Menurut saksi, dua kepala babi dijumpai oleh jemaah di perkarangan masjid ketika datang hendak menunaikan solat Subuh pada jam 5.30 pagi.
Selain kepala babi, kepingan wang kertas juga ditemui ditaburkan di di situ.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan pegawainya datang untuk menyiasat kawasan kejadian.
Wang juga dijumpai bertaburan
Sementara itu, satu beg plastik yang berisi dua kepala babi hutan di temui di tempat letak kereta Masjid Al-Imam Al-Tirmizi oleh seoang penduduk, Sharif Shaari, 57, yang datang pada jam 5.45 pagi tadi untuk mengerjakan solat Subuh.
Selepas mengerja solat Subuh, mereka keluar semula untuk memeriksa beg tersebut dan terkejut apabila mendapati ia mengandungi dua kepala babi hutan.Mereka juga ternampak kepingan wang kertas ditaburkan di situ. Ia termasuk sekeping wang RM1, RM5 dan RM10 - kesemunya bernilai kira-kira RM35.
Mereka kemudian terus masuk semula ke masjid dan memaklumkan perkara itu kepada imam masjid berkenaan, Zulkifli mohamad.
Seorang daripada mereka menelefon pihak polis yang tiba kira-kira 6.40 pagi tadi.
Bungkusan lutsinar
Manakala di Masjid Jumhuriyah Taman Datuk Harun, Petaling Jaya - berdekatan dengan lebuh raya Pantai Baharu (NPE) - terdapat dua kepala babi hutan ditemui di perkarangan masjid berdekatan di pintu belakang kira-kira jam 6 pagi tadi oleh anak kariah.
Jarak antara kedua-dua masjid tersebut adalah sejauh 3km.
Saksi kejadian, Mohd Hilmi Bakri, 20, seorang pelajar berkata ketika beliau ke masjid berkenaan untuk menunaikan solat Subuh, beliau ternampak kira-kira 20 orang sedang berkerumun melihat sebuah bungkusan lutsinar.
Berdekatan dengan bungkusan itu juga terdapat 30 wang kertas RM1. Mereka membiarkannya kerana menyangka bungkusan mengandungi bayi yag dibuang.
Kemudian, seorang pegawai masjid menghubungi pihak polis kira-kira jam 6.30 pagi. Dua anggota polis tiba dan membuka bungkusan tersebut, dan mendapati ia berisi kepala babi hutan.
Selepas itu, dua kereta peronda polis datang dan mengambil kepala babi hutan itu kira kira jam 7.30 pagi tadi.
Sementara itu, timbalan nazir masjid berkenaan, Hasbullah Zainal berkata beliau kesal dengan kejadiaan tersebut yang tidak pernah terjadi sebelum ini.
Beliau juga meminta anggota kariah supaya bertenang dan menyerahkannya kepada pihak keselamatan untuk menyiasat kejadian itu.
No comments:
Post a Comment