai polis.

Yang dibawa ke IPPD Muar tu sape...??? Buduh punya wartawan Berita Harian...!!!
____________ _________ _________ _________ _________ __

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, ketika dihubungi mengesahkan penahanan penulis blog itu yang disiasat mengikut Seksyen 233(3) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Jika sabit kesalahan, penulis terbabit boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya, selain dikenakan denda tambahan RM1,000 setiap hari dalam tempoh kesalahan.

Mohd Mokhtar berkata, lelaki terbabit dibawa ke IPD Muar kerana laporan awal yang dibuat terhadapnya, diterima IPD berkenaan.
____________ _________ _________ _________ _________ __

TPU - Mokhtar ni makan pil kuda ke..? macam ni gayanye Ketua Polis Johor..? nak translate macam mana ni..? salah bagi maklumat ke, salah terima maklumat..? kalau salah bagi maklumat, jahanam la institusi polis... kalau salah terima maklumat pulak... alamak... KP pun boleh salah terima maklumat..? intergriti.. ? huh... kacau... ini bikin malu institusi...
____________ _________ _________ _________ _________ __

Selain itu, IPD Kluang menerima 23 laporan yang dibuat orang awam serta ahli politik berhubung kenyataan penulis blog berkenaan; IPD Batu Pahat (empat); Johor Bahru Selatan (tiga) dan satu di IPD Seri Alam.

Sehubungan itu, Mohd Mokhtar menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang penghinaan, fitnah mahupun tuduhan tidak berasas di blog.

"Polis berkemampuan menjejaki pihak bertanggungjawab yang menyalahguna saluran multimedia," katanya.

Difahamkan, penulis blog yang beralamat di Seremban, Negeri Sembilan itu,
menyembunyikan diri di Kota Bharu selepas kenyataan yang disiarkan dalam blognya, Sabtu lalu, menimbulkan kemarahan ramai pihak.
____________ _________ _________ _________ _________ __

TPU - Kan aku dah cakap, wartawan media perdana ni bodoh...!!!
____________ _________ _________ _________ _________ __

Penulis blog terbabit menerima lebih 1,000 komen susulan kenyataan itu, dengan sebahagian besarnya menyatakan rasa tidak puas hati dan ada yang mengugut untuk membunuhnya.
____________ _________ _________ _________ _________ __

TPU - Jam 4:56 petang (26hb. Januari, 2010), rekod posting dan komen dari blog Aduka Taruna bermula dari hari posting "Dah mampos buat cara mampos la" adalah seperti berikut :

Yang lebih 1000 komen tu datang dari artikel mana..? aku dah cakap, puaka-puaka ni tak reti mengira... Buduh..!
____________ _________ _________ _________ _________ __

Aduka Taruna dipercayai penulis blog keempat ditahan polis kerana menyiarkan kenyataan berunsur penghinaan atau hasutan.

Pada 0gos 2008, penulis blog `Penarik Beca', Abu Bakar Mohd Rashid, ditahan kerana meletakkan gambar anjing pada logo Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam blognya yang disifatkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, sebagai satu penghinaan kepada pasukan itu dan cubaan menghasut orang ramai supaya membenci polis.

stesen televisyen swasta diberi masa 24 jam...

IPOH: Menteri Besar Kerajaan PR Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini menafikan laporan dua stesen televisyen swasta semalam bahawa seorang pegawai khas beliau merupakan antara 38 orang yang ditangkap oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes penyeludupan pasir.

DS Nizar memberi tempoh 24 jam sehingga jam 3 petang esok untuk kedua-dua stesen televisyen berkenaan memohon maaf secara terbuka berhubung laporan yang disifatkannya satu fitnah.

"Sekiranya kedua-dua stesen televisyen berkenaan gagal membuat permohonan maaf berkenaan, kita tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan perundangan, " kata DS Nizar kepada pemberita di sini hari ini.

Kita lihat DS Nizar berjiwa besar memberi ruang kepada pembawa fitnah untuk meminta maaf.Kita yang bertugas dengan DS Nizar melihat semakin musuh menekan DS Nizar,semakin kuat perjuangan DS Nizar menegakkan kebenaran.

DS Nizar berkata bahawa tindakan perundangan berkenaan tidak akan diteruskan sekiranya dua stesen televisyen itu memohon maaf secara terbuka dalam tempoh 24 yang telah diberikan.

Harapan kita berita pukul 8 malam ini membawa berita baik kepada mereka yang berjuang untuk kebenaran dan etika kewartawanan.

Zul diarah tutup mulut-SU PKR

Ahli parlimen kontroversi PKR, Zulkifli Noordin telah dirujuk kepada jawatankuasa disiplin parti itu bagi menentukan tindakan yang bakal dikenakan ke atasnya berhubung tindakannya membuat laporan polis ke atas rakan Pakatan Rakyat, Khalid Samad.

Menurut setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution sementara menunggu jawatankuasa disiplin bermesyuarat, Zulklifli dilarang bercadang kepada media.

Sebelum ini, ahli parlimen dari Kulim-Bandar Baharu itu mendakwa "firaun' kecil" kini menyalak menuntut "kepalanya dipenggal."
Keputusan "tutup mulut" itu dibuat oleh biro politik parti itu yang bermesyuarat tengahari tadi.
Mesy
uarat berlarutan selama dua jam, bermula jam 2 petang selepas taklimat khas bagi perwakilan yang dilantik.
Zulklifli (kanan) bagaimanapun tidak menghadiri mesyuarat itu.
Tindakan 'tutup mulut' itu dipercayai kali pertama yang dikenakan ke atas Zulklifi yang terkenal dengan tindakan dan kelantangannya yang dianggap membelakangkan parti.
Pada Ogos 2008, beliau dan beberapa yang lain menyerbu forum Majlis Peguam berhubung pertukaran agama. Forum berkenaan kemudiannya terpakasa dibatalkan.
November tahun lalu pula, Zulklifli bertikam lidah dengan naib presidennya, R Sivarasa.

Hukuman Sebat Kartika: Tahniah TM Pahang..!

Hukuman sebat keatas model sambilan, Kartika yang didapati bersalah kerana minum arak akan dijalankan secepat mungkin dan selewat-lewatnya sebulan dari sekarang. demikian yang dimaklumkan oleh Tengku Mahkota Pahang selaku Yang Di Pertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Pahang dalam 1 mesyuarat yang diadakan siang tadi.

Tahniah TM Pahang atas ketegasan. nak harap UMNO..? mintak rayu lagi ade la... selagi boleh kawtim, kawtim... hukum tolak tepi... pejuang Agama Islam..? huh...!!!

BEZA PAS DAN UMNO DALAM ISU ALLAH

OLEH : MOHAMED HANIPA MAIDIN

Saya ingin mulakan tulisan ini dengan mengucapkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah di atas istiqamahnya pendirian Tuan Guru Presiden PAS yang secara jelas menyatakan bahawa Islam tidak melarang penggunaan kalimah Allah oleh agama lain .

