Tuesday, July 5, 2011

BERSIH - PORTAL PRO UMNO IKTIRAF KEMENANGAN BERSIH, SEKUTU UMNO GAGAL



TERLEBIH dahulu marilah kita bersama-sama mengucapkan syabas dan tahniah kepada Datuk S.Ambiga dan BERSIH keseluruhannya kerana berjaya bertahan dan berani berdepan dengan berbagai tekanan, ugutan dan ancaman dari pihak yang anti-BERSIH. Bukan mudah untuk seorang wanita untuk berdepan dengan sebuah kerajaan yang mengunakan kuasa Polis, Pemuda Umno dengan Patriotnya, Perkasa, beberapa pertubuhan lain yang menjadi pengampu dan tidak kurang juga keegoan Persatuan Silat di bawah Guru Silat OKU itu.

Kesemuanya dapat dihadapi oleh BERSIH dengan kerjasama padu oleh berpuluh NGO dan juga parti-parti Pembangkang dari PR. Serangan oleh media pencacai siang dan malam terhadap BERSIH dengan tenang dihadapi oleh PERKASA malahan kempen berterusan terus dilakukan untuk memberitahu rakyat tentang objektif sebenar BERSIH untuk berhimpun pada 09 Jul nanti. Mungkin kerana bimbang rahsia mereka terbongkar selama ini, maka kuasa digunakan sewenang-wenangnya untuk menekan BERSIH dengan tangkapan demi tangkapan sehingga ke tahap meletakkan baju kuning seolah-olah seperti memiliki bahan api atau dadah kalaupun tidak sehina memiliki atau mengedar video seks.

Hari ini BERSIH menempa nama sebagai `pemenang' setelah perhimpunan ini di`halal'kan setelah mendapat kebenaran dan restu dari DYMM YDP Agung asalkan dilakukan di stadium. Terbukti BERSIH bukan `haram' dan BERSIH juga bukan berniat jahat jauh sekali ada hubungan dengan Komunis seperti yang cuba dikaitkan oleh pihak yang sememangnya berniat jahat itu. Mustahil Ke Bawah DYMM YDP Agung merestui BERSIH berhimpun sekiranya benar bahawa BERSIH itu pertubuhan yang merbahaya kepada negara.

Saya amat tertarik dengan komen sebuah portal pro-Umno yang memberi `kredit' kepada BERSIH sebagai satu kejayaan di dalam perjuangannya, sekali gus meletakkan Umno dan mereka yang bersekongkol dengan parti sekular itu `gagal' malahan kecundang dan terkedu. Baca ulasan portal tersebut di sini.

Memang ramai di antara kita yang kecewa apabila Perhimpunan BERSIH terpaksa diubah ke stadium atas titah Tuanku. Sebenarnya kita patut berbangga kerana kita hanya `tunduk' kepada titah Tuanku untuk membuktikan bahawa di dalam apa jua keadaan kita amat menyanjung dan mendaulatkan Tuanku. Sebelum ini kita mencampakkan ke longkang sahaja ancaman, ugutan dan tindakan-tindakan keras dari pihak sekutu Apco itu dan kita terus komited dengan nawaitu kita. Biar berbuih mulut dari Perkasa, biar lantang dan nyaring salakan dari Patriot, dan biar berpuluh-puluh `bunga silat pulut' dari persatuan silat pengampu ini, namun semuanya kita letakkan di bawah tapak kaki kita.

Demi kedaulatan Raja, BERSIH membuktikan bahawa ada ketikanya kita perlu `berundur' setapak ke belakang untuk memberikan penghormatan kepada Raja yang kita sayangi. Berundur bukan bererti kalah, tetapi kita berundur untuk langkah seterusnya untuk terus beberapa tapak lagi ke hadapan selepas ini. Bayangkan jika BERSIH masih tetap berkeras mahu berhimpun seperti yang dijadualkan di tiga lokasi tersebut. Sudah tentu kita memberi peluru kepada sekutu Apco ini untuk berpesta menggelar kita sebagai pengkhianat kepada DYMM YDP Agung dan tidak mustahil kita digelar kumpulan yang menentang Agung.

Bayangkan di dalam keadaan sekarang pun mereka sedang berusaha untuk mengaitkan BERSIH dengan fahaman Komunis atau kumpulan subversif. Malam tadi TV menyiarkan beberapa rampasan senjata tajam, bom botol beserta beratus helai baju BERSIH untuk mengaitkan BERSIH. Tidak masuk akal hanya dengan beberapa bilah parang, BERSIH mempunyai tujuan untuk melakukan keganasan. Tidak lojik jika kumpulan yang ingin melakukan huru-hara atau keganasan memohon bantuan pihak Polis untuk mengawal perhimpunannya.

