Keputusan itu dicapai pada pertemuan Datuk Seri Najib Razak dan rakan sejawatannya dari Singapura Lee Hsien Loong di Hotel Shangri-La Hotel di Singapura. Pada sidang akhbar bersama itu, kedua-dua pemimpin berkenaan berkata tanah yang akan dikosongkan itu akan dimajukan oleh sebuah syarikat usaha sama Malaysia-Singapura dikenali M-S Pte Ltd yang akan ditubuhkan sebelum 31 Dis tahun ini. Syarikat itu melibatkan Khazanah Nasional Berhad dari Malaysia yang akan memegang 60 peratus kepentingan, dan Temasek Holdings Limited, cabang pelaburan kerajaan Singapura, yang akan memegang baki 40 peratus ekuiti dalam syarikat usaha sama itu. Menurut satu kenyataan bersama, pertemuan Najib dan Lee banyak berkisar kepada Perkara-perkara Dipersetujui (PoA) mengenai tanah KTMB di Singapura yang menjadi penghalang kepada hubungan baik antara kedua-dua negara. Tana
Menurut kenyataan berkenaan, tanah-tanah yang dimajukan itu boleh ditukar, berdasarkan nilai masing-masing, dengan tanah di Marina South dan Ophir Rochor di Singapura. Kedua-dua negara akan membuat penilaian masing-masing, dan Lee dijangka melawat Kuala Lumpur dalam tempoh sebulan ini, dengan cadangan mengenai penukaran tanah itu untuk pertimbangan Malaysia. Bernama Maaf saya tidak dapat berkata apa-apa lagi. Inilah bahananya melantik pemimpin berotak udang. Cakap dan akal letaknya di kepala lutut. Sudahlah Penderhaka Abdullah Badawi serahkan wilayah maritim kepada Brunei. Penderhaka Abdul Najib anak Abdul Razak menyerahkan tanah KTMB kepada Singapura. Tanah KTMB seluas 271 hektar adalah kedaulatan negara ini. Begitu murah harga kedaulatan negara ini iaitu 60%. Bagaimana pula harga jual air Malaysia-Singapura? Tidakah ianya juga isu yang memerlukan PoA. Wahai orang UMNO dan penyokong BN termasuk yang pangkah BN, semoga Allah swt mencampak anda semua dalam kehinaan di dunia dan di akhirat nanti. Apakah yang dimaksudkan tanah-tanah dimajukan boleh ditukar? Adakah pegangan 60% itu akan kekal selama-lamanya atau juga boleh ditukar? Warga Singapura sudah boleh tersenyum panjang. Mungkin selepas ini Indonesia pula akan tersenyum. Ambalat telah terlalu hampir dalam dakapan Indonesia. Yang merana orang Malaysia terutama orang melayu yang dok bangga dengan kebangsaannya. Kita tidak perlu bangsa Yahudi untuk menjajah wilayah kita, cuma hanya insan bernama Abdullah dan Abdul Najib. maka terjajahlah wilayah kita. Syabas untuk pendokong UMNO. |
Tuesday, May 25, 2010
Serah lagi wilayah Malaysia
Saturday, May 22, 2010
Judi Bola: Umno mungkin dianggap tiada agama
"Tidak keterlaluan jika ada orang kata lepas pada ini, Umno tidak ada ugama, sebab semua agama tidak bersetuju dengan judi ini," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut tengahari tadi.

KUALA LUMPUR, 22 Mei: Umno tidak boleh menyalahkan rakyat jika mereka dilihat sebuah parti tiada agama kerana kerajaan pimpinan mereka meluluskan lesen judi disaat semua agama di negara ini membantah tindakan tersebut.
Ketua Pemuda PAS, Nasruddin Hassan berkata, tanggapan itu tidak mustahil akan wujud dalam pemikiran rakyat ekoran tindakan kerajaan Umno BN melulusakan lesen judi sempena bolasepak Piala Dunia kepada kumpulan Berjaya yang dimiliki Tan Sri Vincent Tan.
"Agama apa sebenarnya dianut oleh Umno dan Barisan Nasional?
"Apabila semua agama menafikan dan tidak membenarakan judi, tiba-tiba kerajaan Umno Baraisan nasional melulusakan lesen judi.

Turut serta pada sidang media itu, Timbalan Ketua Pemuda, Azman Shapawi dan Setiausaha, Kamaruzzaman Mohamad.
Sikap membisu tokoh-tokoh agama Umno, menteri agama dan mufti juga katanya bakal mengukuhkan lagi tanggapan tersebut.