Ustaz Hadi menyatakan “ kita tidak boleh melarang mereka ( bukan Islam ) dari menggunakan nama Allah meskipun Allah bagi mereka bukan seperti yang kita yakini iaitu Tuhan yang Esa.” Bagi saya sikap Tuan Guru Presiden ini melambangkan konsistennya budaya PAS iaitu ilmu mendahului emosi, kebenaran mendahului perasaan.

Jika emosi yang menjadi sandaran pegangan PAS sudah tentu PAS boleh dengan mudah mengerahkan para penyokongnya dan umat Islam negara ini mengadakan perhimpunan besar-besaran bagi menentang keputusan Yang Arif Hakim Lau Bee Lan yang membenarkan akhbar Herald menggunakan kalimah Allah di dalam edisi melayu akhbar tersebut.

Namun, tidak seperti Umno , PAS tidak membuat sesuatu pendirian berdasarkan emosi. Bagi PAS jika ajaran Islam membenarkan kalimah Allah digunakan oleh mana-mana manusia di dunia ini maka itu jugalah pendirian parti Islam ini. Ya, mungkin mudah sahaja pendirian seperti ini dimanipulasi oleh mereka yang ingin memanipulasi. Bagi golongan “muta’asibin ( yang taksub ) pendirian PAS ini dianggap satu pendirian yang lunak dan lembut dan sekadar ingin menjaga hati para pengundi bukan Islam.

PAS peka mengambil pendirian sepertimana yang PAS ambil akan mengundang persepsi seperti itu apatah lagi sejak awal Umno memang tidak pernah bercita-cita untuk mendidik rakyat untuk memahami isu ini menurut perspektif yang betul baik perspektif Islam atau perspektif Perlembagaan.

PAS melihat isu ini dari sudut keadilan. Keadilan adalah bersifat mutlak dalam Islam. Ianya bermakna keadilan mesti dilakukan dalam apa juga keadaan dan kepada mana-mana orang. Kehebatan ajaran Islam tentang perspektif keadilan terserlah apabila ia mengarahkan keadilan itu ditegakkan walaupun ke atas musuh. Permusuhan atau perseteruan tidak boleh menjadi alasan untuk mengkrompomi keadilan. Kesediaan Rasullulah s.a.w memotong tangan puteri kesayangannya sendiri jika Fatimah terbukti mencuri memperlihatkan betapa tingginya nilai keadilan yang Islam perjuangkan.

Siapa tidak kenal kebobrokan bangsa Yahudi. Apa yang tidak dilakukan oleh orang Yahudi ke atas para Nabi termasuk Nabi Muhammad s.a.w. Namun tidakkah kita sedar asbabun nuzul ( sebab turun ayat ) surah Al-Nisa ayat 105 menunjukkan bagaimana Islam membebaskan tuduhan ke atas orang Yahudi yang dianiyai dengan tuduhan palsu oleh orang Islam sendiri. Tu‘ma ibnu Ubayriq , seorang Islam yang mencuri baju besi tetapi kemudiannya meletakkan baju curi tersebut di rumah orang Yahudi. Meskipun Tu’ma bersumpah dengan nama Allah bahawa dia tidak mencuri dan menuduh orang Yahudi itu yang mencuri dan dalam keadaan kaum Tu’ma meminta Rasulullah s.a.w membela Tu’ma namun ayat Allah membebaskan bangsa Yahudi yang dianiyai itu.

Jika emosi dan taksub menjadi taruhan dan sandaran sudah tentu orang Islam yang dibela ( kerana seagama ) dan Yahudi ( berlainan agama dan zalim dengan orang Islam ) dibiarkan terbiar dianiaya.

Tetapi itulah Islam. Keadilannya merentasi garisan perkauman dan keagamaan.

Dalam konteks keadilan itulah PAS mengambil keputusan bahawa adalah tidak adil kita melarang orang Kristian dari menggunakan kalimah Allah. Ada hujah yang menyatakan bahawa Allah bagi orang Kristian tidak sama dengan Allah menurut fahaman orang Islam. Jawab PAS betullah tu. Jika dari awal lagi mereka berpendirian seperti kita sudah tentu mereka sudah Islam.

Sebab itu para Rasul diutuskan untuk berda’wa kerana disamping manusia yang kafir mentauhidkan Allah dalam konteks RububiyyahNya iaitu meyakini Allah sebagai Rabb ( Pentadbir / Penjaga ) alam semesta ini mereka tidak mengesakan Allah yang sama sebagai Tuhan yang selayaknya disembah.

Apabila Hakim Lau Bee Lan menyatakan bahawa Allah bukan ekslusif untuk orang Islam sahaja , dari segi Islam di mana silapnya ? Sepertimana kata Yusuf Al-Qardhawi sebaik sahaja kita buka Al-Quran dan membaca Al-Fatihah kita sudah disajikan dengan kalimah “Allahu rabb al-‘alamin” bukan Rabb Al- Muslimin au Rabb al-masihiyyin . Jika dari segi Islam tidak salah adilkah kita untuk menyatakan ianya salah hanya kerana yang menggunakan kalimah itu adalah orang Kristian.

Dalam penghakimannya Hakim Lau Bee Lan menyatakan “adalah tidak munasabah dan tidak rasional bagi pihak KDN kerana dalam satu masa tidak melarang perhimpunan Gereja Katholik menggunakan kalimah Allah dalam ibadat mereka dan aktiviti keagamaan mereka tetapi dalam masa yang sama kalimah yang sama tidak boleh digunakan dalam penerbitan yang tujuannya membantu pengganut Kristian dalam ibadat dan aktiviti keagamaan mereka. Secara jujur saya setuju dengan alasan Hakim itu. Kenapa adanya sikap double standard di situ ?

Siapa yang membaca kesemua 57 mukasurat penghakiman Hakim Lau Bee Lan akan tentu terkejut apabila para peguam akhbar the Herald membangkitkan secara terperinci bersama-sama bukti dokumentari bagi menunjukkan bahawa kalimah Allah telah lama digunakan oleh orang Kristian, peguam KDN dikatakan tidak langsung menyangkal hal tersebut.

Sebagai contoh peguam Herald menyatakan sudah 15 abad Kristian dan Arab Muslim telah menggunakan kalimah Allah bagi merujuk Tuhan yang Esa. Bahasa melayu telah menjadi Lingua Franca kepada penganut Katolik sejak berkurun-kurun khususnya yang tinggal di Melaka dan Pulau Pinang dan telah mengamalkan dan ber”sembahyang” dalam bahasa Melayu.Kalimah God telah diterjemah sebagai Allah dalam “Istilah Agama Kristian Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia” yang diterbitkan pertama kali oleh Catholic Bishops Conference of Malaysia pada tahun 1989 . Kamus Melayu-Latin yang diterbitkan sejak tahun 1631 telah menterjemah perkataan “Deus” (Kalimah Latin untuk God ) sebagai “Alla” dalam terjemahan Melayu. Dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia, kalimah “Allah” telah digunakan secara terus menerus dalam edisi Matthew’s Gospel di Malaysia pada tahun 1629 dan dalam Bible Melayu pertama yang lengkap pada tahun 1733 dan Bible Melayu yang Kedua Lengkap pada tahun 1879 sehingga sekarang .