Kita serahkan kepada pihak Polis untuk menyelesaikan kes barang-barang bahaya yang dijumpai oleh mereka. Pihak Polis yang dedahkan, biar mereka sendiri siasat dan selesaikan. Bak kata orang Negeri Sembilan, "Takdo Kojo Cari Kojo, Ado Kojo Tercongang-Congang".

Ayuh, kita penuhi Stadium yang ditetapkan nanti dengan lautan Kuning yang telah mereka `haram'kan tetapi telah di`halal'kan oleh Tuanku. BERSIH mesti mengisi program yang benar-benar hebat di stadium nanti agar dapat membakar semangat penyokong-penyokong yang sedikit kecewa sekarang. Kepada pihak berkuasa, tiada lagi alasan selepas ini untuk menggagalkan BERSIH.

Kepada Perkasa, Patriot mahu pun kumpulan silat, mereka harus muhasabah diri sampai bila mahu terus menjadi `kuda tunggangan' Sang Penguasa yang mahu terus kekal berkuasa. Satu kemenangan gemilang buat BERSIH dan KO buat `KOTOR'.

Surat Dari YAB al-Mursyidul Am PAS kepada KDYMM Yang Dipertuan Agong


Mengadap Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj

Bismillahir Rahmanir Rahim.

Sukalah patik ingin memaklumkan kepada pihak Tuanku bahawa patik sedang berada di Tanah Suci Makkah Al-Mukarramah untuk mengerjakan umrah dan Insya-Allah dijadualkan akan pulang ke tanah air pada 10 Julai 2011. Patik di sini mendoakan agar KDYMM Tuanku serta Permaisuri sentiasa dilimpahi keberkatan yang berpanjangan daripada Allah SWT.

Patik mendengar khabar berita bahawa pihak Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) telah diberi ampuni untuk mengadap KDYMM Tuanku pada pagi ini dan menyembahkan tuntutan-tuntutan ke arah memastikan perjalanan pilihanraya yang lebih bersih dan terjamin ketelusannya. Patik juga dimaklumkan bahawa pihak penganjur telah dinasihatkan agar tidak mengadakan perarakan di tempat terbuka dan memindahkannya di tempat yang tertutup seperti stadium bagi menjamin perjalanan yang aman dan tidak mengganggu ketenteraman awam.

Justeru, patik ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah di atas keprihatinan KDYMM Tuanku terhadap kehendak rakyat untuk merasai keadilan melalui sistem demokrasi yang telah dijamin di dalam perlembagaan Malaysia. Sukalah patik mempersembahkan pendirian patik bahawa sebarang pertukaran kepimpinan negara di bawah sistem pilihanraya yang adil tidak akan mendatangkan huruhara sama sekali seperti yang berlaku di negara-negara lain seperti Jepun dan terkini negara jiran iaitu Thailand.

Sekali lagi tahniah dan junjung kasih berpanjangan dari patik. Semoga KDYMM Tuanku dan Permaisuri terus dilindungi Allah SWT dan terus berperanan sebagai payung yang menaungi seluruh rakyat jelata. Sesungguhnya KDYMM Tuanku adalah umpama ibubapa tempat rakyat yang terdiri dari pelbagai kefahaman politik mengadu keluh kesah. Di bawah naungan Kaabah, patik dengan penuh rasa kasih dan sayang berdoa semoga KDYMM Tuanku dan Permaisuri dilimpahi rahmat oleh Allah SWT.

Patik yang menjunjung kasih,


YANG AMAT BERHORMAT DATUK BENTARA SETIA HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Al-Mursyidul Am
Parti Islam Semalaysia (PAS).
Bertarikh : 3 Syaaban 1432H bersamaan 5 Julai 2011M

Ini zulfikar zainon anak muda yang di reman kerana baju bersih.


Ustaz Nordin Jaafar,Zainuddin Hamzah bersama Zulfikar Zainon yang direman 2 hari kerana memiliki Baju BERSIH.Bergambar di hadapan Balai Polis Kuala Kangsar.Zulfikar disambut pemuda Pas Bukit Gantang di pintu masuk balai polis selepas dibebaskan daripada direman.

Zulfikar lulus satu ujian masuk lokap.

Ceramah .Timbalan Presiden Pas.Hj Mad Sabu


4hb July2011:program Ceramah anjuran Pemuda Negeri yang pada awalnya dijadualkan di Tapak Dataran Batu 9.akhirnya dipindahkan ke Markas Pas Bukit Cempedak,Kerana Polis berjaya mendapatkan Perentah Mahkamah menghalang ceramah di Tapak tersebut.

