Saturday, March 30, 2013

Gambar: Jelajah Treller Negara Berkebajikan - Parit Buntar Perak

Taman Kerian,Parit Buntar Perak
26 Mac 2013 / 12:00thg - 2:00ptg

Orangni bersama krew Treller Negara Berkebajikan mengucapkan ribuan terima kasih kepada warga Parit Buntar  dalam menjayakan siri Jelajah ini.....Takbir...!!!!

Saksikan lagi gambar siri jelajah seterusnya disini: http://orangni.blogspot.com/2013/03/gambar-jelajah-treller-negara_29.html

Gambar: Jelajah Treller Negara Berkebajikan - Selama Perak

Dataran Manggis Selama Perak
26 Mac 2013 - 5:00ptg - 7:00ptg
Treller Negara Berkebajikan singgah di Masjid Tinggi Bagan Serai sebelum ke Selama

Orangni bersama tenagakerja Krew Treller Negara Berkebajikan mengucapkan ribuan terima kasih kepada warga Selama Perak  dalam menjayakan siri Jelajah ini.....Takbir...!!!!

Gambar: Jelajah Treller Negara Berkebajikan - Lenggong Perak

Pekan Lenggong Perak
27 Mac 2013 - 10:00g - 2:00ptg

Orangni bersama tenagakerja Krew Treller Negara Berkebajikan mengucapkan ribuan terima kasih kepada warga Lenggong Perak  dalam menjayakan siri Jelajah ini,walaupun mendapat tentang hebat dari puak UMNO yang menjadi kecut,kalut dan keluh kesah tak senang duduk dengan kehadiran Treller ini,namun semua rintangan berjaya diharungi dengan selamat dalam siri jelajah bagi negeri Perak.....Takbir...!!!!

Ceramah Umum

Gambar: Jelajah Treller Negara Berkebajikan - Bukit Gantang Perak

Pos Pemuda PAS Kepala Bukit
Bukit Gantang Perak
27 Mac 2013 - 8:00pg - 9:00pg

Kelihatan kenderaan YB Rosli Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang terkejut biawak melihat tersergam megah treller Negara Berkebajikan di Bukit Gantang

Orangni bersama tenagakerja Krew Treller Negara Berkebajikan mengucapkan ribuan terima kasih kepada warga Bukit Gantang Perak  dalam menjayakan siri Jelajah ini,walaupun mendapat tentang hebat dari puak UMNO yang menjadi kecut,kalut dan keluh kesah tak senang duduk dengan kehadiran Treller ini,namun semua rintangan berjaya diharungi dengan selamat dalam siri jelajah bagi negeri Perak.....Takbir...!!!!

Monday, December 24, 2012

Najib mesti jawab tuduhan Deepak dulu

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak disaran menunjukkan kepimpinan melalui tauladan dengan memberi respon kepada tuduhan berat Deepak Jaikishan terhadap beliau berkaitan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.
Saranan itu disuarakan Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo berikutan langkah yang dicadang Perdana Menteri supaya calon Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti ditapis terlebih dulu bagi membersihkan imej BN.
Gobind berpendapat demi membersihkan imej parti berkenaan, BN mesti tidak lagi menimbulkan sebarang curiga dengan dakwaan yang boleh memberi kesan kepada parti itu pada PRU-13.
“Najib sepatutnya memimpin melalui tauladan dengan mengadakan siasatan terbuka dan memberi respon terhadap dakwaan Deepak Jaikishan baru-baru ini,” ujar Gobind, sambil menambah bahawa Perdana Menteri sendiri mesti memberi kerjasama penuh dalam siasatan terbabit demi membuktikan beliau benar-benar serius.

“Jika proses tapisan itu terpakai kepada semua calon, ia mestilah terpakai kepada beliau sendiri (Perdana Menteri) juga,” kata Gobind yang mengetuai Biro Undang-undang DAP.
Menurut beliau lagi, jika Najib gagal berbuat demikian, ia akan memperlihatkan langkah penapisan untuk membersihkan imej BN itu hanya sekadar gimik politik.
“Ini adalah ujian terbesar untuk Najib, beliau telah menjerat diri sendiri dan mesti menyahut cabaran saya,” ujar Gobind.
Deepak, seorang pengusaha karpet dan kenalan rapat kepada isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor telah mendedahkan bahawa beliau disuruh mencari penyiasat persendirian, P. Balasubramaniam setelah akuan bersumpah penyiasat itu didedahkan; mengaitkan Perdana Menteri dengan pembunuhan Altantuya.
Balasubramaniam akhirnya menukar kenyataan bersumpah beliau selepas pertemuan yang diaturkan oleh Deepak bersama adik Perdana Menteri, Datuk Mohamed Nazim Razak.

Saturday, December 15, 2012

PERKASA a.k.a SAYAP UMNO/BN..munafiq..!!..