Munshi Abdullah yang dianggap bapa kesusasteraan Melayu telah menterjemah Gospels ke dalam Bahasa Melayu pada tahun 1852 dan beliau telah terjemah perkataan “God” sebagai “Allah”. Telah ada Bible yang diterjemah ke dalam Bahasa Melayu yang wujud sebelum 1957 yang mana terjemahannya telah dibuat oleh British and Foreign Bible Society di mana kalimah “Allah” telah digunakan .

Apabila peguam KDN tidak menyangkal dan mempertikaikan fakta-fakta di atas mengapa kita harus marah apabila Mahkamah memutusakn bahawa ia tidak ada pilihan selain menyatakan bahawa kenapa dengan tiba-tiba sahaja kalimah Allah kini tidak boleh digunakan oleh Herald ?

Perlukan saya beritahu KDN bahawa di dalam perbicaraan Mahkamah kaedah yang dipakai adalah “ apabila sesuatu fakta itu tidak disangkal ianya dikira dipersetujui atau diterima.”

PR Kampus- umno Johor taja RM20k kepada puak As...



LA LUMPUR : Pilihanraya kampus (PRK) Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) didakwa dicemari dengan campur tangan Umno yang umumnya parti politik Malaysia.
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor, Zabidie Abas dalam kenyataan medianya mendakwa Umno telah menyalahguna kuasa dengan menyalurkan dana kewangan kepada calon-calon aspirasi.
Menurut beliau, hal ini terbukti jelas melalui surat daripada Badan Perhubungan Umno Negeri Johor kepada Pejabat Naib Canselor Universiti berkenaan.
Menurut beliau, AMK Negeri Johor telah menyenaraikan beberapa elemen penting yang perlu di ambil tindakan.
Antara lain tindakan yang boleh diambil adalah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) perlu mengambil tindakan secara serius kepada staf yang terlibat secara langsung dalam hal ini.
Kakitangan Universiti atau Staf iaitu Naib Canselor Prof. Dato’ Dr. Mohd Noh Dalimin didakwa telah melanggar Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) kerana terlibat secara langsung dengan parti politik luar.
Beliau berkata, calon–calon Aspirasi juga merupakan proksi kepada BN bagi mengekalkan kuasa politik mereka di dalam universiti.
"Unsur – unsur rasuah mula di semai dalam kehidupan kampus dengan Umno memberi peruntukan sebanyak RM 20,000.00 kepada jentera penggerak Aspirasi UTHM," jelas Zabidie Abas dalam kenyataan medianya.
Bagi beliau, Umno telah menyalahguna kuasa dengan mencampuri hal berkaitan pilihanraya kampus yang sepatutnya tidak berlaku dan tindakan terdesak pihak Umno ini jelas menunjukkan mereka semakin terasa akan terhakis di kalangan intelektual.
KUALA LUMPUR : "Unsur-unsur rasuah mula disemai dalam kehidupan kampus dengan Umno memberi peruntukan sebanyak RM 20,000.00 kepada jentera penggerak Aspirasi UTHM," kata Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor, Zabidie Abas dalam suatu kenyataan medianya baru-baru ini.
Beliau berkata, pilihan raya kampus (PRK) yang dijalankan di Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) mutakhir ini didakwa telah tercemar menerusi campurtangan Umno sekali gus hal itu membangkitkan rasa kurang senang dalam kalangan pelbagai pihak.
Tambah beliau, hal ini terbukti jelas melalui surat daripada Badan Perhubungan Umno Negeri Johor kepada Pejabat Naib Canselor universiti berkenaan.
Menurut Zabidie lagi, AMK Negeri Johor telah menyenaraikan beberapa unsur penting yang perlu diambil tindakan.
Antara tindakan yang boleh diambil, tambah beliau lagi ialah, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) perlu bersikap serius terhadap kakitangan yang terlibat secara langsung dalam hal ini.
Kakitangan universiti, Naib Canselor Prof Datuk Dr Mohd Noh Dalimin didakwa telah melanggar Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Auku) kerana terlibat secara langsung dengan parti politik luar.
"Calon-calon Aspirasi juga adalah proksi kepada BN bagi mengekalkan kuasa politik mereka di dalam universiti. Umno telah menyalahgunakan kuasa dengan mencampuri hal berkaitan PRK yang sepatutnya tidak berlaku dan tindakan terdesak Umno ini jelas menunjukkan bahawa mereka makin terasa akan terhakis dalam kalangan intelektual, " katanya. erapakatan

PENGUNDIAN AWAL : SATU LAGI HELAH SPR




KENYATAAN MEDIA
UNTUK EDARAN SEGERA

Tarikh : 26 Januari 2010

Wanita KEADILAN memandang serius kenyataan Timbalan Pengerusi SPR bahawa SPR sedang mengkaji untuk melaksanakan pengundian awal (advance voting) bukan sahaja kepada anggota keselamatan tetapi juga meliputi doktor, jururawat, pemberita, juruterbang dan kakitangan penerbangan (stewards). Adakah ini jawapan SPR kepada kontroversi Undi Pos yang mengalami krisis kewibawaan akibat Daftar Pemilih yang tidak diyakini bersih, proses pengundian yang tidak telus dan undi yang tidak rahsia?

Bila pula terdapat laporan bahawa golongan pekerja ini menghadapi kesulitan untuk membuang undi sebelum ini sehingga SPR mengambil langkah yang sebegitu penting ini sebagai persediaan ke arah Pilihan Raya Umum Ke-13? Atau tindakan ini diambil berdasarkan ’khabar angin’ semata-mata sama seperti keputusan SPR membatalkan penggunaan dakwat kekal di saat-saat akhir dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 8 Mac 2008 lepas?

Sehingga kini, SPR masih membisu apabila Menteri Dalam Negeri mengesahkan bahawa SPR membatalkan penggunaan dakwat kekal dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 lepas dengan hanya bersandarkan ’khabar angin’ dan bukan atas sebab-sebab keselamatan.

SPR sepatutnya berusaha untuk meningkatkan kewibawaan kepada proses pengundian pilihan raya yang dijalankannya dengan belajar dari pengalaman negara-negara lain tentang proses pilihan raya yang lebih telus dan cekap. Wanita KEADILAN menggesa agar SPR menumpukan usaha ke arah pembersihan Daftar Pemilih dan penguatkuasakan penggunaan dakwat kekal dalam pilihan raya akan datang untuk meningkatkan keyakinan orangramai terhadap SPR sebagai badan bebas yang menjalankan pilihan raya.