4hb july petang sekitar jam5 sebanyak 9 trak Polis LSf dan Fru siap dengan water canon berkumpul di Dewan Bunga raya Changkat Jering,dan mereka bergerak ke Tapak Lokasi sekitar jam615 petang menampal perentah Mahkamah dikawasan sekitar itu bersiap sedia bagaikan akan berperang,dengan siapa entahle..(kekadang sedih dan kasihan mendengar makihamun rakyat kepada anggota Polis yang dijadikan Mangsa oleh Pihak Pihak tertentu khasnya UMNOBN...gaji dari duit Rakyat tapi menjadi balaci UMNOBN).

Akhirnya atas arahan penganjur, majlis itu diPindahkan ke Markas Pas Kawasan Bukit Gantang yang sekitar 4 km dari tapak asal.Bermulalah episod baru dalam Usaha Polis menghalang Rakyat dari menghadiri majlis itu.


persiapan awal dan mengejut petugas dari semua peringkat..

Road Blok: 1 dipekan changkat Jering berhadapan Kelinik Changkat Jering
2 Road Blok di simpang Tiga kepala Bukit batu 9
3 Pekan Changkat Ibol
4 Simpang sg Petai
5 kg Senduk
6 Pekan Bukit gantang
7 hadapan Kubur Kg Kubu 300 meter sebelum sampai Markas Pas.

soalnya KENAPA perlu sebanyak ini dan begitu ramai anggota digunakan untuk mengagalkan Program itu..?Dari Ratusan Polis diluar,terdapat sekitar +40 orang Polis dan SB dalam himpunan rakyat disekitar majlis itu.(kan lebih elok seramai itu punya anggota digunakan untuk membenters jenayah yg macam macam diluar sana..?ingat dan sedarke mereka yang gaji mereka yang digunakan untuk menyara anak bini mereka dibayar dari Duit yang dikutip dari hasil wang Rakyat..!

bersambungdibawah:komen dan luahan rakyat:




abang mad berpeluh..selepas ceramah dan naik seriau juga dibawa naik motor oleh petugas ke Tapak ceramah.

Komen-komen dan luahan Rakyat yang menghadiri majlis itu secara terus ,mesej dan panggilan kepada saya.

1 : Polis tahan dan minta ic dan lesen memandu catit semua maklumat
2: Rakyat terdengar arahan melalui walkie talkie:TAHAN SEMUA,CATIT,DAN CHECK 100% LAMBATKAN PERGERAKKAN MEREKA.
3: Polis: Ceramah Haram tiada permit tidak boleh pergi kesitu ,balik.
4: Jangan pergi kesana ada Perentah Mahkamah:(mangkuk hayun punya polis..perentah mahkamah di Dataran Batu 9.)
5: semasa kereta DS Nizar melalui sekatan dekat kubur kg Kubu..seorang anggota dengan senyum melambai tangan minta jalan tetapi disebaliknya ada seorang lagi anggota jerkah..TAHAN TAHAN...pemandunya lalu terus buat dak aje.
6: Seorang wanita yang berdekatan dengan markas berjalan kaki untuk ke majlis turut ditahan Polis:balik, ceramah haram tak boleh hadir/wanita: apa hak awak halang saya nak pergi dengar/polis piang:Diam membisu./wanita: suka hati sayale, nak dengar ceramah umnoke ceramah Paske, siapa awak utk menghalang sambil terus berlalu ke majlis ceramah.
7: Sekitar jam 11 malam 3 trak FRU membunyikan loceng dan menuju ke Jalan Changkat Ibol dari simpang kepala Bukit akhirnya hilang entah mana:provoke le itu.
8: ramai juga yang menalifon diarahkan balik kerana ceramah tiada permit

dan macam macam lagi kerenah polis yang diperdengarkan pada kami...
aduh aduh kenapa biarkan diri anda dijadikan Bodoh Piang sedangkan dikebanyakkan negara negara luar sebarang perhimpunan dan ceramah dilayan secara saksama oleh Pihak keselamatan siap diberi kawalan lalulintas tanpa mengira pemerentah atau pembangkang hatta negara Filipina yang dikatakan kurang maju dari malaysia pun mengamalkan pendirian yang adil bila melibatkan soal perhimpunan Rakyat..

Sunday, July 3, 2011

Apa Perlu Anda Lakukan Jika Ditahan - Wajib baca dan dengar!!


Pertubuhan Bukan Kerajaan 'Lawyers For Liberty'(LFL) mengadakan sesi penerangan kepada masyarakat umum mengenai bagaimana berdepan dengan provokasi polis semasa perhimpunan Bersih 2.0 berlangsung, 9 Julai depan.



Sesi Penerangan itu dibuat berikutan keengganan Polis Di-Raja Malaysia (PDRM) memberikan kerjasama kepada penganjur serta penyokong Bersih 2.0 seraya mengugut untuk mengenakan tindakan undang-undang serta mengisytiharkan darurat pada hari tersebut.


