Tuesday, January 19, 2010

CONCERN membantah keras kenyataan Nazri


MAJLIS Gabungan NGO’s Islam Sabah (CONCERN) yang mewakili seluruh NGO-NGO Islam di Sabah menyokong penuh kenyataan Ketua Pengarah JAKIM dalam Portal Malaysian Insider pada 16 Januari 2010 berhubung isu dua set undang-undang dan peraturan dalam menguatkuasakan soal larangan penggunaan kalimah Allah (satu set untuk Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan dan Pulau Pinang dan satu Set untuk negeri-negeri lain di Semenanjung) .
Bagaimanapun CONCERN membantah keras kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz mengenai isu penggunaan kalimah Allah di Sabah dan Sarawak, yang membolehkan kalimah Allah digunakan oleh orang-orang bukan Islam, atas dasar budaya rakyat di Sabah dan Sarawak sudah biasa dengan keadaan berkenaan dan telah dilakukan sejak puluhan tahun.
CONCERN menegaskan bahawa isu dasar dan kritikal yang melibatkan Aqidah umat Islam tidak boleh dilihat dari sudut geografi, budaya dan perundangan kerana pada hakikatnya Islam adalah ajaran agama yang sempurna merentasi lingkungan dan zaman.
Jika dikaji dari segi sejarah, kedatangan Islam di Sabah adalah lebih awal daripada agama Kristian iaitu lebih kurang pada akhir tahun 1300-an. Pendapat ini disokong oleh penemuan manuskrip bertulisan Jawi dalam bahasa Idahan bertarikh 1408M yang ditemui di Kampung Sapagaya, Lahad Datu.
CONCERN amat kecewa terhadap kenyataan Nazri kerana terlalu dangkal tanpa merujuk kepada fakta-fakta yang benar dan berautoriti sebelum mengeluarkan kenyataan.
Kami berpendirian Nazri tidak berhak untuk mewakili masyarakat Islam di Sabah berhubung isu penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian. Bahkan beliau gagal memahami hati nurani umat Islam di Sabah. Lebih parah lagi kenyataan Nazri itu boleh mengundang kemarahan yang mungkin tidak terkawal .
Nazri sepatutnya sedar bahawa pendirian umat Islam di Sabah adalah sama dengan pendirian umat Islam di Semenanjung termasuk kenyataan beliau yang menolak penggunaan kalimah Allah oleh agama lain.
Isu kalimah Allah bukan isu politik atau undang-undang, ia adalah isu akidah yang merupakan isu asas dan kritikal bagi umat Islam yang tidak boleh dicabuli oleh mana-mana pihak.
Nazri telah menyemarakkan kembali api kemarahan umat Islam yang hampir reda selepas kenyataan oleh Datuk Seri Panglima Clarence Bongkos Malakun, Pengerusi Jaksa Pendamai Malaysia yang menyeru untuk penarikan semula penggunaan kalimah Allah di Gereja Kristian Katolik.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-82 bertarikh 5-7 Mei 2008 mengenai isu tuntutan penganut Kristian Katholik terhadap penggunaan kalimah Allah telah memutuskan bahawa lafaz Allah adalah kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam yang lain. Atas dasar itu, perlaksanaannya meliputi seluruh Malaysia termasuklah Sabah dan Sarawak.
Kami ingin mengingatkan bahawa semua pihak khususnya Kerajaan supaya bertanggungjawab memelihara kemurnian akidah serta menjunjung tinggi kesucian Islam dalam Negara ini mengikut bidang kuasa dan pengaruh masing-masing.
Dalam konteks ini, Kerajaan Malaysia mestilah mempercepatkan pewartaan Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam Kepada Orang Islam di Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan dan Pulau Pinang agar tidak ada dua set undang-undang berkaitan dengan isu ini.
NOTA: Kenyataan ini dikeluarkan oleh Haji Sainuri Yahmin, Pengerusi CONCERN yang dihantar melalui email kepada Sabahkini.net.
mana dia orang umno kat penang ni..... hampa takmau nak buat demo bantah kenyataan nazri ka...

'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’

™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa..... ...®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng. blogspot. com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!! , SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!! !


--
Posted By zul mamak png to ™ kaasii peecaahhh laaa...® at 1/19/2010 02:28:00 PM

No comments:

Post a Comment