Friday, February 26, 2010

eRAT 4x4 Adventure Team - Pengenalan

ECO Rainforest Adventure Team (eRAT) ialah satu Kelab Rekreasi Tempatan yang telah ditubuhkan oleh satu kumpulan peminat aktiviti XPDC lasak (4x4) dari Negeri Kelantan pada bulan Mei 2009 dan telah didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara atas nama "Kelab Peminat 4x4 ECO Cabaran Rimba Negeri Kelantan (No R.O.S 1779-09-KEL) atau nama singkatannya "Kelab 4x4 eRAT/eRAT 4x4 Club".

Kelab ini juga telah mempunyai Pusat Operasinya sendiri yang beralamat di 131-A, Jalan Sultan Yahya Petra, Lundang, 15150 Kota Bharu, Kelantan. kebanyakan ahli-ahli Kelab ini akan meluangkan masa untuk berkumpul di Pusat Operasi ini pada setiap masa terluang untuk berbincang aktiviti mingguan atau bulanan yang bakal diadakan.
Setakat ini Kelab 4x4 eRAT telah mempunyai sejumlah lebih kurang 35 ahli berdaftar di Negeri Kelantan dan masih membuka keahliannya kepada sesiapa yang berminat (borang keahlian akan diattachkan sedikit masa lagi dalam bentuk PDF) termasuk mereka-mereka yang berada diluar Negeri Kelantan.
Pihak Urusetia Penerangan eRAT dan unit IT sedang dalam proses menyediakan dan membuka keahlian secara online dan anda boleh mendaftar secara online sedikit masa lagi.

Buat masa ini, eRAT telah menyertai beberapa XPDC Off-Road antaranya XPDC Gonzalez pada akhir bulan 12 tahun lepas, menganjurkan XPDC Pertamanya iaitu XPDC Titian Kasih. pada masa akan datang, 1 lagi XPDC akan dianjurkan pada awal bulan April iaitu XPDC Titian Kasih II 1Malaysia.
Segala maklumat berkenaan dengan XPDC Titian Kasih II akan dipaparkan didalam entri yang seterusnya sedikit masa lagi. bagi anda yang berminat untuk menyertai XPDC Titian Kasih II, jangan lupa untuk melayar Website Rasmi eRAT untuk perkembangan lanjut.

Sebarang pertanyaan, sila email kepada Admin eRAT 4x4 Adventure Team di alamat e-mail - erat4x4team@ gmail.com.

No comments:

Post a Comment