PULAU PINANG, 26 Feb: Mana-mana individu dan badan bukan kerajaan (NGO) hari ini menerima tempelakan kerana apa yang mereka dakwa bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang tidak mengadakan perarakan Maulidur Rasul tahun ini terjawab.Sebelum ni Umno merata jaja kata Kerajaan Negeri Pulau Pinang batalkan perarakan sempena Sambutan Maulidul Rasul tahun ni. Cara depa jaja tu konon nak 'spin'kata Lim Guan Eng semacam tak hormati Islam. Depa siap mintak Guan Eng dedahkan minit mesyuarat yang depa kata ada buat keputusan batalkan perarakan tu.
Perarakan 53 kontinjen dimulai dengan ketua-ketua jabatan melalui beberapa jalan termasuk Padang Kota Lama, Dewan Undangan Negeri, pejabat agama menuju ke Dewan Sri Pinang.
Turut meraikan majlis ialah ketua menteri, Lim Guan Eng. - Harakahdaily
Yang positifnya, ada ruang untuk Pas membetulkan kekeliruan, contohnya komen YB Mahfuz,
"Sehingga media arus perdana pun memberi liputan yang meluas kononnya kerajaan PR Pulau Pinang membatalkan perarakan dan ini digambar seolah-olah kerajaan Pulau Pinang anti-Islam," katanya.
"Bagi saya, berarak Maulidur (Rasul) tak salah, tak berarak tidaklah berdosa. Untuk apa kalau berarak membawa pada dosa. Apa erti kalau berarak dan berselawat ke atas Nabi, kemudian tolak apa yang Nabi suruh," katanya.
Menurutnya lagi, apa guna berarak dan berselawat jika kemudiannya melakukan rasuah dan melakukan salahguna kuasa. - Malaysiakini
Tiba-tiba hari ni keluar laporan dari Harakahdaily kata Lim Guan Eng akan turut serta satu program perarakan sambutan Maulidul Rasul. Nampak gayanya lepas ni akan terus senyap terus laa isu ni. Aku tak nampak ada ruang lagi untuk Umno BN nak 'spin' isu ni.
No comments:
Post a Comment