Monday, January 25, 2010

CERAMAH UMUM DI TAPAH

CERAMAH UMUM


Tarikh
27 JANUARI 2010 ( Rabu)
9.00 malam

Tempat
PASTI Batu 3, Temoh

Penceramah
YB Drs Khalil Idham Lim Abdullah
(ADUN Titi Serong / Ketua Penerangan PAS Perak)

YB Ngeh Koh Ham
(ADUN Setiawan / Ahli Parlimen Beruas / Pengerusi DAP Perak)

YB Chang Li Kang
(ADUN Teja)



SEMUA LAPISAN MASYARAKAT
DI JEMPUT HADIR

MAKLUMAN SEMPENA HEMPAP2010: KEPADA SEMUA BIKERS

MAKLUMAN SEMPENA HEMPAP2010: KEPADA SEMUA BIKERS


Kepada semua bikers sila berkumpul di :

Tempat

Tol Changkat Jering
Tarikh

31 Jan 2010

Jam
8.30 pagi

BERGERAK

9.00

PAGI
Call : Abg Din (0195708832)

KITA KASI GEGAR LARUT

1 Comment:

hj jamaludin said...
Bismilah Hir Rahman NIr Rahim OK, Gua mai dengan 2 anak bujang gua,Please update road block ada berapa semasa HEMPAP2010 nanti.

NIZAR MOHON DOAKAN KEMAKMURAN PERAK

NIZAR MOHON DOAKAN KEMAKMURAN PERAK



Harakahdaily
IPOH, 25 Jan: Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menyeru semua pihak mendoakan kepada Allah agar mengembalikan keadilan dan kemakmuran untuk negeri ini.
Ini berikutan Mahkamah Persekutuan akan memutuskan pada 9 Februari depan kes pertikaian berhubung siapakah Menteri Besar Perak yang sah, kata Setiausaha Sekretariat Pakatan Rakyat negeri, Drs Khalil Idham Lim.
Menurut Khalil, Mohammad Nizar memaklumkan kepada pihaknya berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan itu dalam satu kenyataan rasmi, sebentar tadi.
“Beliau (Nizar) juga memaklumkan telah menerima surat rasmi dari mahkamah berkenaan dan mahkamah akan bersidang pada jam 9.30 hari berkenaan,” ujarnya yang juga Adun Titi Serong kepada Harakahdaily.
Sehubungan itu, Nizar yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang memohon kepada seluruh pendokong dan penyokong Pakatan Rakyat supaya mendoakan kepada Allah SWT agar mengembalikan keadilan dan kemakmuran di negeri ini.

Nazree( GERAK ) comfirm sertai PKR


Bekas Pengerusi Gerakan Rakyat Integriti dan Anti Korupsi (GERAK Malaysia), Mohd NazreeMohd Yunus hari ini secara rasmi menyertai PKR.


Kemasukan beliau diumumkan oleh Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Md Akin dalam satu sidang media di ibu pejabat parti itu di Merchant Square Tropicana, kira-kira jam 2.20 petang ini.

Turut hadir dalam sidang media tersebut adalah Ketua AMK Selangor Khairul Anuar Ahmad Zainuddin dan beberapa exco AMK.

Ketika dihubungi Malaysiakini petang ini Mohd Nazree berkata beliau memilih PKR kerana perjuangan parti itu selari dengan prinsipnya untuk melawan rasuah dan membina integriti sepertimana sebelum ini, ketika beliau menjadi pengerusi Gerak.

Menurutnya, kemasukan beliau itu juga adalah disebabkan ketokohan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mewujudkan Malaysia baru dalam landskap politik Malaysia.

Di samping itu, katanya, penyertaan beliau dalam PKR itu bagi mengisi kekosongan generasi muda untuk terus berjuang bersama Anwar untuk membina masyarakat madani dan urustadbir yang lebih baik.

"Ini adalah fasa baru dalam perjuangan saya. Bukan bermakna NGO itu gagal, tetapi saya menekankan dari sudut pendekatan melalui politik dengan membantu pimpinan yang sedia ada," katanya.

Mengulas lanjut, Mohd Nazree berkata beliau bertemu dengan Anwar Rabu lalu dan ketua pembangkang itu menyatakan keterbukaannya untuk menerima kemasukan beliau.

Semalam dilaporkan Mohd Nazree meletakkan jawatan sebagai pengerusinya GERAK berkuatkuasa serta merta untuk menyertai bidang politik.

Keputusan ini dibuat setelah perbincangan dibuat bersama ahli majlis tertinggi GERAK Malaysia dan merupakan keputusan Mohd Nazree sendiri.

Mohd Nazree sebelum ini pernah membuat laporan polis terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung agihan lembu korban di kawasan parlimennya di Bandar Tun Razak sewaktu Hari Raya Korban.

Ditanya sama ada kemasukannya untuk membantu menguatkan lagi AMK ekoran pertuduhan liwat tehadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Nazree berkata: "Soal peranan saya dalam parti, terserahlah kepada pucuk pimpinan parti. Saya bersedia untuk membantu dari aspek-aspek yang diperlukan."

Ditanya sama ada beliau ditawarkan jawatan tertentu dalam sayap parti itu, Mohd Nazree berkata, beliau tidak ditawarkan apa-apa jawatan dan menyerahkannya perkara kepada pucuk pimpinan parti./malaysiakini

Pakatan Rakyat Kedah : 80% Janji manifesto t...


 



PADANG SERAI, 24 Jan: Kerajaan Negeri Kedah yang diterajui oleh Pakatan Rakyat (PR) telah berjaya melaksanakan 80 peratus janji dalam manifesto pilihan raya umum yang lalu walaupun belum mencapai tempoh pemerintahan negeri selama 24 bulan. Menurut Exco Kerajaan Negeri, Siti Aishah Ghazali, ini membuktikan bahawa kerajaan PR yang dipimpin oleh Datuk Seri Azizan Abdul Razak, mampu untuk mentadbir dan mengurus selia negeri dengan baik dalam tempoh yang singkat.

Menurut beliau lagi pada tahun 2009 yang lalu bajet sebanyak 26.5 juta kepada Maktab Mahmud telah ditambah kepada 28.5 juta pada tahun 2010 bagi menambahbaikkan institusi pendidikan agama tersebut di negeri ini.

"Sebagai sebuah kerajaan yang prihatin dan berkebajikan kita juga telah memperuntukkan sebanyak RM600 ribu setahun kepada sekolah agama rakyat. Disamping itu sebanyak 12.5 juta telah diperuntukkan kepada guru KAFA dan juga guru-guru Quran di kampung-kampung.

"Kerajaan negeri juga telah menguntukkan sebanyak 8.75 juta kepada Universiti Insaniah bagi pengurusan dan pentadbiran supaya institusi ini akan menjadi salah sebuah institusi yang terbaik setanding dengan IPT yang lain," katanya.

