Friday, February 12, 2010

P Ramasamy bidas Kenyataan Zahrain




Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Profesor Dr. P Ramasamy menyelar tohmahan Zahrain Mohd Hashim yang baru keluar PKR yang mendakwa kononnya Ketua Menteri (KM) Pulau Pinang, Lim Guan Eng membelakangkan prinsip-prinsip keadilan di negeri itu.
Menurutnya, beliau hairan mengapa Zahrain menuduh Guan Eng sedemikian rupa kerana keadilan bagi pentadbiran Pakatan Rakyat ialah membantu sesiapa sahaja yang layak dibantu tanpa mengira latar belakang seseorang.
"Saya hairan mengapa beliau lebih suka membangkitkan masalah orang Melayu di Pulau Pinang di media sehingga dimanipulasi oleh pihak lawan sedangkan kita ada saluran dalam Pakatan Rakyat (PR) termasuklah di Pulau Pinang," katanya ketika dihubungi erapakatan.com.
Beliau menambah, sepanjang hampir dua tahun PR memerintah Pulau Pinang, beliau langsung tidak membangkitkan masalah orang Melayu dalam perjumpaan yang di adakan.
"Beliau mula membangkitkan masalah peminggiran orang Melayu apabila tidak lagi memegang jawatan Pengerusi PKR di Pulau Pinang, persoalannya ialah mengapa sepanjang menjadi pengerusi PKR negeri, beliau tidak membangkitkannya.
Jika orang itu susah, termasuk Orang Melayu, kita tetap akan bantu kerana itu dasar jelas yang termaktub dalam Pakatan Rakyat khasnya selepas Konvensyen Pertama PR di Shah alam tahun lalu," tegasnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Perai.
Berhubung isu Island Golf, katanya, Zahrain telah dilantik sebagai Pengerusinya selepas PR berjaya menawan Pulau Pinang pada 8 Mac tahun lalu dan jawatan itu kekal disandangnya sehingga kini.

No comments:

Post a Comment