Friday, March 5, 2010

Cabaran Debat Perdana Rakyat 2010 : Trio Norman-Jais-R...

Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang (SPPRPP) pada hari ini sekali lagi menegaskan cabaran kami kepada Trio 'Norman-Jais- Rizal' untuk berani tampil menyahut cabaran Debat Perdana Rakyat 2010 yang bertajuk "Isu Melayu-Islam Pulau Pinang : Antara Provokasi & Kebenaran" Tarikh 3 Mac 2010 semalam adalah merupakan tarikh akhir untuk mereka menjawab cabaran dari pihak kami. Tiada jawapan rasmi yang kami terima dari mereka bertiga, cuma seperti mana yang kita maklum, Rizal Faris (Yang Dipertua DPMM Pulau Pinang) tidak mahu berdebat dengan 'ikan bilis' cuma mahu berdebat dengan 'ikan jerung', Jais Abdul Karim (Presiden GPMS) pula hanya mahu berdebat dengan Ketua Menteri Pulau Pinang dan Norman Zahalan (Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang) yang 'desperate' tidak mahu hadir, sehingga mengoyakkan surat jemputan yang kami hantar dengan penuh adab kepada beliau.
Kepada Trio Norman-Jais- Rizal, buktikanlah kalian adalah benar-benar 'Pembela Melayu' dan bukannya 'Pengeliru Melayu'.
Kepada Rizal, buktikanlah kebenaran pada rakyat, bahawa anda sebagai Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang bersungguh-sungguh komited berjuang meningkatkan taraf ekonomi kaum Melayu di negeri ini dan bukannya lari bila berdepan dengan kebenaran di saat Melayu Pulau Pinang amat memerlukan anda.
Kepada Jais, buktikanlah kebenaran pada rakyat, bahawa anda sebagai Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung bersungguh-sungguh komited berjuang membela nasib pelajar Melayu di Pulau Pinang dan bukannya lebih gemar menikus, pada masa dan saatnya mereka memerlukan penjelasan dan pembelaan dari anda.
Kepada Norman, buktikanlah kebenaran pada rakyat, bahawa anda sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang bersungguh-sungguh komited berjuang mengangkat martabat generasi muda Melayu di Pulau Pinang dan bukannya 'terdesak' mengelak untuk hadir sehinggakan dengan biadabnya mengoyak surat jemputan rakyat pada anda, untuk bersama mereka.
Justeru, kami, Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang (SPPRPP) mencabar Trio 'Norman-Jais- Rizal' untuk menyahut cabaran kami. Seluruh rakyat Pulau Pinang akan tunggu kalian hadir pada 7 Mac ini (hari Ahad) di Tapak Expo Seberang Jaya, sebagai 'Anak Jantan' dan bukannya lemah longlai seperti 'Puteri UMNO' adanya!

Kami Yang Membawa Amanah Rakyat;
Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang.
(Angkatan Muda KeADILan, Dewan Pemuda PAS & Pemuda Sosialis DAP)

No comments:

Post a Comment