Dimana MARUAH IBRAHIM ALi yang selama ini mengatakan PERKASA bukan NGO yang berpihak kpd mana parti politik..?..Kebangkitan rakyat kali ini diharap dapat meranapkan golongan seperti ini...gegak gempita HIDUP melayu kini bertukar HIDUP UMNO..dan itu jelas..

 PERKASA hari ini berikrar akan menyokong BN dalam pilihan raya umum akan datang bagi membolehkan parti itu mendapat kerusi majoriti dua pertiga dan membentuk kerajaan.

Ikrar tersebut dibaca oleh Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali di hadapan kira-kira lebih 5,000 perwakilan dan pemerhati di Persidangan Agung Tahunan PERKASA di Astaka Taman Tasik Tititwangsa di ibu negara.

"Bahawasanya kita berikrar demi agama bangsa dan negara, kita tidak akan berpecah, menyerah diri, tidak jadi pengkhianat, tetapi membantu beri kemenangan kepada BN dua pertiga majoriti," kata Ibrahim yang kemudian diikuti satu persatu oleh perwakilan.

Dalam ucapan dasarnya itu, Ibrahim yang juga ahli parlimen Pasir Mas berkata sekiranya majoriti dua pertiga dapat maka isu yang berkaitan raja-raja Melayu dan persoalan agama Islam tidak akan berbangkit lagi.

Beliau juga meminta seramai lebih 350,000 anggotanya untuk menunggu arahan selanjutnya daripada pucuk pimpinan NGO itu, bagi menyokong mana-mana calon BN yang akan bertanding dalam pilihan raya umum itu.

"Jangan rasa terguris... (Ada) pemimpin MCA beri pelbagai respon (kepada kita)... Saya juga terguris... MCA boleh membantu Umno untuk menubuhkan kerajaan kuat. 

"Sebab itu kita undi Umno dan BN... Kalau nak ikut, saya lagi marah kepada Umno dan BN tetapi marah saya tidak boleh mengatasi agama, bangsa dan negara," katanya.

Bercakap dalam sidang media kemudiannya, Ibrahim berkata sokongan kepada calon BN termasuk MCA dan MIC "tidak ada percanggahan" dengan prinsip perjuangan PERKASA yang berteraskan Melayu.

Katanya, lagi mereka mahu membantu kerajaan menyatukan rakyat sekaligus menjadikan negara ini dalam keadaan aman dan menjamin kestabilan negara.

"Kita sokong semua calon BN termasuk MCA dan MIC. Kita tidak lihat isu peribadi. Pemimpin datang dan pergi... Bukan soal individu. Tak adil seorang bawa lumpur, semua kita kena tolak.

"Kita sokong BN atas dasar BN sebagai satu gabungan membawa wadah politik yang berkongsi kuasa dengan semua kaum," katanya.

Ditanya sama ada menyokong BN juga bermaksud PERKASA menyokong perjuangan MCA, Ibrahim menegaskan bahawa NGO itu menyokong BN dan bukan individu tertentu semata-mata.

"Saya tegaskan kita sokong BN, kerana konsep gabungan antara kaum yang terbukti sejak merdeka," katanya yang merayu supaya mandat diberikan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pilihan raya umum akan datang.

Dalam sidang media itu juga, Ibrahim turut membaca 10 perisytiharan dan resolusi PERKASA yang antara lainnya menyeru pengundi pengundi memilih kestabilan politik, keselamatan dan kesejahteraan rakyat.

"Pilihan yang betul bagi membentuk kerajaan yang kuat ialah dengan memilih parti yang mempunyai rekod trek kecemerlangan mentadbir negara.

"Kita tidak mempunyai pilihan lain kerana tawaran yang dibuat oleh pakatan alternatif jelas berkecamuk, sangat kacau dan semberono serta memperlihatkan percanggahan dan pertentangan sesama mereka," katanya.

Beliau bimbang parti dalam Pakatan "yang tidak sehaluan" itu akan membawa "mudarat besar kepada rakyat dan negara".

Sembilan lagi perkara yang digariskan dalam resolusi itu termasuk soal perpaduan bangsa, kebebasan beragama, ancaman pluralisme dan pengaruh lesbian, gay serta transgender (LGBT).

Perkasa juga menyatakan sokongan terhadap Pelan Tindakan Pendidikan Negara serta kecaman mengenai campurtangan kuasa asing dalam negara.

Perkara itu, menurutnya, akan diluluskan dalam mesyuarat Agung PERKASA di sebelah petang.

http://www.malaysiakini.com/news/216709
http://www.malaysiakini.com/news/216745
Dimana MARUAH IBRAHIM ALi yang selama ini mengatakan PERKASA bukan NGO yang berpihak kpd mana parti politik..?..Kebangkitan rakyat kali ini diharap dapat merana
pkan golongan seperti ini...gegak gempita HIDUP melayu kini bertukar HIDUP UMNO..dan itu jelas..