Bercakap pada forum anjuranya yang bertajuk "Hak Untuk Berhimpun" di Dewan Perhimpunan Cina Wilayah dan Selangor malam tadi, peguam Hak Asasi Manusia, Fadiah Nadwa Fikri bersama barisan peguam lain memberi penjelasan terperinci tentang hak-hak kemanusiaan yang boleh digunapakai sekiranya polis bertindak melangkaui batasan undang-undang negara.


Katanya, berdasarkan pengalaman beliau menyertai perhimpunan umum sebelum ini, rata-rata masyarakat kurang jelas akan hak-hak individu yang ditahan hingga menyebabkan polis menyalahgunakan kuasa dengan sewenang-wenangnya.


Sehubungan itu, Fadiah menasihatkan rakyat yang ingin berhimpun pada 9 Julai ini supaya mengetahui alasan penahanan mereka di samping merekodkan nama dan nombor anggota polis terbabit.


"Saya sangat pasti pada hari itu nanti, mereka (polis) tidak ada alasan untuk menahan anda. Oleh yang demikian penahanan tersebut tidak sah.


"Kalau mereka tanya lebih, tanya mereka adakah saya ditahan?" ujar beliau.


Bagaimanapun beliau berkata, anggota polis di negara ini sering kali bertindak diluar bidang kuasa mereka selain menafikan hak individu yang ditahan.


Katanya, ini kerana rata-rata pegawai polis yang bertugas pada waktu demonstrasi tidak akan menyatakan apakah alasan seseorang itu ditahan, sebaliknya menggunakan kekerasan dengan mengheret peserta demonstrasi ke balai mahupun trak polis.


Malah, peserta demonstrasi itu juga tidak akan dibenarkan untuk membuat panggilan telefon mahupun kebenaran diwakili oleh peguam.


"Sekiranya peserta demo ditangkap, polis hanya berhak menahan anda dalam tempoh 24 jam sahaja. Jika lebih daripada itu mereka perlu memohon daripada mahkamah. Katakan mereka menahan anda lebih daripada tempoh tersebut tanpa sebarang dokumen mahkamah, maka anda boleh saman mereka (polis) dengan asalan penahanan tanpa sebab," ujar beliau.


Justeru Fadiah berkata maklumat yang disampaikan sekurang-kurangnya dapat membantu penyokong-penyokong mengelakkan mereka daripada ditahan tanpa sebab ketika perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.


Berikut adalah perkara-perkara yang perlu diberi perhatian oleh peserta demonstrasi yang ditangkap :


(1) Pastikan nama dan nombor tang tertera pada kad kuasa polis dicatat.
(2) Minta pihak berkuasa jelaskan alasan penahanan.
(3) Elak sebarang keganasan fizikal
(4) Tidak membenarkan polis merampas barang peribadi seperti dompet, kamera, telefon bimbit dan lain-lain.
(5) Memastikan balai polis mana anda ditahan. -tvsnews


Hak-hak anda bila ditahan polis Malaysia
- Harakahdaily


RED BOOK (BAHASA MALAYSIA)

1. APABILA DIBERHENTIKAN POLIS



1.1 Tidak Berpakaian Seragam,


Minta Pengenalan Diri Jika beliau tidak berpakaian seragam, minta beliau tunjukkan pengenalan diri. Katakan; "Sila tunjukkan Kad Kuasa Polis anda."


1.2 Kad Kuasa Polis


Merah: Pegawai Polis yang digantung tugas. Beliau tiada kuasa untuk melakukan apa-apa terhadap anda. Anda boleh berlalu dari situ.


Lain-lain Warna:


• Biru: Berpangkat Inspektor dan ke atas.


• Kuning: Berpangkat lebih rendah daripada Inspektor.


• Putih: Polis Simpanan


Ambil perhatian nama dan nombor Kad Kuasanya.


1.3 Berpakaian seragam Ambil perhatian nama dan nombor ID pada pakaian seragamnya.


1.4 Kenderaan Peronda Polis Ambil perhatian nombor pendaftaran kereta atau motosikal peronda berkenaan.

2. POLIS MENYOAL SIASAT ANDA SEMASA DIBERHENTIKAN



2.1 Pengenalan Diri Hanya berikan nama, nombor kad pengenalan dan alamat anda.


2.2 Polis bertanyakan soalan-soalan lain Tanya dengan sopan, "Adakah saya sedang ditangkap?"


2.3 Bilakah anda ditahan


Anda ditahan apabila anggota polis itu:


• menjawab "ya";


• tidak membenarkan anda berlalu/mahu membawa anda ke Balai Polis; atau


• menggari anda.


Jika anda tidak ditangkap, anda boleh berlalu/menolak untuk mengikutnya ke Balai Polis atau ke mana sahaja, jika diminta.


2.4 Bilakah anda tidak boleh ditangkap


Polis tidak boleh menangkap anda semata-mata kerana anda berpotensi sebagai saksi dan mereka mahu mengambil pernyataan daripada anda (Pernyataan 112/Saksi).