Malah, menurut beliau, dengan siapnya kampus baru di Kuala Ketil pada tahun 2012 yang akan datang universiti ini akan memberi peluang kepada 7 ribu pelajar untuk mendapat peluang melanjutkan pelajaran di situ.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Merbau Pulas berkata, kerajaan yang dipimpin oleh PR adalah lebih baik jika dibandingkan dengan kerajaan yang telah dipimpin oleh Umno dan Barisan Nasional apabila kebajikan dan kesejahteraan rakyat didahulukan.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam majlis perasmian PASTI Al Munawwarah, Taman Lagenda, Padang Serai.Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa dan kepimpinan PAS kawasan Padang Serai.
- Harakah

N
ota : makin kuat ler umngok menggila di kedah nanti..tunguuuuu

Nasihat kepada pemimpin tertinggi PKR


Sebagaimana yang kita ketahui umumnya bagi ahli PKR pada 2010 ini akan berlansungnya Mesyuarat Agung Tahunannya. Mesyuarat ini dijangka bermula pada bulan Februari akan datang.
Maka akan bermulalah kempen mengempen untuk menjadi Ketua Cabang, Timbalan, Naib Ketua dan AJK cabang kerana Mesyuarat Agung kali ini akan berlakulah pemilihan AJK Cabang yang baru setelah tamatnya tempoh AJK cabang yang lalu.
Dalam pemerhatian saya telah berlaku kerja2 kempen mengempen ini yang mana pihak yang berminat telah mula menjalankan operasinya dan gerak saraf mula menembusi kesetiap ahli parti.
Bagi yang memang layak kerja kempen mengempen ini menjadi mudah tetapi bagi yang setengah layak kempen mungkin menjadi agak sukar walaupun gejolak dihati tetap mengidam jawatan tersebut.
Walau selama ini menjadi ahli yang tidak aktif tetapi menjadi agresif bila Pakatan Rakyat menang terutama di Kedah dan sekebetulan pula PKR menang di Parlimen dan Dun yang ditandinginya, kerana pandai menghemoikan diri maka terlantklah menjadi Ahli Majlis Daerah atau Perbandaran.
Padahal semasa PRU dulu dok pakai kain pelikat duduk bersila atas kerusi di rumah.Begitulah adat manusiawi yang pandai mengambil kesmpatan.
Menjadi Ahli Majlis maka terasalah dirinya layak untuk menjadi Ketua Cabang pula .Maka mulalah memasang angan2 untuk berkempen kearah tersebut.
Untuk menjadi popular bukannya sukar kerana pemberita Akhbar Sinar kan ada. Jadi masuklah gambar kononnya telah menyelesaikan masalah rakyat disana sini untuk tatapan pembaca. Walhal dicawangan sendiri pun ahli menyampah tengok dia.
Beginilah sikap oportunis sebahagian ahli PKR yang bermain politik. Tak termasuk Adun yang dipilih rakyat tidak memainkan peranan yang sewajarnya dan juga ada cita2 melompat parti dan ahli parlimennya menunjukkan kononnya zuhud dan pembela Islam gah disana sini tapi hakikatnya ekor bergelumang taik......busuk lagi membusukkan.

Apa yang dinukilkan diatas adalah sebahagian dari cerita ceriti benar yang berlaku di Cabang2 PKR seluruh Malaysia.
Parti baru yang semakin mendapat perhatian segenap rakyat Malaysia terutamanya golongan muda. Sewaktu zaman reformasi atau zaman Parti Keadilan Nasional maupun semasa zaman kalah lansung tak mendapat perhatian dan kalau ada pun dok sokong dalam diam atau dok pandang dari jauh aje.
Semenjak DSAI keluar dari penjara dan menjadi Ketua Umumnya dan kemenangan telah dapat dicapai dengan menafikan makioriti 2/3 di Parlimen maka berbondong bondonglah yang telah menyertai PKR. Kalau dulunya berkain pelikat tapi lanie asyik beruniform Parti. Dah takada rasa takut dan malu dah berbaju lambang Parti.
Pantang ada program anjuran Parti, semuanya diterjah awai2 lagi. Dulu dok hemoi nak jawatan AJK parti aje tapi sekarang dah nak lawan Ketua Cabang...... .kahkahkah. ...Boleh lingkup PKR jika ada yang bersifat sebegini.
Pimpinan negeri tak tahu pasai dok kena bodek orang2 yang berperagai hodoh ini juga mungkin telah mendapat kuasa jadi dah tak perlu mendengar suara dan rintihan rakyat bawahan. Juga ada Ahli parlimen yang menggunakan ahli2 bawahan untuk mengugut Pimpinan negeri terutamanya dalam pemilihan ahli2 majlis.
Bila juak2nya tak terpilih maka keluarlah dalam media kononnya tak berpuas hati dengan cara Pimpinan negeri. Tak ada rasa kesabaran lansung puak2 ni. Macam nak perintah sepenggal aje. Tak ada salahnya menunggu giliran yang akan tiba kelak kerana yang penting memperkasakan Parti dan Pakatan Rakyat.
Jangan diberi peluru dan ruang kepada UBN untuk menembak dan memperlekehkan Kerajaan Pakatan Rakyat. Jangan biarkan rakyat menyampah dan jelak melihat tingkah laku segelintir pimpinan yang berasa di peringkat bawahan juga atasan. Sepatutnya fikirkanlah permasaalahan rakyat marhaen yang perlu dibela. Adios....... ..

AWASLAH PIMPINAN ATASAN PKR.

Kesah diatas adalah intro sahaja. Pada pemilihan di Mesyuarat Agung Cabang2 PKR pada tahun ini adalah cukup mustahak dan penting untuk kesinambungan Parti pada Rakyat Malaysia.
Kerna jika tersalah membuat pilihan akan memudaratkan PKR dan mungkin PKR hanya tinggal nama atau ditolak oleh rakyat Malaysia. Kalau kita perhatikan diakhir akhir ini media gila arus perdana cukup kuat memainkan peranannya.
Semua bekas2 ketua pemuda la, bekas setia usaha politik la, bekas pegawai khas la dan bermacam macam bekas lagi yang membuat kenyataan dan memburukkan DSAI khasnya dan PKR umumnya.
Kalau peringkat nasional dengan ezam dan anuar shaari. taklama lagi keluar pula statmen kak min yang buat masa ni hilang entah kemana tetapi yang paling kuat keluar didada akhbar adalah kenyataan dari bekas2 ketua pemuda PKR dizaman ezam seperti hamidzon khairudin di Selangor, zamil di Kedah hamdan taha di Perak juga zahid mat arif dan lain2 nama yang dulunya adalah pemimpin tegar pemuda PKR.
Apakan daya disebabkan wang ringgit dan habuan dunia semuanya kandas ditengah jalan. Mungkain semuanya dah kaya lanie. Contonya Zamil Ibrahim cukup kaya dah sekarang. Duduk di kelab cinta sayang,kereta berbiji biji siap nak lancarkan produk kecantikannya lagi hujung bulan ni di taman tengku hamimah Sg. Petani. Katanya pejabatnya saja 3 tingkat...fuhhh kayanya. Yang pastinya semuanya adalah kuncu2 ezam md noor dan kelabnya iaitu KELAB ANTI PKR.