"Paling sedih bagi kita, kemana perginya tokoh agama dalam Umno dan Bariosan Nasional, menteri agamanya di mana, ulamak-ulamak mereka di mana, mufti-mufti kenapa tidak bersuara? soalnya lagi.
Dalam pada itu, Pemuda PAS katanya tidak menolak kemungkinan pemberian lesen judi kepada kumpulan Berjaya secara tergesa-gesa adalah kerana membalas jasa Vincent Tan.
Ini kerana menurutnya, Vincen Tan adalah tokoh yang banyak membiayai Barisan Nasional khususnya dalam pembelian wakil rakyat dan dana pilihan raya.
"Kita mengesyaki bahawa tindakan cepat dan tergesa-gesa kerajaan meluluskan lesen judi kepada Berjaya Group ini sebagai membalas budi.
"Ini jelas menunjukkan Umno terdesak mendapatkan dana dati tauke judi ini seperti mana kita didedahkan sebelum ini," tambahnya lagi.
Mengulas bantahan Pemuda PAS di seluruh negeri, beliau memberitahu lima lagi himpunan bantahan serupa akan berlangsung Jumaat, 28 Mei ini.
Himpunan tersebut akan di adakan di semua masjid negeri di Selangor, Melaka, Pahang dan Pelis.
Manakala kemuncak bantahan zon pantai timur akan diadakan di Kelantan pada tarikh yang sama.
Ianya akan dibuat di Masjid Kampung Repek, Bachok iaitu kampung halaman Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussein yang membuat pengumuman meluluskan jesen judi tersebut baru-baru ini.
Kemuncak kepada bantahan itu, himpunan 100 ribu rakyat bantah judi akan diadakan di ibu negara 3 Julai ini bermula di Perkarangan Masjid Negara dan berarak ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada Yang Di Pertuan Agong.
Menjelaskan kenapa ianya diadakan agak lewat Nasruddin berkata, lesen yang diluluskan kepada Kumpulan Berjaya itu bukan hanya untuk Piala Dunia Jun ini, malah juga kepada Liga Inggeris, La Liga, Serie A Italy, Liga Jerman dan beberapa sukan lain.-Harakahdaily

Friday, May 21, 2010
1000 sertai himpunan bantah judi di Perak
IPOH, 21 Mei: Sekurang-kurangnya 1000 Rakyat Perak hari ini melahirkan bantahan terhadap kelulusan lesen judi bolasepak sempena Piala Dunia Jun ini di Masjid Negeri Sultan Idris Shah 11, Ipoh selepas solat Jumaat tengahari tadi.Himpunan bantahan tersebut telah dianjurkan oleh Pemuda PAS Perak dan turut disokong beberpa badan bukan kerajaan NGO lain..
Antara pimpinan yang hadir berucap ialah Timbalan Pengerusi PKR Perak, Dr Lee Boon Chye, Ketua Pemuda PAS Perak, Zawawi Hassan, Ketua Angkatan Muda PKR Perak, Abdul Yunus Jamhari, dan Yang Dipertua ABIM Perak, Haji Suhaimi Latip.
Pimpinan Pemuda Pemuda PAS Perak; pimpinan Angkatan Muda PKR Perak dan pimpinan Badan Bukan Kerajaan antara yang turut bersama dalam himpunan tersebut.
Bagaimanapun pimpinan Pemuda Umno dan yang lain tidak hadir beiarpun jemputan rasmi oleh Pemuda PAS Perak dibuat sebelum ini.Menurut penganjur, himpunan bagaimanapun sedikit terganggu apabila pihak Polis mengarahkan agar himpunan tersebut di hentikan.
Beberpa pergelutan juga dilaporkan berlakusewaktu pihak polis cuba menyuraikan peserta himpunan.
Bantahan kemudiannya bersurai secara aman sekitar jam 2.30 tadi tanpa sebarang tangkapan dibuat. -Hrkh
Usah takutkan pelajar untuk berpidato: Saifudd
Kementerian Pengajian Tinggi meminta institusi pengajian tinggi awam supaya tidak terlalu cepat mengambil tindakan tatatertib terhadap pelajar yang meluahkan pandangan berbeza dengan arus perdana dan dasar kerajaan ketika berdebat di Sudut Pidato.Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata tindakan sedemikian hanya akan menimbulkan rasa takut dan bimbang di kalangan pelajar untuk berpidato.
