Sunday, February 7, 2010

DAGANG MEROSOT/MATA WANG JATUH HARI INI?

 
PERHATI mata wang kita jatuh hari ini dan laporan dagang merosot/apa sudah jadi? Gara-gara DEMO dulu isu agama,hari ini ada pelabur asing tarik keluar pelaburan dan tak jadi melabur dan bukan saja itu gara-gara gereja dibakar/pelabur asing sudah kurang keyakinan/itulah sebab saya bantah DEMO sebab demo akan tetap menghampiri bermacam perolahan yang tak baik bakal hadir.

Lihat saja Perdagangan negara merosot 16.6 peratus dan dijangka menurun sebanyak 16.6 peratus pada tahun lalu berbanding 2008 kepada RM988.24 bilion berikutan kemelesetan ekonomi global.

Nilai eksport menyusut sebanyak 16.6 peratus kepada RM553.3 bilion manakala nilai import berjumlah RM434.94 bilion, dengan lebihan dagangan sebanyak RM118.35 bilion.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, 10 pasaran utama eksport Malaysia adalah Singapura dengan nilai RM77.2 bilion diikuti China (RM67.24 bilion), Amerika Syarikat (RM60.58 bilion), Jepun (RM54.42 bilion), Thailand (RM29.85 bilion) dan Hong Kong (RM 28.85 bilion).

Beliau berkata, perdagangan dengan Korea berjumlah RM21.10 bilion, Australia (RM20 bilion), Belanda (RM18.42) dan Indonesia (RM17.29 bilion).

Jelas Mustapha, eksport ke negara-negara ASEAN pula bernilai RM142.34 bilion atau 25.7 peratus daripada jumlah eksport Malaysia pada tahun lalu.

"Eskport ke China meningkat sebanyak 6.4 peratus kepada RM67.24 bilion berbanding tahun 2008. Peningkatan eksport ini disebabkan eksport yang lebih tinggi bagi barangan elektrik dan elektronik, gas asli cecair (LNG), petroleum mentah, keluaran getah, barangan perkilangan logam serta kimia dan bahan kimia.

"Selain China, eksport ke Qatar turut meningkat 138.6 peratus dengan nilai RM1.92 bilion berbanding tahun 2008 yang disumbangkan oleh kenaikan eksport kelengkapan pengangkutan seperti kapal suar serta kren terapung yang biasanya digunakan dalam industri gas dan minyak,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada taklimat mengenai prestasi dagangan Malaysia 2009 di sini hari ini.

Mustapha menambah, jumlah dagangan pada bulan Disember tahun lalu menunjukkan peningkatan sebanyak 6.6 peratus kepada RM97.25 bilion berbanding bulan November.

Katanya, nilai eksport negara pada bulan Disember lalu menyaksikan pertumbuhan sebanyak 9.2 peratus kepada RM54.67 bilion berbanding bulan sebelumnya.

Jelas beliau, ia merupakan nilai eksport bulanan tertinggi dicatatkan pada tahun lalu.

Import pada Disember, menurut Mustapha, meningkat sebanyak 3.4 peratus kepada RM42.58 bilion.

Ketika ditanya adakah prestasi eksport negara pada Disember tahun lalu akan bertahan sepanjang tahun ini, Mustapha berkata, pihaknya optimis untuk mencapai pertumbuhan purata sebanyak 3.5 peratus berikutan kemunculan pasaran baru seperti China dan India.

Mengenai unjuran keluaran dalam negara kasar (KDNK), beliau berkata, secara rasmi, kerajaan menyasar pertumbuhan sekitar dua hingga tiga peratus namun ia mampu mencecah lima peratus pada tahun ini.

"Kami akan lebih mempromosikan pelaburan domestik dan menunjukkan usaha yang lebih untuk mencapai prestasi yang menggalakkan tahun ini.

Kononnya Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) akan bekerja dengan lebih keras pada tahun ini untuk membantu kerajaan mencapai pertumbuhan yang baik, tetapi apakah akan mendapat kejayaan kalau keadaan terus begini?

No comments:

Post a Comment