KELAB ANTI PKR ini sedang memainkan peranannya. Semua kenyataan yang dibuat adalah atas arahan ezam sendiri. Sebagai yang mengenali zamil kita tahu setakat mana IQnya dalam hal untuk mengekuarkan statmennya pada akhbar.
Begitu lah halnya dinegeri lain. Kerja buat mereka adalah untuk menjatuhkan kredibaliti DSAI dan PKR khasnya. Mereka ditaja agar kerjabuat mereka adalah untuk bagi rakyat membenci dan menjauhi PKR dan seterusnya kalah dalam PRU akan datang. Ini adalah hakikat sebenar kerja2 kotor mereka meracuni fikiran rakyat Malaysia.
Dan mutakhir ini mereka akan MENAJA calon2 yang bersimpati dan menerima habuan dari Kelab Anti PKR ini. Mereka akan mengeluarkan dana untuk segala aktiviti dalam pemilihan cabang2 PKR di sekluruh Malaysia kali ini. Andaikata calun2 tajaan mereka menang maka selepas itu atau semasa hampir PRU maka satu persatu ketua2 cabang ini akan membuat kenyataan keluar parti dan tak mempercayai kepimpinan DSAI dan pemimpin lain dalam PKR kononnya jauh menyimpang dari perjuangan sebenar.
Maka jatuhlah kredebiliti DSAI dan PKR dikaca mata rakyat dan membuatkan parti2 lain dalam pakatan mencurigai PKR dan menyebabkan perpecahan dalam Pakatan Rakyat. Seterusnya UBN akan menang besar pada PRU kali itu. Jadi makin tinggilah harga dan habuan diperolehi dari UBN.
Jadi sebagai Marhain yang sayangkan Parti berhati hati lah wahai PIMPINAN PKR. Jangan terlampau gairah untuk memilih kroni masing2 tanpa memperhakusi calun2 yang akan bertanding pada pemilihan cabang tahun ini. Ingatlah pelanduk selalu melupakan jerat tapi jerat tidak akan melupakan Pelanduk.
Pada ahli2 PKR yang akan bersidang pilihlah pemimpin yang sejati dan tulus tanpa berkepentingan. Yang pasti jangan di pilih dari gulungan berkepentingan atau dari Kelab Anti PKR. Selamat Bersidang.

NEGARA DAN RAKYAT MALAYSIA SELAMAT TANPA UBN.......
JIN BRABUS....

Mohon Maaf Sahaja Tak Cukup Brader Aduka...

Aku bukan sokong sangat institusi raja... tapi tak sampai menghina. Cuma aku terasa institusi ini macam langsung takde kene mengena dalam hidup aku. Kerabat sana sini hidup mewah, itu mereka punya fasal. Aku tak peduli dan tak menghina secara terbuka. Rezeki dah lahir macam tu.

Rukun negara ke-dua - Kesetiaan kepada raja dan negara.

Aku setia, tapi tak bermaksud aku kena sokong semua raja kat Malaysia nie... Kalau yang baik aku sokong la... tapi setakat nie semua baik kot, kecuali lah 2-3 negeri tu.. hehe

Kalau ada raja yang buat tak betul, kita kena sanggah jugak sebab kita manusia yang ada akal... bukan lembu yang menurut perintah. Simpang 44 malaikat untuk aku ikut resam Hang Tuah.

Sekiranya muqadimah di atas tidak menepati tahap pemahaman pembaca, ingin diberitahu di sini bahawa seorang blogger telah terlanjur kata. ketelanjuran yang mungkin sangat tidak disenangi oleh seluruh warga Johor yang menyanjung tinggi Sultan nya.

Sahabat aku, Aduka Taruna telah terlanjur. Posting ketelanjuranya telah dipadam dan yang tinggal cuma pernyataan permohonan maafnya di sini. Print screen posting asalnya terdapat di beberapa blog, itu cari sendiri lah. Aku tak lekat di entri ini kerana masih hormat pada sahabat.

Aku tak maafkan Aduka... sebab dia tak buat salah pun dengan aku, kenapa aku mesti maafkan dia. Cuma sebagai kawan, aku agak kecewa kerana Aduka secara teknikalnya telah merosakkan nama baiknya sendiri dan lebih menyedihkan, hampir menjahanamkan haluan perjuangan yang dibawa oleh beliau sendiri - Projek Langgar Hadi di Rusila. Ya, memang aku kecewa. kenapa perlu aku sembunyi kecewa tu.

Namun sebagai sahabat, aku harus bersikap supportive, sekurang-kurangnya dari segi sokongan moral. Aku tak suruh pun aduka berubah, sebab wataknya amat diperlukan, dan yang penting, idea-idea kebijaksanaan serta gerakan dari orang seperti beliau sangatlah ditagih. Acap kali aku bentangkan bahawa AT adalah seorang idealist radikal yang realistik.

Kini, segala kemungkinan akan dihadapi oleh Aduka Taruna. Itu aku tak boleh nak tolong, even Mat Saman Kati pun tak boleh tolong. Anwar? dia pun rasanya taknak tolong. Tapi kalau Hadi yang tolong, aku takleh nak kata apa lah. Memang lepas tu mungkin AT akan jadi sahabat karib Hadi.

Apa yang aku boleh tolong? cuma berdoa agar dia tak masuk ISA. Apapun, aku akan terus support Aduka Taruna dalam projek langgar Hadi di Rusila... mahupun di Rusia... full stop.

Sumber - edyesdotcom

bantuan

Ihsan perlukan bantuan untuk hidup normal


KAMPUNG TENGAH – Keadaan seorang kanak-kanak, di sini amat menyedihkan dan memerlukan bantuan bagi membolehkannya hidup normal seperti kanak-kanak lain.

Kanak-kanak berkenaan, Mohamad Ihsan Mohd Tahir, 11, menghidap penyakit kulit sejak dilahirkan iaitu badannya dipenuhi bintik-bintik berwarna merah walaupun dilahirkan secara normal.

Bapanya, Mohd Tahir Mohd Khalid, 47, berkata, kini anaknya bersekolah di kelas pendidikan khas Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Tinggi.

Menurutnya, setiap hari dia akan menghantar dan mengambil anaknya di sekolah tetapi bagi tahun ini anaknya tidak dapat ke sekolah memandangkan keadaan kulitnya yang agak teruk.

“Kulitnya kini menggelembung dan mengelupas selain mengalami gatal-gatal serta pada masa yang sama Ihsan tidak dapat duduk terlalu lama kerana lenguh.

“Di sekolah, Ihsan akan menggunakan kerusi roda bagi memudahkan guru membantunya,” katanya.

Tahir berkata, walaupun keadaan anaknya terhalang dengan sakit kulit namun dia boleh menulis, membaca dan pandai mengaji malah boleh berkomunikasi cuma malu apabila berjumpa dengan orang yang tidak dikenali.

“Dari segi pemakanan pula, Ihsan akan memakan nasi, kuah dan sayur selain minum susu.