Beliau berkata, IPTA sebaliknya harus mewujudkan suasana yang lebih kondusif supaya pelajar tidak takut untuk menyuarakan apa saja pendapat mereka termasuk mengenai politik, bagi menyemarakkan budaya berfikir secara kritis di kalangan mereka.
"Saya nak ingatkan supaya sekiranya dalam Sudut Pidato itu pelajar menyuarakan sesuatu yang dianggap bertentangan atau berlainan jangan hukum. Kalau dia salah betulkan dengan cara yang bijaksana.
"Kalau kita mula menghukum siapa pun tak nak pergi ke Sudut Pidato, menghukum itu harus menjadi tindakan yang akhir," katanya kepada pemberita selepas Majlis Konvokesyen Ke-2 Kolej Antarabangsa Taj, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.
Saifuddin sebelum ini menyuarakan kekecewaan apabila Sudut Pidato yang disediakan di IPTA tidak mendapat sambutan.
Antara sebab yang dikenal pasti ialah kebimbangan dikenakan hukuman sekiranya meluahkan pendapat berbeza dengan arus perdana. -GB
ROSMAH MANSOR AKTIF DALAM POLITIK UMNO ? ,
Rosmah Mansor begitu aktif dalam arena politik. Semua peranan Kementerian Wanita yang ditarajui oleh Sharizat Jalil diambil peranan oleh Rosman seolah olah Sharizat seorang Menteri Tanpa Portfolio ?
Hampir tiap malam TV3 membuat liputan penting kepada Rosman dan semua kegiatan Rosmah di expose oleh TV3. Tidak pernah semua isteri mantan Perdana Menteri yang sudah sudah pernah lakukan peranan yang dilakukan oleh Rosman Mansor.
Ada khabar angin yang tidak rasmi mengatakan bahawa PRU13 Rosmah Mansor akan bertanding sebagai Ahli Parlimen Rembau Negeri Sembilan. Kalau berita ini benar maka KJ akan tersingkir kerana beliau bukan favourite kabinet DS Najib.
Kebetulan Rosmah juga adalah berasal dari Rembau Negeri Sembilan, kalau berita angin ini betul maka Rosmah jika menang akan menjawat jawatan Menteri Penuh dalam kabinet DS Najib. Kesian KJ tanpa Pak Lah.

KATAK SEDANG BERDEMO MEMBANTAH LESEN JUDI BOLA.
Mesti Tonton...Tiada di TV , at 22.5.10,
Inilah pejuang melayu tulen!
Inilah pembela islam terunggul!
Ooooonngg!!Ooooonngggg!OOooooonnngggggg!!
KATAK SEDANG BERDEMO MEMBANTAH
LESEN JUDI BOLA.
LESEN JUDI BOLA.
Gambar-gambar sekitar himpunan membantah lesen judi bolasepak yang sebenar
Replika mesin judi yang mula dikerumuni orang ramai.Benci mereka terhadap judi bertumpu kepada replika tersebut
Sebagai tanda bantahan kepada judi, replika tersebut dimusnahkanoleh orang ramai yang bertindak bagaikan pemain bolasepak.
Orang ramai hanya memerhatikan gelagat pasukan polisyang berkawal disekitar perkarangan masjid. Apakah
jemaah-jemaah ini memberikan apa-apa ancaman kepada
keselamatan awam?
Perhimpunan aman membantah lesen judi bola sepaK...

Wakil dari SUARAM turut berucap

Perhimpunan aman membantah kerajaan BN mengeluarkan lesen judi untuk perlawanan bola sepak piala dunia telah berjalan dengan aman tanpa ganguan pihak polis di masjid Sg Nibung petang tadi.
Perhimpunan yang dihadiri oleh sahabat-sahabat dari PKR,PAS dang juga NGO telah dimulakan dengan ucapan Ketua Angkatan Muda Cabang Bayan Baru Sd Azrizal Tahir yang mengutuk tindakan kerajaan yang telah mengeluarkan lesen judi untuk perlawanan bola sepak piala dunia. Tegas beliau yang anak muda menentang tindakan tersebut yang mana kita sebagai umat Islam sudah sedia maklum judi itu haram di sisi ISLAM.
Sementara itu Sr Amizudin Ahmad selaku Exco Angkatan Muda Malaysia mendesak supaya kerajaan menarik balik pengeluaran lesen tersebut. Judi juga boleh mengakibatkab peningkatan jenayah di negara kita.
Yb Sim ( ADUN Pantai Jerjak ) turut hadir bagi membantah lesen judi itu.