3. SOAL SIASAT OLEH PIHAK POLIS TANPA TANGKAPAN

3.1 Penyataan saksi/112 Semasa pihak Polis sedang menjalankan siasatan berhubung sesuatu kes dan berpendapat anda mempunyai maklumat/pengetahuan tentang kes tersebut, pihak Polis boleh menyoal siasat anda dan mencatat semua jawapan anda (Pernyataan 112).


3.2 Permintaan Rasmi / Tidak Rasmi Kebiasaannya, Polis membuat permintaan tidak rasmi supaya anda memberikan Pernyataan 112. Jika tempat dan masa sesuai bagi anda, anda boleh bekerjasama. Jika tidak, beritahu Polis anda akan bekerjasama di tempat dan pada masa yang sesuai. Jika anda menolak untuk bekerjasama, Polis boleh mengeluarkan arahan rasmi secara bertulis, ditandatangani oleh seorang Pegawai Penyiasat (Pegawai Polis) mengkehendaki anda untuk bekerjasama. Jika anda tidak mematuhi Arahan Polis tersebut, anda tidak boleh ditangkap. Walau bagaimanapun, ia adalah satu kesalahan dan pihak Polis boleh memohon kepada Mahkamah untuk mengeluarkan satu waran terhadap anda mendesak anda supaya bekerjasama.


3.3 Membuat Pernyataan 112


Semasa membuat Pernyataan 112, anda boleh menolak untuk menjawab mana-mana soalan/berdiam diri jika jawapannya mungkin mendedahkan anda kepada kesalahan jenayah.


• Bawa bersama anda buku catatan atau kertas tulis (Nota Peribadi).


• Catatkan dalam Nota Peribadi anda semua soalan yang ditanyakan.


• Pastikan bahawa anda faham setiap soalan yang ditanyakan.


• Ambil masa anda dan fikir dengan teliti sebelum menulis jawapan didalam Nota Peribadi anda.


• Bacakan jawapan anda kepada Pegawai Polis yang menyoal anda.


• Simpan Nota Peribadi anda sebagai rujukan di masa hadapan.


3.4 Menandatangani Pernyataan 112 anda


Sebelum menandatangani Pernyataan anda, baca dengan teliti semua soalan dan jawapan anda yang ditulis oleh Pegawai Polis yang berkenaan.


• Bandingkan Pernyataan yang anda akan tandatangani dengan Nota Peribadi anda.


• Anda berhak membuat pembetulan/pindaan ke atas Pernyataan tersebut sebelum ditandatangani.


• Turunkan tandatangan betul-betul di bawah ayat terakhir Pernyataan anda.

4. POLIS MENANGKAP ANDA

4.1 Tanya: "Mengapa saya ditangkap?" Sesuatu tangkapan menjadi tidak sah jika anda tidak diberitahu alasan tangkapan.


4.2 Jangan melawan semasa ditangkap Polis mempunyai hak untuk menggunakan kekerasan yang munasabah semasa menangkap anda jika anda melawan.


4.3 Tanya: "Balai Polis manakah saya akan dibawa?" Pegawai Polis yang menjalankan tangkapan mestilah dengan segera membawa anda ke Balai Polis yang berdekatan dan bukan sebaliknya.


4.4 Apa yang perlu anda lakukan apabila ditangkap Anda mempunyai hak untuk membuat satu panggilan telefon kepada:


1. Keluarga atau rakan; dan/atau


2. Seorang peguam.


Anda juga bolah menghubungi Pusat Bantuan Guaman (LAC).


Maklumkan kepada mereka:


• yang anda telah ditangkap;


• masa, tempat dan alasan ditangkap;


• Balai Polis di mana anda dibawa.


4.5 Apa yang akan berlaku selepas ditangkap


Anda boleh ditahan sehingga 24 jam:


• Di Balai Polis, atau


• Di dalam lokap untuk "membantu" penyiasatan Polis.

5. HAK ANDA SELEPAS DITANGKAP DAN SEMASA DALAM TAHANAN



5.1 Hak untuk berunding dengan seorang peguam


Sebaik sahaja anda meminta kehadiran seorang peguam, anda mempunyai hak untuk berunding dengan peguam berkenaan di Balai Polis. Pihak Polis mestilah memberikan kemudahan-kemudahan yang munasabah dan masa yang munasabah untuk anda berjumpa dan berbincang dengan peguam berkenaan. Pihak Polis bagaimanapun boleh menafikan hak ini, jika kelengahan dalam menyoalsiasat anda boleh menyebabkan berlakunya jenayah lain atau menyebabkan bahaya kepada pihak lain.


