Tahun lepas, balik dari PRK Permatang Pasir aku sempat singgah ke perkampungan orang asli Kuala Kubu Baru. benda yang sama jugak berlaku dekat sana. 100% orang asli dekat sana mengaku dah peluk agama Islam & dalam masa yang sama masih dok pakai rantai berlambang salib (aku rasa ni 1 pemandangan biasa di mana-mana perkampungan orang asli).
Tapi kes dekat KKB aku rasa lagi parah sebab dekat sana (mengikut cakap orang asli dekat sana), sesiapa yang peluk agama Islam, dapat habuan RM500 seorang, jadinya dalam setahun, ada la dalam 2-3 kali orang asli dekat sana peluk agama Islam.
Kira macam agama Islam kena jual pun boleh jugak. yang pastinya tiap kali ada orang asli masuk Islam, mana-mana pihak yang berjaya akan war-warkan dalam media - "kami berjaya menambah umat Islam bla ba bla (dengan nilai bla bla bla)...
Macam sial... kesimpulannya, pendakwah kita (Islam) tak serius dalam berdakwah... berdakwah setakat nak nama tak kira la dari parti mana pun, semua hampas. ajak orang peluk agama Islam, lepas tu pakat-pakat lepas tangan. berbeza dengan mubaligh Kristian (mintak maaf, perkara ni memang menyakitkan tapi kena terima hakikat), lepas dibaptistkan mana-mana manusia, diorang terus follow up dari masa ke semasa.
Kita kalah dekat situ. atas kertas kita hebat, praktikal - hancur macam sial. benda remeh temeh dok berperang. benda penting macam ni - nak serah dekat Allah je ke..? mampos la macam ni woi...
--
Posted By Topeng Perak® Unmasked to Perisik Rakyat® at 1/17/2010 01:36:00 PM
__._,_.___
No comments:
Post a Comment