ORANG KAFIR SEMAKIN BIADAP - RASULULLAH
Molly Norris, seorang kartunis di Seattle telah membuat deklarasi bahawa 20hb Mei adalah hari ‘Everybody draw Mohamed Day’ (Hari untuk semua orang melukis Mohamed). Begitu biadab sekali tindakan si kafir ini. Kini, ‘Facebook’, laman web sosial yang berpengkalan di AS pula menyokong tindakan tersebut. Persoalannya sekarang, apakah tindakan kita umat Islam terhadap kebiadaban ini? Apakah kita masih lagi mengharapkan para pemimpin umat Islam yang dayus dan khianat untk berbuat sesuatu? Kaum kuffar akan terus menerus menghina, membunuh dan merampas hak kaum Muslimin kerana kita hidup berpecah-pecah, tanpa kesatuan politik dan intelektual. Realitinya, kaum kuffar masih terus berani melakukan semua ini kerana ia masih dibenarkan oleh para pemimpin umat Islam yang khianat.
http://hembusan- amal.blogspot. com
Pesanan Guru Mursyid :"Kalau kita hendak menasihati orangTanya hati kita dahulu Tujuan kita hendak beri nasihat atau hendak memberi malu pada orang.apabila kita hendak menyampaikan ilmu kepada orang.Apakah tujuan kita? Hendak berkongsi ilmu atau hendak menunjuk yang kita lebih tahu.Kalau kita hendak bercakap tentang sesuatu, kita tentu tahu niat kita, hendak menunjuk kita pandai atau rasa berkewajiban menyampaikan ilmu".
Ingatlah pahala sesuatu amal ditentukan oleh keikhlasan kita.Kalau tujuan bukan kerana Allah, amalan itu akan menjadi macam debu.Bukan pahala kita dapat tapi bala.

Saturday, May 15, 2010
Mai Kita Tengok Umno Berpolitik Di Masjid
Koleksi Gambar-gambar Pemimpin UMNO berpolitik menggunakan Masjid
Tengok sendirilah. Kalau bagitau kata orang PAS suka memfitnah. Derhaka Sultan. Jahil, tak ikut mufti dan macam-macam lagi. Tengoklah gambar-gambar pemimpin UMNO yang ‘kencing’ muftinya sendiri.
Berak merata ditengah jalan. Bukannya mengaku tetapi sibuk menuduh orang lain.! UMNO sila cermin muka tu dulu. Jangan lebih sudu pada kuah.
Datuk Seri Najib Tun Razak berceramah di Masjid Kampung Sungai Miang, Pekan, Pahang. Takkan dalam Masjid PM? Hormatlah sikit fatwa Tan Sri Harussani tu.
HISHAMMUDDIN pada sidang media di Masjid Jumhuriah, Taman Datuk Harun, Petaling Jaya, semalam. Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop. Bercakap tentang ibadah ke pentadbiran negara? Tak politik ke tu?
Gambar yang kelihatan YB Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim, Ketua UMNO Bhg Jelebu sedang berucap dalam Masjid Amar Penghulu, Jelebu. Kelihatan juga duduk bersila dari kiri ke kanan ialah: YBhg Datuk Haji Jalaluddin Haji Alias, Timbalan Ketua UMNO Bhg Jelebu; Tuan Stapa (Ketua Polis Daerah Jelebu); Tuan Imam Masjid Amar Penghulu: Tuan Habibbullah (Pegawai JASA Daerah Jelebu / Ketua Penerangan UMNO Bhg Jelebu); dan Tuan Abd Hamid Othman (Pengarah JASA NS / Setiausaha UMNO Bhg Jelebu). Menteri yang jaga undang-undang siber ni. Kena tangkap ke ni?
Saudara Khairy Jamaluddin Abu Bakar selaku Ketua Pemuda UMNO Malaysia merangkap Ahli Parlimen Rembau telah hadir dan memberi ceramah di Masjid An-Nur Pekan Rembau. Aik tak cukup lagi TV dan Radio?
Sdr. Khairy di Taman Rembau Utama. Berkempen ke?
Turut dihadiri Pengerusi Perhubungan UMNO Johor selaku MB Johot bersama isteri. Beliau memberi ucapan kepada orang miskin sempena majlis penyampaian golongan miskin, pelajar yatim dan ibu tunggal melalui 138 cawangan UMNO dari seluruh parlimen Ledang. Majlis itu adalah anjuran UMNO di Masjid al-Taqwa Tanjung Gading Barat, Ledang.