5.2 Pakaian Anda dibenarkan mempunyai satu set pakaian bersama anda semasa di dalam lokap.


5.3 Barangan peribadi Pihak Polis mestilah merekodkan semua barangan peribadi anda dan meletakkannya dalam simpanan selamat. Barangan peribadi anda mesti dipulangkan kepada anda sebaik sahaja dibebaskan.


5.4 Kebajikan Anda dibenarkan mandi dua kali sehari. Jika anda jatuh sakit, anda berhak mendapat rawatan perubatan dengan serta-merta. Anda sepatutnya diberikan makanan dan minuman yang wajar dan secukupnya semasa dalam tahanan.


5.5 Berapa lamakah pihak Polis boleh menahan anda Pihak Polis hanya boleh menahan anda sehingga 24 jam untuk siasatan. Tugas Polis adalah untuk menyelesaikan penyiasatan dalam masa 24 jam dan melepaskan anda dengan segera. Jika pihak Polis tidak dapat menyelesaikan penyiasatan dalam tempoh 24 jam, Polis mesti membawa anda ke hadapan seorang Majistret untuk mendapatkan perintah reman untuk memanjangkan tempoh penahanan anda melebihi 24 jam (Perintah Reman).


6. PERINTAH REMAN OLEH MAJISTRET SELEPAS 24 JAM


6.1 Siapakah Majistret Majistret ialah seorang pegawai kehakiman yang mempunyai kuasa untuk membuat Perintah Reman bagi menahan anda lebih daripada24 jam.


6.2 Tujuan Perintah Reman Untuk memberi lebih masa kepada Polis untuk melengkapkan penyiasatan dan memutuskan sama ada terdapat bukti untuk mendakwa anda atas satu-satu kesalahan. Pihak Polis tidak boleh memohon Perintah Reman hanya untuk mengambil Pernyataan daripada anda.


6.3 Berapa lamakah Perintah Reman Apabila pihak Polis membawa anda ke hadapan seorang Majistret untuk memohon Perintah Reman, pihak Polis perlu memberikan alasan kepada Majistret mengapa anda perlu ditahan melebihi 24 jam. Tugas Majistret adalah untuk menimbangkan secara berhati-hati alasan-alasan yang diberikan oleh pihak Polis.


Majistret berkenaan mempunyai budi bicara:


• untuk tidak membenarkan Perintah Reman dan seterusnya melepaskan anda; atau


• membenarkan Perintah Reman untuk satu tempoh yang lebih pendek daripada yang dipohon oleh pihak Polis.


Seorang Majistret mempunyai kuasa untuk membenarkan Perintah Reman tidak melebihi 4 hari atau 7 hari bergantung kepada jenis kesalahan yang sedang disiasat. Pihak Polis boleh memohon Perintah Reman kedua selepas tamatnya Perintah Reman pertama. Majistret boleh membenarkan Perintah Reman kedua untuk tempoh tidak melebihi 3 hari atau 7 hari bergantung kepada jenis kesalahan yang sedang disiasat.


6.4 Apa yang perlu anda katakan ketika anda dibawa di hadapans eorang Majistret untuk proses reman


Maklumkan kepada Majistret:


• anda mahu diwakili oleh seorang peguam dan anda mahu menghubungi peguam, pusat bantuan guaman dan keluarga anda;


• jika anda mahukan rawatan perubatan kerana anda sakit atau telah dipukul;


• jika pihak Polis telah mengugut atau memukul anda semasa dalam tahanan;


• jika anda telah tidak diberikan makanan/minuman/pakaian atau perubatan yang wajar dan mencukupi semasa dalam tahanan;


• sama ada pernah ditahan sebaik sebelum penahanan terkini anda;


• sama ada pihak Polis telah menjalankan apa-apa penyiasatan semasa anda dalam tahanan.


6.5 Mohon supaya Majistret memberikan Perintah Reman yang singkat


Sebelum Majistret berkenaan membuat Perintah Reman, mohon tempoh reman yang lebih singkat daripada yang dipohon oleh pihak Polis. Beri alasan (sebagai contohnya: "saya akan bekerjasama dengan polis dalam siasatan mereka", "saya boleh dihubungi bila-bila masa dan tidak akan melarikan diri" dll).


7. PEMERIKSAAN BADAN TANPA TANGKAPAN


7.1 Bilakah ianya boleh dilakukan


Jika anda berada di satu-satu tempat (contohnya: disko/karaoke/ pusat-pusat hiburan) di mana Polis menjalankan serbuan untuk mencari sesuatu (contohnya: dadah), pihak Polis boleh menahan dan memeriksa anda jika mereka berpendapat anda mempunyai atau sedang menyembunyikan barang yang sedang dicari itu. Ini hanya boleh dilakukan dengan kehadiran seorang Pegawai Polis berpangkat Inspektor dan ke atas.


7.2 Apa yang perlu dilakukan


• Jangan benarkan Pegawai Polis berkenaan memasukkan tangannya ke dalam pakaian anda atau kocek/saku anda.