“Makanan yang pedas langsung tidak disentuh,” katanya.

Tahir yang bekerja sebagai nelayan berkata, pendapatannya tidak mencukupi walaupun isterinya berkhidmat sebagai seorang pendidik disebabkan dia tidak boleh turun ke laut kerana perlu menjaga Ihsan.

Katanya, banyak perbelanjaan yang digunakan untuk Ihsan iaitu hampir RM1,000, kerana anaknya itu memakai lampin pakai buang selain meminum susu yang harganya berpuluh ringgit.

“Ihsan adalah anak keempat daripada lima beradik dan anak saya yang sulung juga menghidapi penyakit ini tetapi telah meninggal dunia.

“Anak kedua pula tinggal di asrama di Perlis sementara anak ketiga serta kelima berusia 12 tahun dan sembilan tahun,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Trong, Datuk Rosli Husin: berkata, dia menerima maklumat mengenai Ihsan daripada ketua kampung dan mengambil keputusan untuk melihat keadaan Ihsan seterusnya membantu kanak-kanak itu menjala�ni rawatan.:

Rosli berkata, dia segera menelefon rakannya yang juga doktor pakar untuk melihat keadaan Ihsan.

“Tindakan drastik perlu diambil dan terima kasih kepada Dr Vasan kerana akan membawa Ihsan berjumpa doktor pakar sementara Mohammad Zahir akan mengusahakan sebuah kerusi roda bermotor.

“Kita sangat bersimpati dengan keadaan Ihsan dan selepas ini kita akan membuat tindakan susulan,” katanya.

Bagi: Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, ICT, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi, Mohammad Zahir Abdul Khalid: berkata, memandangkan ibu Ihsan seorang guru menjadi tanggungjawab Kerajaan Negeri menjaga kebajikannya.

“Kerajaan sentiasa mengambil berat masalah pendidik dan kita cuba menyelesaikan masalah ini,” katanya.

Sementara itu, :seorang doktor pakar, Dr S Vasan :berkata, Ihsan mengalami penyakit kulit kronik yang berlaku sejak kecil lagi.

Menurutnya, keadaan kulitnya yang melecur dan luka akibat digaru menyebabkan ia berdarah serta menjadi kehitaman.

“Sendinya juga menegang menyebabkan kaki dan tangannya tidak seperti kanak-kanak normal dan saya akan berbincang dengan rakan saya iaitu pakar kulit, bedah plastik dan juga pakar kanak-kanak.

“Kami akan cuba membawa Ihsan ke Hospital Pantai bagi melakukan apa yang perlu supaya senang rawatan susulan dibuat dan kami harapkan ubat-ubatan Ihsan dapat dibekalkan ke klinik berdekatan supaya mengurangkan beban ayahnya untuk berulang alik ke hospital,” katanya.

Katanya, jika diikutkan penyakit ini secara langsung ia tidak berbahaya tetapi jika dilihat secara tidak langsung akan memberikan kesan negatif apabila kesan yang digaru itu menyebabkan luka ditambah pula apabila dihurung lalat.

“Luka ini menghasilkan nanah dan memasuki ke dalam sistem darah, itu yang akan menyebabkan keadaannya menjadi tenat.

“Setakat ini kita akan melakukan apa yang terbaik buat Ihsan dan jika semuanya berjalan lancar, dalam minggu ini kita akan membawa Ihsan ke hospital Pantai,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Larut Matang dan Selama, Zamrry Mohamad berkata, dia difahamkan bahawa ibu Ihsan, Norazahariah Mohammad ada datang ke JKM tetapi permohonannya ditolak kerana faktor gaji.

“Bagaimanapun, setelah meneliti masalah anaknya yang semakin serius dengan kos rawatan yang tinggi.

”Saya sudah berbincang dengan pegawai Yayasan Kebajikan Negara dan kini menunggu dokumen daripada Norazahariah untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Orang ramai yang bersimpati dan ingin menghulurkan bantuan serta sumbangan bolehlah berbuat demikian dengan memasukkan sumbangan ke nombor akaun Tabung Haji, Mohamad Ihsan Mohd Tahir, 050502000021390 atau melawatnya di Kampung Tengah Temelok, Trong.

Proses Penamaan calon pilihan raya kampus panassss

Proses penamaan calon bagi pilihan raya kampus di empat universiti awam berlangsung hari ini dalam suasana panas, terutama di Universiti Malaya (UM) di mana para penyokong yang berbaju oren dan hitam melaungkan slogan antara satu sama lain.

Seperti biasa, pilihan raya kampus menyaksikan pertembungan antara dua kumpulan pelajar - Pro-aspirasi yang didakwa mendapat sokongan pihak berkuasa kampus, dengan Pro-Mahasiswa (pro-M).

Kira-kira 200 penyokong pro-M di Universiti Malaya, ramai daripadanya memakai baju oren, berarak ke pusat penamaan calon pagi ini. Manakala kira-kira 200 penyokong pro-Aspirasi turut berkumpul di fakulti sains, dekat pusat penamaan calon.

Penyokong pro-M melaungkan slogan 'hapuskan rasuah' dan membawa plakad yang bertulis 'RM5,000' dan nama sebuah hotel. Mereka mendakwa kumpulan pro-Aspirasi mendapat bantuan kewangan dari pihak berkuasa kampus.

Manakala penyokong pro-Aspirasi pula membalas dengan melaungkan slogan 'pro-M alat PKR'

Sejumlah 41 kerusi di pertandingkan di UM kali ini. Pro-M mengemukakan 32 calon manakala pro-Aspirasi bertanding di semua 41 kerusi.

Tiga lagi universiti yang terbabit dalam proses penamaan calon hari ini ialah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Suasana di UKM juga panas di mana masing-masing 200 penyokong Pro-M dan 100 pro-Aspirasi, hadir untuk menyokong calon mereka.

Pro-M turut membawa dua kuda mainan yang bertulis “aspirasi”, sambil mengejek lawan mereka yang didakwa dikuasai pihak berkuasa kampus.

Di UKM, selepas penamaan calon tadi, pro-M menang satu kerusi tanpa bertanding. Manakala 34 kerusi lagi akan dipertandingkan pada 28 Januari ini.

UTM pula bertandingkan 51 kerusi - 46 kerusi di kampus Skudai dan lima kerusi di kampus Kuala Lumpur.

Di Skudai, Pro-M meletakkan 43 calon dan pro-Aspirasi 46 calon, tetapi belum dapat dipastikan keadaannya di Kuala Lumpur.

Di USM pula sejumlah 39 kerusi akan dipertandingkan, tetapi pro-M hanya meletakkan tiga calon. Setakat ini pro-Aspirasi sudah 17 menang tanpa bertanding.

Turut bertanding kali ini ialah enam calon bebas.