Datin Paduka Prof Dr Jamelah Ariffin isteri MB Johor turut serta memberi sumbangan. Kalau ye pun tutuplah aurat elok-elok dalam masjid tu. Dah le tak ikut mufti, lawan syariat lagi.
Datuk Khaled Nordin menghadiri majlis anjuran Biro Agama UMNO Bahagian Pasir Gudang diadakan dalam Masjid Al-Muhajirin Bandar Masai. dengan kerjasama Jawatankuasa Masjid Al-Muhajirin.
YB Shahidan Kassim turut berceramah. Macam baru balik Mekah. Tazkirah bab arak dan judi haram ke?
Di PETAGAS, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Yahya Hussin (gambar atas) menyerahkan bantuan bakul makanan kepada 70 warga tua, miskin dan sakit dari Mukim Petagas di Masjid Al-Jannah. Siap dengan beg lambang UMNO dan Dacing. Ini guna masjid ke?
Aik Puteri UMNO pun tak ketinggalan. Aurat pun tak tertutup elok. Orang bukan Islam tau menutup auratnye apabila mengunjungi rumah ibadat orang Islam. Maaf! Mungkin non muslim kot. Program kemasyarakatan bertempat di Masjid al-Falah Karamunting, Sandakan.
Felda Tunggal, YB Dato Sri Dr Azalina Dato Othman Said Ahli Parlimen Pengerang merangkap Ketua UMNO Bahagian Pengerang telah menghadiri majlis anjuran bersama UMNO Bahagian Pengerang, Unit Seranta Felda Negeri Johor, FELDA Wilayah Johor Bahru, JKKK FELDA Tunggal dan Badan Kebajikan Surau FELDA Tunggal di masjid Felda Tunggal. Istiqamah tidak menutup aurat.
Kafir masuk masjidpun tahu nak tutup aurat..Tak berani tegur ke?
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berucap dalam majlis anjuran Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan di Masjid Salahuddin Al-Ayyubi, Taman Melati, Wangsa Maju.
Menurutnya, UMNO senantiasa menggalakkan kerja-kerja ibadat seperti menyalurkan bantuan pada mereka yang susah serta mengatur aktiviti membela sesama Islam di bulan Ramadhan ini dan memuji UMNO Wilayah Persekutuan kerana membelanjakan RM130 ribu bagi membantu mereka yang memerlukan di seluruh bahagian UMNO dalam Wilayah Persekutuan.
Dalam pada itu, beliau yang juga Naib Presiden UMNO Malaysia mengucapkan terima kasih pada Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan kerana membantunya sehingga dapat menduduki salah satu kerusi Naib Presiden UMNO dalam pemilihan lalu.
Hampir 3000 orang membanjiri kawasan masjid itu. bersama para pemimpin UMNO. Kelihatan bersama di majlis itu, Ketua Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Datuk Zulhasnan Rafique, Timbalan Badan Perhubungan Senator Datuk Kamarudin Ambok, Setiausaha Senator Datuk Rizuan Abd Hamid, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan Datuk Paduka Mohd Norza Zakaria, Ketua Wanita Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil, Ketua Puteri Azlinda Mohd Rashad dan ketua-ketua UMNO Bahagian, Pemuda, Wanita, Puteri serta ahli-ahli jawatankuasa masing-masing.
Turut hadir Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Ruslin Hasan dan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Haji Che Mat Che Ali. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Datuk Zulhasnan Rafique ketika berucap melahirkan rasa syukur beliau kerana kejayaan Datuk Seri Shahrizat Jalil menganjurkan majlis tersebut.
Majlis anjuran UMNO Bahagian Bagan telah diadakan di Masjid At Taqwa, Mak Mandin. Ketua UMNO Bahagian Bagan, Datuk Abdul Latiff Mirasa kelihatan bersama orang-ramai.
YAB Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Ketua Menteri Melaka dan ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, saudara Norman Zahalan juga turut hadir.
Hingga ke Sarawak, Program “Jom Berambeh” YB Datuk Hjh Rohani Hj Abdul Karim, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia dan diadakan untuk mendekatkan dan memudahkan penduduk di kawasan Parlimen Batang Lupar. Siap salam sama Tok Imam ke? macam nak angkat nikah je YB? Tak haram ke tu?
Cukuplah. Terlalu banyak sangat. Semuanya bagaimana tanda UMNO-BN cakap tak serupa bikin. Bagi Pas Islam tidak boleh dipisahkan. Tiada istilah politik suku agama suku.
Subscribe to:
Posts (Atom)