• Jika anda diminta untuk mengeluarkan barangan peribadi anda satu persatu, setiap kali sebut "dompet", "kunci", "Kad Pengenalan" dll.


• Apabila kocek/saku/beg anda telah dikosongkan, terbalikkan kocek/ saku/beg anda.


7.3 Hak-hak anda


• Semua pemeriksaan badan mestilah dijalankan secara profesional dan sopan.


• Seorang wanita hanya boleh diperiksa badannya oleh seorang Pegawai Polis wanita.


• Jika anda dipaksa/diugut untuk berbogel:


1. Bantah;


2. Ingat nama Pegawai Polis tersebut; dan


3. Buat laporan Polis selepas insiden tersebut.


8. PEMERIKSAAN BADAN SELEPAS TANGKAPAN BERLAKU


8.1 Bila Polis boleh berbuat demikian


• Polis secara munasabah mengesyaki bahawa anda mempunyai bukti/keterangan berhubung kesalahan yang disyaki.


• Anda ditangkap.


• Pemeriksaan badan mestilah dijalankan di tempat tertutup. Anda mempunyai hak untuk diperiksa badan di tempat tertutup.


8.2 Jenis-jenis Pemeriksaan Badan


Undang-undang membenarkan Polis melakukan 4 jenis pemeriksaan badan:-


1. Pemeriksaan secara menepuk badan dari atas ke bawah- pemeriksaan pakaian luaran.


2. Pemeriksaan tanpa pakaian - untuk mencari bukti, objek, barang terlarang atau senjata. Hanya boleh dijalankan dengan kebenaran seorang pegawai berpangkat Inspektor dan ke atas.


3. Pemeriksaan sulit - selain daripada mencari di dalam mulut, hidung and telinga. Hanya boleh dijalankan dengan kebenaran pegawai berpangkat Penolong Penguasa (ASP) dan ke atas.


4. Pemeriksaan dalaman - untuk menentukan kewujudan objek-objek dll. di dalam badan. Hanya boleh dijalankan dengan kebenaran Ketua Polis Daerah (OCPD). Hendaklah dijalankan oleh seorang Pegawai Perubatan atau Pegawai Perubatan Kerajaan.


8.3 Hak anda


• Semua pemeriksaan badan mesti dijalankan secara profesional dan sopan.


• Anda dinasihatkan supaya meminta ditemani oleh peguam anda semasa pemeriksaan dilakukan.


• Seorang wanita hanya boleh diperiksa badannya oleh seorang Pegawai Polis wanita.

9. SOAL-SIASAT OLEH POLIS SELEPAS DITANGKAP



9.1 Kenal pasti Pegawai Polis yang menyoal siasat anda


Ambil perhatian nama/pangkat Pegawai Polis yang menyoal siasat anda.


9.2 Hak anda untuk berdiam diri


Polis lazimnya akan beramah mesra terlebih dahulu (contohnya: bertanyakan tentang keluarga dan rakan-rakan anda dll.) Anda hanya perlu memberikan nama penuh, umur, alamat dan pekerjaan anda (Maklumat-Maklumat Peribadi). Selain Maklumat-Maklumat Peribadi, anda berhak memilih untuk berdiam diri. Anda harus bersopan. Anda tidak perlu takut untuk berdiam diri. Ini adalah hak anda. Jika anda memilih untuk berdiam diri, katakan, "Saya ingin menggunakan hak saya untuk berdiam diri."


9.3 Pernyataan 112 anda semasa dalam penyiasatan


Pihak Polis akan bertanyakan soalan-soalan kepada anda dan kemudian mencatatkan semua jawapan anda. Polis tidak boleh mengugut atau memaksa anda untuk memberi Pernyataan. Jika anda diugut, dipukul atau dipaksa, buat satu laporan Polis terhadap Pegawai Polis berkenaan dengan segera. Ini adalah hak anda.


9.4 Pernyataan 112 tidak boleh digunakan sebagai keterangan/bukti


Secara amnya, apa jua Pernyataan yang anda buat kepada Polis semasa soal-siasat tidak boleh digunakan sebagai keterangan/bukti kecuali jika anda dituduh atas kesalahan-kesalahan di bawah, sebagai contoh, Akta Dadah Berbahaya, Akta Culik dan Akta Keselamatan Dalam Negeri. Walau bagaimanapun anda bolehmenggunakan Pernyataan anda untuk menyokong pembelaan anda semasa perbicaraan.