Proses penamaan calon di UM, UKM dan USM berjalan dari jam 9 pagi hingga 12 tengahari, dan dari jam 9 pagi hingga 1 tengahari bagi kampus UTM.




blog aduka taruna , khas : adukataruna.wordp...

  http://adukataruna. wordpress. com/

dan

http://adukataruna. blogspot. com

Polis naik pentas hentikan ceramah Anwar

Siri ceramah Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kampung Kerinci malam tadi kecoh ekoran polis bertindak menaiki pentas untuk memberhentikan ceramah tersebut.

Polis yang diketuai oleh Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid bersama-sama beberapa anggotanya bertindak menaiki pentas ceramah itu di Blok L Flat PKNS Kampung Kerinci meminta ketua pembangkang itu berhenti menyampaikan ceramah.


Kejadian itu berlaku kira-kira jam 11.35 malam, selepas setengah jam Anwar yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh memulakan ceramahnya.

Kejadian tersebut disaksikan kira-kira 500 hadirin yang hadir di situ sejak jam 8.30 malam.

Ketika itu Anwar sedang mengulas mengenai pertuduhan liwat terhadapnya serta usaha beliau mendedahkan isu-isu antaranya seperti pembelian kapal selam, kematian Teoh Beng Hock dan kehilangan enjin Jet.

"Sebab itulah tema ceramah saya bulan ini adalah 'Selamatkan Malaysia'," katanya.

Tiba-tiba beliau terdengar teriakan daripada hadirin "Polis datang", lantas Anwar yang menyedari kehadiran polis berkata: "Tak apa, tak apa serahkan saya."

Selepas itu kelihatan Wan Abdul Bari bersama beberapa anggotanya menaiki pentas meminta Anwar menghentikan ceramahnya menyebabkan para penyokong dan pengawal peribadinya mengerumumi beliau.

Kedengaran juga teriakan daripada hadirin dan penyokong membantah tindakan polis itu.

Keadaan menjadi lebih tegang apabila Anwar cuba untuk mengakhiri ceramah dengan bacaan doa tetapi tidak dibenarkan oleh polis.

Selepas itu kelihatan Anwar bertegang urat Wan Abdul Bari. Namun tidak dapat dipastikan apa yang diperselisihkan pada waktu tersebut.

Kekecohan itu berlaku selama 10 minit di atas pentas tersebut.

Ekoran itu, majlis tersebut terpaksa dihentikan dan para penyokongnya membawa ketua pembangkang itu ke dalam sebuah rumah yang terletak bersebelahan dengan pentas tersebut.

Kemudiannya para penyokong Pakatan Rakyat pula berteriak dengan menyuruh pihak polis yang masih berada di pentas supaya beredar dari situ.

Pihak urusetia juga bertindak menutup lampu dipentas tersebut, menyebabkan para penyokong bersorak dan melaungkan 'Reformasi' kepada beberapa kali kepada anggota polis yang masih berada di atas pentas.

Sementara itu Wan Abdul Bari ketika ditemui pemberita selepas kejadian tersebut berkata pihaknya terpaksa memberhentikan ceramah tersebut kerana "ucapannya tidak selaras dengan program mesra rakyat".

"Ia adalah program perjumpaan dengan rakyat. Pada peringkat awalnya, okay, tetapi bila beliau (Anwar) hadir, ucapan-ucapannya lebih berunsurkan politik yang tidak selaras dengan program mesra rakyat, jadi kita terpaksa memberhentikannya," katanya.

Sementara itu ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar yang turut berceramah ditemui pemberita mengecam tindakan polis naik ke atas pentas.

Mahfuz yang juga naib presiden PAS berkata tindakan polis itu pentas adalah "tidak wajar".

Ini kerana katanya tindakan itu "tidak menampakkan profesionalisme" dan "mengundang keadaan yang lebih kecoh".

Bagaimanapun beliau tidak mengetahui apa yang diperselisihkan oleh Anwar dan Wan Abdul Bari kerana pada waktu itu beliau berada jauh dari pentas sewaktu dikerumuni oleh para penyokong bekas timbalan perdana menteri itu.

Manakala ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar turut mengecam polis tindakan polis tersebut.

Nurul Izzah yang juga anak sulung ketua pembangkang itu berkata polis harus menunjukkan profesionalisme mereka, lebih-lebih lagi di hadapan khalayak ramai.

Beliau juga menjelaskan pihak urusetia juga memohon permit untuk mengadakan ceramah tersebut tetapi tidak diberikan.

Beliau juga berkata urusetia turut memohon dewan berdekatan dengan flat tersebut tetapi tidak dibenarkan untuk menggunakannya.

Sebelum itu, sepanjang pemerhatian Malaysiakini, terdapat dua sekatan polis diadakan sebelum majlis ceramah itu bermula.

Sekatan yang pertama dari arah Universiti Malaya (UM) menuju ke tempat ceramah tersebut iaitu betul-betul di hadapan Pangsapuri Vista Angkasa,

Sekatan itu dibuat kira-kira 50 meter dari tempat ceramah itu diadakan, manakala satu lagi sekatan dibuat dari arah Pantai Dalam, kira-kira 400 meter dari tempat ceramah itu diadakan.

Lebih 30 anggota polis termasuk Unit Simpanan Persekutuan (FRU) kelihatan di tempat ceramah tersebut.



--
Kajang Pak Malau kajang berlipat, Kajang saya mengkuang layu,
Dagang Pak Malau dagang bertempat, Dagang saya musafir lalu.

Aduka Taruna Serah Diri Bantu Siasatan Hina Sultan

Kes penulis blog yang didakwa menghina Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail kini disiasat oleh Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman, kata sumber polis.

Difahamkan penulis berkenaan - dikenali sebagai Aduka Taruna - menyerah diri kira-kira pada jam 4.40 petang tadi di ibu pejabat polis daerah (IPD) Kota Bharu.

Ketika dihubungi Malaysiakini, seorang anggota balai polis Kota Bharu mengesahkan kes tersebut dikendalikan Bukit Aman.

Selepas kemangkatan Sultan Johor Jumaat lalu, Aduka Taruna didakwa menyiarkan artikel di blognya http://adukataruna. blogspot. com/ yang didakwa menghina Almarhum.

Tulisan tersebut mencetuskan kemarahan orang ramai. Sekurang-kurangan 25 laporan polis dibuat terhadap penulis blog berkenaan.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff dilaporkan berkata, pihaknya menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat perkara itu dan seterusnya "mengheret penulis berkenaan ke mahkamah".

Susulan kemarahan itu, Aduka Taruna kelmarin menyiarkan permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia terhadap keterlanjurannya.

Beliau juga menarik balik artikelnya itu sebagai tanda mengaku salah dan berjanji akan memperbaiki tingkah laku dari masa ke semasa.

Ketika menyerah diri hari ini, Malaysiakini juga difahamkam, Aduka Taruna ditemani beberapa rakan penulis blog daripada negeri itu.

Setakat jam 6.45 petang tadi, masih belum pasti sama ada polis akan memohon perintah reman terhadap penulis berkenaan..

Butiran lain penahanan, termasuk seksyen beliau disiasat setakat ini, juga masih belum jelas.