Sunday, February 7, 2010

SELEPAS ISU MB PERAK SELESAI TIMBUL PULAK ISU SPEAKER ...

Mahkamah Persekutuan Selasa ini akan memutuskan siapa Menteri Besar Perak yang sah antara Datuk Seri Nizar Jamaluddin dari pakatan rakyat dan Zambry Kadir dari Umno.

Isu itu tercetus setelah Umno melancarkan rampasan kuasa apabila dilaporkan mengumpan tiga Adun Pakatan Rakyat dengan gula-gula politik pada tahun lalu.

Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat di Perak bagaimana pun menegaskan keputusan mahkamah persekutuan Selasa ini tidak boleh dilihat sebagai penutup kepada isu pimpinan negeri Perak.

Ini kerana Umno-Barisan Nasional telah melantik speaker baru dewan undangan negeri secara haram dalam cubaan untuk menghalalkan perlantikan kerajaan negeri tajaan Umno.

Pada Mac tahun lalu Umno memanggil sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).

Speaker yang dilantik secara sah, V.Sivakumar diheret keluar secara paksa oleh polis, dalam apa yang disifatkan pencabulan demokrasi Perak.

Umno-Bn kemudiannya melantik V.Ganesan sebagai speaker baru untuk memastikan segala urusan dewan ini mengikut skrip Umno-Bn.

Rampasan kuasa di dalam dewan ini kini dirujuk ke mahkamah.

Isu yang dipertikaikan sama penting dengan keputusan siapa menteri besar perak yang sah.

”Sebenarnya perbicaraan ini tidak akan menyelesaikan masalah atau krisis di negeri Perak, ini merupakan satu lagi kes antara Menteri Besar lawan Menteri Besar dan ada juga kes penting yang dipertikaikan daripada Speaker Ganesan yang tidak sah dengan Speaker V.Sivakumar yang sah,” katanya.

Beliau berkata persidangan DUN Perak akan terus ditimpa permasalahan speaker tidak diselesaikan.

”Jadi akan berlaku pergaduhan lagi kalau ada persidangan, lagi pun kes tiga katak ini mahkamah memutuskan ada kes prima facie mereka sudah meletak jawatan dan bukan lagi ADUN yang sah,” katanya.

Ngeh berkata keputusan mahkamah persekutuan pada Selasa ini tidak harus menjadi pengekang kepada usaha mengadakan semula pilihanraya negeri bagi mengatasi krisis politik perak.

”Jadi isu ini akan berlanjutan terus sungguh pun kes ini akan memutuskan siapa Menteri Besar tetapi siapa pun Zambri mahu pun Datuk Seri Nizar, ia tidak akan menyelesaikan krisis negeri Perak dan yang pentingnya ialah untuk kembali kepada rakyat mesti memutuskan siapa menteri besar atau kerajaan yang hendak menerajui negeri Perak yang disokong oleh rakyat melalui pilihanraya semula dan pembubaran DUN,” katanya.

No comments:

Post a Comment