PUSAT BANTUAN GUAMAN / LEGAL AID CENTRES (LAC)


• Kuala Lumpur : 03-2691 3005 / 03-2693 2072
• Selangor : 03-5510 7007 / 03-3281 2428
• Negeri Sembilan : 06-6013 844
• Melaka : 06-2845 519 / 06-2864 514
• Johor : 07-2235 698
• Perak : 05-2550 523
• Kedah & Perlis : 04-7333 467
• Kelantan : 04-7448 660
• Pahang : 09-5159 244 / 09-2969 410
• Pulau Pinang : 04-2617 451/ 0

GAMBAR TAK SENONOH AMBIGA PULA DI SEBARKAN


Seperti yang Abu Nawas janjikan semalam, hari ini Abu Nawas nak siarkan gambar2 kelakuan tak senonoh Ambiga yang Abu Nawas terima..


Inilah dia gambar Ambiga seorang artis dari negara India sedang bercumbu dengan perempuan jugak..kah kah kah


Ooo hangpa ni kalau bab pompuan telanjang kalut saja noo... Sampai gambaq Ambiga penegerusi Bersih pun hang pa lalu nak tengok kah kah kah

Haaa ini Abu Nawas ambil dari web Umno Online. ooo baru Abu Nawas tau yang si Ambiga ni penyokong kuat isu Murtad...


Ish ish ish..bahaya ni.. tapi bila pikiaq 2 balik sapa yang kasi lesen murtad? Antara sokong dengan beri kebenaran untuk murtad sapa lagi teruk. Cuba baca di bawah:-



Kah kah kah.. Rupa2nya yang dok kasi orang murtad tu ada songkok atas kepala. Rupa2nya yang dok kasi orang murtad tu ustad. Rupa2nya yang dok kasi orang murtad tu dari parti Umno kah kah kah.


Biasalah kalau yang menyokong murtad itu orang bukan islam tapi yang peliknya orang yang kasi lesen untuk orang murtad itu adalah orang islam itu sendiri.


Biasalah kalau DAP tak mau pada negara dan hukum hakam Islam kerana parti depa bukan parti orang Islam tapi yang peliknya bila Umno yang mengaku islam tak mau pada hukum Islam.


p/s: nak tengok gambar Ambiga klik SINI

Awas, SB pun berkopiah putih!!


Ustaz Zulfikar Zainon,ahli PAS Bukit Gantang masih sempat tersenyum. Kini ditahan reman bermula Sabtu (2 Julai) hingga Isnin ini. Baju berbelang-belang, berkopiah putih itu SB.

Moga-moga Zulfikar Zainon tahan diuji. Beliau bukan melakukan jenayah, sekadar didakwa memiliki dan menjual baju kuning bersih.

Pihak polis dari IPD Kuala Kangsar datang menyiasat dan mengelidah rumah bapa beliau di Changkat Jering.
Sumber: Sisibukit


BERSIH: Agung dah bersuara


Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat dalam negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.

Batu Gajah: Seorang penjual Baju Bersih ditahan!



pejuang sejati!!!


Peguam Pemuda PAS, Sdr Zamri diberi tugas oleh PAS untuk mengelola kes ini


Penyokong PAS hadir ke balai polis memberi semangat.

Batu Gajah: Seorang penjual akhbar Harakah telah ditahan di Ibu Pejabat Polis tengah hari tadi. Beliau di tahan di sebuah gerai menjual Harakah di Pasar Besar Batu Gajah. Beliau yang dikenali sebagai Salleh telah ditahan kerana menjual baju kuning BERSIH 2.0 .

Gerainya digelodah oleh pihak polis kira-kiran pukul 1.00 tengah hari dan polis merampas 13 helai baju BERSIH .20 . Motosikal miliknya juga turut dirampas.

Pimpinan PAS Batu Gajah yang diketuai oleh YDP Pas Batu Gajah, Sdr Ismail Ariffin telah bergegas ke tempat kejadian. Turut Hadir Ketua Penerangan PAS Perak yang juga Timbalan YDP Batu Gajah Ustaz Nuri Al-Amin dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat.

PAS telah menghantar seorang peguam untuk mengelola kes tersebut. Beliau masih ditahan di balai polis. Kes tersebut akan dibicara di Mahkamah Majistret Batu Gajah 9.00 Esok.

Semua dijemput hadir ke Mahkamah Majistret Batu Gajah esok untuk memberi semangat kepada Sdr Salleh.

Cubaan BERSIH 2.0 Di Angsana, JB


JOHOR BAHARU, 3 Julai -- Ketua Polis Daerah Johor Baharu Utara ACP Ruslan Hassan ditemu pemberita di luar pusat membeli belah Plaza Angsana di sini.



Sebahagian daripada 100 anggota dan 14 pegawai polis berkawal di pusat membeli belah Plaza Angsana berikutan maklumat satu demonstrasi berkaitan Bersih 2.0 akan diadakan di situ tengahari tadi.


Bagaimanapun, pihak polis bersurai beransur-ansur pada pukul 4 petang setelah pihak penganjur membatalkan perhimpunan tersebut.